Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 27 April 2013

Kenapa PAS BERKEMPEN DI DUN SUNGAI ACHEH?

Jawapannya sebab PAS kan dah berdaftar untuk jadi calon. Tatau ke? PAS bertanding juga di kawasan Dun Sungai Acheh. So apa yang peliknya disitu kalau PAS berkempen?

Agak bodoh la soklan lue tue kan?

Hehe.

Owh oke. Sorry2. Gua minta maaf sebab tertanya soalan yang lue rasakan agak BODOH itu. Tapi gua tetap akan tanya. Pasal gua sebenarnya sedang confuse. Hopefully saf2 suci molek confirm syurga tak marah gua. Ampun berjuta2 ampun ya PAS.. patik nak tanya ja. Bukan nak cari gadoh.

Alkisah dia macam neh. Hari tue kan gua terbaca di malaysiakini. Juga di HARAKAHDAILY. Apa yang gua baca itu ialah ;

PAS Pulau Pinang akur dengan keputusan menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh kepada PKR seperti mana yang telah diputuskan oleh PAS Pusat hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Saleh Man berkata, memandangkan persetujuan telah dicapai oleh kepimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat, maka semua pihak harus akur dengan keputusan tersebut.

Sehubungan itu juga katanya, jentera parti PAS dan PKR harus bergerak bersama dengan satu matlamat iaitu memastikan BN tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU13) kali ini. 


Rujukan :  http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/18558-pas-p-pinang-akur-serah-sungai-acheh-kepada-pkr

Aku nak highlight sikit. Aku percaya tiada sesiapa pun paksa/kawal/remote harakahdaily dan Saleh Man untuk keluarkan kenyataan seperti di atas. Takde kot mana2 PKR ataupun Chegu Bard pergi acu pistol kat kepala dia untuk keluarkan statement di atas. Aku yakin. Kalau aku salah aku minta maaf. Mohon PAS Negeri report POLIS kalau PKR ada ugut korang untuk keluarkan kenyataan di atas oke.

TQ.

Dan sambung balik. Apa yang menjadi tanda tanya, kepelikkan dan kehairan orang ialah bilamana muslimat2 PAS turun padang dan berkempen bagi pihak PAS. 

Rujuk gambar ;



Gua takmo side mana2 dalam isu perebutan kerusi dan blablabla. Taking side neh melemahkan dan menyusahkan gua sebenarnya. Pasal gua banyak kawan2 di kalangan partisan pakatan. Gua taking side berpihak kepada PR pun ada je member2 dari BN dah panas dengan gua. Tue korang punya pasal la kan.

KAH KAH KAH

Tapi gua kena gak taking side kali neh sebab nak buat perubahan. Yang tue lain citer oke. Sekarang citer pasal di atas. Gua berpandukan kepada keadaan semasa. Bukan nak menangkan sapa2. Just berpandukan kepada keadaan semasa. Harap memahami.

1. PAS pusat dan PAS negeri kalau dirujuk kepada keputusan bersama pada dasarnya telah pun bersetuju menyerahkan kerusi tersebut kepada PKR.

2. Then bukan kah sepatutnya kempen2 yang dijalankan sepatutnya HIGHLIGHT calon sebenar di kawasan situ? CALON SEBENAR kat situ bermaksud CHEGU BARD le. Sebab PAS dah tarik diri. Memang ada tercatit nama calon PAS dan sebagainya kat kertas undi time undi nanti tetapi kan dah TARIK DIRI secara officially nya walaupun SPR tak secara officialnya meluluskan hal tersebut tetapi still dah consider TARIK DIRI di kalangan2 penyokong PR, betul tak?

3. Bukan kah sepatutnya kempen2 PAS ialah memberitahu kepada public / pengundi bahawa undila calon kami CHEGU BARD dan jangan pangkah calon PAS sebab taknak bagi UNDI berpecah? Bukan kah sepatutnya dah saling berpakat dan bukan hentam menghentam sesama sendiri lagi dah kali neh? Bukan kah sepatutnya dah sepakat dan berkempen bersama2? 

