Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 20 April 2019

KM Penang Bengang Diasak Ketika Jawab Soalan BFM..

POLITIK | "Awak kurang ajar," itulah respon Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow apabila semacam hilang sabar ketika ditanyakan soalan mengenai pulangan fiskal yang diharapkan menerusi Projek Tambakan Laut.


 
Radio BFM telah menemubual Chow melalui panggilan telefon dan bertanyakan beberapa soalan mengenai PSR.

Bagaimanapun ketika di soalan terakhir, Chow seperti hilang sabar kerana diasak DJ BFM.

"Soalan terakhir, apa pulangan fiskal yang dijangkakan dari projek bernilai 46b ini?," soal DJ BFM.

"Awak memetik angka The Star, 70b..." balas Chow namun dicantas oleh DJ BFM sebelum sempat menghabiskan jawapannya.

"Saya tidak memetik The Star, KM, saya tanya anda sekarang," pintas DJ BFM.

"Awak petik, saya kata awak petik tadi," balas Chow.

"Tak, itu bukan saya, KM. Saya tanya anda sekarang. saya tanya anda apakah pulangan fiskal," asak DJ BFM lagi.

"Saya tidak tahu siapa kat sana, awak nak saya namakan orang tu (yang petik angka dari The Star), biar saya habiskan jawapan saya dulu, awak bersikap kurang ajar," balas Chow kemudiannya. 

"Tak, saya tanya anda apakah pulangan fiskal. Soalan saya ialah, kerajaan akan belanjakan 46b, jadi apakah pulangannya fiskal yang dijangkakan," soal DJ BFM sekali lagi. 

"Saya dah kata, awak petik The Star tadi, RM70b, saya fikir ia boleh jadi lebih dari itu," respon Chow dalam nada seperti kemarahan.

"Terima kasih di atas jawapan anda," balas DJ BFM.

"Anda tidak mahu mendengar jawapan saya, terima kasih," balas Chow dan kemudiannya memutuskan panggilan. 

Berdasarkan rekod, DJ BFM sememangnya telah memintas percakapan Chow beberapa kali sebelum sempat Chow menghabiskan jawapannya. 

Chow kemudiannya memberikan penjelasan di atas tindakannya itu;

👉 DJ memintas percakapannya beberapa kali tanpa sempat beliau memberikan jawapan.

👉 Chow bengang kerana DJ BFM menafikan telah memetik angka dari The Star.

👉 Sedangkan hakikatnya, salah seorang dari DJ telah memetik angka projek dari The Star sebelumnya.

👉 Chow juga menafikan memutuskan panggilannya dengan BFM.

👉 Sebaliknya beliau meletakkan panggilan kerana temubual itu telah tamat.

BFM tidak memberikan respon di atas jawapan balas Chow setakat ini. - 20 April 2019.

Lihat rakaman video kat bawah neh;


Luahan Sayu Najib, "Saya Hanya Hamba Allah"..

NAJIB RAZAK | SAYA HANYA HAMBA ALLAH
Saya tahu ramai berbicara mengenai rumah saya.

Saya tahu ada yang cuba memijak-mijak saya.

Tetapi saya dan keluarga hanya mampu bersabar.

Apalah daya saya? Mulut di badan orang.


Saya hanya hamba Allah.

Allah anugerahkan kepada saya keselesaan.

Allah anugerahkan kepada saya jawatan bergelar Perdana Menteri.

Kepimpinan dalam Islam merupakan tanggungjawab besar.

Sering orang kata, apabila sudah jadi pemimpin, kehidupannya tidak lagi milik diri atau keluarganya tetapi milik rakyat.

Begitu juga ruang kediaman saya.

Sepanjang masanya bermula dari fajar ke senja, kediaman saya sering digunakan untuk perjumpaan dan pelbagai aktiviti kerja harian.

Dalam sehari boleh kata mencecah ratusan orang datang, jika saya tidak ada di pejabat atau di Seri Perdana.

Pihak polis yang mengawal keselamatan kediaman saya pun tahu dan mereka ada rekodnya.

