Apa masalah menteri kau neh wei? Kelakar gila nak mampos.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
Tadi. Baru berkesempatan baca berita berkaitan politik. Dan terbaca bahawa harga minyak pada hari ini mencatatkan penurunan lagi. Kali neh turun sampai ke 79.41 setong beb.
Maksudnya. Subsidi kita mungkin sudah tiada atau hampir tiada. Bukan tinggal 0.12 sen lagi dah macam laporan berita 2 minggu yang lepas.
Aku marah juga dengan kerajaan kau neh. Patut cepat2 la update jika2 ron 95 masih ditampung dengan subsidi ataupun tidak. Ada beberapa isu sebenarnya babitkan subsidi neh beb. Kalau la ron 95 kini ikut harga pasaran atau harga apungan without subsidi maka, kerajaan telah melakukan penjimatan billion ringgit berikutan subsidi minyak yang diperuntukkan untuk bulan2 terakhir bagi tahun 2014 automatik telah terhenti serta merta sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di peringkat global.
Dan, mana2 wang subsidi yang tidak dibelanjakan ke atas subsidi bermaksud lebihan perbelanjaan. Maka. Yang neh kena la bagi clear all out. Jangan diam2 saja.
Dan. Lebihan ini. Apa agaknya yang kerajaan kau plan nak buat? Sebab tue aku nak dorang clearkan all out. Jangan diam2 saja.
Berkaitan isu Ahmad Maslan. Siyes aku syak dia neh memang sakit tau. Tatau la sebab kuat sangat kerja ke ataupun memang dia neh ada penyakit nyanyuk. Tengok dari usia takde la tua sangat. Tapi tengok akal emm.. tatau nak cakap apa.
KAH KAH KAH
Seperti yang kita sedia maklum. Ahmad Maslan adalah individu yang bertanggungjawab dok pongpang2 isu pengenalan cukai jualan terhadap RON 95 andaikata harga RON 95 peringkat global jatuh.
Tujuan Ahmad Maslan berbuat demikian korang boleh baca kat sini.
And then tadi aku terbaca la satu berita yakni Ahmad Maslan menyatakan bahawa dia akan cadangkan agar cukai jualan tidak dikenakan kepada RON 95 andaikata harganya terus jatuh dan jatuh. Sebaliknya dia akan cadangkan kepada kerajaan agar harga RON 95 diturunkan.
Owhh.. aku macam. Apa benda dia neh cakap ek? Apa yang ko merepek setannnnn?
Yang bagi cadangan cukai jualan ke atas RON 95 tue kau.
Yang kata kerajaan tiada keperluan turunkan harga RON 95 andaikata harga pasaran terus jatuh itupun kau.
And tadi. Tiba2 kau bercakap seolah2 ada orang lain yang bagi cadangan tersebut dan kau akan bagi cadangan kepada kabinet agar tiada cukai jualan dikenakan dan minta harga minyak diturunkan.
Ko nampak tak?
Nampakk?
Nampakk kan yang kau sakit akal?
KAH KAH KAH
Hadoi ai.
Korang baca la berita kat bawah neh sendiri. Siyes aku cakap. Aku memang dah lama syak dia neh sakit. Bawa2 la berubat Ahmad Maslan woi.
KAH KAH KAH
Baca ;
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau sendiri akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya menurunkan harga minyak RON95 sekiranya harga minyak mentah dunia turun pada paras antara US$70 hingga US$75 setong.
Beliau berkata penurunan harga tersebut boleh dilaksanakan kerana sudah melepasi kadar subsidi yang ditanggung kerajaan.
"Saya difahamkan oleh pegawai-pegawai yang menjaga hal subsidi minyak ini, apabila harga minyak pada US$70 hingga US$75 setong, maka ia akan melepasi daripada tahap subsidi RM2.30 seliter.
"Saya secara peribadi, selaku timbalan menteri kewangan, akan memberikan pandangan kepada Jawatankuasa Dasar Fiskal supaya menurunkan harga minyak RM2.30 ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup penerangan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan taklimat isu semasa Parlimen Masjid Tanah hari ini. Ketika ini minyak mentah Brent berada pada paras US$79.41 setong.
Ahmad berkata beliau juga akan mencadangkan supaya tiada sebarang cukai jualan dikenakan ke atas minyak berkenaan.
"Kenapa tidak perlu cukai jualan ini kerana pada saat dan ketika ini pun kita tidak mengenakan cukai jualan," katanya.
Dalam pada itu, katanya sekiranya harga minyak berkenaan diturunkan, beliau berharap para peniaga turut menurunkan harga barangan mereka kerana sering kali menjadikan kenaikan harga minyak sebagai alasan menaikkan harga barangan. – Bernama-