Ini apa yang Anwar upload.
Biar aku cakap terus terang apa kesalahan Anwar kat sini. Memandangkan penyokong2 Anwar, Hadi, LGE dan geng2 seangkatan mereka berat mulut nak sembang jujur dan menjadi diri sendiri dengan pemimpin2 mereka.
Atau mungkin aku silap?
Membodek, mengampu ataupun membenarkan yang salah memang adalah sikap semulajadi penyokong2 mereka?
Aku akan fikirkan samada aku nak sangka buruk atau sangka jahat dengan penyokong2 partisan neh nanti.
Sekarang. Kita sembang tajuk utama. Tajuk utama dia ialah ;
1. Sekarang neh tengah sesi persidangan parlimen.
2. Sesi persidangan parlimen bukan dibuat pada setiap bulan ataupun sepanjang tahun.
3. Ia ada jadual dan jadual dia telah diketahui awal oleh ahli2 parlimen kita.
4. Anwar Ibrahim ialah ahli parlimen di Malaysia.
5. Selain ahli parlimen Anwar juga seorang ketua pembangkang di Malaysia.
6. Pembangkang secara generalnya mewakili rakyat Malaysia yang mengamanahkan pentadbiran pusat kepada BARISAN NASIONAL untuk memantau, memerhatikan, menilai, menganalisa dan memperhalusi setiap satu tindakan dan polisi2 yang dilaksanakan oleh kerajaan. Adakah ianya bersesuaian ataupun adakah ianya boleh menyusahkan rakyat atau apa. Kemudian elobrate satu persatu supaya rakyat dapat fahami fakta2 kes dan seterusnya memikirkan samada mahu bersama kerajaan ataupun melawan kerajaan dalam setiap polisi2 yang bakal dilaksanakan.
7. Pembangkang berfungsi sebagai check dan balance.
8. Supaya kerajaan gila kau neh tak berbuat sesuka ahti walaupun pada hakikatnya memang dorang slumber nak mampos berbuat sesuka ahti.
9. Dan tugas ahli parlimen secara generalnya ialah menjaga kawasan2 yang dia wakili dengan up permasalahan2 berkaitan penduduk di kawasan tersebut.
10. Antara jenis tugas yang menyebabkan rakyat perlu membayar mereka gaji ialah AHLI PARLIMEN PERLU MENGHADIRI SESI PERSIDANGAN PARLIMEN.
11. Tiada SEBAB yang MEWAJARKAN mereka PONTENG melainkan mereka mampos, sakit, ada hal kecemasan.
12. Pergi ke luar negara, makan2 atau menjadi ulama bajet bagos ataupun pergi parti2 di Penang yang satusen takde value dalam menyelesaikan masalah rakyat IALAH BUKAN SEBAHAGIAN DARI TUGAS AHLI PARLIMEN.
13. Nabi kenal tak nabi? Aku tanya pada orang2 yang beragama tanpa kira apa agama pun yang dorang anuti. Amanah kenal tak amanah?
14. Amanah bermaksud kau perlu menjalankan tugas kau sepertimana yang diperintahkan ke atas diri kau.
15. Amanah ada dua. Pertama, amanah atas keikhlasan, kesedaran dan tanggungjawab. Contohnya macam berjanji. Kedua. Amanah atas wang ringgit. Contohnya, rakyat bayar kau gaji untuk sekian2 tugas dan kau perlu laksanakan tugas2 kau sepertimana yang rakyat amanahkan ke atas diri kau.
16. Dan apa yang Anwar Ibrahim kau neh buat ialah dia telah melanggar amanah dia yang no dua. Bukan hanya dia. Bahkan semua yang ponteng persidangan parlimen tanpa kira dari mana2 parti, lelaki atau perempuan sekalipun, telah melanggar amanah mereka jika gagal menghadiri persidangan tanpa alasan yang kukuh, jelas dan wajar.
17. Dan. Sebagai rakyat apabila kita melihat seseorang telah melanggar amanah dia, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk TEGUR. Supaya ahli2 parlimen neh sedar bahawa RAKYAT tahu apa yang MEREKA lakukan dan RAKYAT tidak SUKA.
18. Bila ahli parlimen ini ditegur, ada kemungkinan yang 50% dalam diri mereka akan mengambil teguran2 tersebut dan mengubah sikap buruk mereka. Mereka akan tengok patern pemikiran rakyat. Mereka baca komen2 walaupun mereka tak balas. Dari situlah diri kita neh sebenarnya telah membentuk sikap ahli2 parlimen kita samada dari side kerajaan mahupun pembangkang.
