Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 9 Jun 2012

Banner paling makan dalam untuk Barisan Nasional.

Peh.

Memang kreatif dan inovatif sungguh. Aku mesti puji.

kah kah kah

Korang tengok kat bawah neh oke ;


Ini kalau kena kat aku siyes taktahu nak letak muka kat mana siot. Tapi kalau bagi kat bien pun sia2 jek. Dorang mana reti malo. Muka tembok pun kalah kalau dibanding dengan muka bien. Muka bien neh maksudnya ko bagi larh apa2 kat depa, depa memang jenis taktau malu, tak sedar diri dan takde perasan segan.

kah kah kah

Tapi apa pun banner neh memang best. Siyes memang best. Aku suka. Simple, buat guna tangan jek. Biasalah ikhlas maa dari suara ahti rakyat. Tak perlu beria2 banner cantik bagai untuk kutuk2 PKR di selangor tue.. yang neh kemain simple tapi cukup berkesan jauh ke dalam lubuk ahti penyokong2 bien. Yang reti rasa malooo larh..

kah kah kah

Ameno : Muka tembok pun kalah dengan muka bien.. punyalah tatau malu.. ekekekek..

Najib lawan fatwa Syeikh Yusof Al-Qardhawi pula..

Sorry bukan aku yang cakap. Tapi najib. Mungkin penyokong2 UMNO tak boleh terima najib tersasul sampai melalut tetapi itulah hakikatnya. Piem wasatiyah korang memang suka merepek dulu berbanding siasat sebelum komen melulu.

Apa pun korang perhatikan sendiri kenyataan najib kat bawah neh oke ;


Justeru, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak mencontohi perhimpunan BERSIH 3.0 yang bertukar ganas pada April lalu dan tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang kononnya ulama terkenal, Yusof al-Qardawi mengeluarkan fatwa rakyat Malaysia wajib menumbangkan kerajaan.

“Saya hairan, ada pemimpin pembangkang kata fatwa Yusof al-Qardawi boleh dipakai... halal menggulingkan kerajaan zalim. Sebenarnya, fatwa itu dibataskan hanya kepada Mesir dan Libya tetapi tidak bagi Arab Saudi, Qatar, Malaysia dan negara lain,” katanya. -BHO-

1. SYQ tidak mengeluarkan apa2 fatwa mengenai kerajaan malaysia buat masa sekarang neh. Aku tak dengar pun dia cakap macam tue. Direct menyebut wajib menumbangkan kerajaan zalim di malaysia. Dia langsung tak pernah sebut atau apa, so aku tak faham mana najib dapat info tersebut. 

2. Najib cakap ;
 Saya hairan, ada pemimpin pembangkang kata fatwa Yusof al-Qardawi boleh dipakai... halal menggulingkan kerajaan zalim. Sebenarnya, fatwa itu dibataskan hanya kepada Mesir dan Libya tetapi tidak bagi Arab Saudi, Qatar, Malaysia dan negara lain,”

SYQ ada menyebut menumbangkan kerajaan yang zalim memang dibolehkan. Dan dia bercakap mengenai negara2 yang zalim terhadap rakyat marhaen. Dia sikit pun tak sebut nama negara malaysia oke.

Bagaimanakah mahu menumbangkan kerajaan yang zalim ?  

SYQ mengariskan tiga panduan penting iaitu ;

1. Dengan menggunakan kekuatan / Bala tentera.

2. Peti undi jika menggunakan sistem demokrasi.

3. Kuasa rakyat = berdemo.

Bersih tiada kaitan dengan mana2 medium di atas sebab bersih bukan nak tumbangkan kerajaan bien tapi nak reform spr. Dan SPR bukan sebahagian dari parti politik bien. Selesai satu perkara.

Di malaysia, kita menggunakan kaedah no 2. Dan itu lah juga kaedah yang PR buat zaman berzaman. Bukan nya PR ajak berperang dan saling berbunuhan. Cuma memohon rakyat menggunakan kuasa undi jek. 

Itupun najib gabra semacam siap nak menyangkal fatwa SYQ. Kalau nak sangkal sangat, sangkal lah. Tapi apa salahnya sangkal setelah memahami fatwa dan perincian nya? Bukan main sangkal jek macam sekarang. Buat malu jek ada piem macam neh.


Bukan sekali, berkali2 dah mempersendakan ulama dan hukum islam. Walaupun aku tak hadap pemimpin aku maksum dan sempurna tapi at least benda yang melibatkan hukum dan ketetapan dalam islam tue jangan lah dok buat main2 dan perleceh tak tentu pasal.

Walaupun aku bukan orang baik dan alim tapi at least aku mengharapkan pemimpin yang baik dan alim supaya sedikit sebanyak aku boleh menjadikan dia contoh untuk aku semakin baik dan alim. Tapi neh belum pape, pemimpin dah hancur, macam mana larh rakyat tak terikut2. Heh. 

Ameno : Najib, ko je lah buat fatwa, keluar hukum dan jadi ulama. Dah terer sangat kan. 

Liow Tiong Lai, JPJ dan drama no plat WWW.


Aku dok perhatikan jek si Liow Tiong Lai [LTL] buat statement demi statement mengenai isu no plat WWW.  Aku bukan apa, semakin dia bercakap semakin menampakkan dia memang bengap. Siyes.

Isu nya mula kecoh bila nama dia antara yang didedahkan oleh JPJ sebagai pembida no plat WWW. Rujuk sini. Dan selain dia, sebenarnya ada jek menteri2 lain yang bida dan berjaya memperolehi no plat WWW. Rujuk sini.  Tapi yang hairan nya pasal apa nama LTL jek yang naik tapi tidak nama menteri2 seperti puad dan nazri?

