Sebuah lagi bilik gerakan Barisan Nasional, BN dilontar bom petrol oleh individu tidak dikenali awal pagi tadi. Kejadian terbaru dilaporkan berlaku di Bilik Gerakan BN Taman Rishah Indah di DUN Jelapang, Perak.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5:30 pagi tadi.Sebuah kereta dipercayai dinaiki tiga lelaki menghampiri bilik gerakan ini. Mereka kemudian bertindak melontar dua botol berisi petrol. Akibatnya berlaku kebakaran kecil di bilik gerakan ini.
Sebuah kereta peronda polis yang kebetulan melalui tempat kejadian segara dimaklumkan dan bertindak mengejar kereta dinaiki suspek. Pemandu kereta kemudian memecut kenderaan ke arah Menglembu dan meninggalkan kenderaan di tepi jalan berhampiran Taman Emas, Farlim.
Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa botol berisi petrol serta pelbagai senjata tajam. Kejadian disyaki bermotifkan politik. Usaha mengesan identiti suspek juga sedang giat dilakukan termasuk mengenalpasti pemilik kenderaan yang digunakan.
Sumber : sini
Ya, tolong la siasat. Aku pun nak tahu siapakah dalang di sebalik kejadian. Aku sama sekali tak percaya ini kerja2 pakatan rakyat. Aku dah tahu dah, gangster2 dorang pun takat maki hamun je. Tunjuk2 simbol tangan dan paling2 koman pun lawan depan2.
Setakat pukul curi? Baling bom petrol dan lari? Depa tak layan. Sebab takde standard. Nak jadi hero mesti mao lawan depan2 ma.
KAH KAH KAH
Tapi tah la kenapa.. aku rasa kes neh akan mendapat keputusan yang sama macam kes bom petrol time keputusan mahkamah dsai dibacakan..
Tutup kes ataupun di diamkan tanpa diketahui apa keputusan nya..
BETUL TAK?
KAH KAH KAH