Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label PAS KELANTAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS KELANTAN. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Februari 2013

Adun PAS nafi halang undi calon non muslim PKR.

Adun nafi sebut pengundi Melayu boleh undi Umno

KOTA BHARU: Adun Gaal, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad menafikan beliau menyebut  pengundi beragama Islam perlu mengundi calon beragama Islam daripada Umno sekiranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon kalangan bukan muslim.

Beliau berkata, wartawan yang menulis berita tersebut tidak faham apa yang beliau maksudkan kerana prinsip asas iaitu haram mengundi calon Umno dan BN kerana mereka terang-terangan menentang perjuangan Islam yang dibawa PAS.

“Wartawan terbabit tanya saya apakah haram mengundi Umno, saya kata memang haram kerana parti tersebut secara jelas menentang perjuangan Islam seperti diperjuangkan PAS sekarang,” katanya dihubungi di sini.

Hari ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris mendakwa Nik Mazian berkata, perlu mengundi calon Umno sekiranya PKR meletak calon bukan Islam. Berita itu dipetik daripada portal Mole.my.

Dr Nik Mazian yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri berkata, beliau menyebut pada prinsip asas dipersetujui Pakatan Rakyat di mana kawasan majoriti Melayu ditandingi calon Islam dari PAS atau PKR.

“Memang orang Islam wajib mengundi calon beragama Islam bagi memastikan agama Islam terus dipertahankan. Namun di kawasan majoriti bukan Islam sudah tentu calon yang bukan Islam dari Pakatan yang bertanding.

“Walaupun calon itu bukan beragama Islam, namun kita perlu memilih mereka bagi menumbangkan kerajaan yang zalim. Itu asas yang telah dipersetujui. Saya tidak kata kena pilih calon Islam daripada Umno, itu tidak masuk akal langsung,” ujarnya.

Menurutnya juga sebelum ini ada sedikit dilema dalam kalangan pengundi Melayu bagi memilih calon bukan Islam kerana dibimbangi kesucian Islam tidak mampu dipertahankan.

Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak berbangkit berdasar kepada kaedah yang telah dipersetujui di mana kawasan majoriti Melayu ditandingi calon Islam seperti digunapakai pada pilihan raya umum lepas.

Pendapat aku

1. Bagusla kalau tak betul. Sebab kalau betul ini nama dia racist.

2. Adun pas kena desak the mole betulkan laporan dan salah faham tersebut. Berita tersebut ada impak negatif kepada pas.

3. Bab haram halal wajib dan etc2 neh aku takmo campur. Zaman sekarang aku tengok orang senang2 letak hukum itu neh padahal bukan ahlinya.

4. Aku menyokong pendapat mari la kita sama2 bagi peluang pada diri sendiri untuk try hidup di bawah pentadbiran pakatan rakyat. Tak cuba tatau. Jangan takutkan diri sendiri dengan ugutan dan tuduhan mengarut dari bn yang akan hilang kuasa. Orang yang bakal hilang kuasa memang kuat merapu sebab dah tatau nak buat apa bagi meraih kepercayaan orang ramai.

Walaupun ada juga benda baik yang bn buat, itu nama dia tanggungjawab. Urusan kita dengan bn dah settle. Mereka dah dapat gaji atas menjalankan tanggungjawab tersebut. Rakyat tak berhutang dengan bn okey.

Tetapi dalam pada itu ada juga benda buruk, jahat, lalai dan cuai yang bn buat. Untuk perkara2 neh bn tidak pernah menerima hukuman. Sebab tu mereka melampaui batas.

Nak tunggu dorang hukum diri dorang ibarat tunggu moyang2 kau bangkit dari kubur dan berterbangan naik unicorn. Which is dalam bahasa mudah pergi mampos la kau. Tunggu dalam mimpi kau je la.