Ka, sebenarnya PAS Negeri merasakan ahh rugi la. Dah bayar duit calon. Takan nak tarik diri juga. Bertanding je la. Lagipun salah apa? Apa salah PAS kalau berkempen pun? Nak kata langgar peraturan pun tidak. Nak kata langgar hukum ISLAM pun tidak. Yang ko kecoh dah kenapa?

Owh oke2.  

Atau yang sebenarnya aku sedang salah faham? Yang dimaksudkan akur dan tarik diri tue sebenarnya ada maksud lain? Kalau ya takpela, aku minta maaf banyak2 la ek. Nanti aku check kamus balik. Untuk kenalpasti apa maksud sebenar akur dan tarik diri. Kena banyak belajar aku neh. BM pun failed. TQ ek. Babai semua.

Jumaat, 26 April 2013

Masjid Di Conteng Dengan Perkataan PAS BABI.

Dah GILA dah. Puak2 yang conteng tue memang dah main GILA. Agak2 la. Masjid kot tempat yang kena conteng tue.

BODOH NAK MAMPOS.

PROVOKASI MELAMPAU.

Sebenarnya AJK Masjid tue sendiri kena buat report polis. Biar polis siasat. Sapa punya kerja. Siapa dalang dan sebagainya. Tak guna sekadar sebar gambar macam neh. Lebih baik report polis dan biar polis selesaikan kes. Untung2 dapat tangkap dalang hah mampuih la ko kena. Baru kita tahu siapa punya kerja kan.


Sumber : http://batuvskayu.blogspot.com/2013/04/pas-babi.html

Minta tolong AJK yang terbabit pergi report polis. Sakit gak ahti aku tengok MASJID diconteng2 dan dikaitkan dengan isu POLITIK PROVOKASI macam neh. Dah memang takde akai gamaknya.

Pui.  

HOT : 3 Pemimpin Pembangkang Dikenalpasti Dalang Insiden Lahad Datu.


2 dari Semenanjung.
1 dari Sabah.

Kata Zahid Hamidi ;

Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
   
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
   
"Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah.
   
"Maklumat kini sudah terkumpul dan semua butir-butir itu akan diserahkan sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Menteri Pertahanan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas di sini hari ini.
  
Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut.   
   
Beliau berkata, pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik, maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13.   
   
"Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu.
   
"Bila akan diserahkan... tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicapkan sandiwara politik Umno," katanya. -  Bernama


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Aku tak sabar2 nak tengok mana punya pemimpin jadi mangsa UMNO kali neh. Tak agak2 nak tuduh pemimpin pembangkang jadi dalang. Secara logiknya ;

1. Adakah pemimpin pembangkang yang mampu kawal sempadan? Mampu kawal radio? Mampu kawal pegawai2 yang menjaga kawasan sempadan?

2. Adakah pemimpin pembangkang yang cakap penceroboh lahad datu bukan pengganas?

3. Adakah pemimpin pembangkang yang berikan masa untuk mereka [penceroboh] berunding selama berminggu2?

4. Adakah pemimpin pembangkang yang melarang/menghalang/melengah2kan serangan dilakukan ke atas pengganas lahad datu ? 

KAH KAH KAH

Aku tatau la. Kelakar betul. Yang buat keputusan orang lain tapi orang lain plak kena tuduh. Gila keji. 

Kalau aku jadi bn, aku dah tahu neh pemimpin pembangkang buat onar, aku tembak je semua sampai mampos. Padan muka. Buat apa aku berunding la, siap sebarkan persidangan geneva balbalbala.. siap bekap penceroboh2 tue lagi.... siap tutup cerita di media lagi cakap takde apa2. Kalau aku, aku war2 kan je. Biar satu dunia tahu sikap sebenar pembangkang. Kan dah kantoi disitu.

