Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 3 Jun 2012

Konspirasi PAS kelantan menipu dalam isu derma lebuhraya rakyat terdedah.

kah kah kah

Title kelakar siot. Dan rasanya penyokong2 PAS yang suka terjah melulu mesti panas. Jangan tatau, dalam PR pun ada bersikap terjah melulu. Dah biasa dah aku kena dengan kedua2 pihak neh. PR dan BN. Terjah dulu baca kemudian. Tabiat maa. Ekekeke.

Sebenarnya posting neh khusus untuk penyokong2 umno supaya mereka berdebar2 baca posting neh dan akhirnya akan tersedar bahawa dorang memang pemalas dan suka buat kesimpulan melulu bersandarkan kepada rasa benci semata2. Atau lebih tepat, kerana bencikan pas dorang biarkan perasan menguasai akal pemikiran dorang.

Bagi aku, kita kena benci perbuatan yang jahat, bukan subject = pelaku yang melakukan perkara yang jahat. Sebab pelaku boleh bertaubat tetapi bukan perbuatan. Contohnya Ali mencuri buah pisang dua tahun yang lepas. Selepas 2 tahun Ali berjaya menjadi ustaz. Ali telah bertaubat dan menemui cara hidup yang betul. Ali disini ialah subject.

Tapi bagaimana pula dengan perbuatan mencuri? Adakah selepas 2 tahun perbuatan mencuri boleh bertaubat? Tidak. Dulu, kini dan akan datang perbuatan mencuri tetap merupakan satu kesalahan abadi. Tetapi subject yang melakukan kegiatan tersebut mungkin akan dijustifikasikan dengan cara yang berbeza2 bersandarkan kepada asbab2 yang mendorong kepada kejadian tersebut. Simple.

Kadang2 kita kena terima hakikat bahawa bukan seme perkara berada di bawah kawalan kita. Mustahil untuk bebas dari kesilapan der. Tapi kalau dah tahu tersilap better minta maaf dan amend balik kesilapan tersebut supaya menunjukkan kita neh memang hanya menulis perkara yang benar2 ada fakta dan asas jek.

Jadi apa kata kali neh kita lihat samada selepas neh RBF online dan Papa Gomo akan minta maaf ataupun buat bodoh ataupun hanya hilangkan entry mereka begitu sahaja tanpa sepatah kata.

Kah Kah Kah

Kalau korang nak tahu semalam di blog dan hari neh di email ada member mohon penjelasan isu kat bawah neh. Teliti sket petikan depa oke ;




Apa yang blogger RBF cuma nak tunjukkan kat sini ialah ;

1. Kerajaan negeri pas minta derma untuk bina lebuhraya.

2. Dorang bagi no account.

3. Ada nama syarikat.

4. Nama syarikat yang tertera dalam poster dan banting yang diedarkan oleh pas berbeza dengan apa yang tertera di bank bila nak masukkan derma.

5. Dan nama syarikat di atas tue rowstead adalah milik husam musa.

Itu yang dorang sedang sebarkan. Benda neh tersebar pada selasa yang lepas. Aku tatau kenapa pada selasa lepas nama dalam bank berbeza pada hari ahad. Sebab ketika aku pergi transfer duit tadi, apa yang aku temui sangat2 berbeza dengan apa yang telah dinyatakan.

Lihat video kat bawah neh ;


Aku memang ada plan nak derma. Aku bukan rakyat kelantan dan tak duduk kat kelantan pun tapi suatu hari nanti bila aku guna lebuhraya tersebut aku nak juga berbangga2 sebut ooo duit aku rm10.00 ada beb kat jalan neh.

kah kah kah

Jika korang lihat video kat atas neh meskipun tak terang sebab faktor matahari yang memancar tetapi sekurang2nya korang boleh baca nama syarikat yang tertera bukan? Dan ko mesti juga akan perasan bahawa jika kita disuruh masukkan wang maka akan keluar benda kat bawah neh 

===> - - -  = garisan putus2 atau rm0.00 

Tak kisahlah mana satu pun tapi dua benda kat atas neh memang akan appear kalau kita buat pindahan wang ataupun masukkan wang ke dalam account bank orang.

Aku dah test tiga kali. Mula2 aku derma terus dan rakam kan ia dalam bentuk video sebagai bukti. Kemudian aku testing dua kali. Result dia memang sama. Iaitu akan keluar 

rm0.00  <-- bila dia suruh ko masukkan amount.


Kalau rujuk printscreen rbf, benda tue takde. Mungkin bagi korang benda tue kecik dan remeh tetapi ia sebenarnya ada impak tertentu. Mungkin ya dan mungkin juga tidak, gambar yang rbf sebarkan tue sebenarnya adalah ciptaan sendiri. Bukan gambar yang sebenar.

Itu satu hal. Nama syarikat yang terpapar pun berbeza. Bila aku pergi transfer duit tadi, tak keluar pun nama syarikat rowsted balablabla tue. Sebenarnya tak mustahil PAS negeri tukar nama syarikat tue selepas rbf buat pendedahan tetapi dalam masa 3 hari = rabu, khamis dan jumaat, untuk ko tukar nama syarikat ia sebenarnya agak kelam kabut. Boleh tetapi rumit dan memerlukan banyak prosuder.

Apatah lagi kita taktahu adakah nama syarikat kat bank jek dia tukar ataupun dia kena tukar kat SSM dulu ka apa ka. Itu kalau kita bersangka baik kat rbf konon2 nya pas negeri tahu pada hari rabu selepas ia disiarkan pada selasa jadi dorang cepat2 tukar untuk elakkan diri dari kantoi. Cuba bayangkan pula kalau kerajaan negeri tatau apa2? 

Jadi, aku takmo tuduh2 larh. Cuma aku rasa rbf dan papa gomo patut tahu larh. Kalau kita menipu, cepat atau lambat, ia pasti akan terdedah juga. Sebab tue bila menulis, aku suka menulis kerana aku mahu sampaikan apa yang benar dan apa yang aku rasakan, bukan kerana apa yang parti mahu aku sampaikan atau apa yang pemimpin yang suruh.

Bai. 

Ameno : Penyokong UMNO pemalas nak siasat sendiri. Benda simple macam neh pun harapkan orang. Heh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...