Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 22 November 2014

Apa Itu Kaedah Pengapungan Terkawal Bagi RON 95 & Diesel Menurut Penjelasan Menteri.

Aku nampak ada geng2 pembangkang dok sebarkan satu gambar bertajuk fakta harga minyak ikut harga pasaran dunia. Mereka buat pengiraan. Dan mereka letakkan perkataan FAKTA di atas pengiraan tersebut. Tanpa hadirkan dalil, rujukan dan sumber. 

Ini salah satu contoh yang tersebar.


Biar aku jelaskan secara kasar. Harga minyak mentah dan harga minyak yang diproses ialah berbeza. Dan minyak juga berbeza kualiti berdasarkan dari mana ia diperolehi. Minyak dari laut dan minyak dari tanah berbeza. Dan minyak2 yang dari laut2 yang berbeza dan dari tanah2 yang berbeza juga berbeza tahap kualitinya.

Kenapa berbeza? Itu dah masuk bab geografi. Yang tue aku rasa pandai2 la lue fikir sendiri.

Itu bab kualiti. 

Bab penentuan harga pula dipengaruhi dengan faktor2 ;

1. Jenis minyak (sebelum & selepas pemprosesan)

2. Jarak

3. Jumlah

4. Jenis pengangkutan

5. Nilai tukaran matawang

6. Perjanjian perniagaan

7. Politik

Memang kita beli dalam nilai USD. Tapi bila convert ke Malaysia, tukaran matawang juga mempengaruhi pada harga berapa satu2 petrol itu patut dijual.

Ini gambaran kasar tentang petroleum yang sedang melalui proses pemeringkatan.



Apa itu CRUDE OIL ataupun MINYAK MENTAH?

Minyak yang baru keluar dari tanah sebelum diproses.

Penjelasan ;



Jadi. Jika korang gunakan website kat bawah neh ;




Untuk tentukan berapakah harga yang sepatutnya dijual kat negara neh sebenarnya tak tepat. Kerana harga dalam carta di atas merujuk kepada minyak yang belum diproses.

Berkaitan dengan KAEDAH PENGAPUNGAN TERKAWAL yang disebut beberapa kali oleh beberapa menteri sejak semalam. Kalau kita baca penjelasan Hasan Malek. Dia sebut kerajaan akan hapuskan subsidi secara total. Untuk selama-lamanya. Dan kerajaan akan jadikan harga minyak global sebagai penanda aras dalam menentukan harga minyak proses di negara neh.

Jika harga minyak dunia naik, maka harga minyak di negara ini juga akan naik.

Dan ya. Kerajaan akan lakukan pengiraan purata sebelum menaikkan atau menurunkan harga minyak ikut pasaran dunia. Semakan harga akan dilakukan pada setiap bulan untuk menentukan harga bagi bulan2 berikut selepas pengiraan purata dibuat.

Tapi. Kalau kau lihat berita dari Awani. Apa yang Najib cuba bayangkan ialah kerajaan akan buat satu kaedah. Yang mana. Selagi mana harga minyak berada di paras yang mampu rakyat Malaysia beli, maka subsidi untuk minyak bagi ron 95 dan diesel tiada.

Jika ia sampai ke satu peringkat yang mana orang2 miskin TIDAK LAGI boleh MEMBELI MINYAK, maka, subsidi bersasaran akan dilaksanakan bagi membantu golongan seperti ini. Kaedah yang akan digunakan oleh kerajaan adalah merujuk kepada tangga gaji. Di mana mereka2 yang berpendapatan rendah akan dibenarkan membeli minyak pada harga subsidi samada membeli dengan jumlah liter yang terhad ataupun tidak terhad bagi penggunaan bulanan dan tahunan.

Perkara yang sama juga dibayangkan oleh Ahmad Maslan.

Lihat ;



Dan. Kalau ikut prediction Wahid Omar. Harga minyak akan terus turun bagi 2 tahun mendatang.

Lihat ;



Cuma yang aku ragu2 sekarang ialah harga minyak secara tak langsung mempengaruhi ;

- Sektor pengangkutan awam

- Sektor pengangkutan (perniagaan)

- Bas sekolah

Jika harga minyak terus turun untuk tahun2 mendatang, oke memang la oke. Jika naik, masak juga difikirkan. 

Actually kerajaan amek keputusan ini sebab tidak mahu turunkan harga minyak. Oleh kerana subsidi terhapus secara automatiknya, maka kerajaan mengambil peluang dengan membuat pengumuman yang subsidi dimahsuhkan. Andaikata harga minyak tidak turun, aku tak rasa kerajaan akan umumkan penghapusan subsidi untuk ron 95 & diesel. Sebaliknya mungkin kerajaan akan laju2 laksanakan skim subsidi bersasaran seperti yang mereka rancangkan sejak tahun yang lepas.