Tapi tue la.. tindakan aku tak reflect dengan tuduhan aku sekarang neh. So aku pun err confused. Asal dapat fitnah pemimpin pembangkang jadi la kot. Betul2 tahap terdesak habis neh.

KAH KAH KAH

Video TGNA Cetuskan Huru Hara Tersebar [Video Inside]

Polis, p la tangkap.

Mohon Najib dan BN kutuk TGNA kaw2 kat berita malam neh. Oke tak?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Berapa ramai agaknya jemaah yang korang nak pecat? Dengar citer majoriti yang solat disitu ialah kakitangan kerajaan. Bayangkan, 

KAKITANGAN KERAJAAN.

Hehe.

Tue la. Dok sekat2 orang tue dari jadi imam la dok sekat2 orang tue dari bagi ceramah la, dok sekat2 orang tue bagi tazkirah dalam masjid la.. padahal orang tue ada ilmu. Ada sijil yang mengiktirafkan ilmu dia. Awak ada apa? Awak takde apa2 sijil dan ijazah dalam bidang agama pun. Awak bahasa arab pun tak reti baca. Tak sedar diri itu bukan kelebihan awak. Tapi dok kutuk2 ilmu orang tue.

Neh video khas untuk tontonan Najib dan BN seisi ahli dan penyokong. 

Fahami bahawa ;

1. Mempolitikkan masjid maksud dia menghalang mana2 musuh politik kita dari menunaikan solat dan menjadi imam di masjid2 yang mana negeri2 dia, kita kuasai.

2. Mengutuk dan menfitnah musuh politik kita tanpa henti, tanpa berikan dia ruang dan peluang untuk memberikan penjelasan di atas ruang/platform yang adil/sama rata.

3. Memecat serta merta semua pihak yang berhubung dengan mana2 musuh politik kita atas alasan perbezaan idelogi politik, bukan kerana dia melakukan apa2 kesalahan.

Fuhh..

Sia2 je sekatan dan larangan dibuat ke atas TGNA. Juga sia2 je BN taburkan fitnah ke atas batang tubuh ulama TGNA.. rupa2nya tak berkesan langsung. Hapa pun tak boleh. 

KAH KAH KAH 

 

Kredit : https://www.facebook.com/photo.php?v=10201224434752655

MAZA Nafi Sokong Calon BN.

bila pula saya istihar sokongan terbuka kepada mana-mana calon..memandai aje surat khabar ni

Keratan akhbar yang dimaksudkan ;


Kenyataan di atas dipetik dari penulisan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin di wall facebook nya sendiri oke.




Rujukan : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151645866907990&set=a.407105017989.205042.279290772989&type=1&ref=nf


Diberitahu bahawa ;

Dr Mazlan Ismail calon Permatang Pauh merupakah sahabat saya..saya belajar di Jordan dengan biasiswa Kementerian Pendidikan, beliau penjamin saya..beliau tokoh PAS pada asalnya..semasa saya masih lagi di sekolah menengah, banyak program seperti dialog, tamrin, usrah dan pelbagai lagi yang saya atur dengan beliau..beliau aktif dalam sumbangan kepada dakwah..beliau jauh lebih berumur dari saya tetapi sahabat..semalam beliau datang ke rumah saya sebagai sahabat dan calon BN Parlimen Permatang Pauh..saya terimanya sebagai sahabat dan juga calon..undi adalah rahsia..persahabatan tidak rahsia..setiap orang mempunyai hak untuk menjadi calon parti yang dipilih dan ada hak untuk mengundi parti yang dia pilih..parti tidak boleh menjadi sempadan yang menghalang ukhuwwah dan persahabatan..saya tidak pernah istihar undi saya kepada umum seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak..