19. Jika kita mahukan ahli parlimen yang amanah, maka bila dia berbuat tidak amanah, kita tegur dan kita kritik, kita marah dan kita lawan, maka akhirnya secara automatik ahli2 parlimen neh akan mengubah sikap mereka supaya tidak menyakiti ahti rakyat. Menyakiti ahti rakyat bererti kehilangan sokongan. Kehilangan sokongan bererti bakal kehilangan undi ketika pilihanraya. Satu perkara yang ahli parlimen takan suka.
20. Tetapi jika kita hanya bercakap mahukan ahli parlimen yang amanah tetapi tindakan2 kita seringkali membodek ahli2 parlimen neh setiap kali mereka melanggar amanah, jangan la tanya TUHAN. Bila kita akan bebas dari kezaliman. Jalan kita pun BENGKOK. Tapi kita SIBUK nak LURUSKAN jalan orang. Kita tak konsisten pun dengan kehendak sendiri. Jadi macam mana nak bebas dari penindasan.
21. Dan apa yang berlaku tadi ialah ;
22. Penyokong2 Anwar sangat suka meletakkan sikap dan tindakan2 pemimpin2 BN sebagai penanda aras mereka dalam mewajarkan tindakan2 pemimpin2 mereka.
23. Oleh kerana Najib pun kaki ponteng dan langgar amanah, maka apa la salahnya Anwar pun langgar amanah, ye tak?
24. Kalau ini la penanda aras yang digunakan sampai mampos pun kita takan terbebas dari penindasan pemerintah disebabkan kita beranggapan seseorang tue lebih baik dari seseorang tue kerana seseorang tue dari parti yang kita sokong bukan kerana seseorang itu benar2 baik dan mahu membantu rakyat yang tertindas.
25. Bila bercakap pasal pemimpin, penanda aras kita tak boleh tidak, mesti orang2 yang betul jalannya ialah seorang pemimpin yang terbukti amanah dan baik.
26. Bagi orang Islam yang baik macam korang, dan yang jahat macam aku, teruk2 aku pun, aku akan bandingkan Anwar dengan apa yang Islam gariskan.
27. Aku takan bandingkan dia dengan Najib sebab aku tahu dia gila. Aku takan teruskan kegilaan tersebut dengan jadi penyokong yang gila juga.
28. Ini adalah perlu supaya nantinya kelak, masyarakat akan faham kenapa kita perlu tukar pentadbiran negara daripada BN kepada PR.
29. Jadi kita perlu bantu Anwar untuk tarik dia pergi ke landasan yang disarankan oleh Islam. Islam seru kepada adil. Amanah. Intergriti. Telus. Bebas rasuah. Sosialismkan masyarakat tanpa kira kaum atau agama. Aman.
30. Bila Anwar tersasar, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk bantu dia kembali ke jalan yang sepatutnya bagi memelihara intergritinya semula. Intergriti sangat penting supaya apabila dia berkata2 kelak, orang akan percaya kerana orang telah melihat kepada tindakan2 dia yang sebelumnya.
31. Kenapa PR? Dan bukannya BN? Kerana. BN telah diberikan peluang yang secukupnya untuk mengubah pendekatan mereka dalam mentadbir negara. Dah tarik. Dah betulkan. Dah tegur. Dah kritik. Maki pun sudah. Marah pun sudah. Mengamok sudah. Sampai jadi gila meroyan macam aku pun sudah. Peluang yang diberikan kepada BN bukan setahun dua. Tapi bertahun2 lamanya. Hingga orang merasakan ianya adalah sia2 untuk mengubah yang sedia ada. Baikla kita fikirkan satu solusi terbaru dan kita datang dengan idea, gantikan BN kepada PR.
32. Tetapi macam mana kita nak gantikan BN kepada PR jika akhirnya apa yang kita harap2kan pada PR sebenarnya adalah sia2 kerana mereka akhirnya tetap meniru dan mengikuti jejak langkah BN apabila soal amanah, intergriti, ketelusan dan keadilan dibangkitkan.
33. Nampak tak situasi dia kat sini macam mana?
34. Aku sedang tolong PR untuk menjadi sesuatu parti yang berintergriti.
35. Atas sebab itulah bila mana2 ahli parlimen mereka ponteng tanpa sebab yang jelas lebih2 lagi ponteng sebab nak p makan atau parti adalah sesuatu yang perlu ditegur bagi memelihara intergriti tadinya tue.