Apa yang kontroversi sangat neh? Jawapan nya mudah. Sebab menteri neh bingai tak sudah. Bingai dan mengkantoikan diri sendiri. 

kah kah kah

Ketika nama dia terdedah antara yang berjaya membida no plat WWW, selain dari sultan johor, dia turut ditanyakan status pembidaan tersebut. Wartawan tanya then dia jawab no tue untuk kenderaan rasmi dia. Jadi ia rasmi lah. Rujuk sini.

Dia juga cakap bahawa kementerian sebenarnya ada peruntukkan khas untuk membeli no plat bagi kenderaan rasmi. Bila dia cakap macam tue macam mana lah kita tak fikir bahawa dia guna wang rakyat, betul tak? 

Bida no untuk kenderaan rasmi mesti guna wang rakyat. Kalau ko nak tukar kenderaan, ko tukar je larh tapi kenapa mesti ko bida no tertentu apatah lagi ia digunakan untuk tujuan rasmi atas nama jawatan?

Bukan kah jika meninggalkan jawatan ko akan meninggalkan kenderaan rasmi tersebut? Ka bawa sekali?

kah kah kah

Bila orang dah marah2, dia keluarkan satu lagi kenyataan bodoh piang mengenai no plat WWW yang dia bida. Dia cakap 

NO PLAT WWW adalah PERCUMA!

Maksudnya dia tak perlu bayar satusen pun. Dan dia mengakui memang dia tak bayar satusen pun. Kejap kita rewind balik der.

1. Mula2 LTL suruh pengawai dia bida no www untuk tujuan rasmi. Tapi dia tak mengaku dia suruh oke. Dia cuma cakap pegawai dia yang melakukan seme kerja2 bida membida, dia tatau apa2. Pffttttt = tahan gelak aku siot.

2. Kenderaan yang dia pakai kini sudah tamat tempoh penggunaan.

3. Jadi dia nak tukar kenderaan. Takpelah, itu peruntukkan untuk menteri. Yang heran nya nak tukar kenderaan perlu kah bida no plat khas?

4. Lepas tue JPJ dedahkan dia antara 20 terawal yang berjaya raih no plat WWW.

5. Then wartawan soal dia.

6. Then dia cakap ia untuk kenderaan rasmi. Maka ia rasmi.

7. Netizens mula kecoh. Dah kenderaan rasmi = mesti guna wang pembayar cukai. Apakah logic wang pembayar cukai digunakan untuk membida no plat rasmi menteri?

8. Then dia keluarkan statement bahawa no plat WWW tue dia dapat percuma. Sehari selepas netizens kecoh.

9. Then kementerian nafikan bahawa menteri ada peruntukkan khas untuk membida no plat.

Pftttttttttt.. = aku tahan gelak siot.

Yang paling tak boleh blah tue kan.. selepas tue JPJ pula keluarkan statement cakap bila masa ada no plat percuma untuk menteri bagi no plat panas ? Tiada no plat percuma terutamanya no plat panas. Rujuk sini.

KANTOI SIOT!

kah kah kah

Kalau no tak panas takpe, menteri boleh apply untuk dapatkan ia secara percuma tetapi bukan no plat panas. Lepas tue tiba2 JPJ keluarkan kenyataan yang lain. Dia cakap menteri boleh dapatkan no plat tersebut secara percuma ataupun membayar bidaan dengan harga tertinggi. Kat sini jek aku dah nampak pelik.

Pasal apa?

Mula2 cakap tiada no percuma tapi tiba2 bertukar nada. Lepas tue sultan pun kena bayar takan menteri boleh dapat percuma? Lepas tue yang tak tahan tue, kalau LTL cakap dia nak mohon percuma kenapa dia bida in the first place? Maksud aku nilai bidaan rm24k tue macam mana ia wujud?

Bukan kah ia wujud sebab ada orang yang membida / menawarkan harga tersebut? Dan bukan kah LTL dapat no plat WWW 15 sebab dia sendiri yang menawarkan harga rm24k tersebut? Sebab tue larh nama dia antara yang diumumkan sebagai senarai yang layak dalam sesi bidaan.

Tapi, ye lah bila ia melibatkan menteri bn dan sesetengah kakitangan kerajaan segala2 yang mustahil pun boleh jadi tak mustahil. Yang salah pun boleh jadi betul. Yang pelik pun boleh jadi normal. 

kah kah kah

Ameno : Only in Malaysia. 

Artikel neh telah dikemaskini. 10 june 2012.

Jumaat, 8 Jun 2012

Ustaz Fathul Bari kini bergelar Tuk Guru.


Macam tak percaya. Tapi itulah yang sedang berlaku. Terkejut gak tengok banner kat atas neh tapi itulah yang tertera. Dari ustaz terus di angkat jadi tuk guru beb. Aku tatau samada cetakan banner neh dalam pengetahuan UFB atau tidak tetapi yang pasti satu perkara yang aku confirm tahu ialah UFB bukan tuk guru. 

At least untuk masa sekarang. Dia belum layak bergelar tuk guru. Ia perlukan satu proses dan jangka masa tertentu. Bukan lepas masuk umno boleh terus digelar tuk guru. Agak2 larh weh nak mengangkat dia pun. Aku tak kata takde kebaikan dalam diri dia. Ada memang ada. Malahan aku percaya lebih banyak dari aku. 

