Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Jun 2012

Liow Tiong Lai bida no plat WWW guna duit pembayar cukai ka?

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini.

Katanya, tindakan itu diambil kerana nombor baru itu untuk kereta rasmi baru yang sudah melepasi jangka hayat.

liow tiong lai and healthcare in malaysiaMenurut laporan media berbahasa Cina, Liow menjelaskan bahawa bidaan itu dijalankan oleh pegawainya.

Katanya, kementerian terpaksa menggantikan kereta rasmi yang digunakan sekarang dan oleh yang demikian nombor pendaftaran baru perlu dibida.

Beliau bagaimanapun dilihat mengelak soalan berhubung siapa yang membayar jumlah besar itu.

"Ini kereta rasmi... ia rasmi," beliau dipetik sebagai berkata. -MKINI-

Oke.

Berita di atas dipetik dari MKINI. Berapa agaknya jangka hayat kenderaan rasmi untuk pegawai kerajaan ek? 5 tahun? 10 tahun? Saja aku nak tahu. Bagi aku sepatutnya kalau kenderaan tue dah selalu rosak boleh ganti andai repair tak berbaloi tapi kalau sebab dah tamat jangka hayat tak berapa sesuai sebab tak semestinya kenderaan tue dah rosak dan gagal perform dengan baik kan.

Yang nak ganti kenderaan satu hal. Biarlah memang termaktub dalam polisi kerajaan, aku takmo nafikan ia walaupun aku mempersoalkan syarat untuk menukar kenderaan baru tapi yang aku pelik tue wajib ka membida no plat WWW bagi kenderaan rasmi?

Pakai je larh apa2 no plat sekalipun bukan kesah apa pun. Dah nama nya kenderaan rasmi, ia rasmi so bererti wang pembayar cukai digunakan kat sini. Ini satu kesalahan. Sepatutnya menjadi menteri dia boleh jek guna no plat yang disertakan sekali ketika beli kenderaan rasmi yang baru. 

Toksah nak beria2 bida bagai larh sebab apa jika dia meninggalkan jawatan rasmi dia, kenderaan rasmi tidak akan ikut dia sekali.

Atau,

Aku yang taktau? Jika mana2 menteri meninggalkan jawatan rasmi, mereka akan bawa sekali kenderaan rasmi mereka.. 

Atau,

Ia sebenarnya kenderaan peribadi tetapi gunakan perkataan rasmi bagi menjustifikasikan tindakan membeli ia menggunakan wang pembayar cukai?

Mana satu yang betul neh tiong lai? Persepsi rakyat akan menghukum kamu jika kami tidak diberikan pencerahan dalam isu no plat WWW neh. Well, bila saya bercakap ia akan menghukum kamu, bukan ia betul2 bermaksud menghukum kamu yang kamu,  tetapi menghukum kamu yang BN. Faham kan? Heh.

Ameno : Nazri pun bida no plat WWW.. dia gunakan untuk kenderaan peribadi atau rasmi?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...