Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 12 Februari 2018

Memalukan, Program BERSIH Tiada Sambutan, Itulah Akibatnya Bila Terlalu Berpolitik Kepartian!

BERSIH adalah NGO. BERSIH menjenamakan diri mereka sebagai NGO dan bukannya parti politik. Begitulah yang kita faham.

Sejak kebelakangan ini BERSIH terlalu banyak unsur-unsur politiking sehingga lari dari objektif penubuhannya yang sebenar.

Bagaimana kita boleh faham BERSIH yang sepatutnya focus untuk membersihkan SPR dan seharusnya berurusan hanya membabitkan isu-isu pilihanraya terpesong dengan menganjurkan demo desak NAJIB MELETAK JAWATAN?

Demo MENDESAK NAJIB RAZAK MELETAK JAWATAN itu tidak salah. Yang menjadi salah tu bila ia dianjurkan seperti entiti BERSIH yang sepatutnya meletakkan FOCUS UTAMA untuk MEMBERSIHKAN SISTEM PILIHANRAYA DI MALAYSIA.

Mereka fikir. Ahh takpelah. Kami pro pembangkang. Jika kami bias, berpihak, tunjukkan sangat yang kami neh tak adil dan sebagainya itu tiada masalah kerana apa? Kerana kami pro pembangkang. Menyokong pembangkang bermaksud pro perubahan. Ini satu stigma dan doktrinisasi karut marut yang cuba diserapkan ke atas minda rakyat yang bebas lagi merdeka.

Menyokong parti pembangkang hanya membawa maksud menyokong PERUBAHAN PENTADBIRAN DARIPADA BARISAN NASIONAL KEPADA PAKATAN HARAPAN. Ini sahaja.

Bagaimana PAKATAN HARAPAN memerintah dan mentadbir negara/negeri selepas memerintah itu cerita lain.

Tiada teguran khusus dibuat ke atas BERSIH selama ini kerana mereka fikir mereka betul semuanya.

Tiada sambutan, view 13k untuk entiti sebesar BERSIH

 


Sebenarnya BERSIH semakin GILA apabila demo/kenyataan mereka semakin KARUT.

Kita lihat sahaja kenyataan mereka tentang isu #undirosak. Seharusnya sebagai NGO yang hanya patut memikirkan tentang MEMBERSIHKAN SISTEM PILIHANRAYA, mereka tidak patut masuk campur dalam URUSAN PILIHAN PENGUNDI.

Jika A nak undi BN. A boleh undi BN.
Jika A nak undi PAS. A boleh undi PAS.
Jika A nak undi PH. A boleh undi PH.
Jika A tidak mahu mengundi. A boleh tidak mahu mengundi.
Jika A mahu mengundi rosak. A boleh undi rosak.

Selagi mana A tidak mengacau hak orang lain atas kertas undinya, selagi mana A tidak memaksa sesiapa tentang kertas undinya, selagi mana A tidak melakukan perbuatan jenayah tentang hak mengundinya, BERSIH seharusnya berlapang dada dan menerima sahaja kepelbagaian itu dengan MATANG dan DEMOKRASI.

Apa yang BERSIH boleh buat ialah, terus menerus mencari kepincangan SPR dan membetulkan perjalanan pilihanraya di Malaysia.

BERSIH juga perlu menasihati ahli politik samada pro kerajaan ataupun pembangkang untuk tidak sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang ramai berhubung isu perjalanan pilihanraya.

Misalnya, pembangkang sering berkata, setiap kali pilihanraya berlangsung, sudah pasti itulah pilihanraya paling kotor dalam sejarah negara. Sudah 14 kali pilihanraya pun, kalau ikut pemikiran pembangkang, pilihanraya terbaru adalah adalah pilihanraya paling terkotor dalam sejarah negara.

Jadi BERSIH sebagai ENTITI yang berkait rapat dengan PROSES PERJALANAN PILIHANRAYA di Malaysia, seharusnya mengambil maklum akan kenyataan-kenyataan seperti ini dan lakukan semakan. Betul ke PRU kali ini paling kotor dalam SEJARAH NEGARA (ada berapa banyak kali da pilihanraya paling kotor dalam sejarah negara, pening betul)? Jika betul, apakah yang menyebabkan ia paling terkotor berbanding PRU-PRU yang lepas? Adakah kita boleh melakukan sesuatu atau membetulkan keadaan ini memandangkan PRU pun belum berlangsung lagi?

Kita kalau nak cakap apa pun, kena ada bukti, dalil dan hujah yang menyokong kenyataan-kenyataan kita. Kalau dengan bercakap ialah bukti, maka semua orang bebas bercakap apa sahaja dan itulah buktinya, bukan?