Malahan pada satu-satu masa ketika itu, sehingga 30 anggota dan pegawai polis berada di rumah saya. Bayangkan keperluan mereka.

Ruang kediaman saya juga sering digunakan oleh anak-anak tahfiz, anak-anak yatim dan murid-murid sekolah agama.

Ada yang dari institusi berdekatan, ada masanya anak-anak ini datang dari sejauh negeri-negeri lain.

Saya dididik sejak kecil lagi oleh Ayahanda.

Islam adalah agama yang mewajibkan umatnya untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Islam juga mewajibkan umatnya menuntut ilmu agama.

Ini adalah asas utama kehidupan kami umat Islam dan meletakkan kita di landasan yang benar untuk mencapai kejayaan.

Saya membuka pintu kediaman dan ruang saya seluas-luasnya untuk mereka anak-anak kita yang ingin menambah ilmu agama dan menunaikan kewajipan solat.

Ini adalah antara tanggungjawab sebagai pemimpin Islam.

Kita tidak harus kedekut ilmu dan harta.

Sebaliknya gunakan anugerah Allah untuk membantu lebih ramai lagi.

Apakah salah saya sediakan kediaman saya untuk menampung keperluan sebegini dan kegunaan orang ramai?

Jika saudara-saudari berpendapat saya bersalah kerana kediaman saya disediakan dengan kelengkapan-kelengkapan ini untuk menampung ratusan orang sehari dan kegunaan anak-anak tahfiz di kediaman saya, saya redha, saya terima.

Saya bukanlah seorang yang sempurna.

Saya hanya seorang hamba Allah. - 20 April 2019.

Ini Senarai Lengkap 17 Transaksi Melibatkan RM30.87j Dalam Kes Najib SRC International.

BICARA NAJIB | Mahkamah merekodkan 14 transaksi dari akaun Ambank Najib dimana berlakunya kemasukan wang yang dikesan berasal dari dana SRC International.

Perkara ini didedahkan oleh Badrul Hisham Mohammad. Badrul adalah saksi pendakwaan kelima. Badrul berkhidmat sebagai Pengurus Kanan Pusat Pemprosesan Cek Ambank.


Perlu diketahui juga, kesemua transaksi ini dikeluarkan dari akaun bank peribadi milik Najib Razak.

Gambar cek disertakan sebagai bukti berdasarkan rekod mahkamah.

Setakat ini peguam Najib tidak menafikan kesahihan cek-cek yang diproses dari akaun Najib. Sebaliknya Shafee mahu pendakwaan membuktikan Najib mengetahui bahawa berlakunya kemasukan wang ke dalam akaunnya, dan Najib mengetahui ia berasal dari sumber wang haram.

Selain dari itu, Mahkamah juga merekodkan dua kemasukan dari SRC International kepada dua syarikat berbeza.

Dan satu transaksi dari pemilik akaun yang tidak dinamakan kepada akaun bank firma guaman. 

Keseluruhan jumlah transaksi itu adalah sebanyak 17 kali. Dan melibatkan RM30.87juta banyaknya. Ia dikeluarkan dari akaun AmIslamic Najib Razak, bernombor : 2022011906 (akaun bank milik Najib), SRC International Sdn Bhd, bernombor : 2022009376 dan 0211600100, dari akaun bank yang tidak dinamakan pemiliknya, bernombor : 202201189.


Berikut merupakan senarai lengkap transaksi yang berlaku sejak tahun 2014 mengikut kronologi kejadian;

👉 Pada 12 Disember 2014, sebanyak RM20 juta dari akaun SRC International bernombor 211-202-200973-6 disalurkan ke dalam akaun Ihsan Perdana yang dilantik Yayasan 1MDB untuk menjalankan program. Ihsan Perdana dipimpin Shamsul Anwar Sulaiman, bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput dan bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

 👉 Pada 21 Januari 2015, sebanyak RM3.5 juta dari akaun yang tidak dinamakan bernombor 202-201189-8 disalurkan kepada akaun firma guaman peguam UMNO Hafarizam Wan & Aisha Mubarak. 

