Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 25 Ogos 2017

13 Sebab Kenapa Hujah "LESSER THAN TWO EVILS" Tak Boleh Digunapakai Kata Non Partisan.

Oleh : Nome Nowzir
13 SEBAB KENAPA HUJAH "LESSER THAN TWO EVILS" TAK BOLEH PAKAI
Seringkali apabila aku diajukan soalan: "Aku tau kau tak suka Pakatan Harapan yang sekarang, dan kau tak suka Mahathir. Tapi kau fikir lah, takkan kau nak biarkan Najib menang dan biar je dia terus berkuasa? Kau kena faham, kena pilih, 'lesser than two evils'.
Gambar - Google
1. Pertama, apabila seorang penyokong pembangkang mengeluarkan hujah begini, ia seolah-olah meletakkan pengundi atas pagar dalam situasi hostage.
"Kalau kau tak undi kami, kau akan ditindas oleh pihak lagi satu."
Pengundi atas pagar tak minat nak dengar hujah macam ni. Ada sebab mengapa mereka dan aku berada di atas pagar. Kalau kitorang tak suka dengan mana-mana, kau tak boleh buat apa.
2. "Tapi cuba kau fikir untuk kepentingan semua orang. Kepentingan negara."
No, ia sebenarnya hanya untuk kepentingan kau. Kau yang perlukan undi kitorang. Kenapa kitorang nak kena dengar kata kau? Kau la patutnya dengar kata kitorang. Siapa sanggup dengar kata kitorang, yang tu la kitorang sokong. Kalau dua-dua tak nak dengar, mampos la, buat apa nak bangun pagi, beratur panjang kat sekolah untuk buang undi.
3. "Orang atas pagar adalah orang tak matang."
Siapa cakap? Nak pilih baju bundle pun orang berhati-hati, takkan nak pilih kerajaan kena cincai? 5 tahun sekali pulak tu. Kalau salah pilih, nak tunggu 5 tahun.
Tahun 2013 lagu What Does The Fox Says popular gila. Ada kau dengar lagu tu kat radio sekarang?
4. "Kalau kau tak turun undi, BN akan menang."
So? Dah 60 tahun Perikatan/BN perintah. Orang kata la, "devil that we know". Kau pembangkang baru 2 penggal pegang kerajaan negeri, dah merakbuih, kerek, sombong. Elitis.
Orang bandar mungkin tak kisah, orang kampung kisah. Kau bijak la macam mana, kau pakai kasut dalam rumah Melayu macam sorang YB DAP dulu tu, mampos kau lah.
5. "Bagi kami peluang. Kalau tak puas hati, boleh tukar lima tahun depan".
Nampak sangat la tak serius. Kau ingat apa, beli barang boleh nak tukar-tukar?
6. "Kami mewakili suara anak muda."
Dengan penuh dinosaur umur 92 tahun, lepas tu yang lagi sorang dah 70 tahun pun nak jadi PM, lagi sorang berapa tahun pegang parti roket, butoh suara anak muda.
7. "Kami nak selamatkan Malaysia."
Bukan, kau cuma nak selamatkan Anwar dalam penjara, Mahathir dengan kes RCI yang bakal dikenakan. Kau cuma nak DAP terus control dari balik tabir.
8. "Kenapa kau paranoid dengan DAP?"
Kenapa tiga parti dominan Melayu tak gabung je? Kenapa DAP dominan Cina ada solid blok undi, tapi parti gabungan lain dipecah-pecah? Realpolitik Malaysia, bro. Kaum isu penting terutamanya orang Melayu.
9. "Tapi kau pentingkan kaum dari menghapuskan kronisme dan nepotisme?"
Kata penyokong parti anak beranak, suami isteri dan bapak kepada tauke arak San Miguel, heh. Plus, ingat kata Superman Hew, "use Malays to screw Malays."
Tak racist kau cakap?
10. "Satu dunia nak dakwa Najib pasal 1MDB."
Biar lah dia didakwa pun. Yang puak kau tu pun bukan clean mana pun. Dari skandal Bank Negara, Bank Bumiputera, ok la, be fair masa tu dia BN, dari rumah agam Adam Rosly, ke kes Taman Manggis, bina terowong harga berganda2, jam tangan setiausaha sulit RM80K jenama Panarai.
11. "Tapi Najib jual negara ni kat China"
Apa bezanya saudagar Arab jumpa Anwar? Pelabur Swiss jumpa Azmin? Dasar pandang ke timur Mahathir?
12. "Tapi ini demi demokrasi. Kita sedang ditindas. Tentera Berikat pun terpaksa berbaik dengan rejim Stalin demi kalahkan Hitler"
Demokrasi ke suruh orang mengundi walaupun tak suka dua2? Demokrasi bukan sahaja hak untuk memilih, tapi hak untuk tidak memilih.
Berikat ke, Soviet ke, Nazi ke, semua jahat. Perang itu jahat.
13. "Sebab orang macam kau ni BN terus perintah."
Eh, kau yang lame nak mampos, nak salahkan kitorang pulak. Patut parti kau la kena more appealing pada kitorang. Kau yang gila kejar kuasa, kitorang pulak yang nak dipersalahkan.
Asyik kitorang je kena dengar kau melabon. Bila kau nak dengar kitorang pulak? Dah 9 tahun asyik ceramah, forum. Bosan, tau tak?

