Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 24 April 2013

PDRM Membuktikan Jentera MAYA BN PEMFITNAH! Sebarkan.

Kalau dah dasar pembohong. Bukan kita marah kalau nak mengkritik. Oke fine sila la kritik since PR pun bukan maksum. Ada juga benda2 merepek yang dorang buat. Tapi yang kita marah kalau lue orang menfitnah. Benda tak berlaku, korang buat citer lebih2. Itu kan tolol namanya tue. Cerita la sesuatu tue berdasarkan kepada apa yang berlaku. Bukan tokok tambah jauh sekali mengada2kan cerita yang tidak wujud. 

Semalam aku dah tengok kat page pro bn. Mereka siarkan satu laporan polis. Seperti di bawah ini.



Tak tahu la mana dorang dapat kan benda tue. Tapi penyebaran nya bertujuan nak memberitahu kejadian sebenar, apa yang telah berlaku ketika itu. Pasal politik, huru hara dan berlaku kematian. Berpunca dari PR la konon nya.

Dah memang mereka bergaduh MULUT je sebelum dia mendapat serangan jantung. Itu fakta. Tak pula kita nafikan. Tapi yang merepek tue ialah sampai kat penyokong2 BN cerita tersebut jadi lain. Di kata nya penyokong PR dah jadi pembunuh sebab pukul orang sampai mati, sampai lebam satu badan apa seme. 

Aik?

Aku tak dan nak printscreen semalam, si penyebar tue dah delete posting. Tahu pula ko nak lari selepas sebar benda merepek2 kan?

Tapi tak sangka pula asas kepada penyebaran merepek tue rupanya ada blogger umno rupanya. Aku punya la heran awat depa dok cakap penyokong pr pembunuh2. Orang dah mati kena bunuh sebab tak sokong PAS dan macam2 lagi la benda merepek depa dok jaja semalam. Rupanya bertitik tolak dari penulis seorang blogger yang juga biol kepala hotak nya.

Blogger ini dah kena saman banyak kali.

Blogger ini juga dah banyak kali terbitkan artikel fitnah dan fitnah itu telah terbukti fitnah. 

Ini antara salah satu contohnya.

  
Rujukan paper Mstar ==> http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/4/23/mstar_berita/20130423170525&sec=mstar_berita

Kematian wartawan sambilan RTM, Mohammad Yaakob, 61, di Gua Musang pada awal pagi Selasa berpunca daripada penyakit jantung dan bukan akibat diserang penyokong sebuah parti politik. Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar orang ramai tidak mendengar sebarang khabar angin atau menyebarkan fitnah berhubung kejadian itu.

Baca tue.

Aku bukan nak marah penyokong2 BN kritik PR. Aku pun bukan nak marah penyokong2 BN sokong BN. Tak dapat dinafikan aku ajak korang seme pangkah PR. Tapi dalam masa yang sama kalau lue orang taknak, takpela. Nak tetap kritik PR, kritik je la. Tapi biarlah kritikan yang bermaklumat, bukan fitnah. Aku tak rasa pula pendapat aku neh menyalahi peruntukkan undang2, moral apatah lagi agama, kan?

Ingatlah, setiap kali nak kritik PR, satu blog yang korang memang tak boleh jadi rujukan sama sekali ialah blog di atas, blog papa gomo. Selagi korang bersandarkan orang yang menulis tanpa fakta sebagai rujukan, selagi tue seme perang saraf korang hancur. Cari orang umno yang betul2 sebarkan maklumat, yang betul2 berhujah vs hujah as rujukan, then balon PR dengan itu. 

Dan lagi satu, blog papa gomo sekarang neh tak boleh di akses dan itu tiada kaitan dengan PR pun. Agak2lah nak memperbodohkan orang. Guna host blogspot. Dia main setting je tue. Lepas tue dok fitnah2 PR dan Anwar Ibrahim. Gamaknya dia ingat semua orang BODOH IT macam dia kot. Lepas syok2 sebar FITNAH, LARI. Reti plak lue takut.

Pui.   

Gambar laporan polis kredit to rakan twitter, gambar printscreen kredit to Izuwan Arc Golok

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...