Lakonan yang mantap dari Sultan Pahang kita. Berapa bintang boleh kita bagi? 5 bintang? 7 bintang? Atau 10 bintang?
Kah kah kah
Kah kah kah kah
Kah kah kah kah kah
Maaf la sultan Pahang. Lakonan kau hanya mampu membuatkan aku gelak aje. Aku tak terpedaya dengan taktik murahan seperti ini tau. Nak tahu kenapa? Meh aku kasitau kau.
Utusan melaporkan ;
1. Banjir berlumpur berpunca dari penerokaan tanah secara tidak terkawal.
2. Baik secara berlesen mahupun secara pencerobohan.
3. Terdapat kawasan yang terbukti dicerobohi secara terangan2 namun penguatkuasa tempatan tak buat apa-apa.
4. Penduduk juga telah membuat laporan di pelbagai agensi penguatkuasa termasukla kepada PDRM dan SPRM selain daripada membuat aduan kepada majlis perbandaran namun tiada apa-apa tindakan setakat ini.
5. The Star baru2 neh mendedahkan bahawa penglibatan seseorang yang berkuasa dan berpengaruh dalam kerabat diraja Pahang dalam urusan penerokaan tanah di Cameron Highlands membuatkan ia menjadi tidak terkawal kerana tak boleh tidak, mereka terpaksa meluluskan perkara tersebut (secara paksa) akibat dipengaruhi (diarah indirectly) melalui satu surat kuning.
6. Sungguh pun kerabat diraja Pahang menafikan surat tersebut dan kandungannya, namun adakah rakyat Malaysia neh BODOH sangat untuk menerima penafian tersebut secara membuta tuli?
7. Bila SPRM tutup mata. Bila PDRM tutup mata. Bila Najib tutup mata. Bila MB Pahang sendiri yang ulang alik Cameron tutup mata. Bila kematian berlaku berkali2, banjir berlaku berkali2 dan tiada tindakan drastik dari mana2 menteri itu bermaksud memang ada seseorang yang berpengaruh di sebalik penerokaan tanah di Cameron. Nak mengambil tindakan pun jadi buntu sebab pengaruh sultanisme.
8. Dan seseorang yang berpengaruh neh takan mungkin ialah orang yang biasa2 saja pangkatnya. Ia mestilah seseorang yang terkait rapat dengan sultan ataupun sultan itu sendiri. Kerana itula satu2nya pangkat yang mampu membuatkan PDRM, SPRM, mana2 menteri termasuk perdana menteri sekalipun diam tak mampu nak kata apa2.
9. Tapi kenapa UTUSAN dok dedah2 apa bagai neh? Tak takut ka? Utusan di bawah pengaruh Mahathirism secara tak langsung. Apa yang Utusan nak lawan bukan la mempertahankan Cameron. Sebaliknya membuka kelemahan Najib. Lebih banyak kelemahan Najib diperkatakan, lebih cepat dia turun. Dan lebih cepat apa yang Mahathir hajatkan tercapai.
Ini semua wayang politik je la. Jangan la kau semua ingat ahli2 politik ataupun geng2 sultan neh nak bekap korang semua. Jangan perasan.
Kau bagi kuasa pada ahli politik, dia akan cari jalan untuk besarkan kuasa dia.
Kau bagi pangkat pada ahli politik, dia akan cari jalan untuk naikkan pangkat dia.
Kau bagi wang pada ahli politik, dia akan cari jalan untuk jadikan wang tue milik dia.
Kau bagi amanah pada ahli politik, dia akan cari jalan untuk mengadaikan amanah tersebut atas kepentingan peribadi.
Itulah ahli politik.
Mereka tidak boleh dipercayai. Dan sultan Pahang nak menyelamatkan imej diri sendiri. Sorry la. Selagi kasino terpacak. Selagi #1881 tidak berubah, maka segala lakonan kau hanyalah angin lalu. Tengok? Boleh. Baca? Boleh. Untuk aku percaya, ia memerlukan pistol di kepala.
Chow.