Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 17 November 2014

Takde Duit - Alasan Kenapa Tak Baiki Siling Kuarters Hingga Runtuh (Nasib Baik Tak Mati).

Mana pergi semua duit2 peruntukan yang diagihkan pada setiap kementerian kat negara neh? Memalukan gila kot. Ada ka patut bagi alasan kementerian takde duit nak repair siling.
Ayoyoyo.. 
Kalau yang kena hempap tue mati bagaimana? Kalau yang kena hempap tue buta atau menghadapi kecacatan kekal macam mana? Mana boleh bagi alasan gila babi macam neh. Sepatutnya menyediakan ruang kediaman yang selamat diutamakan kerana ia babitkan nyawa manusia.
Takan nak repair siling makan ribu2 kot. Ratus2 pun belum tentu woi. Kementerian pendidikan nak tunggu sapa mati baru bertindak? Sapa songlap semua duit2 peruntukan tersebut kalau sungguh kementerian takde duit sangat walaupun untuk buat kerja2 pembaikan berskala kecil sekalipun. 
Muhyiddin, mana kau? Jawab cepat oi.
Baca ; 
GOMBAK – Seorang anak guru trauma akibat dihempap siling bilik tidur di Kuarters Institusi Pendidikan Gombak Utara dalam kejadian jam 1 pagi semalam.
Bapa saudara mangsa, Abdul Hafeez Abd Rashid, 30, berkata, mangsa, Fatimah Az-Zahra, 13, pelajar tingkatan 1 yang ketika itu baru hendak melelapkan mata cedera di bahagian mata akibat terkena serpihan runtuhan.
Menurutnya, berikutan insiden berkenaan juga, anak saudaranya trauma tinggal di situ dan menumpang di rumah ibu saudara.
“Fatimah tidur sebilik dengan ibunya, tapi masa kejadian kakak saya berada di ruang tamu,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Tambahnya, sebelum ini aduan berhubung kerosakan dalam unit telah diajukan kepada pejabat pendidikan daerah secara peribadi dan wakil kuarters, namun kerja pembaikan tidak dilakukan disebabkan tiada peruntukan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...