Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 17 Februari 2018

Mahathir, Muhyiddin Kaya Raya Tetapi Minta Derma Untuk Parti, Salah Ke?

Beberapa hari lepas, PPBM telah mengeluarkan kenyataan dan beberapa video kempen yang menuntut derma dari orang ramai bagi tujuan melicinkan kerja-kerja memenangi pilihanraya ke 14 kelak. 

Namun tidak semua pihak yang memandang tindakan PPBM secara positif bahkan ramai yang mempersoalkan apakah rasionalnya Mahathir, yang mempunyai anak-anak yang kaya raya sehingga dilabelkan antara individu terkaya di Malaysia meminta derma.

Anina persoalkan langkah PPBM meminta derma

 
Tidak hanya kerana kekayaan anak beranaknya, Mahathir juga bukanlah orang yang miskin.

Beberapa kali gambar Tun Mahathir menaiki jet peribadi untuk pergi ke sana sini bagi melibatkan diri dengan program dan ceramah politik (pro pembangkang) seringkali disebarkan dan diperkatakan oleh musuh-musuh beliau.

Oleh itu tindakan meminta derma, sesetengah pihak terutamanya musuh politik PPBM beranggapan ianya tidak patut.

Antara troll ke atas PPBM di laman sosial

 
Manakala netizens yang spektikal dengan parti politik pula beranggapan ia adalah langkah yang mengelirukan.

Bagaimana dan mengapa pemimpin-pemimpin kaya-raya ini tergamak membuat rayuan derma dari orang ramai yang seringkali dilabelkan terdesak dan tertindas dengan GST oleh pembangkang?

Kekayaan yang dikaitkan dengan Mahathir disebarkan Lim Sian See


Wajarkah pembangkang meminta derma dari rakyat yang dikatakannya tersepit dengan kos sara hidup yang membebankan disebabkan pentadbiran Barisan Nasional yang tidak cakna dengan permasalahan rakyat?

Atau sebenarnya di Malaysia ini ada juga orang-orang kaya walaupun Barisan Nasional yang memerintah? Tidaklah kesemua miskin kerana ada dikalangan mereka yang mampu dan boleh memberikan derma, begitukah? Contohnya, Mukhriz dan Mohzani Mahathir barangkali?

Di saat rakyat berkeluh-kesah tidak mampu membeli rumah dan perlu membayar ansurans kenderaan dan menanggung kos petrol yang bukan murah juga, pemimpin pembangkang berkeupayaan membeli kereta demi kereta, rumah banglo demi rumah banglo, dan ke sana ke mari dengan kenderaan mewah, import bahkan jet peribadi juga.

Lalu, apa rasionalnya meminta derma?

Sebenarnya tidaklah salah untuk parti-parti politik di Malaysia ini meminta derma termasuklah PPBM sekalipun mereka mempunyai pemimpin kaya raya bertaraf jutawan dalam kepimpinan parti.

Foundation ataupun asas membina dan menguruskan parti ialah keadaan kewangan yang kukuh. Jika hanya satu pihak yang berperanan menyalurkan wang, disini kita anggap sahajalah Mahathir, maka PPBM tidak akan menjadi bebas sebebasnya untuk membuat haluan sendiri tanpa memikirkan perasaan dan kecenderungan Tun Mahathir kerana terikat dengan 'sumber kewangan'.

Jika PPBM mendapatkan sumber kewangan dari orang ramai, maka seharusnyalah ahli-ahli PPBM dan pemimpin-pemimpin tertinggi PPBM akan bebas membuat apa sahaja keputusan tanpa memikirkan risiko kewangan bakal disekat. Dalam erti kata lain, berkeupayaan untuk menentukan halatuju dan perkembangan parti disebabkan kewangan mereka adalah berdasarkan sumbangan dan derma orang ramai yang mana ianya tidak boleh dikawal dan ditentukan oleh pihak-pihak berkepentingan.

Tambahan pula, untuk menjadi sebuah parti politik yang stabil dan bebas dari pengaruh dan cengkaman individu, mereka juga perlu mempunyai sumber kewangan yang bebas dan diaudit secara telus.

Andai, kewangan parti dikeluarkan oleh keluarga Mahathir dan Muhyiddin, jika ditakdirkan PPBM memenangi pilihanraya, Mahathir dan Muhyiddin sebagai sumber kewangan utama akan menentukan hala tuju parti dan boleh sahaja mereka membuat tuntutan peribadi kerana telah menyumbang kepada kewangan parti, misalnya.

Bagaikan kapitalis yang mendanai parti politik dan berharapkan balasan projek sebagai ganti, maka seperti itulah risikonya Mahathir dan Muhyiddin boleh menuntutnya pada suatu hari nanti.

Untuk memenangi pilihanraya, kos yang perlu dikeluarkan semasa dan selepas pilihanraya adalah tinggi dan sangat banyak apatah lagi bagi satu-satu parti yang berhasrat bertanding sebanyak 51 buah kerusi Parlimen.

Kos untuk banner, poster, kerja-kerja ceramah, penerangan, media sosial, cetakan, bendera, untuk membiayai kos makanan, minuman ahli, sukarelawan bagi melancarkan jentera kempen, membayar sewa pejabat, membuat program dan sidang media, baju dan sebagainya ia bukanlah murah.

Jika sekadar seribu dua adalah tidak logik untuk mana-mana parti politik tunduk dan patuh kepada tuntutan peribadi oleh mana-mana pihak tetapi jika ia melibatkan puluhan dan ratusan ribu, atau mungkin jutaan ringgit, maka sudah tentulah parti tidak boleh menepis tuntutan itu dengan mudah, bukan?  

Jadi samada pemimpin itu kaya ataupun miskin, keluarganya jutawan ataupun bukan, satu-satu parti politik akan dilihat bebas, telus dan terbuka andai kewangannya tidak dicengkam oleh mana-mana kapitalis, hartawan ataupun individu berpengaruh. - 17 Februari 2018.

MAZA Bimbang Dengan Sikap Timbalan Setiausaha DAP, P.Ramasamy Andai Berkuasa Kelak..