Rujukan  :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151645889067990&set=a.407105017989.205042.279290772989&type=1&ref=nf

Tak perlu serang calon. Ini sebenarnya tindakan melebih2 dari pihak akhbar je. Biasalah wartawan.. mereka memang dah di didik untuk ampu bn secara berlebihan. Protokol ini BN gak yang tetapkan pun. Orang kata semua pihak yang terlibat bersetuju dengan semua protokol yang ditetapkan. Tapi dalam kes neh, wartawan yang tulis, wartawan yang edarkan so wartawan la yang bertanggungjawab. 

Hehe. 

Ya kita berkawan dengan semua. Sebenarnya bukan senang ek. Nak jumpa rakan2 bn dan pr saling berkawan walaupun berbeza idelogi politik dengan keras. Memang susah. Even aku sendiri yang begitu terbuka neh pun ada je orang2 umno takmo kawan. G mampuih la lue ameno. Aku memusuhi ko start ko suruh undi PR. Pui.

Kecik juga ahti aku. Dalam ahti ada taman gak. Tapi takpela. Nangis je la sorang2 dalam bilik air.

KAH KAH KAH  

Aku bagaimanapun setuju dengan kata2 Dr.Maza. Undi adalah rahsia. Tapi kalau taknak rahsiakan pun takpe. Macam aku. Aku pangkah PR le kan. Tapi itupun aku tengok calon juga. Aku takan pangkah parti kalau dia letak calon haprak. Sorry. Ini pendirian aku. Aku takan pangkah monyet ke pisang ke apa ke. Kalau sekadar gurau2 boleh la. Tapi hidup neh bukan semua nya atas dasar gurauan. 

Realitinya aku hanya akan pangkah calon yang berwibawa. Jika parti itu bawa mesej yang jelas, sudah tentu dia takan hesitate letak calon cincai boncai. Jika dia meletakkan calon cincai boncai itu bermaksud pembawakan parti itu belum cukup JELAS, PENDIRIAN dia belum cukup MENYELURUH. 

Sebab tue aku tetap dengan pendirian aku, hanya pangkah calon2 yang berwibawa. Kalau semua calon2 yang berwibawa menang, automatiknya calon2 yang tak berwibawa dari mana2 parti sekalipun akan jatuh dengan sendiri. Ini di panggil pembersihan. Baik parti tue nak melingkup mahupun parti itu sedang menuju puncak.

Apa pun calon tempat aku ialah calon2 yang berwibawa. Baik dari bn dan pr. Tapi aku akan pangkah PR. Bukan rahsia oke.

Hehe.  

Tiada Lagi Undi POS - SPR Kantoi?

Hello encik SPR. Apa sudah jadi? Lue cakap lain tapi lue buat lain. Itu satu hal. Lepas tue lue marah bila rakyat persoalkan tindakan2 lue? Padahal lue yang sebarkan benda2 gitu dalam media dan lue nak blame orang pula?

Alamak aii SPR neh.. 

Lihat bawah neh. Kenyataan media oleh SPR..

  
Kenyataan oleh Abdul Aziz..

Blablablabla.. untuk anggota keselamatan yang bertugas di luar negara dan di perbatasan ..

Dan

Blablablabla.. undi anggota keselamatan ini akan dikenali sebagai undi awal

Hehe.

Jap. AKu nak tanya yang semalam tue PGA Galing tue dekat dengan sempadan apa? Laut China Selatan ka? Itu boleh di anggap sedang berada di perbatasan ka?

Lihat sini ==>  https://maps.google.com.my/maps?hl=en&authuser=0&q=Kem+PGA+Galing,+Kuantan,+Pahang&ie=UTF-8&ei=8OV5UavLO6KziAfW1oGICQ&ved=0CAsQ_AUoAg

Beginila, sebelum kami bertambah tertanya2, aku cadangkan SPR memberikan penjelasan. Kami bukan tuduh2. Jauh sekali kami meletakkan hukuman ke apa ke. SPR hanya perlu beri penjelasan bila kami tanya. Adakah bertanya juga merupakan satu kesalahan disini? Sebelum kami tambah salah faham sudah sewajarnya SPR memberikan kami kefahaman. Kami tunggu oke. Thanks.