Apa2 pun selepas kerajaan umumkan subsidi untuk bahan api dihapuskan maka takde la puak2 gila sebelah sana dok buat hujah seolah2 kita terhutang budi dengan kerajaan setiap kali isi petrol ye tak? Kita tengokla. Bermula tahun depan. Penjimatan sehingga 23b banyaknya dengan penghapusan subsidi dapat dikumpulkan oleh kerajaan. Dan apa mereka nak buat dengan duit2 ini segala?

Projek demi projek untuk kroni?

Bayar hutang2 negara akibat keputusan perniagaan salah (menyebabkan kerugian) yang dibuat oleh kabinet Najib?

Atau betul2 disalurkan demi kepentingan dan kebajikan rakyat terbanyak? Takpe. Bagi mereka masa setahun untuk buktikan. Kalau terbukti macam cibai, boleh la campak fakta2 tue kat muka penyokong2 UMNO. Best kot dapat malukan depa dengan fakta.

KAH KAH KAH

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kaedah-pengapungan-terkawal-diguna-bagi-harga-ron95-diesel-kata-ahmad-masla

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ron95-mungkin-murah-3-sen-pada-rm2.27-seliter-mulai-disember-kata-wahid

http://www.oil-price.net/

http://www.ceoe.udel.edu/oilspill/crudeoil.html

http://meih.st.gov.my/

http://www.indexmundi.com/g/g.aspx?v=91000&c=my&l=en

http://www.indexmundi.com/energy.aspx?country=my&product=oil&graph=imports

Jumaat, 21 November 2014

Anwar Ibrahim, Tolong Berhenti Ponteng Sidang Parlimen.

Tadi. Aku nampak Anwar Ibrahim mengupdate satu benda di laman facebook. Kemudian dikongsikan oleh DSWA.

Ini apa yang Anwar upload.


Biar aku cakap terus terang apa kesalahan Anwar kat sini. Memandangkan penyokong2 Anwar, Hadi, LGE dan geng2 seangkatan mereka berat mulut nak sembang jujur dan menjadi diri sendiri dengan pemimpin2 mereka.

Atau mungkin aku silap?

Membodek, mengampu ataupun membenarkan yang salah memang adalah sikap semulajadi penyokong2 mereka?

Aku akan fikirkan samada aku nak sangka buruk atau sangka jahat dengan penyokong2 partisan neh nanti.

Sekarang. Kita sembang tajuk utama. Tajuk utama dia ialah ;

1. Sekarang neh tengah sesi persidangan parlimen.

2. Sesi persidangan parlimen bukan dibuat pada setiap bulan ataupun sepanjang tahun.

3. Ia ada jadual dan jadual dia telah diketahui awal oleh ahli2 parlimen kita.

4. Anwar Ibrahim ialah ahli parlimen di Malaysia.

5. Selain ahli parlimen Anwar juga seorang ketua pembangkang di Malaysia.

6. Pembangkang secara generalnya mewakili rakyat Malaysia yang mengamanahkan pentadbiran pusat kepada BARISAN NASIONAL untuk memantau, memerhatikan, menilai, menganalisa dan memperhalusi setiap satu tindakan dan polisi2 yang dilaksanakan oleh kerajaan. Adakah ianya bersesuaian ataupun adakah ianya boleh menyusahkan rakyat atau apa. Kemudian elobrate satu persatu supaya rakyat dapat fahami fakta2 kes dan seterusnya memikirkan samada mahu bersama kerajaan ataupun melawan kerajaan dalam setiap polisi2 yang bakal dilaksanakan.

7. Pembangkang berfungsi sebagai check dan balance.

8. Supaya kerajaan gila kau neh tak berbuat sesuka ahti walaupun pada hakikatnya memang dorang slumber nak mampos berbuat sesuka ahti.

 9. Dan tugas ahli parlimen secara generalnya ialah menjaga kawasan2 yang dia wakili dengan up permasalahan2 berkaitan penduduk di kawasan tersebut.

10. Antara jenis tugas yang menyebabkan rakyat perlu membayar mereka gaji ialah AHLI PARLIMEN PERLU MENGHADIRI SESI PERSIDANGAN PARLIMEN.

11. Tiada SEBAB yang MEWAJARKAN mereka PONTENG melainkan mereka mampos, sakit, ada hal kecemasan.

12. Pergi ke luar negara, makan2 atau menjadi ulama bajet bagos ataupun pergi parti2 di Penang yang satusen takde value dalam menyelesaikan masalah rakyat IALAH BUKAN SEBAHAGIAN DARI TUGAS AHLI PARLIMEN.