MENULIS di Facebook rasminya, Mufti Perlis, Doktor Asri Zainal Abidin ataupun lebih dikenali sebagai MAZA menzahirkan kebimbangannya dengan Timbalan Setiausaha DAP andai mempunyai kedudukan politik penting dalam negara.


Menurut MAZA, beliau bimbang dengan masa depan negara kerana pemimpin rasis berupaya menganggu kestabilan kaum dan agama di Malaysia.

"Kita tidak pasti apakah akan terjadi kepada masa depan keharmonian kaum dan agama jika individu seperti Timbalan Setiausaha DAP ini mempunyai kedudukan politik yang penting dalam Malaysia," katanya dalam satu kenyataan. 

Jelas MAZA lagi, adalah menjadi kewajipan semua untuk untuk menjaga keamanan yang telah dinikmati negara dan setiap dari kita bertanggungjawab untuk mengukuhkan hubungan antara kaum dengan terus mengamalkan sikap-sikap seperti sopan santun dan meraikan kepelbagaian agama dan kaum di Malaysia.

MAZA bimbang jika dengan terus mengamalkan sikap tegang dan memusuhi seperti yang ditunjukkan oleh sesetengah rakyat dalam isu agama akan merosakkan keharmonian negara.

"Keharmonian antara rakyat di negara ini hendaklah dipelihara. Tersilap langkah kita akan kehilangan segala keamanan yang telah kita nikmati. Kita wajib mengukuhkan hubungan antara kita secara harmoni, santun dan memahami latar sejarah negara ini. 

Kita amat bimbang dengan sikap tegang dan permusuhan yang ditunjukkan oleh sebahagian kalangan rakyat berkaitan isu agama. Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran. Ya Allah! Selamat negara ini dari permusuhan antara rakyat tanpa sebab yang benar," katanya lagi.

Dan Ini Sebabnya Kenapa Video Raya Cina DAP, Teresa Kalah Dengan Khairy Jamaluddin..

TIADA langsung kaitannya dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Itulah pandangan kebanyakan netizens apabila mengulas tentang video ucapan Tahun Baru Cina oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.


Video Teresa disedari kewujudannya apabila dikongsikan oleh portal berita Malaysiakini berbanding video sambutan Tahun Baru Cina oleh KJ yang diviralkan oleh netizens di Facebook masing-masing.

Setakat ini 4.3 ribu pengguna Facebook telah berkongsikan video berkenaan dan rata-rata netizens pelbagai bangsa memuji video itu kerana ia mengetengahkan tradisi dan budaya cina mengenai masakan ketika menyambut Tahun Baru Cina.

Video Teresa pula sarat dengan mesej berbaur politik dan langsung tidak bercakap tentang Tahun Baru Cina.

Daniel Liew : "Tolong la berbuat sesuatu yang lebih berguna berbanding video kebudak-budakan ini, Teresa". 

ε‘¨ζ˜Ύθ‡΄ : "Dia la sebabnya saya menyokong #undirosak".

Vayiram Mutu : "Betul-betul lawak buruk! Sudahlah nampak tua sangat dalam uniform. Mesej langsung bukan pasal CNY. Buat la video ini hari lain πŸ˜‚πŸ˜‚".

Sim Foo Tong : "Macam syok sendiri la..".

Bagaimanapun video Teresa itu tetap menerima pujian dari kebanyakan penyokong DAP dan menyifatkan ia sebagai lawak dan mempunyai mesej yang cukup sarat (propaganda politik) dengan sindiran.

Tetapi wajarkah ke apabila SAMBUTAN PERAYAAN DIRAIKAN SECARA POLITIK?

Adakah kita perlu berpolitik dalam semua perkara termasuklah untuk sambutan PERAYAAN?

Bagi pandangan penulis ia adalah sesuatu yang tidak wajar kerana politik seringkali berperanan menyakiti pihak lawan. Jadi perkara seperti perayaan seharusnya kita gunakan peluang ini untuk mendekati apa yang jauh dan mendorong kepada perpaduan serta memupuk perasaan harmoni.

Terlalu banyak berita politik dihidangkan setiap hari dan ianya tidak pernah mati. Apa kata untuk sambutan perayaan kali ini kita gunakan untuk menerangkan kepada semua apa itu budaya dan kecenderungan kaum cina mengenai perayaan mereka.

Penulis percaya ramai di luar sana mahu mengenali dan memahami perayaan SAMBUTAN TAHUN BARU CINA. Antara yang boleh dilakukan oleh DAP dan Teresa ialah bagaimana boleh mendorong masyarakat Islam untuk sama-sama hadir ke majlis sambutan tahun baru cina, dan bagaimana rakan-rakan cina akan berusaha sungguh-sungguh untuk memastikan semua menu adalah halal ketika dihidangkan.

DAP dan Teresa juga boleh mengulas dari segi budaya cina tentang warna merah, makna disebalik TAHUN ANJING, kenapa Tahun Baru Cina disambut, apa maksud 'MAKAN BESAR' dan mengapa ianya sangat penting bagi masyarakat cina.

Kekurangan video TERESA dan DAP

Video sambutan Tahun Baru Cina DAP bercakap cina dan meletakkan sarikata cina. Adalah lebih baik jika mereka meletakkan sarikata English/Bahasa Melayu agar ianya boleh difahami oleh pelbagai lapisan bangsa. 

Sekalipun ia disasarkan untuk mereka yang sambut tahun baru cina tetapi oleh kerana DAP adalah parti politik di Malaysia dan mempunyai ahli dan penyokong yang pelbagai bangsa, sudah tentu yang tidak memahami percakapan dan bahasa cina akan merasa kosong apabila menonton video yang tidak difahami mereka.

Teresa tidak bercakap tentang budaya dan kaum cina ketika menyambut perayaan; seolah-olah orang cina apabila berjumpa hanya bercakap tentang politik sahaja.

Walaupun nama kelas adalah kelas 1 M ('alaysia), tetapi yang bukan berbangsa cina hanya ada dua orang sahaja dan itupun seperti pak pacak lagaknya. Langsung tidak bercakap, dan lebih teruk 100% bercakap cina dan disebabkan ini ia dibayangkan seolah-olahnya suara BUKAN CINA dalam DAP tidak didengari - satu point yang Teresa sendiri beri kepada musuhnya di luar sana. 