Tapi "kebaikan" itu belum cukup nak mengelar dia tuk guru. Apatah lagi dia buat pendakwahan terpilih. Benda yang melibatkan PR terang2 dia cakap, tapi kalau benda yang melibatkan BN mula larh dia gunakan jalan sorok2 dan sembunyik2. Itulah yang sering diperkatakan oleh pengikut2 dia. 

Tah betul tah tidak aku tak pasti larh. Cuma aku rasa kelakar jek. Owhh bila kena tang batang hidung sendiri mula larh beria2 nak tegur secara sorok2. Tapi bila kena kat pr, time tue korang gak yang desak2 tuk guru larh, pas lah, apa larh suruh komplain depan2. Apahal pula pas tak boleh kondem pr sorok2 macam ulama muda kondem bn sorok2? Kadang2 pengikut2 bien neh memang kelakar habis.

Aku bagi satu contoh. Isu kpop oke. Takde pula UFB menegur pemimpin dengan tegas melainkan hanya bagitau kpop tue haram apa seme. Dia tak sebut pula siapa yang bawa, kendali dan bayar apa seme. Dia pun tak sebut nama pemimpin. So itu boleh dikatakan teguran ka?

Takde pula bloggers umno nak sebar dan setuju dengan pandangan UFB? Takde pula UFB nak berusaha untuk memahamkan pemimpin2. Kenapa? Macam peranan majlis fatwa kebangsaan je larh. Keluar fatwa pandai, pantau tak pandai. Cakap guna mulut tapi tindakan tarak.

Tapi bila kena tang pr [aku bukan bekap pr dalam isu neh oke], punya lah cybertroopers umno mendesak pas bagi komen larh, tgna kena bagi komen apa seme larh. Aik.. kenapa? 

Kenapa PAS kena kondem depan2 sedangkan ulama korang pun tak kondem bien depan2? Ce citer? Apa bezanya tuk guru dalam pas dengan tuk guru kesayangan korang tue? Apsal dia dibolehkan tegur diam2  tapi pas tidak dibolehkan?

Kenapa? 

Cuba jawab sebab aku teringin nak faham kenapa. Boleh tak penyokong2 umno? Aku suruh jawab oke bukan meroyan.

kah kah kah

Ameno :  Nak panggil dia ulama pun aku rasa serba salah.. ini kan pula tuk guru.. ekekeke

Tanah rizab untuk kubur kini bertukar status..


Dulu perkasa pernah kecoh pasal neh.

Perkasa dan umno pernah marah dap sebab amek tanah cina buat kubur orang islam. Which is aku pun tak faham apa isu disitu. Dorang beli tanah then gazetkan beberapa hektar tanah untuk buat perkuburan bagi umat islam. Dan itu menimbulkan kemarahan perkasa. Dorang cakap belum pernah lagi tanah cina di ambil untuk dibuat kubur. Oke, tapi kenapa nak marah ek? Aku tertanya2 sampai sekarang.

Tapi satu isu yang menarik kat situ ialah aku tertanya2 betul ka tanah yang dibeli oleh dap bernilai rm20juta? Untuk kos beli tanah kubur sahaja ka ataupun kos keseluruhan tanah yang di ambil alih? Bab tue aku confused tapi bab tue orang umno tak ulas pula. 

kah kah kah

20juta untuk beli tanah bukan satu kos yang rendah tahu. Kena tengok jumlah keluasan tanah yang terlibat, jenis kawasan dan rate semasa kat situ. Aku tatau details so aku takmo ulas lebih2. Mahal atau murah kena tengok pelan dulu baru boleh ulas lanjut.

Tapi kita abaikan bab tue. Sekarang kita ulas isu lain. Kita citer pasal dokumen yang kat atas tue then kat bawah oke ;



Ia melibatkan dua jenis tanah di dua lot yang berbeza di satu negeri yang sama iaitu perak. Jangka masa bagi kedua2 tanah neh tidak lah begitu jauh jaraknya. Satu dalam bulan ogos 2011 dan satu lagi jan 2012.

Aku taktau apa sebab kerajaan negeri batalkan rizab khusus [jenis penggunaan] bagi kedua2 jenis lot tanah tersebut. So aku takmo ulas lanjut2. Bagi aku setiap negeri dan kes adalah berbeza2 situasinya berdasarkan kepada permasalahan penduduk setempat. So susah juga nak buat gambaran umum bagi mengatakan bahawa bn memang terbukti bersalah dalam kes neh.

Cuma aku nak bagitau kat penyokong2 umno dan perkasa khususnya di penang bahawa penukaran status rizab tue sebenarnya wujud di mana2. Boleh wujud di penang dan boleh juga wujud di perak. Dan bila ia wujud sepatutnya jangan tengok 'subject" yang menukarkan status rizab sebaliknya tengoklah sebab apa kerajaan negeri bertindak menukarkan ia.

Cari punca, kaji sebab, dan kalau benar2 tak setuju ko bantah lah. Jangan melalut buat propaganda murahan di tv. Orang kadang2 semak tengok korang. Mungkin korang tak rasa apa2 sebab tak diberitahu tapi ketahuilah kalau korang tahu hakikat sebenarnya korang sendiri pun automatik sanggup terjun bangunan bunuh diri. Almaklumlah sebab dah malooooo sangat.

kah kah kah

Ameno : Tunggu perkasa dan umno perak mengamok pula. Ekekeke..

PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel, KUIS


Tak dan aku nak ketuk kerajaan dah buat keputusan untuk tarik balik keputusan awal dorang mengenai pinjaman PTPTN. Oke aku cakap ini satu usaha yang betul. Tak patut pelajar dijadikan mangsa dalam permainan ahli2 politik di malaysia. 

