Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 19 November 2014

Ini Jawapan Ahmad Maslan & Hasan Malek Kenapa Kerajaan Enggan Turunkan Harga RON 95.

Ahmad Maslan cakap apa? 

- Harga minyak tidak boleh diturunkan ikut kehendak parti atau seseorang.

- Kerajaan hanya akan buat keputusan untuk turunkan harga RON 95 andaikata harganya turun lagi di pasaran antarabangsa sehingga menghilangkan subsidinya secara automatik ataupun sehingga harganya lebih murah berbanding yang dijual sekarang.


Dan. 

Ahmad Maslan juga sebut andaikata OPEC memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah di pasaran antarabangsa bagi mengimbangi harganya yang kian jatuh, harga minyak akan naik maka apa perlunya pembangkang buat demo pula?

Nampak tak point Ahmad Maslan neh? 

Point neh paling penting untuk kita faham tau. Yakni, harga minyak memang dalam sesetengah keadaan boleh ditentukan oleh negara2 tertentu.

Negara2 yang produce minyak dan mereka2 yang mengambil keuntungan daripada penjualan minyak mentah pasti meluat jika harga minyak di pasaran dunia terus jatuh.

Ahmad Maslan seolah2 membayangkan bahawa harga RON 95 pasti tidak akan diturunkan kerana risiko OPEC kurangkan pengeluaran minyak mentah adalah tinggi. Andaikata kerajaan memilih untuk turunkan, dan tiba2 harga dia naik mendadak, kerajaan perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk subsidi pula di masa2 akan datang. Maka, lebih baik tak perlu turunkan harga RON 95 bagi mengelakkan dari risiko tersebut.

Menambahkan jumlah subsidi adalah sesuatu yang kerajaan kau takan buat ketika ini. Malaysia mengalami masalah kewangan yang teruk. Siling kuaters sampai runtuh sebab takde bajet nak repair. Tatau la duit2 peruntukan semua pergi mana. 


Dan ini pula jawapan dari Hasan Malek ;

- Kerajaan perlu tunggu sehingga OPEC habis bermesyuarat pada akhir bulan neh bagi memutuskan samada RON 95 patut diturunkan ataupun tidak.

- Sebarang keputusan yang diambil oleh kerajaan akan mengambil kira kepentingan rakyat di negara neh.

- Melihat kepada jawapan senada Ahmad Maslan dan Hasan Malek, nampak gayanya depa memang telah bermesyuarat dan siap2 bincang alasan apa yang patut dilemparkan kepada rakyat jelata.

Pada aku.

1. Aku tak nafikan yang OPEC mungkin mengambil pendekatan untuk kurangkan pengeluaran minyak mentah.

2. Tapi aku tak fikir OPEC boleh bertindak sesuka ahti sebab ia membabitkan KEPENTINGAN banyak negara.

3. So secara tak langsungnya, kerajaan kita pun patut aje turunkan harga minyak sementara harganya masih rendah.

4. Atau ikut aje saranan dari CEO MAYBANK, dengan mengambil kesempatan ini untuk terus hapuskan SUBSIDI bagi RON 95. Dan mula tumpu kepada penggunaan 97.

5. Sebenarnya. Secara tak langsung aku nampak KERAJAAN KAU NEH DAH BERJAYA MEMPERBODOHKAN RAKYAT MARHAEN isu penjualan petrol RON 95 & 97.

6. Kononnya 97 untuk orang2 kaya dan kenderaan besar.

7. Ron 95 pula untuk orang2 miskin dan kereta kecil.

8. Padahal banyak kajian membuktikan RON 97 samada untuk kenderaan besar atau kecil memberikan lebih kilometer berbanding RON 95 (bahkan kalau kau isi kat SHELL ataupun EXXON/PETRON + waktu subuh atau malam lebih banyak kilometer yang kau boleh pergi).

9. Maksudnya, lebih baik kau isi tank kau dengan 97 berbanding 95. Walaupun 95 nampak lebih murah dari 97 tapi guna 95 tak jimat mana sebaliknya adalah sama. Kalau sama, maka apa bezanya? Bezanya 97 lebih smooth untuk enjin kenderaan kau berbanding 95. Bila lebih smooth risiko dia rosak atau buat hal kurang berbanding enjin yang tak smooth. Bila kau asyik isi minyak yang boleh mempertaruhkan 'jangka hayat enjin kau', risiko kenderaan kau meroyan sangat tinggi. Dan tak pasal2 kena keluar duit untuk repair plak (yes, cara2 kau jaga kenderaan kau juga mempengaruhi dan jenis minyak adalah salah satu dari faktor yang mempengaruhi).

10. Dan. Kat sini la kerajaan sohai kau berjaya memperbodohkan umat.

11. Mereka buat kasta minyak dengan membayangkan RON 97 adalah minyak untuk orang2 kaya manakala RON 95 adalah minyak bagi orang2 miskin. 

12. Tujuan kerajaan sohai kau buat kerja gila neh ialah bila RON 97 naik maka takde la rakyat memekak marahkan kerajaan. Persepsi perlu dicipta dan akhirnya kerajaan mencipta persepsi bahawa rakyat perlu dipandu untuk faham bahawa mereka hanya layak guna minyak 95 berdasarkan pendapatan dan jenis kenderaan mereka.

13. Hakikatnya, kerajaan cuma bersedia tanggung subsidi salah satu jenis minyak dan kerajaan telah membuat keputusan untuk mengekalkan subsidi bagi ron 95. 

14. Kenapa? Yang neh aku tatau tapi aku syak disebabkan penggunaan. Aku syak orang lebih banyak guna 97 berbanding 95. Dan aku syak kerajaan pilih minyak yang orang paling kurang guna supaya mereka tak perlu tampung subsidi banyak2. 

Keputusan kerajaan untuk hanya subsidikan salah satu jenis minyak di negara neh dan diamkan rakyat dengan persepsi kasta minyak sebenarnya telah berjaya apabila Rafizi memilih untuk berdemo desak kerajaan turunkan 95.

Rafizi membayangkan rakyat marhaen layaknya minyak tidak berkualiti. Rafizi membayangkan kasta minyak itu betul. Sungguh pun aku tak nafikan tindakan Rafizi berdemo adalah untuk mencari millage politik tambahan pula sengaja dibuat pada akhir tahun disebabkan nak bagi nampak ramai memandangkan orang sekarang dah meluat dengan PKR apatah lagi demo RAKYAT HAKIM NEGARA bukan sahaja GAGAL bahkan mendapat ejekan masyarakat secara tidak langsung. Maka taknak la abang Rafizi kau amek risiko kena booo pula andaikata demo turunkan harga minyak tak mendapat sambutan.

Pada aku. Sudah sampai masanya untuk kita kaji secara terperinci beza guna ron 95 dan 97. 

Dan bentangkan ia dalam bentuk data dan huraian lengkap.

Dan jika terbukti guna ron 97 adalah lebih bagus untuk kenderaan kita, maka apa kata kita hapuskan terus penjualan ron 95 dan mula alihkan subsidi ke atas ron 97 bila kerajaan laksanakan sistem subsidi petrol bersasaran kelak bermula tahun depan.

Aku lebih suka Rafizi tumpu ke atas perkara neh berbanding demo. Sorry la ek.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...