Disaat akhir, selepas keputusan dibuat barulah BUKAN CINA diberikan peluang untuk bercakap.


Oleh kerana Teresa menggunakan video ini untuk memberikan mesej secara politik dan tersirat, apabila melayu tidak bercakap dalam video ini, kaum india pula entah ada entahkan tiada, tiada komunikasi dengan bangsa-bangsa lain dalam video ini, ia membayangkan DAP parti cina, untuk cina dan hanya mahu orang cina sahaja. 

Hapus bahasa melayu

Tulisan cina diutamakan, tulisan ABC untuk English dan shortform sahaja - memberikan bayangan DAP anti BAHASA KEBANGSAAN barangkali.


Semua orang boleh terjemahkan wayang politik Teresa sebegini kerana dia yang mengambarkan sebegitu melalui videonya sendiri.

Orang-orang melayu dalam video hanya senyum sahaja. Itu sahaja had ataupun peluang yang diberikan, tidakkah ini kelakar?

Video KJ, bukan melayu dan melayu berkomunikasi, makan dan saling bercakap tentang budaya cina..


Video KJ lebih harmoni. Walaupun tema video ini berbahasa melayu tetapi penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Cina diselitkan dan memberikan bayangan bagaimana kita meraikan dan saling menghormati kepelbagaian dan ia akan dibenarkan untuk digunakan di tempat yang bersesuaian.

Masakan dan cara makan orang cina diterapkan dan bagaimana muslim dan bukan muslim boleh makan semeja tanpa perasaan prejudis.

Membawa anak pula boleh dibayangkan bagaimana ibu bapa patut mendidik anak-anak agar menghormati dan memahami budaya bangsa lain untuk terus hidup dengan harmoni.

Sekali lagi tangkap ayam, idea lapuk, video kuno


Video raya DAP pula masih mengekalkan tema lama, tentang ayam dan agak membosankan. Tambahan pula tiada sarikata bahasa melayu / bahasa inggeris jadi tidak mampu menarik minat BUKAN CINA untuk menonton video yang tidak difahami.

Jika Teresa kreatif, boleh sahaja ubah dengan mencalon RARA sebagai Ketua Kelas yang baru, minoriti, seorang perempuan melayu satu-satunya dalam kelas dicalon dan dikedepankan kerana DAP mahu membayangkan dalam DAP kita mengutamakan bakat, kepandaian, kemahiran dan jantina, kaum serta agama tak pernah menjadi isu.

Video Teresa seharusnya berperanan membebaskan DAP daripada persepsi dan doktrinisasi DAP sebagai parti rasis tetapi Teresa hanya menguatkan lagi dakwaan dan tuduhan DAP ialah parti rasis.

Perbuatan dan pemikiran kita adalah diri kita. Video Teresa adalah diri Teresa. Video Teresa adalah diri DAP. Kali ini jangan salahkan UMNO, jangan salahkan BN. Anda yang bayangkan anda parti rasis dengan video raya anda sendiri. Rasis juga adalah perbuatan yang jahat. Dan disebabkan inilah, anda kalah dengan Khairy Jamaluddin. 

Dan berikut dibawah ialah video raya dari KJ, DAP, Teresa Kok dan PAS untuk anda menilai sendiri. Tiada review untuk video raya cina dari PAS kerana hanya mengetahui kewujudannya di saat-saat akhir. Harap maklum.

Video raya cina - Khairy Jamaluddin


Video raya cina - DAP

   
Video raya cina - Teresa Kok



Video raya cina - PAS 

Khamis, 15 Februari 2018

Dengan Bangga Najib Serah Kunci PPA1M Bukit Jalil Yang Siap 17 Bulan Lebih Awal Tapi Rupanya Rumah Itu Belum Siap Sepenuhnya..

RUMAH sudah siap tapi pahat masih berbunyi. Begitulah diibaratkan dengan Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) Bukit Jalil yang dihebahkan telah siap lebih awal daripada tempoh yang dijadualkan.

Menurut laporan BERNAMA, seramai 1,536 penjawat awam yang membeli kediaman tersebut menerima kunci rumah masing-masing pada 6 Februari lepas.

Tetapi apa yang berlaku selepas itu ialah, adanya individu yang dipercayai salah seorang pembeli bertindak menyebarkan gambar-gambar rumah tersebut yang sebenarnya berkeadaan sangat teruk dan rosak disana sini.



Menurut Mohammad Yusup Daud, rumah yang dilaporkan sudah siap itu sebenarnya belum lah siap sepenuhnya.

"Menipu di siang hari. PPA1M Bukit Jalil kononnya siap 17 bulan lebih awal dari tarikh sebenar. Hakikatnya rumah masih belum siap. Kunci diserahkan kepada pembeli dalam keadaan seperti gambar dibawah. Pemaju tak ikut S&P dan syarat minima garis panduan PPA1M," katanya dalam satu kenyataan.

Individu itu kemudiannya berkongsikan beberapa gambar-gambar yang menunjukkan keadaan rumah tersebut. Kelihatan pintu, siling dan dinding rumah itu sepertinya belum siap pemasangan sepenuhnya dan perlu kepada kerja-kerja pembaikan.

Bagaimanapun selepas beberapa jam, individu tersebut bertindak memadamkan (atau menyembunyikan) gambar-gambar rumah tersebut adalah alasan isu tersebut dipolitikkan oleh pihak tertentu.



"Minta maaf kepada semua yang ikut post saya berkenaan PPA1M Bukit Jalil. Tujuan saya post hanya untuk meluahkan rasa tidak puas hati pada pemaju. 

Pihak kerajaan terutamanya JPM sudah mengambil tindakan terhadap pemaju dan sudah berjanji akan menyelesaikan masalah pembeli dan diselesaikan dalam masa terdekat. 

Terima kasih kepada agensi kerajaan yang turun padang untuk membela nasib pembeli yang ratanya adalah penjawat awam. 