Walaupun itu satu tindakan yang betul tapi bn tidak perlu dipuji menerusi tindakan neh kerana mereka sendiri yang mencetuskan permasalahan maka memang wajar lah jika mereka memperbaiki tindakan yang dicetuskan oleh diri mereka sendiri.

BN : Kita setuju debat isu ptptn.

BN : Kita dah debat isu ptptn.

BN : Kita dah canang pasal ptptn di seluruh media arus perdana

BN : Kita tarik pinjaman ptptn terhadap selangor

BN : Kita beri semula ptptn kepada selangor.

Nampak?

Itu seme tindakan mereka sendiri. Kita tak paksa mereka berdebat walaupun kita sangat suka seme parti politik berdebat menyatakan pandangan dan pemikiran masing2 agar rakyat seperti kita mendapat kefahaman mengenai apa2 yang mereka ingin usahakan di malaysia untuk membantu rakyat.

Sejak kalah debat hari tue di tv, mereka telah menjalankan pelbagai usaha untuk menanam persepsi bahawa ptptn itu relevan, tindakan kerajaan meneruskan ptptn juga relevan berbanding tindakan pkr yang mahukan pendidikan percuma untuk rakyat.

Sebenarnya mungkin bn tak faham kot. Rakyat bukan begitu bodoh nak menelan bulat2 apa yang dinyatakan oleh pr tanpa melakukan kajian dan sebagainya. Dan sama seperti bn, rakyat juga melakukan research nya sendiri bagi memastikan apa yang ditawarkan oleh pr adalah sesuatu yang benar2 bermanfaat bagi rakyat.

Oleh itu lebih baik lah bn berhenti melakukan propaganda murahan dan cari jalan bagaimana nak membantu rakyat marhaen. Asal dan matlamat penubuhan PTPTN itu bagus, tetapi ia telah diselewengkan selepas beberapa tahun berlalu. So ia jadi tak bagus bukan sebab product tetapi sebab sistem.

Jikalau lah bn boleh memahami perkara semudah itu, aku percaya dari awal lagi mereka takan bertindak sebodoh neh dengan memperjudikan masa depan generasi muda.

Walaupun bukan seme yang dinyatakan oleh rafizi dan pkr mengenai isu pendidikan percuma itu aku sokong tetapi tak boleh juga nak mendesak pkr melaksanakan pendidikan percuma secara tergesa2. Definisi adil yang diucapkan oleh tipiem ketika diajukan soalan mengenainya oleh pemberita adalah sangat2 karut lagi mengarut.

Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. 

Bagaimana boleh adil jika bien mengutip cukai dari seluruh rakyat malaysia tanpa mengira parti politik, bangsa, agama dan status tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang mendapat perhatian kerajaan manakala sebilangan yang besar lain dianaktirikan contohnya aku, kelantan dan pelajar2 yang belajar di selangor? 

Adil kah itu? Jika adil sangat kenapa akhirnya bn pasrah dan meluluskan semula pinjaman ptptn untuk mereka yang belajar di selangor? Disinilah nampak ketidakcerdikan tipiem. Dan ketidakcerdikan penyokong2 umno yang taksub pula akan terserlah di dalam ruangan komen. Percayalah. Heh.



Ameno :  Tahu takut rupanya

Surat permohonan maaf dari penaja Bertam Nite.




Kat atas neh surat permohonan maaf rasmi dari pihak yang menaja dan menyediakan penari untuk acara bertam nite yang dianjurkan oleh parti keadilan rakyat. Permohonan maaf neh lebih kurang sama macam permohonan maaf shabery cheek dalam isu kpop yang lepas. Bezanya sorang guna surat, sorang guna media arus perdana. Rujuk sini.

Bagi aku dah minta maaf oke larh. Janji jangan ulangi lagi kesilapan yang sama kalau tidak perbuatan meminta maaf itu hanya akan diperlihatkan seolah2 ia tidak konsisten dan menteri serta pihak yang terbabit [PKR] bersikap acuh tak acuh jek.

Well, pihak yang penaja bagi alasan berlakunya salah faham dalam komunikasi sehingga menyebabkan penari berpakaian seksi dalam event tersebut.. tapi bagi pendapat aku tak payah nak tarian tradisional sangat larh pada masa akan datang pun. Better korang buat persembahan lawak politik. Lagi bagus. Boleh gelak2.

kah kah kah

Ameno : Sana sini ada kpop beb..

Hot : Keluar PKR masuk Umno, kemudian REPEAT! - Must read and share.

Ini lebih kelakar dari berita zamhuri uturn. Aku berani kerat leher kalau ada yang rasa tak kelakar der. Tapi guna daun arh. Bukan pisau oke.

kah kah kah

Korang lihat jap gambar kat bawah neh der ;


Focus tiga perkara penting jek oke ;

1. Gambar

2. Nama

3. Tarikh

Dah? Bagus. 

Then tengok kat bawah neh plak ;



Dan macam di atas, korang focus tang 3 perkara jek der ;

1. Nama

2. Gambar

3. Tarikh.

Nampak apa yang aku nampak?

Mula2 dia keluar pkr dan masuk umno pada 25 mac 2012 yang lepas. Then pada 7 jun 2012, dia masuk umno untuk kali kedua tapi heran, dia tak keluar pkr dua kali pun? Dia cuma keluar sekali tapi apahal dia masuk umno dua kali hah?

Takan kembar kot?

Takan citer ulangan kot?

Aku ingatkan drama jek ada ulang tayang. Aku taktau pula yang isu keluar masuk parti boleh repeat2 der.

kah kah kah

Kelakar siot. Sengal betul larh depa neh. Kebulur citer keluar masuk parti ka pa.