13. Nabi kenal tak nabi? Aku tanya pada orang2 yang beragama tanpa kira apa agama pun yang dorang anuti. Amanah kenal tak amanah?

14. Amanah bermaksud kau perlu menjalankan tugas kau sepertimana yang diperintahkan ke atas diri kau.

15. Amanah ada dua. Pertama, amanah atas keikhlasan, kesedaran dan tanggungjawab. Contohnya macam berjanji. Kedua. Amanah atas wang ringgit. Contohnya, rakyat bayar kau gaji untuk sekian2 tugas dan kau perlu laksanakan tugas2 kau sepertimana yang rakyat amanahkan ke atas diri kau.

16. Dan apa yang Anwar Ibrahim kau neh buat ialah dia telah melanggar amanah dia yang no dua. Bukan hanya dia. Bahkan semua yang ponteng persidangan parlimen tanpa kira dari mana2 parti, lelaki atau perempuan sekalipun, telah melanggar amanah mereka jika gagal menghadiri persidangan tanpa alasan yang kukuh, jelas dan wajar.

17. Dan. Sebagai rakyat apabila kita melihat seseorang telah melanggar amanah dia, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk TEGUR. Supaya ahli2 parlimen neh sedar bahawa RAKYAT tahu apa yang MEREKA lakukan dan RAKYAT tidak SUKA.

18. Bila ahli parlimen ini ditegur, ada kemungkinan yang 50% dalam diri mereka akan mengambil teguran2 tersebut dan mengubah sikap buruk mereka. Mereka akan tengok patern pemikiran rakyat. Mereka baca komen2 walaupun mereka tak balas. Dari situlah diri kita neh sebenarnya telah membentuk sikap ahli2 parlimen kita samada dari side kerajaan mahupun pembangkang.

19. Jika kita mahukan ahli parlimen yang amanah, maka bila dia berbuat tidak amanah, kita tegur dan kita kritik, kita marah dan kita lawan, maka akhirnya secara automatik ahli2 parlimen neh akan mengubah sikap mereka supaya tidak menyakiti ahti rakyat. Menyakiti ahti rakyat bererti kehilangan sokongan. Kehilangan sokongan bererti bakal kehilangan undi ketika pilihanraya. Satu perkara yang ahli parlimen takan suka.

20. Tetapi jika kita hanya bercakap mahukan ahli parlimen yang amanah tetapi tindakan2 kita seringkali membodek ahli2 parlimen neh setiap kali mereka melanggar amanah, jangan la tanya TUHAN. Bila kita akan bebas dari kezaliman. Jalan kita pun BENGKOK. Tapi kita SIBUK nak LURUSKAN jalan orang. Kita tak konsisten pun dengan kehendak sendiri. Jadi macam mana nak bebas dari penindasan.

21. Dan apa yang berlaku tadi ialah ;



22.  Penyokong2 Anwar sangat suka meletakkan sikap dan tindakan2 pemimpin2 BN sebagai penanda aras mereka dalam mewajarkan tindakan2 pemimpin2 mereka.

23. Oleh kerana Najib pun kaki ponteng dan langgar amanah, maka apa la salahnya Anwar pun langgar amanah, ye tak?

24. Kalau ini la penanda aras yang digunakan sampai mampos pun kita takan terbebas dari penindasan pemerintah disebabkan kita beranggapan seseorang tue lebih baik dari seseorang tue kerana seseorang tue dari parti yang kita sokong bukan kerana seseorang itu benar2 baik dan mahu membantu rakyat yang tertindas.

25. Bila bercakap pasal pemimpin, penanda aras kita tak boleh tidak, mesti orang2 yang betul jalannya ialah seorang pemimpin yang terbukti amanah dan baik.

26. Bagi orang Islam yang baik macam korang, dan yang jahat macam aku, teruk2 aku pun, aku akan bandingkan Anwar dengan apa yang Islam gariskan.

27. Aku takan bandingkan dia dengan Najib sebab aku tahu dia gila. Aku takan teruskan kegilaan tersebut dengan jadi penyokong yang gila juga.

28. Ini adalah perlu supaya nantinya kelak, masyarakat akan faham kenapa kita perlu tukar pentadbiran negara daripada BN kepada PR.

29. Jadi kita perlu bantu Anwar untuk tarik dia pergi ke landasan yang disarankan oleh Islam. Islam seru kepada adil. Amanah. Intergriti. Telus. Bebas rasuah. Sosialismkan masyarakat tanpa kira kaum atau agama. Aman. 

30. Bila Anwar tersasar, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk bantu dia kembali ke jalan yang sepatutnya bagi memelihara intergritinya semula. Intergriti sangat penting supaya apabila dia berkata2 kelak, orang akan percaya kerana orang telah melihat kepada tindakan2 dia yang sebelumnya.