Najib Dan Hadi Berhubung Di Telefon Hampir Setiap Hari - Rafizi.

Kenyataan Media

PRESIDEN PAS PERLU PERJELAS LAPORAN STRAITS TIMES MENGENAI KERJASAMA DENGAN UMNO RAMPAS SELANGOR, PERBEZAAN PENDAPAT DALAM KEADILAN PERLU DISELESAIKAN SECARA MUKTAMAD

Saya merujuk kepada laporan Shanon Teoh (Ketua Biro akhbar Straits Times di Kuala Lumpur) yang disiarkan hari ini bertajuk “Umno, PAS plan assault on Selangor, woo former chief minister
Laporan itu dengan secara jelas menyatakan perkara-perkara berikut:
Gambar - Google
1. Bahawa Dato’ Seri Hadi Awang, Presiden PAS berhubung dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri “hampir setiap hari sejak beberapa bulan” mengenai rancangan kerjasama PAS-Umno untuk merampas negeri Selangor
2. Bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan Menteri Besar Selangor disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar yang ingin diangkat melalui kerjasama ini dan telah dilihat mengunjungi pejabat Dato’ Seri Najib beberapa kali
3. Dato’ Seri Najib kerap bercakap dengan Dato’ Seri Hadi melalui telefon termasuk semasa Dato’ Seri Hadi sedang berehat selepas menjalani rawatan pembedahan dalam bulan Mei lalu
4. Satu dari perancangan ialah supaya PAS bertanding 42 kerusi untuk memastikan undi Melayu kepada Pakatan Harapan berkurangan
Ini adalah satu laporan yang membawa tuduhan berat kepada kredibiliti PAS dan Dato’ Seri Hadi sendiri. Saya faham bagaimana wartawan kanan seperti Shanon begitu teliti dengan etika kewartawanan dan hanya akan menulis laporan sebegini selepas bercakap dengan sumber-sumber sahih yang dekat dengan kedua-dua pimpinan PAS dan Umno itu.
Oleh yang demikian, saya meminta supaya Dato’ Seri Hadi membuat penjelasan segera mengenai laporan ini kerana ia ada kesan besar kepada negara dan juga mempengaruhi perkembangan politik dalaman di peringkat KEADILAN dan PH. Jika laporan ini tidak benar, maka samanlah Straits Times sepantas kilat dan buat sidang media tergempar menafikan perkara-perkara di atas (seperti kekerapan beliau berbincang dengan Dato’ Seri Najib di telefon).
Jika benar, saya mohon beliau tidak berdolak dalih dan mengesahkan sama ada kerjasama dengan Umno untuk merampas Selangor pernah ada dalam pertimbangan politik PAS sebelum ini.
Sebagai satu-satunya Naib Presiden KEADILAN yang telah menyatakan secara terbuka pendirian saya bahawa KEADILAN sebagai tonggak pakatan pembangkang nasional iaitu Pakatan Harapan (yang diumumkan oleh Presiden KEADILAN sendiri) mesti bersiap sedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan PAS, saya merasakan masanya telah tiba agar perbezaan pendapat di antara pimpinan kanan KEADILAN mengenai perkara ini diselesaikan secara muktamad.
Saya menghormati usaha-usaha sahabat pimpinan lain sebelum ini yang masih cuba untuk memujuk PAS walaupun saya yakin tidak ada satu bukti pun yang sahih yang menunjukkan pertandingan tiga penjuru akan menyebabkan kekalahan besar-besaran KEADILAN (dan hilangnya tampuk pemerintahan Selangor) seperti yang diwar-warkan sebagai alasan paling kukuh memujuk PAS.
Malah, segala kajiselidik yang dijalankan secara telus dan terbuka oleh INVOKE yang kaedahnya menepati piawaian antarabangsa menunjukkan sokongan rakyat akan berpihak kepada KEADILAN dan Pakatan Harapan dalam pertandingan 3 penjuru kerana kehendak rakyat ialah untuk menukar kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib dengan segera.