36. Tetapi. Bila orang macam aku datang dan tegur, sekumpulan manusia perosak seperti pembodek akan sentiasa, sentiasa dan sentiasa mencari jalan untuk merosakkan pemimpin2 yang pada awalnya mungkin amanah dengan bertukar menjadi tidak amanah.
37. Mereka kata mereka sayangkan pemimpin2 mereka. Tetapi itu semua penipuan semata2. Orang yang sayangkan pemimpin takan biar pemimpin dia hanyut dan hancur. Orang yang sayangkan pemimpin, bila nampak pemimpin dia tersasar, dia cepat2 tarik dan betulkan. Itu baru namanya sayangkan pemimpin. Kita selamatkan dia dari menjadi seseorang yang teruk dan langgar tanggungjawab. Bila dia bertanggungjawab, kita akan rasa selesa untuk sokong dia. Bila dia bertanggungjawab, kita tahu bahawa segala macam perjuangan yang kita buat semata2 untuk letakkan dia di puncak kekuasaan akhirnya akan berbalik kepada kita apabila dia merangka polisi2 yang favor kepada kebajikan rakyat marhaen.
38. Tapi. Pembodek tak nampak tue. Apa yang dia nampak ialah ;
39. Anwar hadiri satu majlis makan. Dan kau rasa bangga. Kau tak rasa something ke kat situ?
40. Apa yang aku nampak ialah dia kat luar negara ketika parlimen bersidang. Segala macam dia p makan ka apa ka takde benda yang patut dibanggakan bahkan patut ditegur tindakannya sebab langgar tanggungjawab.
41. Belum jadi PM. Dah ponteng sana sini. Belum jadi PM. Tak tahu nak uruskan jadual agar tak bercanggah dengan persidangan parlimen. Belum jadi PM. Makan gaji buta. Dan ini ke seseorang yang patut diangkat untuk menggantikan Najib? Hello. Penyokong2 Hadi dan LGE pun jangan perasan. Pimpinan korang pun 2 x 5 langgar amanah.
42. Anwar sepatutnya duduk kat situ dan dengar perbahasan dan melakukan perbahasan sebab itulah antara aspek yang akan dinilai oleh rakyat marhaen bagi menganalisa kemampuan Anwar untuk mentadbir negara neh andaikata PR menang dalam PRU mendatang.
43. Dan Anwar sepatutnya tetap perlu duduk disitu sesuai dengan gaji yang dia terima sebagai wakil rakyat.
Jika taknak buat kerja, maka berundur cara baik.
Jika taknak jadi wakil rakyat, maka beri peluang pada orang lain.
Jika ada banyak tanggungjawab, maka selaraskan tugas.
Jika tak mampu nak pegang banyak2 jawatan, maka lepaskan yang tak perlu.
Aku tak ingat pernah baca kat mana. Tapi ada kata2 yang mengungkapkan bahawa pemimpin yang baik datang dari masyarakat yang baik. Pemimpin yang amanah datang dari masyarakat yang amanah. Oleh kerana masyarakat yang akan memilih pemimpin maka masyarakat itulah terjemahan kepada sikap pemimpin itu sendiri.
Ringkasnya. Jika kita suka mencuri, maka pencuri la yang kita angkat jadi pemimpin supaya pemimpin tadinya tue boleh merangka polisi2 yang memudahkan kita untuk mencuri.
Selagi kita tak ubah cara kita berfikir tentang kepimpinan, maka sampai mati la kita diperbodohkan dan diperkotak-katikkan oleh sebahagian umat yang tak amanah dan suka2 melanggar tanggungjawab.
Ko tak boleh harap orang lain. Kau sendiri kena ubah cara kau berfikir tentang pemimpin.
Sekalipun BN tidak amanah.
Sekalipun PR tidak pergi ke satu level yang kita harapkan.
Ia bukan la salah mereka seratus peratus.
Masyarakat kita adalah cerminan kepada pemimpin bagaimana yang kita mahu jadi pemimpin.
Kita suka kepada pemimpin yang menindas, menzalimi dan langgar amanah. Maka itulah yang kita dapat sekarang neh.
Untuk seseorang suka kepada pemimpin yang menindas, menzalimi dan langgar amanah, ia memerlukan seseorang untuk bersikap menindas, menzalimi dan melanggar amanah juga. Maka nampak tak bagaimana sikap rakyat mempengaruhi perjalanan pemimpin?
Penyokong parti tidak amanah.
Maka kita dapat pemimpin yang tidak amanah.
Terima la realiti.