Gambar2 Kereta Anak Calon Adun PR Terbakar Dibaling Bom Petrol.

Anak dia bakar kereta dia sendiri. Tak pun anak dia mesti banyak hutang. Ada kes dengan kongsi gelap. Jangan2 anak dia kacau anak orang tue la sampai kena macam tue.

Betul tak?

Aku suspect penyokong2 BN mesti bagi alasan seperti di atas. Confirm. Dorang nya komen aku dah hafal dah. Ada dalam kepala hotak aku neh. Aku dah study dorang nya akal macam mana. Takpun dorang akan cakap macam neh..

Anak kereta orang kafir kena bakar, kita orang islam nak sibuk2 buat apa. Padan la muka. 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Dorang memang tak boleh blah. Kalau dah dasar totok tue, totok la juga. Berikut adalah gambar2 kejadian. Kereta anak adun Pakatan Rakyat, Dr. Xavier Jayakumar terbakar apabila dibaling dengan bom petrol. Kes masih dalam siasatan polis. Dalang sedang dicari.



Buatnya terbakar rumah orang tue.. adoi. Ini kes bermotifkan apa? Nampak macam bermotifkan politik neh. Takpe, tunggu kes siasatan selesai. Tapi tah camne aku rasa kes neh pun akan terbelangkai macam kes2 keganasan lain yang melibatkan pakatan rakyat. Kalau anak adun BN yang kena neh, siap esok atau lusa dan2 ada tangkapan. Sabar je la weh. Hehe.

Peraturan Politik Bagi Penjawat Awam - Tak boleh LIKE dan SHARE Status Berbaur Politik.


Agak munasabah peraturan ini. Agak munasabah kalau ia melibatkan idelogi semua jenis politik. Tak kira la ko sokong Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Tetapi tah macam mana aku suspect peraturan ini secara tersiratnya menekankan penjawat awam yang menyokong PR sahaja.

Lagipun cuba ko bayangkan ek, ko kena minta kebenaran dari ketua ko untuk berpolitik, dan kebetulan plak ketua ko pro BN dan ko pro PR, ko rasa ko dapat ke kebenaran tue? Kalau ketua ko jenis matang maybe rileks je ah dia luluskan. Buat nya dia jenis tak matang, hah sudah mampuih.

Begitu juga sebaliknya. Payah. Bagi aku hak untuk berpolitik tue hak setiap warganegara. Tak patut minta izin kat sesiapa. Janji tak kacau tugas sudah la. 

Lebih2 lagi bab tak boleh LIKE dan SHARE status di FACEBOOK tue. Agak tak munasabah. Agak2 la kan, di luar waktu bekerja main politik = di luar waktu bekerja bermaksud tak mengangu tugas ko so apa nak kisah kan kalau mereka LIKE dan SHARE status2 berbaur politik di wall masing2 pun?

Hanya ada tiga cara je nak melawan peraturan bingai neh.

1. Register account facebook fake. Ko komen la apa saja. Hehe.

2. Tak boleh LIKE, SHARE pun oke. Dalam nada sindir/provoke/menyamar konon2 tengah kutuk tapi sambil2 tue SHARE juga benda tue di wall.

3. Hidekan activity korang di facebook. Jangan sampai orang bleh tahu korang LIKE apa2 status sekalipun.. orang kata SET privacy.

Lihat bawah ;







Harap2 selepas PR menjadi kerajaan. Mahsuhkan peraturan2 seperti di atas neh. Sepatutnya kita lebih realistik dan matang. Selagi kakitangan ini berpolitik tanpa menjejaskan kerja2 mereka, juga tidak melakukan jenayah, rileks sudah ah. Tak payah berlebihan sangat nak kawal aktiviti2 mereka di luar waktu bekerja. Ingat orang patung ke apa? Apa pun tak boleh. 