Sebelum ini, saya mengimbangi keperluan untuk memberikan ruang kepada sahabat-sahabat pimpinan lain di dalam KEADILAN untuk menjayakan rundingan mereka dengan PAS dengan kebimbangan saya tindakan itu dilihat sebagai tidak berprinsip dan mementingkan diri dalam keadaan apa-apa kemenangan yang hendak dicapai mestilah berpasakkan prinsip (bukannya strategi bergabung dengan sesiapa asalkan boleh menang).
Oleh itu, mengambil kira beberapa perkembangan terkini termasuklah pengumuman PAS Selangor semalam untuk bertanding di 42 kerusi dan laporan pada hari ini yang membayangkan kerjasama PAS-Umno, saya akan berunding dengan seberapa ramai pimpinan lain dalam KEADILAN ke arah memuktamadkan pendirian KEADILAN mengenai PAS dan komitmen KEADILAN kepada Pakatan Harapan.
Saya percaya perbezaan pendapat sesama kami pimpinan kanan di peringkat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat akan berterusan dan tidak akan ada titik persetujuan, maka keputusan sebesar ini hanya boleh dimuktamadkan dengan mengambil kira suara akar umbi KEADILAN yang lebih besar (bukannya diputuskan oleh beberapa kerat pimpinan kanan parti semata-mata).
Walau apa pun kaedahnya nanti, saya ingin menegaskan pendirian saya bahawa pendirian KEADILAN mengenai kerjasama dengan PAS dan komitmen kepada Pakatan Harapan perlulah dimuktamadkan dalam masa terdekat dan bukannya dibiarkan “terbuka” (“open ended”) seperti sekarang.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Khamis, 24 Ogos 2017

KPM Nafi Padamkan Sejarah Mahathir PM Ke 4, Buat Laporan Polis.

Oleh : Kedah News
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah yang cacian yang dilemparkan segelintir netizen terhadap kementerian itu berhubung penularan sebuah buku kerja.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya sedang meneliti tentang fitnah terbaru terhadap KPM dan satu siasatan terperinci sedang dijalankan berhubung isu berkenaan.

Gambar yang viral
"KPM sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau pihak berkaitan di atas fitnah dan cacian yang dilemparkan sama ada kepada KPM atau kepada saya.

"Siasatan terperinci sedang dijalankan ketika ini berhubung perkara itu," kata Mahdzir dalam satu kenyataan, pagi ini.


Sebelum itu, tersebar di media sosial imej sebuah buku yang didakwa tidak menyenaraikan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad, disusuli dengan gesaan supaya Mahdzir tampil menjawab persoalan mengenainya.


Kenyataan-kenyataan berbentuk persoalan di media sosial untuk mencetus persepsi buruk terhadap KPM, seolah-olah menyalahkan Menteri Pendidikan itu berhubung penerbitan buku berkenaan.

"Menteri Pendidikan takkan nak diam saja kot? Atas arahan siapa untuk padam sejarah PM ke 4?" tulis seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun Ezad Zainal yang dipercayai suami, Ema Lee, yang mirip kepada aktivis media sosial PKR yang menggunakan akaun Ratu Naga.
Mahdzir menegaskan bahawa buku yang tersebar itu bukan merupakan buke teks terbitan KPM, sebaliknya merupakan buku kerja yang dipercayai telah dijual kepada umum di pasaran.