👉 Pada 30 Januari 2015, sebanyak RM240,000 dari akaun peribadi AmBank Najib bernombor 202-201190-6 disalurkan ke akaun Vital Spire Sdn Bhd.

 👉 Pada 2 Februari 2015, sebanyak RM2.5 juta dari akaun peribadi AmBank Najib 202-201190-6 disalurkan ke akaun firma guaman Zulqarnain & Co. 

👉 Pada 8 Februari 2015, sebanyak RM300,000 dari akaun peribadi AmBank Najib bernombor 202-201190-6 disalurkan ke akaun Centre For Strategic Engagement Sdn Bhd, sebuah syarikat propaganda.

 👉 Pada 12 Februari 2015, sebanyak RM238,914 dari akaun peribadi AmBank Najib bernombor 202-201190-6 disalurkan ke akaun Lim Soon Peng, seorang pemaju hartanah.  

👉 Pada 12 Feb 2015, RM100,000 dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun ABS Trend Master Sdn Bhd, sebuah syarikat perabot dapur.

👉 Pada 12 Februari 2015 sebanyak RM400,000 dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun Rumah Penyayang Tun Abdul Razak yang terletak di Pekan, Pahang.

👉 Pada 12 Februari 2015, RM50,000 dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun Asmadi Abu Talib, Ketua Bahagian UMNO Padang Serai merangkap calon BN yang kalah dalam PRU14 di kerusi DUN Merbau Pulas.

👉 Pada 12 Feb 2015, sebanyak RM13,800 dari akaun peribadi AmBank Najib bernombor 202-201190-6, disalurkan ke akaun peribadi Manisah Othman.  

👉 Pada 13 Februari 2015, sebanyak RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun UPKO, sebuah parti komponen BN pada ketika itu.

👉 Pada 17 Februari 2015, sebanyak RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun Solar Shine Sdn Bhd, sebuah syarikat pencetakan yang mencetak kemeja, payung, topi, kalendar, cawan & 'hadiah-hadiah' 1 Malaysia yang digunakan semasa musim PRU.

👉 Pada 24 Februari 2015, sebanyak RM77,300, dari akaun peribadi AmBank Najib bernombor 202-201190-6, disalurkan ke akaun Syadilah Enterprise. 
  
👉 Pada 24 Februari 2015 sebanyak RM56,500 dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun Moz (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diupah membina stor & tangki rumah Najib.

👉 Pada 26 Februari 2015, RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun UMNO negeri Pulau Pinang. 

👉 Pada 26 Februari 2015, sebanyak RM300,000 dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, dasalurkan ke akaun UMNO Johor Bharu.

👉 Pada 9 Mac 2015, sebanyak RM103,361.17 dari akaun syarikat SRC International bernombor 202-1160010-0, disalurkan ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan program-program Yayasan 1MDB. Ihsan Perdana dipimpin Shamsul Anwar Sulaiman, bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput merangkap bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia. - 20 Mac 2019.

Jumaat, 19 April 2019

Susahnya Memohon Tanah Di Pahang..

Isma Nazom bin Abdul Hamid | SUSAHNYA MEMOHON TANAH DI PAHANG

1. Siapa pernah memohon tanah di negeri Pahang tetapi tak pernah berjaya, angkat tangan.

 
2. Pemohon 06, ibu bapa 06, atuk nenek 06, zaman sebelum atuk nenek belum ada sistem 06, kalau tidak 06 juga ic moyang kita.

3. Seketika dahulu seorang rakyat Pahang layak memohon sejumlah 6 ekar, sekarang turun 3 ekar sahaja. Layak memohon tahu tak, bukan layak mendapat.

4. Bagi yang ada syarikat Sdn Bhd layak memohon sehingga 50 ekar. Tubuhkan Sdn Bhd memakan RM 5,000 juga. Kertas kerja kena cantik, main politik kena cekap, jika tidak buang masa, duit dan harapan.