Oleh kerana ada pihak yang cuba menggunakan isu ini sebagai modal politik maka saya terpaksa tamatkan post ini. Sekian mohon maaf dan terima kasih," jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook. 


Menurut individu itu lagi, rata-rata pembeli PPA1M Bukit Jalil juga agak bengang kerana dilabelkan sebagai pembangkang semata-mata memperjuangkan hak mereka sebagai pembeli.

Mohammad Yusup Daud juga menjelaskan bahawanya kumpulan pembeli sudah sepakat untuk memberikan masa dan peluang kepada agensi kerajaan menyelesaikan masalah berbangkit. - 15 Februari 2018.

Saya Tak Cakap Melayu Biadap, Kurang Ajar Kata Adun DAP.

SEJAK dua hari lepas tersebarnya satu poster yang dipercayai merujuk kepada kenyataan adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng di laman sosial.

Poster tersebut mendakwa Andrew telah berkata, "Orang melayu Bakar Batu sangat biadap dan kurang ajar tidak membenarkan DAP membuat ceramah di kawasan mereka."

Bagaimanapun Andrew bertindak menafikan penyebaran berkenaan sebaliknya jelasnya ia merupakan satu fitnah yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Poster yang tersebar

 
Tinjauan kami di laman sosial mendapati ia disebarkan oleh penyokong-penyokong Barisan Nasional.

Dalam pada itu Andrew sempat mempersoalkan Tan Sri Sharir Samad. Andrew berkata adakah menfitnah merupakan satu adab yang diterima oleh pemimpin itu?

"Adakah ini yang dimaksudkan oleh Tan Sri Sharir berkenaan dengan adab? Selepas insiden Kecoh di Kampung Bakar Batu, cybertrooper pro-UMNO terus menFITNAH saya dan DAP dengan menyiarkan posting di Facebook yang PALSU di mana ia bukan merupakan kata-kata saya," katanya dalam satu kenyataan di Facebook. - 15 Februari 2018.

Sewa Jet RM86 Juta Untuk Bawa Rosmah, Ini Jawapan Rizal Kepada Mahathir.

Pegawai khas kepada Datin Seri Rosmah Mansur tampil menjawab persoalan mengenai dakwaan isteri Perdana Menteri itu yang dibiayai kerajaan sebanyak rm86 juta untuk menaiki jet kerajaan.

Menurut Rizal Mansor dakwaan itu berniat jahat dan kos sewaan yang disebutkan juga tidak tepat. Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan kos sewaan sebenar ketika menjawab persoalan yang ditimbulkan pro pembangkang.

Berikut adalah penjelasan penuh dari Rizal Mansor;

Oleh : Rizal Mansor
11 fakta isu Datin Seri Rosmah Naik Jet Kerajaan - Jawapan Kepada Tun Mahathir

1. Sebuah laman Facebook yang digunakan sebagai satu platform pemujaan Tun Mahathir Mohamad telah menaikkan satu video ucapan Tun M pada tahun 2016. Dalam video tersebut Tun Mahathir telah menuduh bahawa kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM86 juta untuk menyewa jet peribadi bagi kegunaan Datin Seri Rosmah ke luar negara.



2. Tuduhan ini bersifat jahat kerana Tun Mahathir cuba memesongkan pandangan rakyat bahawa Isteri Perdana Menteri sedang melakukan pembaziran kerana menaiki pesawat peribadi yang disewa oleh kerajaan dan tidak menaiki pesawat komersil.

3. Sebenarnya, kerajaan tidak menyewa pesawat tersebut KHUSUS untuk Datin Seri Rosmah Mansor. Pesawat ACJ319 No. Pendaftaran A6-CJE adalah pesawat gantian yang disewa oleh Kerajaan Malaysia bagi kegunaan kenamaan-kenamaan Negara termasuk Yang Di Pertuan Agong, Permaisuri Agong dan lain-lain kenamaan.

4. Kiraan kos sewaan sebanyak RM86 juta juga adalah tidak benar sama sekali dan sengaja dibuat untuk megelirukan rakyat. Ia hanyalah anggaran yang dibuat oleh YB Rafizi Ramli. Kiraan tersebut adalah tidak masuk akal kerana YB Rafizi mengambil kiraan kos penerbangan sebanyak RM60,000 sejam x 24 jam x 60 hari. Sudah tentu pesawat tersebut tidak terbang 24 jam setiap hari selama 2 bulan.

5. Pesawat tersebut disewa oleh Kerajaan Malaysia untuk sementara waktu dalam tempoh 2 bulan (Mei dan Jun 2016) sebagai gantian kepada pesawat ACJ320 yang pada masa itu sedang dalam proses penyelengaraan.

6. Datin Seri Rosmah telah menaiki pesawat tersebut untuk ke Istanbul, Turki bagi menerima anugerah “3G Children Welfare Award” bagi pihak PERMATA Negara di dalam Majlis Global Good Governance Award 2016.

7. Tanpa disangka, program PERMATA Negara yang diilhamkan oleh Datin Seri Rosmah telah terpilih untuk menerima anugerah tersebut. Ini melambangkan bahawa kejayaan program PERMATA diiktiraf masyarakat antarabangsa sekaligus menjadi satu tanda kebanggaan negara. Keputusan anugerah tersebut hanya diketahui beberapa minggu sebelum majlis penyampaian anugerah berlangsung.

8. Datin Seri Rosmah telah bertolak ke Istanbul pada jam 12 tengahari, 25 Mei 2016 dan tiba di Istanbul pada jam 8 malam waktu tempatan hari yang sama. Pada keesokan harinya, 26 Mei 2016, Datin Seri Rosmah telah menghadiri majlis penyampaian anugerah dan terus bertolak balik pada jam 11 malam untuk menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Langkawi.

9. Melihatkan kepada jadual yang padat ini, tidak mungkin Datin Seri Rosmah boleh menaiki pesawat komersil. Kebetulan pula, pada ketika itu pesawat yang disewa oleh kerajaan ini tidak dipakai oleh sesiapa.