31. Kenapa PR? Dan bukannya BN? Kerana. BN telah diberikan peluang yang secukupnya untuk mengubah pendekatan mereka dalam mentadbir negara. Dah tarik. Dah betulkan. Dah tegur. Dah kritik. Maki pun sudah. Marah pun sudah. Mengamok sudah. Sampai jadi gila meroyan macam aku pun sudah. Peluang yang diberikan kepada BN bukan setahun dua. Tapi bertahun2 lamanya. Hingga orang merasakan ianya adalah sia2 untuk mengubah yang sedia ada. Baikla kita fikirkan satu solusi terbaru dan kita datang dengan idea, gantikan BN kepada PR. 

32. Tetapi macam mana kita nak gantikan BN kepada PR jika akhirnya apa yang kita harap2kan pada PR sebenarnya adalah sia2 kerana mereka akhirnya tetap meniru dan mengikuti jejak langkah BN apabila soal amanah, intergriti, ketelusan dan keadilan dibangkitkan.

33. Nampak tak situasi dia kat sini macam mana?

34. Aku sedang tolong PR untuk menjadi sesuatu parti yang berintergriti.

35. Atas sebab itulah bila mana2 ahli parlimen mereka ponteng tanpa sebab yang jelas lebih2 lagi ponteng sebab nak p makan atau parti adalah sesuatu yang perlu ditegur bagi memelihara intergriti tadinya tue.

36. Tetapi. Bila orang macam aku datang dan tegur, sekumpulan manusia perosak seperti pembodek akan sentiasa, sentiasa dan sentiasa mencari jalan untuk merosakkan pemimpin2 yang pada awalnya mungkin amanah dengan bertukar menjadi tidak amanah.

37. Mereka kata mereka sayangkan pemimpin2 mereka. Tetapi itu semua penipuan semata2. Orang yang sayangkan pemimpin takan biar pemimpin dia hanyut dan hancur. Orang yang sayangkan pemimpin, bila nampak pemimpin dia tersasar, dia cepat2 tarik dan betulkan. Itu baru namanya sayangkan pemimpin. Kita selamatkan dia dari menjadi seseorang yang teruk dan langgar tanggungjawab. Bila dia bertanggungjawab, kita akan rasa selesa untuk sokong dia. Bila dia bertanggungjawab, kita tahu bahawa segala macam perjuangan yang kita buat semata2 untuk letakkan dia di puncak kekuasaan akhirnya akan berbalik kepada kita apabila dia merangka polisi2 yang favor kepada kebajikan rakyat marhaen.

38. Tapi. Pembodek tak nampak tue. Apa yang dia nampak ialah ;


39. Anwar hadiri satu majlis makan. Dan kau rasa bangga. Kau tak rasa something ke kat situ? 

40. Apa yang aku nampak ialah dia kat luar negara ketika parlimen bersidang. Segala macam dia p makan ka apa ka takde benda yang patut dibanggakan bahkan patut ditegur tindakannya sebab langgar tanggungjawab.

41. Belum jadi PM. Dah ponteng sana sini. Belum jadi PM. Tak tahu nak uruskan jadual agar tak bercanggah dengan persidangan parlimen. Belum jadi PM. Makan gaji buta. Dan ini ke seseorang yang patut diangkat untuk menggantikan Najib? Hello. Penyokong2 Hadi dan LGE pun jangan perasan. Pimpinan korang pun 2 x 5 langgar amanah.

42. Anwar sepatutnya duduk kat situ dan dengar perbahasan dan melakukan perbahasan sebab itulah antara aspek yang akan dinilai oleh rakyat marhaen bagi menganalisa kemampuan Anwar untuk mentadbir negara neh andaikata PR menang dalam PRU mendatang.

43. Dan Anwar sepatutnya tetap perlu duduk disitu sesuai dengan gaji yang dia terima sebagai wakil rakyat.

Jika taknak buat kerja, maka berundur cara baik. 

Jika taknak jadi wakil rakyat, maka beri peluang pada orang lain.

Jika ada banyak tanggungjawab, maka selaraskan tugas.

Jika tak mampu nak pegang banyak2 jawatan, maka lepaskan yang tak perlu.

Aku tak ingat pernah baca kat mana. Tapi ada kata2 yang mengungkapkan bahawa pemimpin yang baik datang dari masyarakat yang baik. Pemimpin yang amanah datang dari masyarakat yang amanah. Oleh kerana masyarakat yang akan memilih pemimpin maka masyarakat itulah terjemahan kepada sikap pemimpin itu sendiri.