5. Permohonan ada kaedahnya yang memaksa kita turun naik Pejabat Tanah Daerah. Ada bayaran tertentu yang mesti dijelaskan.

6. Lihat pelan lain cerita, beli plan cerita seterusnya, sekurang-kurangnya 3 orang pegawai kita kena jumpa sebelum permohonan boleh dimajukan.

7. Zaman dahulu permohonan direkod di dalam satu Buku Daftar saiz gergasi. Zaman sekarang masuk dalam pangkalan data komputer. Zaman dahulu selepas permohonan dibuat tunggulah dua bulan untuk dapat kad putih menandakan permohonan telah diproses. Tunggu punya tunggu kad putih pun tak sampai sampai.

8. Untuk tahu satu tanah itu kosong yakni milik kerajaan kena membuat penyelidikan dahulu dengan jiran tanah berdekatan, ketua kampung, Penghulu dan mungkin YB.

9. Dari zaman Buku Daftar gergasi sampai zaman super komputer, permohonan tinggal permohonan. Dari memohon 6 ekar sehingga turun 3 ekar, borang diisi jelas tidak menghasilkan apa-apa. Tubuhkan syarikat Sdn Bhd dan mohon lagi, setakat dipanggil temuduga kemudian senyap sepi bagai dilanggar garuda.

10. 3 ekar lepaslah untuk tapak rumah dan kebun sedikit. Kalau takde duit sendiri maka sampai mati tak bertanah. Nak membeli rumah di perumahan harganya bagi orang biasa, amatlah menyedihkan. Kalau ada tanah sendiri boleh juga diansur perlahan-lahan buat rumah sendiri. Nak beli rumah perumahan, puas berjawab dengan bank akhirnya pinjaman gagal. Tumpang mak ayah lagi gayanya.

11. Yang anehnya kelihatan beberapa golongan tertentu yang bukan berkod 06 dengan senang lulus permohonan. Begitu juga dengan syarikat Sdn Bhd beralamat luar Pahang. Apa lagi GLC negeri mahu pun GLC kebangsaan dapat beratus ribu ekar dengan premium kadar rendah. Kerta kerja dia orang mantap kot. Atau cara berkerja dengan ahli politik dan birokrat akrab kot. Birokrat ni kakitangan kerajaanlah dari yang teratas sampai yang terkebawah,

12. Apa lagi salahnya menjadi orang 06 ni agaknya. Bukan salah ibu mengandung. Ini bukan takdir. Ada sesuatu di dalam pentadbiran sana yang tidak diketahui oleh rakyat biasa.

13. Eloklah sesiapa yang pernah lulus memohon tanah di Pahang ini membuka satu kursus jangka pendek bertajuk Sijil Cara Memohon Tanah Sampai Lulus Negeri Pahang. Boleh kita pergi ramai-ramai ke kursus tersebut.

14. Negeri paling luas di Malaya tetapi penduduk asal ramai tak bertanah. Malas nak tulis statistik orang muda tak bertanah, tak berumah dan berkod 06 di sini.

15. Tak boleh ke dibuat satu skim di setiap daerah dibuka satu kawasan memilikki tapak rumah bagi semua kod 06 yang merempat di negeri sendiri. Bagilah dalam 5000 kaki persegi setiap keluarga, itu baru 1/8 ekar. Wujudkan database yang dah dapat atau dah ada tanah kedaung berpuluh ekar tak layak ambik borang online pun.

16. Tanah bidang kuasa negeri, takkanlah tak pernah wujud idea sebegini di kalangan Exco yang semuanya bijak pandai. Wakil rakyat kita pergi mana, tolonglah bincangkan dan suarakan kepada yang berkenaan.

17. Bukan memandai-mandai atau sengaja nak menyakitkan hati sesiapa. Ini realitinya, hakikatnya.

18. Doa sebelum pejam mata ialah semoga tanah 2 kaki darab 6 kaki dalam 6 kaki tak perlu memohon terlebih dahulu, mana tahu satu masa nanti sesiapa yang rasa dah nak mati sangat sila isi borang online untuk rizab kubur sendiri! Khalas.