10. Sepertimana yang diterangkan sebelum ini, beg-beg yang kelihatan dibawa naik ke atas pesawat bukanlah beg Datin Seri Rosmah seorang. Beg-beg tersebut adalah termasuk beg penumpang yang lain. Ruang bagasi pesawat yang disewa tersebut telah diubahsuai untuk menambah kapasiti minyak. Dan ruang yang ada dimuatkan dengan peralatan dan kostum anak-anak PERMATA Seni yang akan membuat persembahan.

11. Bagaimana seorang negarawan boleh mendengar dan percaya kepada khabar angin ‘hearsay’ sebegini. Sebagai seorang negarawan, Tun M seharusnya menyemak dan menyelidiki terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum membuat tuduhan. Jangan letak kepentingan politik mengatasi hukum dan adab sehingga menimbulkan fitnah.

Cabut Billboard PAS Di Penang, MPSP Dikecam Penyokong.

BILLBOARD itu haram. Itulah alasan yang diberikan kepada seorang yang dipercayai ahli ataupun penyokong PAS apabila diminta untuk mengalihkan banner gergasi PAS di Simpang Kubang Semang pada kelmarin.

Menurut individu yang dikenali sebagai Jamsari Jam, beliau yang menulis di laman Facebooknya berkata, "Gara-gara gantung banner Amanat Tuan Guru Presiden dan Bendera Gergasi Pas tempoh hari, dua Billboard di simpang Kubang Semang dirobohkan oleh MPSP.

Alasan billboard ini dibina haram dah bertahun-tahun baru la bagi tahu haram. Kilang Haram di Sungai Lembu Penanti awat tak pereban. 


Depa mula bimbang angin #PasTawanPermatangPauh mula membadai mereka. Pengundi P44 akan merobohkan keegoan mereka pada PRU14 ini. 

Nak mudah cerita jika hangpa sebelum ini ada complain billboard haram jika nak cepat depa roboh hangpa pi gantung bendera Pas mesti depa roboh πŸ˜†," jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook. 



Manakala seorang individu yang dikenali dengan nama Kassim Salamat pula mempersoalkan, meskipun PAS diarahkan untuk membuang banner-banner kempen parti mereka tetapi banner Anwar Ibrahim dibiarkan berada di kawasan yang sama tanpa diusik.


Katanya individu itu lagi, sakit hati menjadi punca papan tanda PAS dirobohkan.

Kami cuba mendapatkan respon dari ahli majlis di Pulau Pinang, jawapan yang diterima menyatakan, setiap billboard yang dipasang perlu mendapatkan kebenaran dengan cara memohon dan menunggu kelulusan dari pihak berkuasa.

Andai berlakunya pilihanraya, semua billboard, banner dan bendera dibenarkan pasang secara automatik itupun selepas SPR mengesahkan calon yang bertanding dan calon telah membayar deposit sebanyak rm5,000. 

Jika mana-mana parti mahu mengadakan ceramah, mesyuarat agung dan karnival mereka perlu membuat permohonan kepada pihak polis dan pihak berkuasa tempatan akan membenarkan pemasangan dilakukan selama tiga hari iaitu sebelum, semasa dan selepas berakhirnya program.

Melihat kepada gambar-gambar pemasangan billboard PAS oleh pihak-pihak tertentu, ia dipercayai membahayakan keselamatan pengguna jalanraya. Pemasangan billboard kekal perlu mendapatkan kebenaran tuan tanah untuk urusan teknikal disusuli pelan binaan dan pelan tapak. Ringkasnya ia tidak boleh dipasang tanpa kebenaran.

Menurut wakil ahli majlis itu lagi, ada kes dimana MPSP dan MBPP juga pernah merobohkan billboard Timbalan Ketua Menteri 1 kerana tidak mendapat kelulusan. - 15 Februari 2018.

Rabu, 14 Februari 2018

Isu Kebakaran Bangunan KWSP, Penyokong PH Tampil Dengan Pelbagai Teori & Konspirasi.

SEMALAM, bangunan KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya terbakar. Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan berhubung kejadian itu pada kira-kira 11.52 pagi semalam dan tiba di lokasi pada kira-kira 11.58 pagi. 

Dalam kejadian kebakaran tengahari semalam, dilaporkan 40 peratus daripada bangunan enam tingkat cawangan itu dijilat api.

Menurut laporan BERNAMA, kebakaran di pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dipercayai berpunca daripada percikan api semasa kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di tingkat satu bahagian luar bangunan berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Soiman Jahid dilaporkan berkata bangunan berkenaan didapati menggunakan bahan pelapis iaitu ‘polyfoam’ yang mudah terbakar.

"Daripada kajian dan siasatan awal, dinding bangunan ini dipasang menggunakan bahan mudah terbakar dan tidak diluluskan oleh mana-mana pihak.

"Kebakaran bermula dari tingkat satu yang sedang dijalankan kerja penyelenggaraan. Ditambah pula keadaan angin serta cuaca panas yang turut menjadi pendorong kepada kejadian tersebut,"
katanya kepada pemberita di lokasi kejadian semalam, seperti dipetik BERNAMA.

Pihak bomba juga mengesahkan bangunan yang menggunakan bahan mudah terbakar sebenarnya telah melanggar Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Katanya, mana-mana bangunan yang menggunakan bahan mudah terbakar dan tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan telah melanggar Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

"Secara tidak langsung, bangunan (KWSP) telah melanggar undang-undang ini,"
katanya dalam laporan Bernama itu.

Untuk rekod, bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing itu dianggarkan telah berusia 58 tahun. Bangunan itu dikatakan pernah beroperasi sebagai Ibu Pejabat KWSP selama 35 tahun sejak 1960 sehingga 1995.

Bangunan itu terletak berhampiran dengan Lebuhraya Persekutuan dan menjadi panduan penduduk Lembah Klang untuk menentukan sempadan di antara Selangor dan Kuala Lumpur.



Ketika pelbagai agensi berita melaporkan kejadian kebakaran itu, lain pula halnya dengan respon netizens terutamanya pro Pakatan Harapan.