Ameno : Mesti belajar dari astro neh. Astro kan suka ulang2 drama. Ekekeke..

Parking kini ada GST - Must Read!

Parking siot. Parking wa cakap lue. Bukan nya makanan beb. Tapi parking jek pun. Lihat kat bawah neh geng ;


Nampak apa yang aku nampak?

Rasa apa yang aku rasa?

Good. 

Aku sendiri pun tak berapa jelas dengan apa yang aku rasa sebenarnya.

kah kah kah

Tapi aku tak nafikan ia memang pelik larh sebab parking pun depa cas GST. Betul ka GST dah dilaksanakan secara berperingkat? Betul ka kerajaan yang kenakan cukai GST kat parking lot? Atau parking lot neh saja2 letak nama GST? Ka GST ada maksud yang lain?

Seme tue kita mohon kerajaan dan pihak yang berkaitan jawab. Kita akan buat statement maki hamun selepas kerajaan sahkan bahawa GST yang tertera menerusi resit di atas sememangnya sebenar-benarnya dikenakan oleh kerajaan terhadap rakyat marhaen.

Sehingga saat tue tiba, kita kasi hold dulu salam tapak kaki. Mohon jawab oke bien. Thanks.

Cukai untuk parking beb? Gila kaya nak mampos rakyat malaysia zaman sekarang.

kah kah kah.

Sumber : email

Ameno : Parking pun lue tibai GST.. keji bhai.

Harga terkini ron 95 terdedah.

Sapa yang tak faham citer asal boleh rujuk sini oke.

Sekarang kita lihat satu benda yang aku dapat kat bawah neh jap.


Kurang 0.08sen dari harga terkini ron 97. Semalam kerajaan telah turunkan harga ron 97 sebanyak seposen. Rujuk news kat sini.

Disebabkan harga ron 95 ialah rm2.72 sen tanpa subsidi maka kerajaan terpaksa menambahkan sebanyak 0.82sen sebagai subsidi untuk memastikan harga ron 95 kekal pada rm1.90 khusus untuk rakyat malaysia. Berbanding 97, ron 95 agak kurang berkualiti. Aku tak boleh bagi butiran lanjut perbezaan 97 dengan 95 sebab aku sendiri hanya guna 95 dan buat masa sekarang motor aku takde apa2 effect buruk sepanjang aku menggunakan ron 95.

Tapi lain orang, lain pendapat, lain pengalaman sebab cara kita menggunakan kenderaan dan tujuan nya berbeza2 so aku tak boleh larh bagi pendapat secara general kan, aku hanya bagi pendapat berdasarkan kepada pengalaman aku jek.

Cuma aku hairan banyak dengan tindakan kerajaan dalam isu ron 97 dan ron 95 neh. 

Jika ;

Harga ron 95 = rm2.72sen tanpa subsidi

Harga ron 97 = rm2.80sen tanpa subsidi

Kenapa tidak kerajaan subsidikan sahaja ron 97 yang lebih berkualiti untuk rakyat malaysia? Manakala untuk bukan warganegara, mereka harus lah membeli ron 97 dengan harga biasa tanpa subsidi. 

Itu kalau di ukur dari segi kualiti ek. Sekarang kita ukur pula dari segi harga. Kalau ikut dokumen kat atas neh, ia membuktikan satu perkara yang tak kurang penting iaitu ;

Subsidi kepada ron 95 semakin menurun.

Ya, semakin menurun.

Aku percaya peruntukkan untuk subsidi yang disediakan oleh kerajaan telah mengambilkira harga yang paling mahal bagi ron 95 boleh pergi untuk tahun 2012. Maksudnya dorang dah buat kira-kira dengan mengambilkira harga yang paling mahal untuk ron 95 ketika menyediakan peruntukan subsidi bagi bahan api untuk tahun 2012. Jika andaian aku salah maka maafkan lah aku oke. 

Tapi kalau betul, aku mohon kerajaan jangan war2 nilai subsidi yang tidak betul di media cetak. Berapa diperuntukkan itu satu isu, berapa dibelanjakan pula itu satu isu yang lain. Contohnya jika 13bil diperuntukkan untuk bahan bakar, tapi yang digunakan cuma 8bil so umumkan jek 8bil tue. 

Jangan dok canang2 seantero dunia subsidi 13bil lepas tue suruh orang bersyukur bagai. Itu satu tindakan yang sangat2 keji sebenarnya. Dan last, kalau harga ron 95 berubah ikut bulan, agak2nya bila kerajaan boleh dapat tahu harga terkini ron 95 dan ron 97 untuk setiap bulan yang mendatang ? Sapa tahu ?

Ameno : Kalau subsidikan ron 97 sebanyak 80sen maka harga ron 97 = 2.00 seliter.

Selasa, 5 Jun 2012

Penjelasan lengkap isu tarian seksi di majlis PKR.

Kat bawah neh ialah penjelasan penuh dan lengkap mengenai video tarian seksi di majlis PKR yang telah tersebar sebentar tadi ;





                                                 Antara gambar tarian tradisional

Betul ke tak betul ke, nak percaya ke taknak percaya ke itu terpulang pada pandangan masing2. Masing2 ada akal so masing2 boleh fikir baik buruk. Kalau ikut pendapat aku agak logik juga penjelasan dorang. Tak macam drama swasta sebelum neh yang mana kena balon dekat 20 orang dan kena kunci dari luar bilik hotel. Yang neh lebih realistik. Siyes.