Menjawab Artikel "Mahal bona sewa ni Jang".

Kenyataan Media | Inisiatif MPS Menutup Ruang 'Orang Tengah' Makan 'Atas Angin'

1. Merujuk kepada laporan media Harian Metro yang bertajuk "Mahal bona sewa ni Jang" berkenaan kenaikan harga sewa tapak di Dataran Senawang, saya terpanggil untuk menjawab beberapa perkara setelah menyelusuri dan memahami isu sebenar yang berlaku.

 

2. Lazimnya setiap kali musim perayaan tiba, tapak perniagaan di Dataran Senawang khususnya sering menjadi rebutan peniaga. Namun pada edisi Ramadhan tahun ini, timbul rungutan oleh seorang peniaga yang mendakwa harga sewa tapak RM100 telah naik mendadak menjadi RM900.



3. Untuk pengetahuan umum, ketika zaman pemerintahan kerajaan lama, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) telah melantik dan memberi mandat kepada persatuan peniaga dan juga beberapa NGO untuk menguruskan sewaan tapak perniagaan di Dataran Senawang (khas bulan puasa).

4. Melalui pengurusan persatuan dan NGO yang menjadi 'orang tengah', tapak perniagaan disewakan kepada peniaga dengan harga yang sangat tinggi malah ada yang mencecah belasan ribu ringgit di lokasi strategi.

5. Harga sewa tapak RM100 yang dimaksudkan hanya bermula dua tahun lalu. Ia dibuka kepada peniaga 'Rambo' yang berleluasa ketika itu. Lokasi sewaan RM100 untuk peniaga 'Rambo' ditempatkan di lokasi paling belakang sekali. Ketika yang sama, harga sewaan di tempat lain mencecah ribuan ringgit biarpun untuk saiz tapak yang sama iaitu 10x10 kaki.

6. Di atas inisiatif kerajaan negeri untuk tahun 2019, tiada lagi sistem 'orang tengah' dibenarkan berlaku. Sistem 'orang tengah' ini hanya mengambil untung 'atas angin' semata-mata. Justeru itu, MPS telah menggerakkan sebuah pasukan taskforce untuk mengurus dan menyelia sewaan tapak di beberapa kawasan termasuklah di Dataran Senawang.

7. Harga yang ditawarkan kepada peniaga hanya RM900, inklusif kanopi baru bersaiz 10x10 kaki, jaringan sumber letrik, kos pembersihan serta kos kawalan dan keselamatan anggota Rela.

8. Jika Bazaar Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR) menjadi lokasi tumpuan warga Lembah Klang, Dataran Senawang pula merupakan lokasi tumpuan bagi warga Seremban dan Negeri Sembilan. Maka sewaan RM900 ini adalah harga yang berpatutan ditawarkan untuk peniaga bulan puasa di Dataran Senawang, yakni lokasi paling meriah menjelang perayaan Aidilfitri.

9. Tahun 2019 menyaksikan tiada lagi tapak harga RM100 untuk peniaga 'Rambo' dibuka. Ia tidak adil buat peniaga lain yang mendaftar dan membayar sewa tapak yang disediakan. Ia juga bertujuan bagi mengekang penjualan semula tapak dengan harga yang lebih tinggi seperti yang berlaku pada tahun lalu.

10. Oleh demikian, harga RM100 ini adalah sama sekali tidak wajar untuk dibandingkan dengan harga inklusif RM900. Lihatlah di mana-mana pusat perniagaan terkemuka yang mempunyai aliran pengunjung seperti Dataran Senawang ketika musim raya, mana mungkin RM100 untuk sepanjang bulan puasa malah mungkin RM100 itu hanya untuk sehari sahaja.

11. Namun RM900 yang ditawarkan oleh MPS itu apabila dikira semula, hanya RM30 untuk sehari termasuk bekalan elektrik dan kanopy yang menjadi milik peniaga selepas habis tempoh perniagaan.