Ada di antara mereka yang merasa bimbang dengan keselamatan wang simpanan mereka dan ada yang melakukan pemeriksaan segera dengan menyemak baki KWSP secara online.


Nak hapuskan fail apa tu?
 



Dulu pun pernah ada kes bangunan terbakar juga


PRU nak dekat saja nak hapuskan bukti la tu..

 
Perlu dibakar untuk perlahankan bayaran dividen ayoyoyoyo.


Bijak, bakar sebelum PRU..



Walaupun ada diantaranya komen tersebut terlihat lucu tetapi bilangan yang mempercayainya tak kurang ramainya. Perbincangan mengenai kejadian itu juga mendapat sambutan di aplikasi WhatsApp. 

Dengan pelbagai teori, karangan konspirasi, spekulasi per spekulasi, rakyat Malaysia khususnya penyokong Pakatan Harapan sememangnya mempunyai daya imiginasi yang sangat hebat dan kreatif. Boleh tulis skrip drama neh. Pastinya filem dan drama itu akan meletup dan menjadi box office. Cubalah! - 14 Februari 2018.

Tercabar, Geram Kerana Tak Dengar Cakap, Punca #Undirosak Dilawan Partisan.

Oleh : Fathi Aris Omar
Kalau geng muda #UndiRosak tidak penting, kenapa ada ramai mencemuh mereka, menentang mereka dan merayu mereka?
Kenapa sebegitu banyak tenaga dan fokus dihabiskan untuk menjawab kempen individu seperti Maryam Lee, Hafidz Baharom, Benz Ali, Edy Noor Reduan, Muhammad Harris Nasril dan segelintir lagi pengguna Facebook?
Kenapa mahu #undirosak?

Ada dua tanggapan, setakat yang terlintas, mengapa individu kecil, berselerak dan riuh ini diberikan perhatian:
Pertama, mereka ini individu atau golongan yang tidak dengar cakap. Mereka bukan melawan sangat tetapi degil dan selalu juga sinis pada politik. Jadi, mereka ini menghakis nilai asas kepemimpinan ahli politik: upaya mempengaruhi orang lain.
Pemimpin rasa "tercabar" ada pihak tidak mahu mengikut naratif atau logika arahan mereka; ada pihak enggan melayan aturan main mereka. Rasa tercabar ini menimbulkan pelbagai emosi.
Jadi tidaklah pelik, "rasa tercabar" itu merebak dari sang pemimpin, ahli strategi, penyebar propaganda sampailah macai-macai parti politik di Facebook. Ia bermula dari atas.
Kedua, mungkin sudah muncul senyap-senyap tanggapan bahawa sentimen #undirosak, atau meluat pada politik, saat ini memang meluas. Namun tidak ramai yang ingin menonjolkan diri.
Ada yang mula buat baju untuk protes secara terbuka..

Jadi suara #undirosak ini hanyalah, mungkin pada tanggapan orang politik, puncak ketulan besar ais yang berbahaya kepada Titanic politik.
Di atas ketulan ais ini, geng undi rosak mengiklan kempen mereka untuk disahut ramai lagi yang pilih untuk membisu.
Seperti hujah aku dulu, kempen kecil-kecilan #undirosak ibarat menggosok "cas elektrostatik", mencergaskan mereka yang pasif. Yang pasif ini mungkin enggan mengundi tetapi kempen aktif mahu merosakkan undi.
Setakat malam ini, dua tanggapan ini yang mampu difikir, selain tanggapan di kalangan pembangkang bahawa budak-budak muda geng #undirosak ini sudah "belot" daripada "perjuangan" mereka. Oleh itu mereka dikecam, didisiplinkan atau dipujuk ke jalan yang benar.
Namun tanggapan mereka ini "belot" lebih kurang dengan point pertama. Jadi dua tanggapan, setakat ini. Kalau ada analisis ngawur yang lain, aku tulis.

Ada Apa Dengan Stadium Shah Alam & Renggekan Penyokong The Red Giant? (KEMASKINI)

"Iraq itu tiada padang bola pun boleh main atas padang pasir," kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.


Pergaduhan antara Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan kerajaan Selangor pimpinan Azmin Ali telah menarik perhatian beberapa pihak untuk memahami punca sebenar kepada pertelagahan tersebut.

Berdasarkan beberapa kenyataan media yang dikeluarkan oleh wakil kerajaan Selangor dan wakil FAS, nampaknya kedua-dua pihak bercanggahan antara satu sama lain. Masing-masing mengatakan pihak sebaliknya adalah punca kepada tercetusnya konflik antara FAS dengan kerajaan negeri.

Tetapi siapakah sebenarnya yang bersalah dalam hal ini?

Mari kita lakukan analisis mendalam mengenai perselisihan yang terjadi ini;

Apa kata Amirudin Shaari, EXCO Selangor?


Menurut YB Amirudin Shari, beliau mendakwa krisis bermula apabila FAS tidak menunjukkan taat setia dan hormat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana bertindak memboikot dan enggan melepaskan beberapa pemain negeri menyertai Pilihan Selangor pada Piala Sultan Selangor 2017.

Piala Sultan Selangor merupakan kejohanan tahunan yang disifatkan mempunyai nostalgia istimewa kepada DYMM Sultan Selangor.

Tindakan FAS ini dianggap biadap dan angkuh dan tidak mempunyai sifat bertimbang rasa terhadap kejohanan yang diadakan sekali setahun itu.



Y.B Amirudin turut mendedahkan terdapat usaha daripada Pejabat DYTM Raja Muda Selangor untuk melakukan rundingan dengan FAS bagi menyelesaikan kemelut tersebut, namun akhirnya FAS seolah-olah tidak mengendahkan perjanjian yang dipersetujui.

Menurut Y.B Amirudin lagi, kemelut dalaman FAS bermula apabila segelintir daripada kepimpinan di dalam FAS menentang perubahan yang cuba dibawa oleh Presiden FAS ketika itu, iaitu Y.A.B Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, juga merupakan Menteri Besar Selangor.

