Tue dia.
Nazri Aziz sendiri pun mengakui bahawa dia sendiri tak yakin dengan tahap keselamatan di Sabah.
Apa kata PDRM?
ESSCOM?
KETUA MENTERI SABAH?
SHAHIDAN KASSIM?
Untuk rekod. ESSCOM dan Shahidan Kassim pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tahap keselamatan di Sabah berada dalam kawalan mereka dan tiada apa2 yang perlu dibimbangkan.
Dan yang lagi best, si Shahidan Kassim neh siap cakap besar lagi.
Ko tengok ;
Yang pertama petikan dari laporan Sinar Harian. Rujuk sini.
Yang kedua petikan laporan dari TMI. Rujuk sini.
Nak membohong tak agak2 menteri kau neh. Sembang mao besar depan orang. Mengarut la sangat kalau ko kata perairan Sabah lebih selamat dari KL. Sedangkan tahap keselamatan di Sabah mahupun di KL 2x5 hapraknya pun. Tak selamat pun walau kau berada di Sabah mahupun KL jika kau mahu tahu itula keadaan sebenarnya. Jenayah bersepah2 kat seluruh Malaysia neh. Dah tatau nak cakap apa dah.
Berbalik kepada tajuk asal tadinya tue. Nazri Aziz menyebut ;
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata enggan mengambil risiko mempromosikan Sabah selagi kes penculikan melibatkan pelancong asing di negeri itu masih belum selesai. Menteri pelancongan itu berkata beliau sendiri tidak mahu pergi ke Lahad Datu buat masa ini, apatah lagi menggesa duta Malaysia di luar negara mempromosikan kawasan pelancongan yang masih belum selamat itu.
"Saya tidak berani hendak bagi jaminan Sabah selamat sedangkan ada lagi dua kes penculikan masih belum selesai.
"Saya tidak akan cakap dengan duta-duta kita (supaya) yakinkan pelancong luar datang ke Sabah... saya tidak akan buat," katanya semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini. Nazri berkata demikian menjawab isu dibangkitkan Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid yang mencadangkan agar kementerian meminta bantuan duta Malaysia mempromosikan kawasan tersebut.
"Macam mana saya hendak yakinkan orang kalau kes itu tidak selesai lagi, kes itu turut melibatkan anggota polis, konstabel yang bertugas menjaga perairan Sipadan. Adakah itu selamat?" soalnya.
"Saya tidak mahu tanggung (akibatnya). Kalau saya bagi jaminan Sabah sudah selamat, berduyun-duyun (orang) datang. Dan kalau seorang kena culik, saya yang kena nanti," kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu.
Nazri berkata, pelancong lebih takut dengan insiden penculikan berbanding insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. "Pelancong merasakan penculikan di Sabah lebih menakutkan daripada insiden kapal terbang, sebab saya sendiri pun takut.
"Pada mereka MH370 boleh berlaku pada mana-mana penerbangan, tapi untuk ke Sabah, mereka (pelancong) takut sebab penculikan berlaku di sana," katanya. "Saya sendiri tidak mahu ke Lahad Datu, tidak mahu cari pasal."
Sorry to say, tapi aku memang berpendapat apa yang dibahaskan oleh Nazri Aziz adalah tepat dan patut. Kalau seorang menteri pun rasa cuak dan ragu2 dengan tahap keselamatan di Sabah, bagaimana pula dengan orang biasa macam kita? Bagaimana pula dengan pelancong? Ini nyawa orang kot. Bukan main2 woi.
Sibuk pula suruh promote2 Sabah sebagai sebuah negeri pelancongan. Tapi tahap keselamatan macam sial. Masalah PATI sampai sekarang gagal atasi. Aku dah tatau dah berapa banyak kali orang Sabah mengadu masalah neh dari tahun ke tahun ke tahun sampaikan dorang buat gerakan nak keluar dari Malaysia korang memekik plak. Bagi aku, tindakan segelintir orang Sabah dan Sarawak yang buat movement untuk keluar dari Malaysia adalah patut. Kalau merujuk kepada keadaan mereka, memang patut.
Menteri2 kita semua stok makan gaji buta. Dan yang terkini DUN Sabah meluluskan kenaikan gaji wakil rakyat termasuk gaji KM. Nampak? Nampakk? Masalah PATI tak selesai, tahap keselamatan di perairan Sabah macam sohai tapi sibuk plak si gila2 tue memperjuangkan isu kenaikan gaji masing2. Memang lahanat sungguh la woi.