Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 November 2020

Kerajaan Akan Isytihar Darurat Untuk Tangguhkan Pilihanraya - Takiyuddin.

The Malaysian Insight | Kerajaan akan isytihar darurat untuk tangguh pilihan raya, kata Takiyuddin

KERAJAAN tidak mempunyai rancangan untuk mengusulkan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuaan bagi menangguhkan pilihan raya dalam wabak sebaliknya akan memilih untuk mengusulkan darurat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan.



Untuk mengusulkan pindaan bagi tujuan seperti itu “tidak bersesuaian dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan”, kata menteri yang bertanggungjawab dalam hal Parlimen dan undang-undang dalam jawapan bertulis Parlimen.

“Untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, sokongan dua pertiga ahli Parlimen diperlukan.

“Kerajaan boleh mencadangkan penangguhan suatu pilihan raya sekiranya pandemik ini difikirkan boleh diisytiharkan darurat seperti yang diperuntukkan dibawah Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan,”
katanya.

Beliau menjawab soalan Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) yang bertanya sekiranya kerajaan bercadang untuk meminda Perlembagaan atau mewujudkan rang undang-undang khusus bagi membolehkan suatu pilihan raya ditangguhkan dalam tempoh pandemik Covid-19.

Semalam rakan Takiyuddin di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan mengkaji kemungkinan menggubal undang-undang baharu untuk itu.

“Jika perlu, buatlah tindakan khusus, kerajaan sedang mengkaji dan membuat cadangan kepada rakyat,” katanya dipetik Bernama. – 3 November 2020.

Isnin, 2 November 2020

Netizens Sekolahkan Nik Abdul Tentang SOP Selepas Beliau Puji Tindakan Khairuddin Tak Pakai Mask.

SOSMED | Kurang satu jam selepas membuat post membela tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Ahli Parlimen Bachok itu menerima "backlash" dari warganet.

Nik Abduh dalam kenyataannya di Facebook berkata tindakan Khairuddin tidak memakai mask adalah bagus kerana ia menunjukkan perbezaan memakai mask ketika berada di tempat sesak dan tidak sesak.

Rentetan dari kenyataan itu, netizens kemudiannya mengeluarkan panduan dari KKM mengenai pelaksanaan SOP. 


Bukan itu sahaja netizens juga mempersoalkan jika tempat tak sesak tak mewajibkan memakai pelitup muka kenapa ada yang disaman kerana pakai pelitup muka di dagu suatu ketika dahulu walaupun berdasarkan rakaman video, tempat itu tidaklah sesak?

Nampaknya ada amalan double standard disini. Kerana itu sukar nak memahami pemimpin PAS. Agama itu apa pada mereka. Untuk difahami, diamalkan dan diteladani. Atau untuk keluarkan dalil bagi menghukum rakyat dan membela pimpinan? Semakin keliru dengan tindakan mereka. Boleh pula mengubah SOP mengikut citarasa yer. Hebat.

Kenyataan penuh Nik Abduh seperti dibawah;


Oleh : Nik Abduh 

Sahabat tanya saya perihal YB Dato Mohd Khairuddin, Menteri Sawit dan Getah itu, apasal tak pakai pelitup muka sampai kena hentam di ruang maya? 

Saya jawab, baguslah beliau tak pakai. Beliau tunjukkan kita dan bezakan tempat yang sesak yang wajib pakai dari tempat yang tidak sesak yang tak wajib pakai pelitup muka. 

Usah terpengaruh dengan bebudak PH yang secara terancang viralkan gambar-gambar YB Menteri yang tak pakai pelitup muka. Itu semua aktiviti pembodohan terhadap minda rakyat. 

Puji dan kritik hanya benar dan berpahala pada perkara yang benar sahaja. Ambillah ingatan agama bahawa fitnah dan sebaran berita palsu berleluasa di akhir zaman. 

#PatuhiSOP 
#MalaysiaSejahtera 
#Istiqamah

Azmin, Ahli Politik Paling Dibenci. - KLSAI.

POLITIK | Badan Penyelidik KLSAI - Kuala Lumpur School Of Artificial Intelligence mendapati Azmin Ali merupakan pemimpin politik yang paling dibenci rakyat.

Kajian itu dilakukan pada Oktober 2020 dan menggunakan teknik web scrapping. Teknik ini ialah; 


1. Mengumpul semua tweet, post, respon dan komen politik.

2. Menganalisa maklumat berdasarkan komen dan post samada ia positif (memuji) atau mengkritik (membenci) tokoh tersebut.

3. Hasil dari dapatan itu menunjukkan Azmin Ali menerima reaksi, komen dan post berbaur negatif yang lebih tinggi berbanding positif dari kalangan warganet. (Rasanya ini pro PN + MN + PH bergabung tibai Azmin).

4. Seterusnya Muhyiddin Yassin (ini mesti banyak post dari kalangan pro PH + UMNO Najib + Zahid).

5. Tun Mahathir (ini pro Anwar + Najib + Muhyiddin kot).

6. Scrape database ini bermula pada 21 Oktober hingga 25 Oktober 2020.

Selain itu; 


- Pimpinan PAS berada di tempat keempat.

- Pimpinan UMNO di tempat kelima.

- Pimpinan PH di tempat keenam.

- Anwar Ibrahim di tempat kelapan.

Nama Najib, Zahid, Haji Hadi, malah Khairuddin dan Nik Abduh, tak ada dalam carta secara individu. Demikian juga Mat Sabu, Khalid Samad, Lim Guan Eng. 

Parti Barisan Nasional dan Perikatan Nasional juga tak ada dalam senarai. Mungkin warganet tak benci atau tak ramai yang benci sehingga boleh membentuk sentimen pada Oktober 2020. - 2 November 2020.

Maszlee Umum Keluar PEJUANG, Mungkin Risau Jika Bersama Tun Akan Kalah PRU15..

POLITIK | Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malek mengumumkan keluar dari PEJUANG berkuatkuasa hari ini.

Pengisytiharan itu dilakukan menerusi Facebook rasminya hari ini. 


"Saya Maszlee Malik, ahli parlimen Simpang Renggam dengan ini mengumumkan penarikan diri sebagai ahli jawatankuasa penaja penubuhan parti Pejuang," katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Maszlee lagi, tindakan itu dibuat berdasarkan kajian lapangan yang dilakukan terhadap rakyat terbanyak.

"Keputusan dibuat berdasarkan dapatan fakta melalui kajian lapangan dan tinjauan terperinci terhadap aspirasi dan rakyat terbanyak.

"Saya yakin, rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elitis. Rakyat mahukan ahli politik yang fokus berkhidmat dan benar-benar menyelesaikan masalah yang rakyat hadapi sekarang,"
jelasnya lanjut.

Dipercayai penarikan diri Maszlee dari PEJUANG adalah untuk bebas dari pengaruh dan bayangan Tun Mahathir.

Sebelum ini, PEJUANG mengeluarkan kenyataan media mengenai pendirian parti itu terhadap belanjawan 2021.

Bagaimanapun nama Maszlee tak disertakan sekaligus menimbulkan pelbagai tanda tanya dikalangan netizens.

Sejurus dengan pengumuman tersebut, timbul pula spekulasi baru. Adakah Maszlee akan kekal bebas atau menyertai parti politik lain.

Dua nama parti yang naik ialah PPBM dan PKR. - 2 Novemver 2020.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...