Dalam satu mesyuarat, sebahagian daripada ahli kepimpinan FAS yang diketuai oleh Datuk Seri Subahan Kamal dikatakan mendesak Dato’ Seri Mohamed Azmin untuk menarik balik arahan pemberhentian Setiausaha Agung FAS, Rosman Ibrahim dan juga Bendahari FAS, Datuk S Sivasundram yang masing-masing menyandang jawatan tersebut pada ketika itu.

Walaupun dijelaskan perkara tersebut akan diperbincangkan pada agenda seterusnya menurut urutan minit mesyuarat, kumpulan yang membantah ini bertindak keluar daripada mesyuarat yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden FAS.

Tindakan tersebut dianggap sebagai biadap dan tidak sepatutnya berlaku, mengambil kira kapasiti Y.A.B Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah memberikan sepenuh sokongan terhadap FAS sehingga mampu merangkul kejuaraan Piala Malaysia pada 2015.



Disebabkan tindakan yang dianggap mencabar kedudukan Kerajaan Negeri dan angkuh kerana mengendahkan peraturan mesyuarat rasmi, Dato’ Pegawai Kewangan Negeri yang turut menghadiri mesyuarat tersebut mencadangkan agar segala kemudahan yang dinikmati oleh FAS ditarik balik serta merta. Y.B Amirudin turut menyatakan kehairanan beliau kerana FAS tetap masih merasa mereka berhak untuk mendapatkan dana dan menggunakan aset milik Kerajaan Negeri. (Januari 24)

Apa pula penjelasan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dalam isu ini?
 

Krisis bermula sejak 2016 apabila Menteri Besar Selangor, Azmin Ali memecat serta merta ketua jurulatih Selangor ketika itu, Zainal Abidin Hassan, digantikan oleh K Gunalan, selepas prestasi hambar pasukan dalam saingan Liga Malaysia pada musim itu.

Keputusan itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dengan FAS, kata Naib Presiden FAS, Abdul Rauf Ahmad. Setiasusaha Agung FAS, Rosman Mohd Ibrahim dan Bendahari FAS, S Sivasundram kemudian menawarkan diri untuk letak jawatan dan bercuti berkuat kuasa 8 Ogos 2016.

Dalam mesyuarat exco FAS pada 29 Ogos 2016, 15 daripada 19 anggota exco yang hadir mendesak Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang juga Presiden FAS menjelaskan tindakan Rosman dan Sivasundram mahu letak jawatan.


Baca ini juga : Iraq Takde Stadium Boleh Jer - MB Selangor.


Mesyuarat itu tergendala apabila sebahagian besar exco yang diketuai Subahan Kamal bertindak keluar daripada mesyuarat, yang disifatkan oleh Amirudin sebagai "tindakan biadab".

Menurut Rauf, kerajaan negeri kemudian membuat keputusan menghentikan bantuan kewangan kepada FAS, serta tidak membenarkan pasukan Merah Kuning menggunakan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi serta tidak menyediakan tempat latihan.


Apa kata PERSATUAN PENYOKONG The Red Giant?





Menurut wakil BADAN BERTINDAK PENYOKONG SELANGOR, mereka menuntut agar;


1. Kerajaan negeri jelaskan kenapa menafikan hak FAS menggunakan stadium Shah Alam?

2. PKNS FC dan FELCRA diberikan pula peluang untuk menggunakan stadium yang sama.


3. FAS dengan kerajaan negeri perlu bersua muka dan berbincang bagi menyelesaikan konflik demi kelangsungan industri bola sepak di Malaysia.

4. Perbincangan yang akan diadakan perlu ada wakil dari KELAB PENYOKONG THE RED GIANT supaya tiada rahsia atau apa-apa perkara tersembunyi.


5. Jika kedua-dua pihak enggan mengadakan pertemuan dan perbincangan BADAN BERTINDAK PENYOKONG SELANGOR sedia menjadi orang tengah bagi merealisasikan hasrat tersebut.



Dalam satu kemaskini terbaru di laman rasmi Facebook mereka, BADAN BERTINDAK PENYOKONG SELANGOR turut melaporkan;

"Setelah satu pertemuan yang diadakan di antara pihak Badan Bertindak Penyokong Selangor (BBPS) dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor pada 1 Februari serta tindakan susulan perjumpaan dengan pihak FAS pada 2 Februari yang lepas, satu tindakan lanjut telah dirangka untuk menyelesaikan kemelut isu penggunaan Stadium Shah Alam.

Kami di BBPS telah berbincang secara lisan dengan kedua-dua pihak dan respon baik telah kami terima. Kedua-dua pihak Kerajaan Negeri dan FAS telah bersetuju untuk bertemu untuk menyelesaikan isu ini demi kepentingan penyokong The Red Giants dan rakyat Selangor secara umumnya.

Untuk tidak melengahkan lagi perbincangan ini, kami di BBPS telah menghantar satu surat rasmi kepada kedua-dua pihak Kerajaan Negeri dan FAS untuk menetapkan satu tarikh perjumpaan yang akan dihadiri oleh kedua-dua pihak dan pihak BBPS sebagai orang tengah.

Pihak kami dimaklumkan oleh FAS bahawa tiada apa-apa halangan bagi mereka untuk merealisasikan pertemuan ini. Kami masih menunggu respon balas dari pihak Kerajaan Negeri yang diwakili oleh YB Amirudin Shari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan Dan Pembangunan Usahawan.

Sehubungan itu, menerusi surat rasmi yang telah diserahkan kepada pihak YB Amirudin, kami di BBPS berharap agar satu respon segera diberikan kepada pihak kami berhubung pertemuan yang bakal dilangsungkan itu. Kami juga berharap tiada lagi isu melengah-lengahkan perjumpaan ini.

Kami juga berharap agar semua penyokong The Red Giants mendukung perjuangan BBPS serta mendoakan isu ini agar segera selesai untuk kebaikan semua pihak.

Dari penyokong, untuk penyokong,"
jelas mereka pada 12 Februari.


Menurut laporan The Malaysian Insight pada 13 Februari lepas, wakil BADAN BERTINDAK PENYOKONG SELANGOR turut merasa kesal kerana digelar KALDAI POLITIK dan isu penggunakan stadium Shah Alam dipolitikkan oleh Barisan Nasional.