Ringkasnya. Jika kita suka mencuri, maka pencuri la yang kita angkat jadi pemimpin supaya pemimpin tadinya tue boleh merangka polisi2 yang memudahkan kita untuk mencuri.

Selagi kita tak ubah cara kita berfikir tentang kepimpinan, maka sampai mati la kita diperbodohkan dan diperkotak-katikkan oleh sebahagian umat yang tak amanah dan suka2 melanggar tanggungjawab.

Ko tak boleh harap orang lain. Kau sendiri kena ubah cara kau berfikir tentang pemimpin.
  Sekalipun BN tidak amanah.
Sekalipun PR tidak pergi ke satu level yang kita harapkan.
Ia bukan la salah mereka seratus peratus.

Masyarakat kita adalah cerminan kepada pemimpin bagaimana yang kita mahu jadi pemimpin.

Kita suka kepada pemimpin yang menindas, menzalimi dan langgar amanah. Maka itulah yang kita dapat sekarang neh.

Untuk seseorang suka kepada pemimpin yang menindas, menzalimi dan langgar amanah, ia memerlukan seseorang untuk bersikap menindas, menzalimi dan melanggar amanah juga. Maka nampak tak bagaimana sikap rakyat mempengaruhi perjalanan pemimpin?

Penyokong parti tidak amanah.
Maka kita dapat pemimpin yang tidak amanah.

Terima la realiti. 

Kenapa Azmin Ali Takut Nak Buat Laporan SPRM Isu Pampasan 2.6 Juta Khalid Kpd Bekas Kakitangan?

Pagi neh terdapat sebaran jumlah pampasan yang diterima oleh bekas kakitangan Khalid. Ada 8 kesemuanya. Dan sebaran itu menyatakan ;

- Nama individu
- Jumlah pampasan yang diterima

Ia tersebar di merata tempat tak terkecuali di wassap juga.

Hari tue. Dan selepas hari itu. Dan selepas hari hari itu. Dan semalam. Aku kira sudah 4 atau 5 hari isu pampasan 2.6 juta itu diperkatakan oleh Azmin, PKR dan PR melalui beberapa kenyataan media yang berasingan.

Hari pertama aku rasa oke. Nampak gayanya sesuatu telah berlaku. Wajar laporan SPRM dibuat.

Hari kedua aku rasa meluat. Apsal ulang tayang cerita sama.

Hari ketiga aku rasa menyampah. Semua sibuk nak memekak.

Hari keempat aku rasa dorang neh meloyakan. Kenapa masih bercakap-cakapan lagi.

Hari kelima, mungkin keenam, mungkin ke seratus, mungkin ke dua ratus, mungkin ke setahun aku mungkin nampak babi tiap kali nampak PKR.

Orang yang akalnya waras, mindanya sihat, bebas dari unsur2 politiking, gimik, wayang politik, focus buat kerja, ada otak dan tumpu kepada penyelesaian masalah akan berbuat begini ;

1. Laporan audit mengatakan bayaran pampasan yang diluluskan TSKI kepada bekas kakitangannya terdapat unsur2 yang meragukan.

2. Baikla. I akan kumpulkan semua bukti2 berkaitan. Setup satu team. Bagi depa masa 2 hari untuk selidik info tersebut.

3. Oke. Dah dapat conclusion. Ia meragukan. Ayuh buat laporan kepada PDRM.

4. Salinan report PDRM tue amek dan attach sekali dengan maklumat yang disediakan oleh AUDIT dan buat laporan SPRM.

5. Dan buat laporan SPRM, buat satu sidang media.

6. Umumkan yang satu laporan telah dibuat kepada SPRM mengenai bayaran pampasan yang dianggap meragukan seperti yang didedahkan AUDIT. Semua maklumat berkaitan telah diserahkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut. Dan kami akan memerhatikan dan follow up case tersebut dari semasa ke semasa. Tak perlu cakap ulang2. Cukup sebulan sekali kita review perkembangan kes.

7. Setelah SPRM selesai melakukan siasatan dan come up with the conclusion, maka baru kita putuskan apa tindakan yang sepatutnya diambil. Jika bersalah, atau tak bersalah, kita akan tengok nak buat apa.

Settle. 

Satu sidang media dah cukup. Terangkan korang punya tindakan dan terus sambung buat kerja2 lain pula. Ini tidak. Hari tue sembang isu neh. Kemudian isu neh lagi. Kemudian lagi. Dan lagi. Berapa banyak kali MEDIA nak LAPOR isu neh? BOSAN KOT.

Ko cakap depan media pongpang2 pun dan APA lepas tue? 

APA?

Adakah wartawan akan siasat bagi pihak kau?
Wartawan akan setup satu team penyiasat?
Atau rakyat perlu siasat bagi pihak kau?

