Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 20 Ogos 2017

4 Akaun Bank Disita, 2 Juta Milik Exco Penang Dibekukan.

Empat akaun bank milik exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh dibekukan berhubung siasatan terhadap operasi kilang haram di tanah pertanian di Sungai Lembu lapor portal Mstar.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akaun peribadi Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri yang disita berjumlah kira-kira RM2 juta.
Turut dilaporkan SPRM menjalankan beberapa serbuan di dua kediaman Boon Poh di Butterworth, pejabatnya di Komtar dan pusat khidmat beliau di Sungai Puyu. 

Boon Poh, pemilik kilang, Edmond Gan Eu Lee dan bapanya, Gan Buck Hee ditahan SPRM pada 11 Ogos lalu. Kesemua mereka dibebaskan pada 14 Ogos lepas selepas perintah reman terhadap mereka ditolak Mahkamah Tinggi.

Ini berikutan Mahkamah Tinggi mendapati penahanan mereka bertentangan dengan seksyen 117(5) kanun prosuder jenayah.
SPRM juga akan memfailkan rayuan terhadap pembatalan reman tersebut.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...