Bagi aku penjelasan kedua2 individu paling boleh diterima pakai sebab ;

1. Dia bagi no phone.

2. Mendekati kenyataan saksi kejadian.

3. Berserta bukti dan keterangan

4. Mengakui kesilapan.

Dalam video terbabit ada bukti banner yang tertulis tarian tradisional. Aku dah check. Bab menghentikan persembahan tue aku tak pasti betul ke tidak. Sebab kalau korang dengar lagu ia mendekati chorus. So kita boleh anggap seminit hingga ke dua minit telah berlalu.

Mungkin juga pihak penganjur telah melakukan perbincangan, pertanyaan dan semakan sebelum bertindak menghentikan majlis. Apa pun citer sebenar aku memang taktau. So malas aku nak cakap lebih2.

Bagi aku kalau seme yang hadir disitu ialah orang2 PR maka mustahil dorang akan upload video tersebut di youtube bagi menjaga nama baik parti. Apa yang aku dapat analisis ialah memang ada kemungkinan besar bahawa majlis tersebut telah dirancang untuk disabotaj.

Aku tatau siapa sebenarnya yang berperanan dalam mensabotaj majlis tersebut. Adakah pihak penganjur atau pihak penaja ataupun kedua2 pihak bergabung ataupun kedua2 pihak langsung tiada kaitan dengan program tersebut cuma apa yang aku boleh nampak sekarang neh ialah pihak pr kena ahti2 lah di lainkali.

Tolong semak siapa lawan dan siapa kawan anda sebelum melakukan apa2 bagi mengelakkan tragedi tarian seksi neh berulang kembali. Orang yang puji kita tak semestinya ikhlas dengan kita, orang yang kritik kita tak semestinya anti kita. Jadi pandai2 larh nak hidup. Oke.

Ameno : Penaja sabotaj ataupun penaja tak peka? Penaja = yang keluarkan duit untuk buat program pkr der..

Video penari seksi berjoget di majlis anjuran PKR tersebar - Mesti tonton.

Tengok dulu video kat bawah neh oke. Siap ada bendera parti lagi. Banner seme cukup.


 

Dah tengok? Bagus. 

Terkejut tak? Jangan dulu. Sebab ada yang cakap majlis neh kena sabotaj. Aku tatau mana satu yang betul dan mana satu yang salah. Oleh kerana keadilan tue terpakai untuk seme pihak maka marilah kita mendengar dulu penjelasan PKR atas isu neh.

Ya atau tidak PKR menganjurkan majlis tersebut?

Ya atau tidak PKR menjemput mereka untuk membuat persembahan?

Jika video neh betul maka makan lah makian dari aku. Jika video kat atas neh ada kisah disebaliknya maka mohon dibuktikan dengan keterangan yang sewajarnya. Jangan dok pongpang2 cakap itu neh fitnah fitnah dan fitnah. Sebab cakap2 nafi bukan bukti der.

Bukan aku cakap tak mungkin PKR kena fitnah tapi at least buktikan dulu video kat atas neh fitnah. Super impose ka, tindihan ka apa ka. Aku tak boleh nampak ia macam video yang diedit sebab bukan kepakaran aku. Jadi kalau apa sahaja kelopangan yang wujud mengenai video di atas neh maka kita mohon PKR keluarkan keterangan berserta bukti.

Jangan hanya guna modal bercakap dan bercakap. Pasal zaman sekarang cakap sesiapa pun boleh. Orang boleh bercakap pasal A, pasal B pasal C tapi belum tentu orang yang mendengar cakap2 dia akan percaya. Aku sendiri kalau nak mempercayai sesuatu pun mesti perlukan bukti. Aku tak peduli larh samada ia bn mahupun pr sebaliknya apa yang aku pentingkan ia bukti. 

Apabila ada bukti maka baru lah boleh hujah dan keterangan menyokong penafian. Baru lah kita rasa berasas nak mempercayai ia kan. Kalau sekadar cakap2.. aku rasa otak aku takan benarkan ia untuk percaya der. Siyes.

So PKR, please explain jap. Apa yang sedang berlaku oke?

kah kah kah

Ameno : Pompuan seksi siotttt

Gambar rumah baru Nik Aziz yang berjuta-juta tersebar.




NIK AZIZ NAK BUAT RUMAH RAKYAT UNTUK DIRINYA SENDIRI.

Nik Aziz sedang membina Rumah Rakyat dengan wang rakyat Kelantan. Itu adalah berita yang aku dengar dari rakan-rakan kelahiran negeri Pantai Timur itu. Dikhabarkan Menteri Besar mereka, Nik Aziz, sedang sibuk membina rumah atau lebih sesuai mahligai Nik Aziz sebagai salah satu mercu tanda Kelantan maju.

Ini kita boleh katakan sebagai Rumah Rakyat kerana duit bagi pembinaan rumah yang menelan kos hampir RM500,000 itu adalah dari duit derma rakyat Kelantan setiap kali diadakan ceramah. Sedangkan Lebuhraya Rakyat yang digembar-gemburkan oleh PAS Kelantan masih belum bermula pun.

Mungkin ini janji PRU-13, untuk PAS terus berkuasa di Kelantan. - ASSU -

kah kah kah

Mohon utusan cepat2 siarkan pendedahan panas anti seme salah umno kat paper dorang cepat2. Ini kan pendedahan yang panas lagi berapi. Rugi wooo tak cetak dalam akhbar. Mari lah sahut fitnah ASSU. Lagi banyak lagi bagus. Boleh larh aku tambah bukti baru kat koleksi kebodohan umno beb. Kalau ada yang sudi menaja boleh larh aku edarkan dalam buku cetakan untuk edaran.

kah kah kah

Menurut info yang aku dapat, rumah di atas neh sebijik cam rumah tokei beras yang kaya raya di perlis. Sedang dalam pembinaan. Sebijik dan serupa. Cam kembar seiras. Selama neh aku sangka binatang dan manusia jek yang ada kembar. Tak sangka plak rumah pun ada kembar. Ini rare. Boleh masuk dalam catatan sejarah beb. 

kah kah kah


Pstttt.. rumah kat atas neh nilai dia rm500k taw.. bukan juta2 ekekekeke.. baru aku tahu. Rupanya semakin besar rumah semakin murah kos pembinaan dia oke. 