Protokol nak selesaikan masalah neh dah ada. G ikut je la step by step.

Neh dok jaja cerita neh hari2 depan media dok kumpul persepsi sana persepsi sini bukan boleh selesaikan masalah pun. Sampai mati tak selesaikan masalah. 

Ye ye Khalid ada buat salah laku.
Khalid bayar pampasan banyak2.
Khalid tak jujur.
Khalid neh kena ganti balik.
Khalid pulangkan balik duit orang.
Pampasan tue dalam jumlah yang tak munasabah.
Khalid woi khalid woi khalid woi khalid.. woi woi woi woi woi...

Ah macam cibai la aku tengok korang semua.

Meluat kot. Benda boleh settle ikut proses. Taknak buat pula. Satu lagi yang aku tak faham si Azmin neh meroyan apa depan media?

Korang tengok ek ;



1. Mula2 si Azmin nampak macam konsisten sangat dok cakap unsur2 salah guna kuasa tue jelas.

2. Kemudian kata nak tunggu hasil siasatan.

Makanya. Korang buat tuduhan dulu mendahului hasil siasatan ke apa? Kalau hasil siasatan pun kau takde, bebel apa pasal salah laku orang depan media?

Jahanam betul la.

Pastikan ko ada satu laporan siasatan yang VALID. Baru kau sembang kencang bab salah laku. Kalau berdasarkan sangkaan kemudian nak merapu, lebih baik pergi mampos. Kau ingat rakyat neh BANGANG sangat ke nak terperangkap dengan permainan persepsi korang. Jangan ingat orang tak cakap pasal KAJANG MOVIE. Orang lupa apa itu KAJANG MOVIE. Orang cuma MOVE ON untuk dari terus memperkatakan isu2 yang dah lepas.

Bila kau semua dah YAKIN bahawa KHALID salah guna kuasa. Maka laju2 p buat laporan kepada badan berauthoriti bagi mendapatkan satu penyelesaian yang muktamad. Sembang kencang depan MEDIA pun bukan boleh buat apa2. Setakat layan kau punya sembang merapu boleh la. Lepas tue apa? Bukan ada apa2 pun. Bangang. 

K la.

Chow. 

Khamis, 20 November 2014

Kutipan Zakat Meningkat Tapi Masih Tidak Mencukupi Kata Jamil Khir.


Jamil Khir kata ;

1. Kutipan zakat bagi tahun 2013 meningkat berbanding tahun 2012.

2. Kutipan zakat untuk tahun 2012, ZAKAT mendapat 1.9b.

3. Untuk tahun 2013, ZAKAT mendapat 2.2b.

4. Sungguh pun kutipan meningkat tapi ia masih tidak mencukupi.

5. Setelah mengira nisbah mereka yang layak membayar zakat, kerajaan mendapati mereka2 yang layak membayar tidak membayar zakat sebab tue kerajaan cakap kutipan tersebut tidak mencapai objektif yang sepatutnya.

6. Walaupun jumlah kutipan zakat adalah besar namun jumlah penerima adalah lebih besar dari jumlah kutipan zakat.

7. Lebih2 lagi penerima di bawah kategori asnaf fakir dan miskin.

8. Majlis agama Islam negeri perlu menjalankan satu pendekatan inovatif dan memainkan peranan proaktif bagi membantu menyedarkan mereka (masyarakat) tentang pembayaran zakat.

Apa yang kita boleh faham daripada kenyataan menteri sewel si Jamil Khir neh? Maaf, aku dah memang anggap Jamil Khir neh sewel. Aku tak peduli la kalau kau semua nak sangka baik atau anggap dia baik atau anggap aku celupar atau apa-apa yang kau semua nak anggap. Itu korang punya pasal. Dan aku punya pasal nak anggap JAMIL KHIR tue penyewel. Bagi aku sebagai menteri agama, apa yang dia buat sekarang neh memang sewel. Dia tak berperanan sepertimana nama jawatan yang dia pegang. Bahkan dia membantu orang merasa benci dan meluat dengan Islam dan agamawan secara tak langsung.

Sudah cukup layak dia ialah sewel pada anggapan aku.

Apa yang aku nampak dari point2 si Jamil Khir neh ialah ;

- Rupa2nya kerajaan gila kau neh sanggup buat kajian dan perangkaan untuk menilai berapa banyak yang layak membayar zakat tapi tak membayar zakat kepada agensi zakat lantikan kerajaan.

