"Really sad (sangat sedih) bila dapat panggilan yang peniaga-peniaga cina di Penanti marah dan simpati dengan kilang haram Sungai Lembu kata, "useless Adun", "Adun tak guna tutup kilang Sungai Lembu" dan "kacau orang mau cari makan". Also PH supporters accuse me of being a BN mole. Rakan-rakan seperjuangan juga dah jauhkan diri dan bagi ruang untuk saya pertahankan diri," luah Adun itu di laman facebook beliau.
YB Norlela mulai diserang oleh penyokong-penyokong tegar Pakatan Harapan terutamanya dikalangan yang menyokong DAP selepas Phee Boon Soh dilaporkan ditahan oleh SPRM berhubung siasatan operasi ke atas kilang haram tersebut.
Phee dan pemilik kilang, Edmund Gan Eu Lee bersama Gan Buck Hoe, sebelum ini ditahan reman SPRM selama 5 hari pada 16 Ogos lalu bagi membantu siasatan ke atas operasi kilang haram yang melakukan pencemaran teruk sejak beroperasi 10 tahun lepas.
Rakaman Phee membela operasi kilang haram itu juga boleh diakses menerusi Youtube dan menimbulkan tanda tanya ramai berikutan pihak yang terjejas (penduduk) dibayangkan sedang melakukan fitnah ke atas operasi kilang berkenaan.
Baca : Kilang Haram, Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Nak Tutup Dakwa Guan Eng
Baca : Phee Nafi Ada 2 Juta Dalam Akaun Bank
Media kemudiannya melaporkan 4 account bank milik Phee telah disita dan didalamnya mengandungi wang sebanyak 2 juta dan penyokong-penyokong Phee tampil membela Phee dengan mendakwa Phee layak memiliki wang sebanyak 2 juta kerana berasal dari keluarga yang kaya dan keluarganya terlibat dalam perniagaan bagaimanapun pada semalam Phee membuat sidang media menafikan beliau memiliki wang sebanyak 2 juta dan ia adalah percubaan media pro BN bagi mencemarkan intergriti dan imej beliau.
Satu tindakan perundangan juga akan diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat, kata Phee dalam sidang berkenaan.
Dalam perkembangan yang berkaitan, YB Norlela bukan sahaja diancam dan diserang oleh penyokong-penyokong tegar Pakatan Harapan malahan turut diserang oleh peniaga-peniaga cina di Penanti.
Timbul persoalan di jiwa penulis, apakah pencemaran itu menjadi sah, apakah pembakaran terbuka itu menjadi halal, apakah merosakkan alam sekitar itu menjadi betul, jika ia diamalkan oleh negeri yang diperintahkan oleh pembangkang?
Bagaimana dengan nasib penduduk yang teraniaya dengan pencemaran, bau kuat bahan bakar, penyakit berikutan pembakaran skala besar dan terbuka itu? Ahh, lawan tetap lawan biar sampai menindas rakyat, betul?
Fikir-fikirkan.