Isnin, 12 Februari 2018

Isu Hibah 2017 : Tabung Haji Uturn Atau Difitnah?

PADA sabtu Ketua Penerangan UMNO Pusat, Datuk Seri Ahmad Maslan mempersoalkan siapakah pihak yang bertindak menyebarkan info palsu mengenai pembayaran HIBAH TAHUNAN oleh Tabung Haji.


Berdasarkan dua laporan berita yang tersiar di Utusan dan Berita Harian yang mana Tabung Haji menjelaskan kaedah pembayaran HIBAH TAHUNAN bagi simpanan 2017 adalah sama seperti sebelumnya.



Sebelum ini dalam satu kenyataan media yang diedarkan oleh Tabung Haji, ia menyebut penggiraan HIBAH TAHUNAN adalah berdasarkan kepada BAKI TAHUNAN YANG TERENDAH BAGI AKAUN PENDEPOSIT.



Perkara itu kemudiannya menjadi polemik apabila turut dibincangkan oleh geng-geng pelaburan termasuklah beberapa pakar kewangan yang memahaminya sebagai TABUNG HAJI TELAH MENUKAR KAEDAH PENGGIRAAN HIBAH PADA TAHUN 2018 apabila menukarkan daripada kiraan BAKI TERENDAH BULANAN kepada BAKI TERENDAH TAHUNAN.

Perkara yang sama turut dibincangkan oleh blogger pro PPBM yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, A.Kadir Jasin.

Menurut satu ulasan di blognya pada 8 Februari 2018, beliau menulis;

"Tetapi hari ini seorang kawan yang berupa ahli ekonomi dan penyelidik terkenal menggesa saya membuat analisis dan meminta pengesahan TH mengenai kaedah pengiraan hibah tahun 2017. 

Jadi saya minta sangat-sangatlah agar TH memberi maklum balas pasal saya bimbang analisis saya salah atau kurang tepat. Sebagai blogger bebas, saya tidak ada akses kepada sumber asal berita. Saya mengasaskan analisis saya kepada maklumat tempat awam (public domain information) saja.


Menurut ahli ekonomi itu, kaedah pengiraan hibah bagi tahun kewangan 2017 mungkin akan memberi pulangan sebenar yang lebih rendah kepada penyimpan.

Maksudnya, walaupun dari segi peratusan kadar hibah naik setengah peratus, tetapi pulangan mutlak kepada penyimpan lebih rendah daripada tahun 2016.

Kaedah Kiraan Berubah?

Ini adalah kerana pengiraan hibah dibuat berasaskan kepada baki minimum tahunan darab kadar hibah tahunan 4.50 peratus.Ini adalah kadar yang diberikan kepada pendeposit yang sudah menunaikan haji.

 


Saya berikan andaian seorang pendeposit yang saya beri nama Awang bin Lebai Man mempunyai baki RM100 pada 1 Januari 2017. Kemudian setiap bulan dia tambah RM100.

Katakan dia tidak membuat sebarang pengeluaran sepanjang tempoh itu maka baki simpanannya pada 31 Disember 2017 adalah RM1,300.

Berdasarkan pengumuman oleh Jamil Khir, perolehan hibah dia hanyalah RM4.50 iaitu berasaskan pulangan 4.50 peratus ke atas baki minimum tahunan RM100 (RM100 x 4.50 peratus) walaupun simpanannya yang sebenar adalah RM1,300.

Kiraan ini berasaskan andaian Awang sudah pun mengerjakan haji jadi hanya berhak mendapat hibah 4.50 peratus.

Hatta kalau Awang memasukkan RM2 juta pada 2-1-2017 sekali pun, pendapatan hibah dia tetap RM4.50 sebab baki minimum simpanan dia adalah RM100.

Ini berbeza dengan hibah tahun kewangan 2016 yang diasaskan kepada baki purata minimum bulanan,"
katanya dalam penulisan itu.


Jelaslah, blogger itu juga mengatakan beliau mendapat maklumat daripada kawan yang pakar kewangan, pelaburan dan ekonomi. Yang mana kita beranggapan mereka adalah individu yang mula-mula menyedari perubahan kaedah pembayaran HIBAH oleh Tabung Haji.


Di laman sosial juga, kumpulan yang aktif terlibat dalam bidang pelaburan dan kewangan adalah antara kelompok pertama yang mendedahkan penukaran kaedah pembayar HIBAH TAHUNAN TABUNG HAJI ini sebenarnya.


Laporan kami pada 8 Februari lepas



Samada Tabung Haji uturn atau mereka tersalah mengeluarkan kenyataan media, mereka lebih arif tentang situasi sebenar.

Perkara ini juga tidak harus disalahkan kepada orang awam yang berpendapat TABUNG HAJI telah menukarkan cara penggiraan HIBAH mereka ini kerana pemahaman orang awam adalah berdasarkan kepada beberapa kenyataan media dan poster yang dikeluarkan oleh pihak TABUNG HAJI itu sendiri.

Perkara seperti inilah dibimbangi oleh orang awam apabila berita benar dibayangkan sebagai FAKE NEWS sekaligus cubaan menyalahkan ORANG AWAM bagi menutup kecuaian dan kesilapan pihak tertentu.

Sekali lagi diingatkan, kaedah pembayaran HIBAH yang difahami oleh orang awam berdasarkan analisis yang dibuat oleh kumpulan yang berada dalam bidang pelaburan, kewangan dan ekonomi. 

Apakah orang-orang seperti ini TIDAK FAHAM PERBEZAAN diantara BAKI TERENDAH TAHUNAN dengan BAKI TERENDAH BULANAN? Anda fikirkan sendiri, Ahmad Maslan! - 12 Februari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...