Updated ;

Korang baca bawah neh. Antara komen yang aku petik dari ASSU di bawah posting mengenai rumah baru TGNA.



Kelakar tak? Member dah buat research siot. Siap ada orang maki hamun dan percaya lagi. Tak boleh blah. Benda terang2 fitnah pun ada orang bangang percaya. Lawak siot


kah kah kah

Ameno : Sengal siot.. tapi akta keterangan aka penyiaran takan dilaksanakan ke atas dorang beb. Ekekeke..

Prof Dr Nasoha yang hina TGNA rupanya pemuja Mahathir.


OoOoOoOOooo..

Aku takmo ulas banyak2 larh penglibatan dia dalam album kasih sayang kepada mahathir neh. Hak masing2 larh dia nak sayang mana2 tokoh pemimpin pun. Cuma aku heran sket dengan cara dia berfikir. Time dia mengutuk2 tgna kat sini, nampak sangat macam dia beria2 memperjuangkan islam apa seme kan? 

Cara dia tue menunjukkan seolah2 dia sedang memperjuangkan islam walaupun tak dinafikan bahawa dia balon tgna disebabkan terpengaruh dengan fitnah orang. Tapi kan, yang buat dia nampak tak konsisten sangat ialah dia tak balon mahathir pula meskipun mahathir seringkali mempersoalkan hukum2 yang dah terang2 tertulis dalam Alquran.

Contohnya isu judi, kilang arak dan aurat. Kenapa pula dia tak balon mahathir? Siap buat lirik puja mahathir lagi. Kelakar larh orang2 macam neh. Lepas tue beria2 nak kita hormat dia. Orang2 yang berkecenderungan kepada mana2 pihak selalunya gemar membuat penilaian berdasarkan kepada kecenderungan dia bukan berdasarkan kepada fakta dan hakikat.

Ada yang tidak berkelakuan begitu tetapi minor bukan major di malaysia. Peratusan sangat kecil. Tapi yang pasti prof nasoha tak termaksud dalam golongan yang minor tue. Sebab apa, kalau dia benar2 memperjuangkan islam, bukan tgna yang dia kena balon tapi mahathir. Ya, itulah hakikat yang sebenarnya meskipun ramai pemuja2 mahathir takan terima pendapat aku.

Pemuja2 mahathir takan mengakui dorang memuja mahathir sampai ke mampos. Kita boleh puji, kita boleh sokong dan terima mahathir ada jasa2 di malaysia. Tetapi menyokong jasa2 tak bermaksud kena menyokong kemungkaran dan penyelewengan juga.

Ada masanya polisi pentadbiran mahathir memang baik dan ada masanya tindakan mahathir itu tidak baik. Yang baik kita akan terus terang cakap ia benda baik dan yang tak baik kita juga akan terus terang cakap ia benda tak baik. Bukan puji, bodek dan puja sampai tak reti beza benda baik dan tak baik. 

Masalahnya di malaysia neh, ramai rakyat cenderung angkat tokoh bukan angkat isu sampai yang baik dan tak baik pun depa langgar dan lari. Hampeh. Heh.

Ameno :  Nabi saw pun orang tak puja der..

Siapa yang tak undi PAS arab jahilliah - TGNA.


Biar betul utusan neh. Mereka dok pongpang2 pasal perpaduan dengan pas tapi dalam beberapa minggu neh depa dok serang tgna bertubi2. Serangan kalau dengan fakta kita tak kesah tapi masalahnya fakta ke apa yang dorang tulis kat atas neh? Ada beberapa keterangan ayat yang aku sangat2 sangsi ia diucapkan oleh tgna sendiri. Siyes.

Antara nya ;

1. Noor deris cakap pas pernah kafirkan umno.

Setahu aku larh dalam isu neh yang kafirkan umno tue memang ada. Memang ada dalam pas. Tapi itu dulu2. Cara dia yang ekstrem tue ramai orang2 dalam pas tak boleh terima. Lepas tue dia telah keluar pas dan masuk umno. Dan ketika dalam umno sekarang neh kerja dia kafirkan pas jek. Individu tersebut bernama nor deris. 

Dia larh individu yang dok canang2 pas kafirkan umno tapi dia seolah2 terlupa bukan kah dia individu yang kafirkan umno ketika dia dalam pas dulu? Oleh kerana dia dah keluar dari pas sepatutnya dia cakap lah aku dulu dalam pas sibuk dok kafirkan umno. Kenapa dia dok jaja dan heret nama pas atas perlakuan peribadi? Tak semestinya setiap tindakan dan perlakuan dia ketika berada dalam pas mewakili pas.

Heran aku dengan nor deris. Aku pernah terfikir, dia neh waras ke tak? Bukan aku nak sangka bukan2. Maaflah kepada ahli keluarga dia or sedara mara dia yang maybe terbaca blog neh. Cuma aku tertanya2, rasanya sikap orang yang waras bukan macam neh. Aku rasa dia dah hanyut dalam ketaksuban dia. Tue pasal jadi macam tue.