Dengan tidak menafikan kepincangan SPR dan proses perjalanan pilihanraya di Malaysia yang sememangnya kuno, ketinggalan zaman, korup dan penuh dengan ketidaktelusan disini sana, BERSIH seharusnya menumpukan usaha mereka untuk membetulkan masalah yang satu ini.

Dalam PELANCARAN KEMPEN SATUKAN TENAGA KALAHKAN PENIPUAN, Maria Chin berkata;

"BERSIH telah membawa politik baru. Kita telah mengubah naratif. Satu-satunya cara untuk merealisasikan perubahan secara serdahana adalah melalui peti undi".

Apakah maksud ini? Adakah membayangkan perubahan itu boleh berlaku dengan padang SPR yang berat sebelah ataupun perubahan memang boleh berlaku dalam keadaan sekarang? Maria Chin perlu nyatakan secara TERUS TERANG apakah PERUBAHAN (dengan mengalahkan BN) itu boleh berlaku? Jika perubahan itu boleh berlaku bagaimana patut PEMBANGKANG MENGATAKAN BAHAWANYA PRU KE 14 ialah PRU paling KOTOR dalam sejarah negara? Salah satu antara dua kenyataan ini ada yang berbohong. Siapa yang berbohong? BERSIH ataupun LIM KIT SIANG + Nurul Izzah?

Ambiga pernah berkata jika mahu mengubah SPR ataupun membuat NOTA (none of the above = tidak memilih mana-mana calon) kita perlu terlebih dahulu sokong perubahan. Tidak menyebut secara langsung tetapi BERSIH menjadi alat kempen pembangkang dengan menyeru orang undi pembangkang. Adakah ini salah? Ya salah.

Kenapa salah? BERSIH ialah NGO. Bukannya NGO yang bertugas mempromosikan PEMBANGKANG. PEMBANGKANG seperti PAS, PH, PSM, termasuklah pro kerajaan yakni BN ialah parti politik. BERSIH perlu menjauhkan diri daripada PARTISAN supaya gerak kerja BERSIH lebih TELUS dan tidak berpihak. Ini kerana yang mengkritik sistem pilihanraya ini bukan semuanya pro kepada pembangkang. Dikalangan pro BN juga ada yang mempersoalkan beberapa isu. Tetapi bolehkah mereka menggunakan suara BERSIH untuk menaikkan suara mereka? Sudah tentu dilihat kurang tepat kerana BERSIH sendiri berpihak dan menunjukkan sangat berpartisipasi dengan AGENDA PEMBANGKANG. Bagaimana BERSIH boleh mendapatkan sokongan semua bagi membetulkan SISTEM PILIHANRAYA di Malaysia jika dari awal lagi mereka menunjukkan kecondongan yang KETARA?

BERSIH sebenarnya harus dilihat dan dibaca sebagai PRODUK RAKYAT. Kerana rakyat ini yang akan terlibat langsung keluar mengundi dan melakukan pilihan. Jika pengundi mahukan NOTA, BERSIH harus bersiap sedia mengkaji permintaan tersebut dan bagaimana ia boleh direalisasikan walau siapapun tadbir negara ini.

Bukannya bagi alasan jika mahukan NOTA, undilah perubahan. Adakah selama ini BERSIH melakukan pelbagai jenis tekanan selepas BN kalah PILIHANRAYA? Dakwat kekal selepas BN kalah, barangkali? Kenapa perlu untuk sesetengah isu yang tak memihak kepada mana-mana partisan ELIT, seseorang itu perlu undi PERUBAHAN untuk BERSIH memperjuangkan permintaan mereka?

Kenapa wujudnya diskriminasi seperti ini?

Sebenarnya BERSIH tidak boleh menjalankan peranan mereka seperti ini. Dalam apa jua keadaan, suara kritikan pengundi harus dibaca dengan niat mahu memudahkan pengundi keluar mengundi.

Pengundi meluahkan perasaan. Mereka muak dengan parti itu parti ini. Mereka tidak suka dengan parti itu parti ini. BERSIH harus jadi apa?

"Abang kalau boleh, abang keluarlah mengundi. Bila Parlimen dah bubar nanti, abang nilailah calon berdasarkan prestasi dan kekuatan masing-masing. Abang cubalah pilih yang terbaik dikalangan mereka.

Abang jangan banding kelemahan vs kelemahan. Abang cuba banding kebaikan vs kebaikan. Abang nak #undirosak hak abang la. Kalau abang tak keluar mengundi, kita risau ada orang pangkah bagi pihak abang.