"Buku berkenaan disahkan bukan buku teks yang diterbitkan KPM, tetapi buku kerja yang terdapat di pasaran terbuka," jelas beliau.

Kenyataan Mahdzir berkenaan kemudian diherdik angkuh Ezad, seolah-olah menjadi tanggungjawab Menteri KPM untuk memantau setiap penerbitan atau percetakan buku bidang pendidikan di negara ini.

"Menteri gagal memantau percetakkan buku pendidikan kemudian mengugut nak menyaman? Memang lawak menteri kalau macam ni. Nak salahkan siapa kalau edaran buku pendidikan dengan fakta yang salah Kementerian pun tak tau? Makan tido saja ka?," tulis Ezad memperlekeh jawapan Menteri.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 secara dasarnya digubal untuk mengawal kegiatan mencetak dan menerbitkan bahan bacaan dan ia telah ditambah baik dengan pindaan pada tahun 2012 sejajar dengan perkembangan dunia penerbitan digital di internet.

Akta di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu menjadi rujukan utama kepada syarikat penerbitan dan percetakan.

Difahamkan bahawa KPM akan membuat laporan polis hari ini terhadap pihak yang memfitnah dan menjejaskan imej KPM dengan dakwaan tidak benar tersebut selain tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang yang tegas mengenainya. 

PAS Sedia Tanding 42 Kerusi Di Selangor, 3 Penjuru Berpunca Dari Amanah & DAP Kata PAS.

Pas Selangor mengumumkan akan meletakkan calon di 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang. 

Perkara itu diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas Negeri, Sallehen Mukhyi yang turut menyatakan ketetapan tersebut sekaligus menyaksikan kemungkinan tiada kerjasama semula diantara parti itu dengan PKR seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. 


Bagi kerusi Parlimen katanya, calon-calon yang mewakili parti itu akan ditentukan oleh pucuk pimpinan tertinggi Pas. 

“Kita juga bersedia bertanding kerusi PKR di Kajang dan Gombak (DUN Bukit Antarabangsa),” ujarnya.

Berikut laporan penuh akan kenyataan oleh Pesuruhjaya Pas Negeri itu.


Pakatan Harapan Tolak Undang-Undang Poligami Tanpa Kebenaran Isteri.

Oleh : Utara News

Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Kedah melalui Pengerusinya, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid telah mengeluarkan kenyataan bahawa negeri Kedah akan menyelaraskan undang-undang syariah berkaitan poligami. Melalui penyelarasan tersebut, suami hanya perlu memaklumkan kepada isteri pertama jika berkahwin di luar negara dan persetujuan isteri pertama tidak diperlukan untuk perkahwinan tersebut. Namun kenyataan tersebut mendapat respon negatif dari ramai pihak terutamanya pihak pembangkang.

Rasional kepada penyelarasan ini adalah kerana terdapat banyak kes perkahwinan kedua tidak didaftarkan di dalam negara. Melalui undang-undang yang bakal digubal ini, perkahwinan kedua perlu didaftarkan di dalam negara.

Wanita Pakatan Harapan melalui ketuanya, Zuraida Kamaruddin membantah keputusan kerajaan negeri itu kerana mendapati undang-undang tersebut bakal menindas hak-hak isteri pertama selain wujud kemungkinan pengabaian tanggungjawab jika suami diberi kebenaran berpoligami.

Mereka mahu supaya kerajaan meletakkan syarat dalam penggubalan undang-undang yang menyatakan bahawa lelaki yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan sahaja dibenarkan berpoligami. Katanya,

“Oleh yang demikian, Wanita PH menolak undang-undang yang menekan hak-hak wanita atas alasan remeh.

“Wanita PH percaya terdapat langkah-langkah lain yang boleh digunakan untuk memastikan perkahwinan didaftarkan tanpa menggugat hak-hak wanita lain sekaligus memastikan undang-undang digubal selari dengan hukum syarie sedia ada,” ujarnya lagi.