Kah kah kah

Ahad, 3 Jun 2012

Konspirasi PAS kelantan menipu dalam isu derma lebuhraya rakyat terdedah.

kah kah kah

Title kelakar siot. Dan rasanya penyokong2 PAS yang suka terjah melulu mesti panas. Jangan tatau, dalam PR pun ada bersikap terjah melulu. Dah biasa dah aku kena dengan kedua2 pihak neh. PR dan BN. Terjah dulu baca kemudian. Tabiat maa. Ekekeke.

Sebenarnya posting neh khusus untuk penyokong2 umno supaya mereka berdebar2 baca posting neh dan akhirnya akan tersedar bahawa dorang memang pemalas dan suka buat kesimpulan melulu bersandarkan kepada rasa benci semata2. Atau lebih tepat, kerana bencikan pas dorang biarkan perasan menguasai akal pemikiran dorang.

Bagi aku, kita kena benci perbuatan yang jahat, bukan subject = pelaku yang melakukan perkara yang jahat. Sebab pelaku boleh bertaubat tetapi bukan perbuatan. Contohnya Ali mencuri buah pisang dua tahun yang lepas. Selepas 2 tahun Ali berjaya menjadi ustaz. Ali telah bertaubat dan menemui cara hidup yang betul. Ali disini ialah subject.

Tapi bagaimana pula dengan perbuatan mencuri? Adakah selepas 2 tahun perbuatan mencuri boleh bertaubat? Tidak. Dulu, kini dan akan datang perbuatan mencuri tetap merupakan satu kesalahan abadi. Tetapi subject yang melakukan kegiatan tersebut mungkin akan dijustifikasikan dengan cara yang berbeza2 bersandarkan kepada asbab2 yang mendorong kepada kejadian tersebut. Simple.

Kadang2 kita kena terima hakikat bahawa bukan seme perkara berada di bawah kawalan kita. Mustahil untuk bebas dari kesilapan der. Tapi kalau dah tahu tersilap better minta maaf dan amend balik kesilapan tersebut supaya menunjukkan kita neh memang hanya menulis perkara yang benar2 ada fakta dan asas jek.

Jadi apa kata kali neh kita lihat samada selepas neh RBF online dan Papa Gomo akan minta maaf ataupun buat bodoh ataupun hanya hilangkan entry mereka begitu sahaja tanpa sepatah kata.

Kah Kah Kah

Kalau korang nak tahu semalam di blog dan hari neh di email ada member mohon penjelasan isu kat bawah neh. Teliti sket petikan depa oke ;




Apa yang blogger RBF cuma nak tunjukkan kat sini ialah ;

1. Kerajaan negeri pas minta derma untuk bina lebuhraya.

2. Dorang bagi no account.

3. Ada nama syarikat.

4. Nama syarikat yang tertera dalam poster dan banting yang diedarkan oleh pas berbeza dengan apa yang tertera di bank bila nak masukkan derma.

5. Dan nama syarikat di atas tue rowstead adalah milik husam musa.

Itu yang dorang sedang sebarkan. Benda neh tersebar pada selasa yang lepas. Aku tatau kenapa pada selasa lepas nama dalam bank berbeza pada hari ahad. Sebab ketika aku pergi transfer duit tadi, apa yang aku temui sangat2 berbeza dengan apa yang telah dinyatakan.

Lihat video kat bawah neh ;


Aku memang ada plan nak derma. Aku bukan rakyat kelantan dan tak duduk kat kelantan pun tapi suatu hari nanti bila aku guna lebuhraya tersebut aku nak juga berbangga2 sebut ooo duit aku rm10.00 ada beb kat jalan neh.

kah kah kah

Jika korang lihat video kat atas neh meskipun tak terang sebab faktor matahari yang memancar tetapi sekurang2nya korang boleh baca nama syarikat yang tertera bukan? Dan ko mesti juga akan perasan bahawa jika kita disuruh masukkan wang maka akan keluar benda kat bawah neh 

===> - - -  = garisan putus2 atau rm0.00 

Tak kisahlah mana satu pun tapi dua benda kat atas neh memang akan appear kalau kita buat pindahan wang ataupun masukkan wang ke dalam account bank orang.

