Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 11 Februari 2018

Tak Setuju ASWARA Dipindahkan Ke Taman Tamadun Ilmu Kata Bekas Pelajar.

TIDAK setuju kampus utama dipindahkan ke Taman Tamadun Ilmu, itulah luahan salah seorang bekas pelajar ASWARA di laman sosial yang kini statusnya menjadi tular.
Menurut individu yang dikenali dengan nama Umie Adam, kampus ASWARA lebih sesuai berada di ibu kota, khususnya berdekatan Kuala Lumpur kerana kebiasaannya peluang kerja datangnya dari situ.
Berikut adalah luahan Umie Adam seperti yang terpapar di akaun Facebooknya;
Oleh : Umie Adam
Berkenaan khabar Aswara akan berpindah dari Kuala Lumpur ke Tembila, Terengganu mengundang perhatian pihak ramai termasuk aku.
Bukan kampus induk ya tapi kampus utama. Hurmmm...
Kenapa mesti pindah sedangkan di Kuala Lumpur itulah tempat yang sesuai. Di kota raya yang gah, Aswara bertanggungjawab mengangkat kesenian tradisional yang hampir kian dilupakan oleh masyarakat kini terutamanya generasi muda.
Tempat yang dicanang-canangkan untuk lokasi baru Aswara itu di tempat aku. Laluan ke tempat kerja Ayah aku suatu ketika dahulu. Tempat yang selalu aku menyaksikan penat lelah Ayah bekerja di ladang tembakau.
Aku bukanlah nak menjatuhkan imej tempat sendiri tapi ia sangat jauh berbeza. Maaf, ini pandangan jujur aku untuk penilaian dari pelbagai aspek.
Aku tak setuju sebab :
- Kemajuan sesebuah tempat. Nak bandingkan kemajuan di antara Kuala Lumpur dengan Besut jauh beza. Tak sama. Di Kuala Lumpur, serba serbi ada tapi di Besut tak semuanya ada. Aku pasti ada ruang terbatas di situ dan pastinya tak semua orang akan dapat menerima dengan hati yang rela.
- Tempat agak tersorok di penempatan kampung. Kalau berdekatan dengan bandar tak apa, ini tidak. Boleh tahan jugalah. Kalau kau nak pergi bandar atau ke tempat lain, kau kena pandai cari teksi ataupun guna khidmat kereta prebet (Kereta sapu). Aku tak pasti di kawasan tu ada khidmat Uber atau Grab. So, kalau student atau staf yang tak mempunyai kenderaan agak terbatas jugalah nak keluar.
- Dunia pekerjaan. Sepanjang aku belajar di Aswara, aku selalu perhati kegiatan pelajar Aswara. Depa ni bukan setakat berbakat tapi rajin. Tak reti duduk diam sebab aktif. Pantang ada job, sambar terus. Buat show sana sini. Kembangkan bakat sambil cari duit poket. Kalau di Besut, kau nak buat show di mana dan siapa penontonnya? Kau rasa penduduk di situ boleh terima ke show depa semuanya? Biasalah seni ni ada yang positif dan juga negatif. Ini memang hakikat ya. Duduk di Kuala Lumpur dan dapat job di Kuala Lumpur, aku rasa tak la rumit depa nak pergi buat show. Banyak kemudahan ada, senang. Ni duduk Besut tapi job berlambak-lambak dari Kuala Lumpur dan berdekatan dengan sekitarnya termasuk Shah Alam. Alahai, rumit dan sedih. Bye bye la.
- Pemilihan tempat di Tamadun Ilmu. Memanglah ada bangunan serba-serbi tapi elok ke? Sebenarnya, tidakkan? Bangunan ada yang rosak dan perlukan bajet besar nak pulihkan semula. Duit lagi. Banyak bhai. Daripada nak betulkan segala bangunan di Tamadun Ilmu, lebih baik pergi betulkan kekurangan yang ada di Aswara. Kan lagi bagus.
Sebenarnya banyak lagi sebab perlu ada bantahan tapi aku fikir biarlah orang lain yang tolong sambungkan kenapa tak perlu buat pertukaran lokasi tu.
Orang lain (Pihak Luar) berebut-rebut nak memiliki tempat di Aswara. Tempat strategik dan utama. Kita di Aswara? Terhegeh-hegeh nak pindah bagai. Pindah pula di tempat yang tak sesuai. Benda depan mata, nak lepaskan buat apa pula?
Jangan terlalu beria-ria, menyesal di kemudian hari. Apa yang kita buat hari ini akan mengheret kesannya pada masa akan datang. Itu warisan anak cucu kita kelak. Ada juga khazanah bernilai kita beri dan tinggalkan buat mereka. Jangan diusik. Kembalikan yang asal.
Seelok-eloknya kekalkan sahaja Aswara di Kuala Lumpur. Itu kan tempat utama yang menjadi perhatian dan pilihan orang ramai. Ada segala-galanya.
Kasihan 'Pohon Beringin'. Hilang bukan kerana dilupakan tetapi dihancurkan di tangan yang tidak bertanggungjawab.
Inilah akibatnya terlalu dikaburi dengan pelbagai agenda sampai Aswara jadi mangsa. Turut terkena tempias sekali staf dan pelajar Aswara. Sedih dan pedih!
Memodenkan sesuatu tidak bermakna memusnahkan tradisi. Makin lama makin tenat. Enam tahun di Aswara, ubah logolah, ubah itu ini, ubah sistem dan ubah nama pengajian. Tak pernah puas. Apa lagi yang nak dibuatnya?
Masihkah ada ruang 'Melangkah Ke Hadapan Bersama Tradisi' untukmu, Aswara?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...