Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 22 April 2013

SPR : Nama Calon Yang Bertanding Tetap Di Cetak Dalam Kertas Undi.


Ini bisa mengelirukan. Kita ada 7 kerusi yang mengelirukan pengundi2 kita kalau kita tak bersiap sedia dari sekarang. Benda dah jadi, kesilapan dah berlaku, so sebelum kita bertambah tersilap lagi dan lagi elokla dari sekarang kita berkempen bahawa calon mana yang patut di pangkah oleh pengundi2.

Adoi.

Nampaknya dah tarik diri pun tak guna. Tetapla di anggap satu pertandingan. Memang sia2. Patut selesaikan sebelum hari penamaan calon. Walaupun dah terlewat tetapi harapan untuk menang masih ada. Jangan kita berputus asa. Dari sekarang pimpinan tertinggi parti terutamanya yang duduk kat 7 kawasan pertindihan tue kena fikirkan langkah2 macam mana untuk memperjelaskan kepada pengundi siapa yang patut dipangkah. Lakukan dari sekarang. Dan kalau boleh berikan penerangan step by step. Siapa calon disitu. Ini yang paling penting untuk dilakukan sambil2 kempen manifesto PR. Oke.

Baca neh ;
Calon yang memutuskan untuk menarik diri selepas hari penamaan calon, tetap dianggap kekal bertanding dan nama mereka tetap dicetak pada kertas undi. Sehubungan itu pengundi masih boleh mengundi calon-calon itu dan kertas undi mereka tetap akan dikira.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata keputusan itu dibuat berikutan pemansuhan tempoh penarikan balik pencalonan yang diputuskan oleh SPR.
Katanya, pemansuhan itu adalah antara penambahbaikan yang diperkenalkan SPR, selaras dengan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
“Bagi pertandingan dua penjuru, sekiranya salah seorang calon menarik diri, pegawai pengurus pilihan raya tidak boleh mengumumkan pencabarnya menang tanpa bertanding kerana pengundian tetap berjalan. Kuasa untuk Pegawai Pengurus mengumumkan menang tanpa bertanding telah dimansuhkan. Kertas undi tetap akan dikira,” katanya pada sidang media di Putrajaya, Isnin.
Katanya sekiranya seseorang calon menarik diri, itu adalah hal peribadi atau masalah parti. Katanya setelah nama calon diumumkan oleh Pengawai Pengurus Pusat Penamaan Calon, keputusan adalah muktamad.
“Nama calon itu akan dicetak pada kertas undi. Logo juga akan dicetak. Pada hari mengundi, walau calon sudah menarik diri, orang masih boleh mengundinya. Kita akan tetap kira kertas undi itu,” katanya.
Wan Ahmad berkata kertas undi telah dicetak sebaik selesai semua proses penamaan calon. Menurutnya lagi semua kertas undi yang sudah dicetak diperiksa satu persatu  oleh pegawai SPR yang bertugas 24 jam sehari mengikut syif.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...