EDY NOOR REDUAN

Jho Low Bebas Berjalan-Jalan Di Hong Kong, Mana Bukti ECRL Digunakan Untuk Bayar 1MDB? - Pensyarah Soal Tun Mahathir.

Abdul Muein Abadi | EKSKLUSIF: PENDEDAHAN PENIPUAN KOS ECRL?

1. Pengumuman YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan dengan kos RM44 bilion menimbulkan seribu satu persoalan.


2. Sejak 2016, sebahagian pemimpin Pakatan menegaskan bahawa kos sebenar untuk projek ECRL (termasuk pembinaan Terowong Genting di Banjaran Titiwangsa) hanyalah sekitar RM27 bilion ke RM30 bilion sahaja, berbanding RM55 bilion yang ditandatangani bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

3. Sebaliknya, ahli politik Pakatan menuduh bahawa RM30 bilion daripada kos projek ECRL yang asal (RM60 bilion) yang ditandatangani Najib adalah bertujuan untuk disalahguna bagi membayar hutang syarikat 1MDB dan Jho Low.

4. Sumber utama rujukan pemimpin Pakatan dalam tuduhan kaitan ECRL-1MDB-Jho Low ini ialah laporan Sarawak Report yang bertajuk ‘OUTRAGE! - Najib's Secret Deal With China To Pay Off 1MDB (And Jho Low's) Debts!’ bertarikh 26 Julai 2016 (http://www.sarawakreport.org/…/outrage-najibs-secret-deal-…/).

5. Laporan tersebut menuduh kos ECRL sepatutnya hanya sekitar RM27 bilion sahaja, di mana ia menyatakan bahawa ‘Cost of project delivery’ oleh China Communications Construction Company Ltd (CCCC) ialah RM27 bilion. Sebaliknya, kos tambahan hampir RM30 bilion lagi adalah penyelewengan untuk membayar hutang 1MDB kepada syarikat Abu Dhabi, IPIC, di samping pembayaran kepada dua syarikat berkaitan Jho Low iaitu Loh & Loh Corporation Berhad (LLCB) dan Putrajaya Perdana Berhad (PPB). Satu lagi siri pembayaran pula dituduh melibatkan pembelian aset dan ‘unit-unit’ 1DMB.

6. Pecahan tuduhan-tuduhan tersebut adalah seperti berikut: RM850 juta untuk membayar aset-aset 1MDB (tanah di Ayer Hitam, unit-unit Brazen Sky Limited, unit-unit 1MDB Global Investments Limited Fund, dan 1MDB Energy Holdings Ltd.), RM243.6 juta untuk membayar 90% pegangan syarikat berkaitan Jho Low iaitu Loh & Loh Corporation Berhad (LLCB), RM 71.3 juta untuk 70% pegangan satu lagi syarikat berkaitan Jho Low iaitu Putrajaya Perdana Berhad (PPB), RM65 juta lagi untuk syarikat perunding dan komunikasi strategik, manakala bakinya untuk membayar hutang 1MDB dan faedah kepada syarikat Abu Dhabi, IPIC menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM29.852 bilion (Rujuk imej Salinan dokumen kiri).

7. Namun begitu, laporan Sarawak Report yang sama turut melampirkan satu lagi dokumen ‘rasmi’ yang kononnya akan digunakan oleh pentadbiran Najib Razak untuk menutup ‘perancangan’ mereka bagi menggunakan RM29.852 bilion daripada pinjaman projek ECRL ini bagi membayar hutang 1MDB dan Jho Low.

8. Lampiran ‘palsu’ yang bertujuan mengaburi ‘perancangan’ ECRL-1MDB-Jho Low oleh pentadbiran Najib itu kononnya memperincikan kos projek ECRL seperti berikut: ‘General, Preliminaries, Enabling Works, and Design and Build Elements’ (RM10.2 bilion), ‘Infrastructure and Buildings’ (RM18.08 bilion), ‘Permanent Guide Way’ (RM14.1 bilion), ‘System Works’ (RM13.2 bilion), ‘Rolling Stock’ (RM4 bilion), ‘Testing and Commissioning’ (RM120 juta), dan ‘Training & Maintenance’ (RM300 juta) di mana keseluruhannya ialah RM60 bilion.