Menurutnya, beberapa perkara penting berkaitan poligami harus dipandang serius bagi memastikan ianya menepati syariat Islam.



Walaupun Islam tidak meletakkan syarat kebenaran isteri pertama bagi membolehkan suami berpoligami, namun persetujuan mereka adalah amat penting bagi memastikan institusi kekeluargaan tidak berpecah. Zuraida berkata,

“Kebenaran ini adalah penting bagi memastikan hak-hak isteri pertama dan anak-anak seperti nafkah dan kebajikan terjamin dan terjaga.

“Isteri pertama harus dipanggil ke Mahkamah Syariah untuk diambil keterangan tentang kelayakan suami berpoligami supaya konsep keadilan yang disebut dalam al Quran, Surah An-Nisa ayat 3 dapat dilaksanakan,” ujarnya.

Rabu, 23 Ogos 2017

Isu Memali Serlahkan Kelemahan Amanah Kritik Pensyarah Politik.

ISU PERISTIWA MEMALI SERLAH KELEMAHAN AMANAH
Saya sekadar memerhatikan dengan penuh minat sahaja reaksi pelbagai pihak ke atas cadangan bagi menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji Peristiwa Memali.
Cadangan ini bukan sesuatu yang baru kerana penubuhan Suruhanjaya Diraja ini terkandung di dalam kenyataan akhbar Presiden PAS, Haji Yusof Rawa, pada 22 November 1985.
Ia malah merupakan satu keputusan rasmi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 8 Disember 1985 yang diumumkan oleh Haji Yusof Rawa pada 9 Disember 1985.
Kesyahidan Ibrahim Libya dan 13 pengikut beliau dipersetujui oleh semua pemimpin PAS, termasuk Haji Yusof Rawa, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Fadzil Mohd Noor.
Kesyahidan mereka turut dinyatakan oleh PAS dalam satu memorandum, yang ditandatangani oleh Haji Yusof Rawa, kepada Perdana Menteri pada 19 Februari 1986.
Justifikasi ke atas kesyahidan mereka boleh dibaca di dalam buku yang diterbitkan atas nama Datuk Mohd Nakhaei Ahmad bertajuk “Syuhada’ Memali: Pendakwah bukan Penderhaka”.
Penyediaan buku ini telah dibantu oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan khusus bagi tujuan itu oleh Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat pada 11 dan 12 Februari 1986.
Bila pemimpin AMANAH mempertikaikan cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja ini, atau mempersoalkan punca Peristiwa Memali, jelaslah mereka bukan pewaris PAS.
Lebih jauh lagi, kenyataan pemimpin AMANAH juga tidak mengambil kira pendirian konsisten Penasihat Umum mereka, Haji Ahmad Awang, mengenai Peristiwa Memali ini.
Perihal Haji Ahmad Awang diusir keluar dari mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan kerana menghujjahkan kesyahidan Ibrahim Libya dan 13 pengikut beliau adalah satu rekod.
Facebook rasmi AMANAH juga pernah, pada 18 November 2015, memuatnaikkan status memperingati Peristiwa Memali dan mendoakan Allah merahmati roh para Syuhada' Memali.
Cara AMANAH menangani Peristiwa Memali ini menunjukkan kelemahan parti itu dalam berorganisasi selain menunjukkan ketidakkonsistensiannya dalam memperjuangkan isu.
Kenyataan yang dibuat tanpa dirujuk kepada Majlis Penasihat Pakar dan Penasihat Umum juga menjadikan relevansi Majlis Penasihat Pakar dan Penasihat Umum boleh dipersoal.
Kenyataan yang dibuat menunjukkan slogan “Islam sebagai rahmat untuk semua” tidak terpakai kepada PAS di mana AMANAH dilihat hanya berminat menghentam PAS.
Keterikatan AMANAH dengan PAS ini menimbulkan tanda tanya ke atas kemampuan parti itu bergerak ke hadapan selaras dengan imej “progresif” yang cuba diprojeksi olehnya.