Aku dah test tiga kali. Mula2 aku derma terus dan rakam kan ia dalam bentuk video sebagai bukti. Kemudian aku testing dua kali. Result dia memang sama. Iaitu akan keluar 

rm0.00  <-- bila dia suruh ko masukkan amount.


Kalau rujuk printscreen rbf, benda tue takde. Mungkin bagi korang benda tue kecik dan remeh tetapi ia sebenarnya ada impak tertentu. Mungkin ya dan mungkin juga tidak, gambar yang rbf sebarkan tue sebenarnya adalah ciptaan sendiri. Bukan gambar yang sebenar.

Itu satu hal. Nama syarikat yang terpapar pun berbeza. Bila aku pergi transfer duit tadi, tak keluar pun nama syarikat rowsted balablabla tue. Sebenarnya tak mustahil PAS negeri tukar nama syarikat tue selepas rbf buat pendedahan tetapi dalam masa 3 hari = rabu, khamis dan jumaat, untuk ko tukar nama syarikat ia sebenarnya agak kelam kabut. Boleh tetapi rumit dan memerlukan banyak prosuder.

Apatah lagi kita taktahu adakah nama syarikat kat bank jek dia tukar ataupun dia kena tukar kat SSM dulu ka apa ka. Itu kalau kita bersangka baik kat rbf konon2 nya pas negeri tahu pada hari rabu selepas ia disiarkan pada selasa jadi dorang cepat2 tukar untuk elakkan diri dari kantoi. Cuba bayangkan pula kalau kerajaan negeri tatau apa2? 

Jadi, aku takmo tuduh2 larh. Cuma aku rasa rbf dan papa gomo patut tahu larh. Kalau kita menipu, cepat atau lambat, ia pasti akan terdedah juga. Sebab tue bila menulis, aku suka menulis kerana aku mahu sampaikan apa yang benar dan apa yang aku rasakan, bukan kerana apa yang parti mahu aku sampaikan atau apa yang pemimpin yang suruh.

Bai. 

Ameno : Penyokong UMNO pemalas nak siasat sendiri. Benda simple macam neh pun harapkan orang. Heh.

Ahad, 18 Disember 2011

Di kelantan pun ada bina badan pakai spender juga ek?

Woitt..

Apa benda gambar kat bawah neh?


Ada sahabat facebook bagi aku benda neh. Aku confused nak anggap apa. Masa mula2 tengok aku dah hampir nak mampos tapi aku soh nyawa sabar dulu. Masih banyak benda yang aku boleh persoalkan berdasarkan banner neh so pls nyawa jangan main nak mampos melulu. Lagipun bangunan sprm jauh dari tempat aku bhai. Bukan kah itu cara mampos yang paling popular di malaysia neh? So aku pending niat aku.

Ada dua benda yang aku pelik. Dengan mengambilkira gambar neh ori bukan gambar super impose aku menganggap bahawa ;

1. Majlis neh di kelantan = masih baru.

2. Majlis neh dipercayai dalam pengetahuan Pas kelantan sebab ada gambar TGNA.

Apa guna PAS melaka balon Ali Rustam atas isu neh kalau Pas kelantan menghalalkan pula benda alah neh? Ini aku panggil kebahlolan melampau. Tapi takpe. Aku sudi dengar penerangan dari PAS. Satu gambar neh boleh membawa pelbagai erti so harap sangat pas cepat2 jelaskan apa yang telah berlaku.

Dari dulu lagi aku cukup bengang dengan sukan bodoh neh. Aku tak pernah anggap pun benda neh sukan sebenarnya. Aku betul2 jijik tengok lelaki tayang badan berminyak sambil berspender atau berseluar ketat. Siyes. Geli siottt.. dan bertambah2 geleman bila yang buat benda2 gini lelaki melayu islam.. gheewww... seriauwww..

Harap PAS kelantan boleh explain benda neh. Aku pun dalam mode bertanya neh. Bukan dalam mode menyerang. Kalau jawapan agak fak baru boleh serang menyerang lepas neh. Okey bai.

Ameno : geli aku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...