Kalau abang rasa kita macam memaksa abang keluar mengundi atau mengundi mana-mana parti, abang jangan fikir macam tu. Hak abang nak pangkah siapa pun nanti. Kalau abang cadang idea itu idea ini di peringkat kita, kita akan kaji dan usahakan mana yang patut. Ini yang terbaik kita boleh lakukan dalam mendengar suara abang dan pengundi lain," tett. Ini sahaja yang BERSIH perlu lakukan dalam menunjukkan mereka meraikan kepelbagaian dan perbezaan pendapat di negara ini.

Bukannya cakap #undirosak begitu begini, blablala.. jangan punish parti.. jika sekalipun pengundi mahu menghukum PARTISAN - mengapakah itu URUSAN ataupun SESUATU yang BERSIH perlu peduli? BERSIH bukan PARTI POLITIK!

Bila bekas pengerusi SPR, Tan Sri Rahsid sendiri mengalakkan undi rosak BN dan Mahathir terbukti pernah melakukan hal ini dalam PRU ke 12, tidak pula BERSIH mahu mengatakan apa-apa? Apakah hanya pengundi pro BN sahaja yang diraikan hak demokrasi memilih manakala mereka yang anti BN tiada hak demokrasi yang sama? BERSIH, celaru. Celaru seperti namanya.

Dalam satu FORUM ANAK MUDA BERSAMA MAHATHIR yang diadakan pada minggu lepas. Mahathir ada berkata tentang BERSIH. Mahathir kata sambutan rakyat pada demo tidak ramai (merujuk pada demo BERSIH). Mahathir kata rakyat sendiri perlu berpartisipasi jika mahu mengubah keadaan negara ini. Maknanya Mahathir beranggapan dengan demo (yang dianjurkan BERSIH) antara medium yang boleh digunakan untuk melakukan perubahan.

Apa yang kita faham dengan kenyataan Mahathir ini?

Pertama, Mahathir beranggapan BERSIH ialah alat dan produk pembangkang. Apa-apa benda yang rakyat tak puas hati kat kerajaan kita boleh gunakan suara BERSIH. BERSIH bukan lagi alat untuk membetulkan SPR. 

Kedua, sambutan demo BERSIH berkurangan dan semakin berkurangan apabila BERSIH terlalu banyak bermain politik. 

Siapa yang suka bila kau kerah demo dua hari pagi dan petang lepas tu hasilnya selfie di media sosial?

Bukanlah BERSIH tidak tahu jalan terbaik untuk menjatuhkan Najib ialah dengan kuasa Parlimen dengan USUL UNDI TIDAK PERCAYA.

Ataupun jangan lagi PANGKAH NAJIB pada PRU akan datang.

Apakah BERSIH tiada penasihat undang-undang ataupun tidak faham tentang proses perlembagaan negara? BERSIH ada AMBIGA bukan, antara peguam terkemuka di Malaysia?

Dengan mempropaganda minda rakyat untuk melakukan sesuatu yang sebenarnya tidak boleh mendatangkan hasil disebabkan beberapa faktor semasa (ketika itu), BERSIH sebenarnya satu lagi alat yang sedang memperbodohkan rakyat Malaysia. 

Pengaruh demo bukan lagi seperti dahulu. Jika sekalipun BERSIH perlu berdemo, sasaran mereka seharusnya SPR dan perlu kekal menyerang SPR. Betapa teruknya SPR dalam menentukan sistem pilihanraya di Malaysia ini. Pengundi bukan semestinya mahu melihat Pakatan Harapan menang. Ada juga pengundi yang mahu melihat PAS menang. Ada juga pengundi yang mahu melihat SOSIALISME menang di Malaysia ini seperti penulis. Kerana kepincangan SPR sememangnya terbukti. Itulah matlamat penubuhan BERSIH. Jika BERSIH berubah hala tujuan, jangan pelik kenapa ramai yang mengangkat kaki. 

Bahkan sekarang kita tidak lagi mendengar tuntutan BERSIH dimainkan di media sosial dan page rasmi mereka sendiri. Penulis sendiri secara jujurnya nampak kepincangan SPR. Tetapi dalam masa yang sama yang melawan SPR juga tidaklah bagus mana. Penulis mahu undirosak SPR. Penulis juga mahu undirosak BERSIH. Jika itu yang penulis boleh lakukan. Penulis pasti sudah melakukan ia.

Kita tidak mahu diperbodohkan BN dan mana-mana partisan. Kita tidak mahu diperbodohkan oleh mana-mana pihak dan NGO. Jika BERSIH mahukan kekuatan seperti dahulu, kembalilah ke tugas asal. Atau bersedia dengan kehilangan sokongan. 

Rujukan : 

https://www.youtube.com/watch?v=ARaSRL9qo10

https://www.kinitv.com/video/57066O8 

https://www.malaysiakini.com/news/411917

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...