9. Maka hari ini selepas kerajaan Pakatan berjaya merundingkan kembali kos projek ECRL, timbulnya persoalan-persoalan berikut: jika ECRL ini adalah ‘alat’ Datuk Seri Najib untuk membayar hutang 1MDB dan Jho Low seperti mana dakwaan Clare Rewcastle Brown (Sarawak Report), mengapa kerajaan Pakatan hanya mengurangkan kosnya menjadi RM44 bilion (selepas ditolak RM10 bilion terowong Banjaran Titiwangsa)?

10. Jika dahulu kos ECRL dituduh sepatutnya hanya bernilai RM27 bilion, dan bukannya RM55 bilion atau RM60 bilion atau RM65 bilion, mengapa hari ini kosnya hanya dikurangkan kepada RM44 bilion dengan jajaran yang berbeza dan enam stesen dihapuskan?

11. Memang benar pemeteraian Perjanjian Tambahan (SA) antara CCCC dan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menjadikan harga projek berkenaan dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion daripada kos asal sebanyak RM65.5 bilion. Soalnya sekarang di bahagian manakah dalam kos ECRL yang dikurangkan kerajaan Pakatan ini yang dikatakan sebagai bertujuan ‘membayar hutang 1MDB’ dahulu sedangkan pengurangan kos yang dilaporkan adalah disebabkan pengubahsuaian jajaran dan penghapusan stesen-stesen?

12. Jika benar RM29.852 bilion daripada projek ECRL ini bertujuan untuk membayar hutang 1MDB dan Jho Low, maka bukankah sepatutnya tiada sebarang perubahan jajaran atau penghapusan stesen ECRL yang terlibat sama sekali?

13. Bukankah sepatutnya jika berlaku penyelewengan dalam perancangan kerajaan terdahulu, maka kita seharusnya akan dapat menyaksikan satu projek ECRL yang sama dengan harga kos yang berbeza? Satu dengan kos RM60 bilion (Najib Razak) dan satu lagi dengan kos RM27 bilion (kerajaan Pakatan). Sebaliknya projek ECRL yang diluluskan hari ini adalah bernilai RM44 bilion dengan pengurangan stesen dan perubahan jajaran yang tidak memerlukan kerja-kerja menggali terowong di Banjaran Titiwangsa sama sekali.

14. Adakah hal ini tidak dijelaskan kerana sememangnya dalam perjanjian ECRL Datuk Seri Najib dahulu tidak melibatkan kos ‘membayar hutang 1MDB’ seperti mana yang didakwa Sarawak Report sama sekali? Jika itulah realitinya maka bolehlah disimpulkan bahawa laporan Sarawak Report pada 26 Julai 2016 itu adalah satu penipuan dan fitnah. Penipuan ini bahkan turut diulangi dalam buku beliau, ‘The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose’ khususnya Bab 37 ‘The China Connection’ dari halaman 459 hingga ke halaman 470.

15. Tentulah kita sebagai rakyat Malaysia berbangga kerana kerajaan Pakatan kita hari ini adalah satu-satunya kerajaan yang berjaya merundingkan semula kontrak gergasi dengan China di bawah Inisiatif ‘Belt and Road’ (BRI) yang dilancarkan sejak 2013. Selain daripada penjimatan berbanding kos asal, penyertaan kontraktor tempatan turut ditingkatkan daripada 30% kepada 40% dan perkongsian risiko kini tidak lagi ditanggung kita 100%, sebaliknya dikongsikan 50-50 dengan CCCC.

16. Malah, ahli ekonomi Yunani Panos Mourdoukoutas melalui majalah perniagaan Forbes memuji Perdana Menteri Tun Mahathir kerana berani melawan China manakala pemimpin dunia lain tidak. Hal ini berbeza dengan negara-negara lain seperti Sri Lanka, Pakistan, dan Filipina yang diperangkap hutang oleh China.

