Rabu, 19 November 2014

TOL Bakal Naik - Pampasan Atau Kadar Baru Tetap Rakyat YG Bayar Wahai Menteri Kerja Raya.


Cubaan menteri memperbodohkan umat. 

Apa yang menteri kau semua cuba bayangkan neh?

1. Dia bayangkan bahawa keperluan untuk menaikkan kadar tol

2. Atau jika tidak kerajaan perlu membayar pampasan jutaan ringgit kepada konsesi2 tol

3. Sepatutnya. Tol dinaikkan pada tahun 2014. 

4. Tapi rakyat mengamok. Kerajaan cuak. Dan kerajaan tangguhkan kenaikan bagi tahun neh.

5. Dan bila kerajaan sebut semula tentang kajian kadar baru tol bagi tahun 2015, yakni kerajaan kau ada niat nak naikkan tol pada tahun 2015.

6. Menteri mendedahkan bahawa kerajaan hanya meluluskan peruntukkan sebanyak 458j juta pampasan kepada 20 konsesi tol di seluruh negara.

7. Sedangkan jumlah pampasan yang sepatutnya dibayar kepada 20 syarikat konsesi tol tersebut ialah sebanyak 558.69 juta.

8. Jika kerajaan memutuskan untuk naikkan kadar tol maka boleh la kerajaan gunakan peruntukkan jutaan ringgit yang tersedia sebagai pampasan tadinya tue bagi menambahkanbaikkan infrastruktur.

9. Maka tidak tepat la jika ada cakap2 yang mengatakan tiada kenaikan tol pada tahun hadapan (2015).

10. Kerajaan akan buat ikut protokol biasa. Bermesyuarat. Dapatkan satu keputusan samada naikkan kadar tol atau kekalkan ia sebelum membuat pengumuman kepada rakyat.

11. Ikut polisi kerajaan, tol hanya dibenarkan naik antara 50 sen hingga ke 2.00 dalam satu2 masa.

12. Menteri berharap kerajaan tidak menghalang kenaikan tol pada tahun 2015.

13. Apatah lagi peruntukkan untuk pembangunan telah berkurangan sebanyak 200 juta.

14. Jika kerajaan terpaksa membayar pampasan, maka kita terpaksa korbankan projek lain.

15. Pada tahun 2013, kerajaan telah menyalurkan peruntukkan sebanyak 640 juta kepada kementerian kerja raya bagi tujuan pembangunan namun jumlah tersebut berkurangan sehingga 485 juta bagi tahun 2014.

16. Sebab tue menteri kerja raya berharap kerajaan tidak menghalang kenaikan tol pada tahun 2015.

---------

Oke.

Ko nampak tak apa yang aku nampak?

Pertama. Aku nampak menteri kau neh membayangkan dia dan kerajaan ialah dua entiti yang berbeza.

Kedua. Aku nampak menteri kau neh dok membayangkan bahawa pampasan tue datang dari sumber atas langit manakala duit buat bayar tol setiap kali guna tol aje datang dari pengguna tol.

Ketiga. Aku nampak menteri kau neh beria2 bercakap bagi syarikat konsesi tol supaya kadar tol dikaji semula dan naikkan ia bagi tahun 2015.

Keempat. Aku nampak menteri kau neh langsung tak peduli bab rakyat yang terpaksa hadap kenaikan bagi 20 jenis tol sekaligus pada tahun 2015 andaikata kerajaan kau meluluskan permintaan konsesi tol untuk menaikkan tol.

Nampak?

Nampakk?

Yang aku tak faham. Dah bagi tanah. Dah bagi pinjaman. Dah bagi grant. Setiap kali guna tol kena bayar. Tang mana plak syarikat2 konsesi tol neh rugi? Untung tiap2 tahun dan kenapa pula kerajaan terikat dengan perjanjian untuk membenarkan mereka menaikkan kadar tol setiap 2 tahun sekali?

Atas sebab apa kerajaan kena bayar pampasan jika tiada kenaikan tol?

Aku tak faham benda neh. Celaru kot. 

Oke. Ko berniaga satu benda. Kat sini konsesi tol berniaga tol. Dia ada buat agreement dengan kerajaan. Berapa banyak modal yang dia keluarkan untuk buat lebuhraya dan maintainance apa semua. Then dia buat jangkauan berapa lama masa yang diperlukan untuk mendapatkan semula pulangan modal berserta keuntungan. 

Then kerajaan akan decide, samada bussiness plan syarikat tue berpadanan ataupun tidak. Lepas tue sign agreement. Settle.

So kenapa kat sini kerajaan buat satu protokol bahawa tiap 2 tahun sekali kadar tol perlu dikaji dan jika kadar tol tidak dinaikkan kerajaan akan terikat dengan bayaran pampasan. Kenapa nak masukkan ini sebahagian daripada perjanjian? Bukan kah perjanjian ini berat sebelah dan tidak berpihak kepada rakyat? Kenapa rakyat entitle untuk memilih samada bayar tol (terus keluar dari dompet) ataupun bayar pampasan (melalui cukai) kepada syarikat2 konsesi neh? Untuk apa?

Nampak tak situasi dia kat sini?

Bullshit kot. Lue fikirlah sendiri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...