- Jumlah mereka2 yang miskin dan fakir meningkat tahun by tahun. Kenapa? Kerajaan cakap negara kita bertambah baik. Rakyat kita bertambah baik. Kedudukan kewangan kita bertambah baik. Tapi kenapa ia tidak diterjemahkan dengan cara orang miskin sepatutnya makin susut dan susut? Kenapa dari tahun ke tahun orang miskin makin bertambah?

- Jamil Khir mahu pusat zakat negeri memainkan satu peranan aktif bagi menyedarkan masyarakat akan kepentingan membayar zakat. Ini adalah ayat separuh jalan. Hakikatnya Jamil Khir mahu masyarakat hanya membayar zakat kepada agen zakat lantikan kerajaan. Persoalannya, kenapa? Lantak la orang nak bayar zakat sendiri pun. Yang korang semua sibuk dan kelam kabut sampai sibuk2 nak fikir langkah inovatif la proaktif la apa bagai untuk galakkan masyarakat membayar zakat pada korang buat apa? Baik korang fikir macam mana nak kurangkan jumlah orang2 muslim yang fakir dan miskin kat negara neh lagi bagus.

- Jamil Khir ada sebut. Golongan yang dilantik menjadi imam menerima zakat menerusi asnaf fisabillah. Yang neh aku akan komplain. Aku nak tahu. Imam jenis apa yang dilantik untuk menerima zakat neh? Imam yang kadang2 menjadi imam solat ataupun imam yang kerja dia dok buat kerja merepek kat masjid dok ajak orang benci pembangkang ka? Maaf. Korang boleh fikir aku fikir negatif. Tapi realitinya kat negara kita memang macam tue pun. Jangan ingat bila dia pegang title imam dia tak bangang. Ada imam yang bangang2 dan buat kerja bangang2 juga. Aku tak kata ia melibatkan semua organisasi surau dan masjid tapi aku kata ia memang berlaku kat sesetengah tempat. Ada imam yang berpolitik lebih2 dan ada imam yang melakukan diskriminasi. Aku tak kata ia hanya melibatkan geng2 kerajaan sebab ada juga geng2 pembangkang yang taknak menjadi makmun imam UMNO. Ia berlaku beb. Institusi masjid kita dah rosak dan campurtangan politik secara keterlaluan berlaku. Samada orang2 masjid neh mahu terus menjadi orang2 masjid dan betulkan perkara tersebut ataupun akhirnya mereka fedup dan buat tak peduli apa2 yang berlaku di masjid. Datang, solat dan blah. Peduli la korang punya politiking. Tapi yang aku nak sentuh satu ja. Kalau la imam lantikan itu orang kaya, berduit dan geng UMNO. Dia pun layak terima zakat di bawah kategori asnaf fisabillah ka? Aku ada sebab kenapa aku tanya persoalan neh. 

Seterusnya. Mari kita teruskan kempen jangan bayar zakat kepada kerajaan. Terus bayar pada asnaf yang memerlukan. Tengok muka masing2 macam muka perompak aje. Korang percaya ke depa betul2 uruskan zakat korang dengan adil dan telus? Lue fikirlah baik2.

Jawapan Kepada Taib - Ya, Ini Bukti Sarawak Layak Mendapat Status Negeri Maju Pada Tahun 2015.

Kurang dari 2 bulan kita akan memasuki tahun baru iaitu tahun 2015. Pada tahun 2014, Taib Mahmud ada membuat satu kenyataan. Dalam kenyataan tersebut dia berkata bahawa Sarawak layak digelar negeri maju pada tahun 2015.

Lihat ;



Malaysia sebagai sebuah negara pun tidak layak diiktirafkan sebagai negara maju ini kan pula Sarawak sebagai sebuah negeri.

Tak agak2 nak buat kenyataan syok sendiri. Alasan Taib, berdasarkan kepada pendapatan per kapita. Owh ek? Yeke?

Kata Taib pada akhir tahun 2013.


Beliau berkata, pendapatan per kapita kini telah meningkat 62 kali ganda kepada RM42,000 berbanding RM688 sahaja pada tahun 1963 manakala peratusan rakyat miskin juga semakin berkurangan.

Namun disangkal oleh DAP Sarawak ;

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, pendapatan per kapita negeri iaitu RM41,000 yang diumumkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bercanggah dengan angka rasmi Parlimen dan tidak menunjukkan keadaan sebenar rakyat negeri itu.
Katanya lagi, kerajaan negeri memutarbelitkan statistik semata-mata untuk menggambarkan keadaan ekonomi negeri baik.
“Ia tidak memberi sebarang makna kepada rakyat negeri.” katanya, memetik laman Malaysiakini.
Ahli Parlimen Kuching itu berkata, angka itu berbeza berbanding jumlah yang diperolehnya di Parlimen tahun lalu, di mana pendapatan negara kasar (GNI) adalah RM33,000.
“GNI per kapita Sarawak lebih rendah daripada negara dan tentunya kurang daripada RM41,000 seperti yang diumumkan kerajaan negeri.