"Jurucakap Badan Bertindak Penyokong Selangor, Mohd Firdaus Abdul Mutalib, mereka kecewa kerana digelar "keldai politik", walhal merekalah yang lantang memperjuangkan isu penggunakan stadium berkenaan.

"Apa yang kami nampak parti politik hendak ambil kesempatan, kalau kata hendak tolong sepatutnya dari dulu (bantu).

"Kami suka jika ada yang hendak tolong dan dapat gunakan stadium, tapi bila jadi begini kami sampai dilabel keldai politik," katanya.



Beliau mengulas janji daripada Perdana Menteri Najib Razak dan Pengerusi BN Selangor Noh Omar semalam untuk mengembalikan hak The Red Giants menggunakan stadium terbabit.

Bagi barisan penyokong tersebut, janji tersebut tidak lebih sekadar usaha menangguk di air keruh.

"Kita elakkan daripada unsur politik, tetapi bila perdana menteri, orang politik seperti Noh Omar mula mengeluarkan kenyataan 'jika BN menang Selangor dapat guna Stadium Shah Alam', ia sudah dipolitikkan," katanya.

Menurut Firdaus, badan berkenaan juga mengumpul 15,000 tandangan daripada penyokong mereka di seluruh Selangor bagi menyatakan sokongan untuk pasukan Gergasi Merah menggunakan stadium terbabit,"
lapor portal The Malaysian Insight pada isnin. 


FAS kata nak sewa tapi itupun tak boleh


Dalam perkembangan berkaitan, FAS turut menjelaskan mereka bersedia untuk menyewa stadium Shah Alam untuk saingan Liga Super musim ini.

Kadar sewaan yang dikenakan oleh MBSA ialah sebanyak RM8,000 ataupun 15% kutipan hasil tiket atau mana-mana yang lebih tinggi.

Permohonan untuk menyewa telah dibuat bagaimanapun ia telah ditolak oleh MBSA. Sebab-sebab penolakan tidak dijelaskan oleh FAS bagaimanapun terdapat dakwaan ia adalah kerana campurtangan politik yang bersifat dendam.

Amirudin dilaukkan penyokong bola

Ketika mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengulas isu penggunaan stadium, rata-rata netizens memilih untuk membantai YB Amiruddin Shaari.




Kenapa libatkan FAM?

Ketika menjelaskan kemelut antara kerajaan negeri dengan FAS, YB Amirudin Shari turut meminta agar pihak-pihak yang mempersoalkan isu penggunaan stadium Shah Alam, jangan melupakan kenyataan FAM yang tidak membenarkan The Red Giant menggunakan Stadium Bukit Jalil sedangkan sebelum ini telah diumumkan pasukan itu akan berlatih dan beraksi di atas Padang Bukit Jalil.

FAM dalam satu kenyataan menjelaskan perbincangan telah dibuat dan usaha untuk menyesuaikan jadual juga telah dilakukan bagaimanapun ianya gagal berikutan Stadium Bukit Jalil terikat dengan banyak acara yang penting dan ianya tidak lagi boleh dipinda untuk kegunaan pasukan The Red Giant.

FAS sudah move YB..

FAS telah bergerak dengan sendiri tanpa bantuan dari Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2017. Adakah ini merupakan kelemahan pentadbiran FAS atau beliau iri hati kerana FAS berjaya mengharungi musim 2017 walaupun dalam keadaan yang sukar. Kalau benar pentadbiran FAS lemah maka bagaimana FAS berjaya memperolehi perlesenan kelab AFC dengan jayanya sedangkan beberapa Persatuan lain gagal?

Apakah dakyah yang disampaikan oleh FAS? Adakah kempen yang dijalankan oleh kumpulan kelab-kelab penyokong ketika ini untuk mendapatkan semula Stadium Shah Alam adalah atas arahan FAS? Tidak sama sekali. Usaha tersebut adalah usaha dari penyokong RedGiant sendiri tanpa melibatkan FAS.

FAS menegaskan sekali lagi bahawa FAS tidak pernah menggunakan penyokong RedGiant untuk melancarkan ancaman terhadap Kerajaan Negeri Selangor. Penyokong Selangor RedGiant telah matang dan bijak menilai situasi FAS dan bolasepak Selangor. Satu lagi tuduhan dan propaganda Amirudin. (FAS Jawab YB Amiruddin)

Gaji mana gaji? - FAS

Memang benar, Kerajaan Negeri Selangor memberikan bajet kepada FAS dan RM23 juta adalah bajet pada tahun 2016. Bajet dan perbelanjaan pasukan Selangor ditentukan oleh siapa jika bukan Exco Sukan Negeri Selangor merangkap Pengurus Pasukan yang dilantik oleh YAB Menteri Besar sebagai wakil beliau didalam FAS. Tidak mungkin Setiausaha Agung dan Bendahari. 

Malah Pengurus Pasukan dan Penolong Pengurus pasukan menerima bonus kemenangan bersama-sama dengan pegawai dan pemain. Dari RM23 juta tersebut, hanya RM13.8 juta disalurkan kepada FAS. Sehingga sekarang, Amirudin dan YAB Menteri Besar Selangor masih berhutang bayaran bonus kepada pemain yang mereka janjikan jika pasukan layak ke Final Piala Malaysia 2016. Juga berhutang gaji November, 2016 kepada FAS.

Apa kata anda? 

Setelah anda memahami, membaca dan mengkaji kesemua kenyataan-kenyataan media di atas, siapakah yang patut dipersalahkan? Anda tentukan sendiri. - 14 Februari 2018.

Rujukan :

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/37779/

https://www.facebook.com/amirudinbinshari/posts/1579802212111712?hc_location=ufi

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/37630/

http://www.sukansinar.com/kerajaan-selangor-letak-syarat-kepada-fas/

https://faselangor.my/berita/jawapan-kepada-kenyataan-exco-sukan-kerajaan-negeri-selangor

https://semuanyabola.com/subahan-kamal-bekas-pemain-selangor/

https://www.facebook.com/Badan-Bertindak-Penyokong-Selangor-794407590769570/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...