Khamis, 25 April 2013

SPR Report Polis Ke Atas Blogger MILOSUAM.

Kerana upload gambar kertas undi. Gambar tue went viral kat facebook selepas di upload oleh pemuda pas mana tah. Then blogger milosuam highlightkan info yang diterima dalam blog. Ada info tambahan disitu.

Rujukan : http://milosuam.blogspot.com/2013/04/anggota-polis-sudah-mula-mengundi-hari.html


Dua laporan polis telah dibuat terhadap seorang pengendali blog kerana menyiarkan fitnah kononnya pasukan keselamatan sudah memulakan proses undi pos. Menurut Penolong Urus Setia Ketua Polis Negara, ACP Ramli Mohamed Yoosuf, laporan polis itu masing-masing dibuat pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR dan PDRM.
Tambah beliau, laporan polis dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak dan Putrajaya.
Pengendali blog itu katanya bukan sahaja memberi maklumat palsu malah turut memuatnaik borang pengundian. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya.
Rujukan :  http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Pengendali_Blog_Bakal_Disiasat_Berhubung_Undi_Pos.html

Nak penjarakan orang sebab upload gambar kertas undi. Tidak kah itu pelik? First of all siapa tahu upload gambar kertas undi itu satu kesalahan? Aku tatau. Maaflah kalau ada sesiapa nak marah aku macam neh..

Hello apsal ko tak baca syarat2 sebelum mengundi pos tue.. 

Owhh ek? Ada ek? Aku tatau sebab jentera penerangan SPR sibuk citer benda lain jek. Bukan kah itu kerja SPR untuk BAGITAU KEPADA PUBLIC apakah syarat2 yang PENGUNDI dan orang awam perlu patuhi? 

Kalau ia adalah tanggungjawab sendiri maka takde la papan tanda

SILA BUANG SAMPAH DISINI

TANDAS NAJIB [PONDAN]

DILARANG PIJAK SHAHRIZAT [LEMBU]

Itu ialah tanggungjawab SPR untuk sentiasa WAR2KAN peraturan yang perlu kami patuhi. Dan sepatutnya dalam setiap UNDI POS yang diposkan kepada pengundi2 pos haruslah dikepilkan dengan kertas peraturan. SILA BACA INI SEBELUM MELAKUKAN SEBARANG PENGUNDIAN/TANDA KERTAS UNDI.

Sekarang neh ada tak benda tue? Kalau ada anggap je la si pengupload tue yang salah sebab abaikan tuntutan SPR. Kalau takde, takan nak blame rakyat?

Rakyat keliru oke.

Ini kerana KOSMO sendiri cakap undi pos digantikan dengan pengundian awal. 

Lihat bawah neh sendiri oi ;


  

Rujukan :  http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0411&pub=Kosmo&sec=Pilihan_Raya&pg=pr_16.htm#ixzz2RGwGqB9I

Lihat ini juga : http://amenoworld.blogspot.com/2013/04/kertas-undi-untuk-petugas-media-mula-di.html    

Sudah la tiada calitan yang menandakan dia telah melakukan undi. Kita faham sangat SPR ada maklumkan jumlah pengundi pos. Ringkasan bagi memudahkan kita semua faham.

SPR ada mencatatkan jumlah pengundi POS yang berdaftar. Jadi ;

Jumlah pengundi pos berdaftar = jumlah pengundi pos yang telah melakukan pengundian = boleh disemak oleh sesiapa saja jika kita analisis jumlah kiraan undi selepas keseluruhan proses pengundian berakhir.