Apa yang TAIB cakap mungkin betul. Pendapatan perkapita bertambah. Sarawak layak digelar negeri maju. Mungkin ini method pengiraan yang dia guna ;

Pendapatan Taib + pendapatan kaum kerabat Taib + pendapatan kroni2 Taib + pendapatan suku sakat dan pekerja2 Taib + pendapatan orang2 kaya pro Taib + pendapatan golongan serdahana + pendapatan golongan miskin = pendapatan perkapita = woahhhh dah layak digelar negeri maju.

Sebab tue kat Sarawak kau tengok ini ialah rumah Taib, kaum kerabat dan geng2 dia ;



Ini rumah Taib.



Ini rumah George Chan. (kroni Taib)


Ini rumah Chris Chung. (Kroni Taib)


Ini rumah Hanifah Taib.



Ini rumah Arif Mahmud.



Ini rumah Zainab Taib Mahmud.



Ini rumah Ibrahim Mahmud.



 Ini rumah Raziah Taib Mahmud.



Ini rumah Jamilah Taib Mahmud.



Ini rumah Ali Mahmud.

Ini senarai syarikat yang Taib + kaum keluarga dia + kroni2nya terlibat secara langsung ;



Dan ini pula ialah keadaan anak2 Sarawak yang berusaha mendapatkan pendidikan supaya pendapatan perkapita mereka pun setinggi Taib dan his empire ;







Ini pula keadaan jalan di Sarawak ;




Sekolah di Sarawak ;



Ini catatan pengalaman seseorang berkaitan pengalaman hidup di Sarawak ;





Sekolah, jauh?

Takde kantin?

Guru bersesak2 di kuaters?

Takde bekalan air bersih?

Semua budak2 dapat RMT? RMT makanan bernutrisi ke atau makanan tangkap muat? 

Ini pula rumah bagi sesetengah rakyat Sarawak. Yang komplen bab harga rumah mahal pun bersepah. Yang komplen bab tiada pembinaan rumah baru di kawasan mereka pun bersepah.


Tapi kenapa you guys sibuk sebarkan gambar2 rumah miskin di Sarawak? Di Sarawak pun ada juga rakyat2 yang tak miskin? Dan kat negeri2 lain pun bersepah2 gak rakyat miskin? Why Sarawak? Know the chronology dulu der.

Tengok ;



Tidak ada atap bocor?

Tiada ada bumbung bocor?

Rumah dibina di merata2 tempat?

Hell ya nak menipu tak agak2 orang tua gila neh. Fak U babe.

Rumah berkualiti dibina di merata tempat. Dan saya tinggal di salah satu darinya. Yes. Ini maksud rumah berkualiti bagi Taib gila ;


Dan sekarang tengok rumah masing2 dan fikirkan. Adakah rumah kita berkualiti kalau ikut SPECIFICATION Taib Mahmud?

Nampak?

Faham?

Negeri Sarawak memang boleh dianggap maju berdasarkan pendapatan perkapita Taib dan kaum kerabatnya.

Tapi kalau kau hanya MENGIRA JUMLAH PENDAPATAN RAKYAT maka kau tahu, Sarawak adalah jauh daripada yang digambarkan oleh Taib dan suku sakat dia. 

Kau boleh tengok rumah yang dorang duduk.
Jalan yang dorang dapat.
Sekolah dan sistem pendidikan.
Bekalan air bersih dan elektrik coverage.
Tangga gaji dan penyediaan klinik dan hospital.
Sistem pengangkutan dan prasarana.

Adalah berbeza antara dua darjat. Di mana pemimpin tinggal disitu kawasan akan dimajukan. Di mana tiada pemimpin, maka pergi la mampos sama kau.

Macam mana dengan tak malu nak mamposnya si Taib boleh kata Sarawak layak mendapat status negeri maju pada tahun 2015?

Jalanraya yang stabil pun takde, bongok.

Bai. 

Rujukan : http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=9730&start=15

http://www.beritasemasa.com.my/rumah-istana-taib-mahmud-sarawak

http://www.malaysiakini.com/news/160296

http://agendsai.blogspot.com/2012/09/ini-rupanya-rakyat-sarawak-miskin.html

http://nicknashram.blogspot.com/2012/06/sabarlah-wahai-cikgu-di-pedalaman.html

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/11/12/rizab-sarawak-melebihi-rm22-billion/

http://www.roketkini.com/2014/02/06/pendapatan-per-kapita-sarawak/ 

http://www.theborneopost.com/2013/12/25/jalan-becak-perlu-dibaiki/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...