Selasa, 22 Ogos 2017

Seandainya Singapura, Brunei, Indonesia Bersatu Serang Malaysia, Bagaimana? Luah Netizens Brunei #SukanSea2017

Cakap-cakap negatif mengenai penganjuran Sukan Sea 2017 nampaknya semakin memuncak apabila Brunei memasuki satu lagi negara yang kurang berpuas hati dengan cara Malaysia menganjurkan temasya sukan berkenaan pada tahun ini.

Untuk rekod, ketika ini Malaysia ialah penganjur utama kepada acara Sukan Sea 2017 yang bermula pada 19 Ogos hingga 30 Ogos. Penganjuran Sukan SEA mula menjadi sasaran kritikan apabila Malaysia tersalah cetak bendera Indonesia di buku panduan acara Sukan SEA 2017.

Kesalahan itu meskipun telah dimaafkan Indonesia menerusi satu kenyataan rasmi presiden negara republik itu, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi selepas Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin membuat permohonan maaf terbuka namun rakyat Indonesia tidak memberikan Malaysia peluang untuk melupakan hal itu.

Serangan hackers Indonesia

Sejak semalam beberapa website milik kerajaan Malaysia telah diserang oleh sekumpulan hackers dari Indonesia dengan memaparkan mesej;

"Sudah puluhan tahun kita bertetangga mengapa kalian lupa bendera kami? Maaf kali ini kami juga lupa bendera kalian"

dan gambar bendera Malaysia yang terbalik.
 
   
Selain itu, terdapat laporan mengenai kualiti infrastruktur yang disediakan oleh penganjur sepanjang menganjurkan acara SUKAN SEA 2017.

Keadaan tandas stadium Shah Alam
Pihak kami ada menerima laporan di aplikasi WhatsApp, salah seorang rakyat Malaysia yang pergi ke Stadium Shah Alam malam tadi, dan berikut adalah keadaan tandas wanita dalam stadium berkenaan. 

Dikala Malaysia ketika ini sedang menjadi 'centre highlight' kerana penganjuran SUKAN SEA 2017, wajar ke kita berhadapan dengan masalah tandas yang sebegini? Ada pihak yang menyalahkan Kementerian Belia Dan Sukan dan ada pihak yang menyalahkan kerajaan negeri bagaimanapun sampai bila tuding menuding jari ini akan berlaku tanpa langkah susulan yang dinamik untuk menyelesaikan masalah berbangkit?

Fitnah SUKANSEA2017 dari rakyat sendiri

Disamping itu terdapat sebaran fitnah dari rakyat Malaysia sendiri yang berperanan memburukkan lagi imej Malaysia sebagai penganjur Sukan SEA 2017.


Untuk rekod, banner di atas adalah merujuk kepada acara perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF pada tahun 2012, perlawanan di antara pasukan Thailand menentang Singapura, sama sekali tiada kaitan dengan acara Sukan SEA 2017 dan bukan berlangsung di Malaysia.

Penyebaran tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang disokong pula oleh ahli politik pembangkang sebenarnya telah mencetuskan salah faham dikalangan netizens luar negara terutamanya dari Singapura, Indonesia dan Brunei.

Luahan Brunei FM


Brunei FM dalam satu kenyataan menerusi laman rasmi Facebook mereka mengulas bahawanya wakil negara itu masih lagi mampu bersabar dengan ulasan-ulasan keterlaluan yang dilaporkan oleh pengulas sukan TV3 disamping kesalahan bendera Brunei yang terpapar dalam skor board elektronik bagi acara renang. 


Respon netizens




Terdapat ramai netizens luar negara yang salah sangka terhadap penyebaran gambar banner Singapura anjing yang tular di laman sosial; kritikan-kritikan di atas beranggapan Malaysia negara biadap, suka memprovokasi dan ego, malahan dianggap tidak membuat homework apabila terdapat beberapa kesalahan penggunaan bendera negara-negara ASEAN dikesan sepanjang penganjuran SUKAN SEA 2017.

Diharapkan pihak KBS tampil membuat penjelasan rasmi berhubung salah faham yang timbul berhubung isu 'Banner Singapura Anjing' dan mengambil teguran akan beberapa kesilapan dan kecuaian yang berlaku sepanjang penganjuran sukan itu dengan memperbaiki ia secepat yang mungkin. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...