2. Ulama zainal abidin cakap persepsi pas itu islam dan islam itu pas harus diperbetulkan. 

Aku rasa yang lebih tepat adalah lebih baik jika dia betulkan persepsi dia dan persepsi umno yang beranggapan bahawa penyokong2 pas dan ahli2 pas menganggap bahawa pas = islam. Sebenarnya tiada sesiapa pun menganggap bahawa pas = islam dalam pas. Yang ingat kita orang anggap sedemikian ialah orang2 umno. So betulkan persepsi sendiri. 

3. Ulama Mohd Zin cakap TGNA cakap dia lebih rela bersahabat dengan syaitan daripada UMNO.

Yang neh aku tatau. Tapi aku rasa mungkin kenyataan asal telah diputarbelit. Dah masak dah dengan perangai utusan. Lain orang cakap lain depa dok sebarkan. Bila umat islam berbalah, bila ulama bertelagah, dia tepuk tangan dalam bilik sorang2 sambil tengok tv. Yahooo aku berjaya pecahbelahkan umat islam. Ekekeke.. 

You mad penyokong2 umno? Sebab aku tak cakap cina tepuk tangan? Ko ingat utusan tak reti tepuk tangan meh?

kah kah kah

4. Tidak undi pas arab jahilliah. Noor deris dan Abdulah cakap tgna cakap perkara tersebut.

Aku juga tatau asal usul kejadian isu neh. So aku takmo ulas apa dan bagaimana. Cuma aku percaya ia satu lagi perangkap utusan yang memutarbelitkan kenyataan asal tgna sekaligus menyebabkan ramai orang islam sakit ahti dan bertelagah sesama mereka. 

Apa yang utusan buat bila umat islam bertelagah? Masuk bilik, buka tv dan tepuk tangan sambil tergelak2. Akhirnya dorang berjaya memecahbelahkan umat islam. Syabas kepada diri sendiri [utusan] di atas strategi2 mereka.

kah kah kah

Dan, dengan tersiarnya berita mengutuk dan menfitnah tgna dan pas secara berterusan, berkala itu bermaksud doktrin pilihanraya sudah bermula. Utusan dan umno akan terus menerus menyebarkan, menyiarkan dan menghebahkan berita2 tersebut bagi menanamkan satu persepsi ke atas pembaca2 mereka.

Itu semua dilakukan sehingga persepsi tersebut di anggap realiti oleh majoriti masyarakat malaysia khususnya orang islam sebelum mereka bubarkan parlimen. Ya, jika tidak macam mana mereka nak menang PRU - 13 kan?

KAH KAH KAH

Ameno : Kan aku dah cakap awal2 lagi, tukar je nama utusan malaysia tue kepada utusan umno.. paper tue bukan paper bawa berita bebas tapi berita berpihak..

Liow Tiong Lai bida no plat WWW guna duit pembayar cukai ka?

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini.

Katanya, tindakan itu diambil kerana nombor baru itu untuk kereta rasmi baru yang sudah melepasi jangka hayat.

liow tiong lai and healthcare in malaysiaMenurut laporan media berbahasa Cina, Liow menjelaskan bahawa bidaan itu dijalankan oleh pegawainya.

Katanya, kementerian terpaksa menggantikan kereta rasmi yang digunakan sekarang dan oleh yang demikian nombor pendaftaran baru perlu dibida.

Beliau bagaimanapun dilihat mengelak soalan berhubung siapa yang membayar jumlah besar itu.

"Ini kereta rasmi... ia rasmi," beliau dipetik sebagai berkata. -MKINI-

Oke.

Berita di atas dipetik dari MKINI. Berapa agaknya jangka hayat kenderaan rasmi untuk pegawai kerajaan ek? 5 tahun? 10 tahun? Saja aku nak tahu. Bagi aku sepatutnya kalau kenderaan tue dah selalu rosak boleh ganti andai repair tak berbaloi tapi kalau sebab dah tamat jangka hayat tak berapa sesuai sebab tak semestinya kenderaan tue dah rosak dan gagal perform dengan baik kan.

Yang nak ganti kenderaan satu hal. Biarlah memang termaktub dalam polisi kerajaan, aku takmo nafikan ia walaupun aku mempersoalkan syarat untuk menukar kenderaan baru tapi yang aku pelik tue wajib ka membida no plat WWW bagi kenderaan rasmi?

Pakai je larh apa2 no plat sekalipun bukan kesah apa pun. Dah nama nya kenderaan rasmi, ia rasmi so bererti wang pembayar cukai digunakan kat sini. Ini satu kesalahan. Sepatutnya menjadi menteri dia boleh jek guna no plat yang disertakan sekali ketika beli kenderaan rasmi yang baru. 

Toksah nak beria2 bida bagai larh sebab apa jika dia meninggalkan jawatan rasmi dia, kenderaan rasmi tidak akan ikut dia sekali.

Atau,

Aku yang taktau? Jika mana2 menteri meninggalkan jawatan rasmi, mereka akan bawa sekali kenderaan rasmi mereka.. 

Atau,

Ia sebenarnya kenderaan peribadi tetapi gunakan perkataan rasmi bagi menjustifikasikan tindakan membeli ia menggunakan wang pembayar cukai?

Mana satu yang betul neh tiong lai? Persepsi rakyat akan menghukum kamu jika kami tidak diberikan pencerahan dalam isu no plat WWW neh. Well, bila saya bercakap ia akan menghukum kamu, bukan ia betul2 bermaksud menghukum kamu yang kamu,  tetapi menghukum kamu yang BN. Faham kan? Heh.

Ameno : Nazri pun bida no plat WWW.. dia gunakan untuk kenderaan peribadi atau rasmi?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...