Ini kita faham. Tetapi sejauh mana pengundi2 yang telah mengundi melalui pos ini tidak akan melakukan pengundian lagi? Tiada calitan kan? Lagipun calitan hanya bertahan selama 3 hari jek. Jadi kita confuse dan keliru sebab ia boleh dimanipulasikan. Adakah sesiapa menuduh SPR sedang melakukan penipuan disini? No. Kita kata ia boleh dimanipulasikan. Itu saja. Boleh dimanipulasikan.

Dan yang kita bertambah2 pelik lagi, akhbar arus perdana yang memberikan input yang salah kepada rakyat marhaen. Tetapi kenapa pula rakyat yang dipersalahkan? Bukan kah itu tanggungjawab SPR untuk betulkan apa yang KOSMO terbitkan? Siapa yang baca apa yang KOSMO paparkan apa memikirkan owhh pengundian awal akan dilakukan pada 30 april. Bukan kah sepatutnya SPR sendiri memaklumkan begini kepada press bahawa ;

Pengundian pos akan bermula sebaik saja kita poskan kertas undi kepada pengundi2 pos yang berdaftar, 

pengundian awal pada 30 april, 

pengundian di station undi pula ialah 5 mei

Bukan begitu caranya wahai SPR?

BUKAN KAH SEPATUTNYA ADA 3 JENIS PENGUNDIAN yang DIMAKLUMKAN KEPADA RAKYAT? 

Tapi hanya 2 jenis proses pengundian je dimaklumkan. Jadi kenapa nak marah bila ada rakan2 dari PR bertanya? I don't get it SPR. Kemon la. Jangan ugut orang dengan polis oke. Jika dia lakukan kesalahan then you come clean. 

Lagipun kita ada asas yang jelas untuk salah faham sebab ia dilaporkan oleh berita arus perdana, sumber kita mendapatkan maklumat. SPR patut report polis ke atas KOSMO kerana sebarkan statement palsu, bukan kepada blogger pakatan rakyat. Terima kasih.  

Bilik Gerakan BN Perak Pula Dilontar Bom Petrol.

Sebuah lagi bilik gerakan Barisan Nasional, BN dilontar bom petrol oleh individu tidak dikenali awal pagi tadi. Kejadian terbaru dilaporkan berlaku di Bilik Gerakan BN Taman Rishah Indah di DUN Jelapang, Perak.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5:30 pagi tadi.Sebuah kereta dipercayai dinaiki tiga lelaki menghampiri bilik gerakan ini. Mereka kemudian bertindak melontar dua botol berisi petrol. Akibatnya berlaku kebakaran kecil di bilik gerakan ini.
Sebuah kereta peronda polis yang kebetulan melalui tempat kejadian segara dimaklumkan dan bertindak mengejar kereta dinaiki suspek. Pemandu kereta kemudian memecut kenderaan ke arah Menglembu dan meninggalkan kenderaan di tepi jalan berhampiran Taman Emas, Farlim.
Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa botol berisi petrol serta pelbagai senjata tajam. Kejadian disyaki bermotifkan politik. Usaha mengesan identiti suspek juga sedang giat dilakukan termasuk mengenalpasti pemilik kenderaan yang digunakan.

Sumber : sini

Ya, tolong la siasat. Aku pun nak tahu siapakah dalang di sebalik kejadian. Aku sama sekali tak percaya ini kerja2 pakatan rakyat. Aku dah tahu dah, gangster2 dorang pun takat maki hamun je. Tunjuk2 simbol tangan dan paling2 koman pun lawan depan2. 

Setakat pukul curi? Baling bom petrol dan lari? Depa tak layan. Sebab takde standard. Nak jadi hero mesti mao lawan depan2 ma.

KAH KAH KAH

Tapi tah la kenapa.. aku rasa kes neh akan mendapat keputusan yang sama macam kes bom petrol time keputusan mahkamah dsai dibacakan..

Tutup kes ataupun di diamkan tanpa diketahui apa keputusan nya..

BETUL TAK?


KAH KAH KAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...