17. Namun begitu, pada sisi yang lain, pemeteraian perjanjian tambahan (SA) ECRL ini menimbulkan lebih banyak persoalan politik berbanding jawapan. Malah, Tun Mahathir sendiri turut mendedahkan bahawa rundingan semula perjanjian projek mega ini ditandatangani tanpa sebarang syarat supaya China menyerahkan ahli perniagaan dalam buruan kerajaan iaitu Jho Low.

18. Sebaliknya, beberapa hari lalu, akhbar Sin Chew Daily melaporkan bahawa Jho Low bukan sahaja bebas bergerak antara Hong Kong, Macau, Shanghai, Shenzhen, Beijing dan Hainan di China, malah beliau turut memiliki kad penduduk Hong Kong dan syarikat beliau masih beroperasi di sana.

19. Ringkasnya, lima persoalan berikut wajib dijawab:

i. Jika dahulu kos ECRL dituduh sepatutnya hanya bernilai RM27 bilion atau RM30 bilion, dan bukannya RM55 bilion atau RM60 bilion atau RM65 bilion, mengapa hari ini kosnya hanya dikurangkan kepada RM44 bilion dengan jajaran yang berbeza, tanpa penggalian Terowong Banjaran Titiwangsa, dan enam stesen dihapuskan?

ii. Di bahagian manakah dalam kos ECRL yang dikurangkan kerajaan Pakatan ini yang dikatakan sebagai bertujuan ‘membayar hutang 1MDB’ dahulu sedangkan pengurangan kos yang dilaporkan adalah disebabkan pengubahsuaian jajaran dan penghapusan stesen-stesen? Mengapa tiada perbandingan kos ditunjukkan sama sekali dalam aspek ini oleh kerajaan hari ini?

iii. Jika benar RM29.852 bilion daripada projek ECRL dahulu bertujuan untuk membayar hutang 1MDB dan Jho Low, maka bukankah sepatutnya tiada sebarang perubahan jajaran atau penghapusan stesen ECRL yang terlibat sama sekali?

iv. Bukankah sepatutnya jika berlaku penyelewengan dalam perancangan kerajaan terdahulu, maka kita seharusnya akan dapat menyaksikan satu projek ECRL yang sama dengan harga kos yang berbeza? Satu dengan kos RM60 bilion (Najib Razak) dan satu lagi dengan kos RM44 bilion (atau 27 bilion menurut Sarawak Report).

v. Mengapakah Jho Low yang dituduh sebagai antara dalang di sebalik cubaan penyelewengan projek ECRL ini tidak dijadikan syarat supaya ditangkap dan diserahkan oleh China sebaliknya bebas bergerak dan mengoperasikan syarikatnya di Hong Kong seperti mana laporan Sin Chew Daily baru-baru ini?


Selagi kesemua persoalan ini tidak dapat dijelaskan, maka bolehlah disimpulkan bahawa laporan Sarawak Report pada 26 Julai 2016 itu adalah satu penipuan dan ahli politik Pakatan perlu berhati-hati dalam memetik sumber maklumat selepas ini – terutama sekali yang melibatkan kepentingan nasional kita.

Apa pun, setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan Pakatan kerana meneruskan projek ECRL ini. Ikhlas daripada saya, anak Terengganu dan Pantai Timur. - 19 April 2019.

Rabu, 17 April 2019

Penjelasan Kenapa Menteri Pertanian Melawat Ladang Rosyam Nor.

Ikram Al-Banjari | Menteri dicaci 'barua' kerana singgah ke kebun Rosyam Nor dan ini 5 sebab yang kalian perlu tahu.
 
Kecoh betul baru-baru ini apabila foto aktiviti YB Dato Salahuddin Ayub singgah menyantuni kebun buah-buahan milik artis itu viral. Baca poin-poin ini supaya kita jadi lebih 'celik'.



1. Apabila kita bercakap tentang industri pertanian, kita sebenarnya sedang bercakap tentang kestabilan pengeluaran makanan. Apakah ia cukup untuk menampung keperluan ? Itulah 'Food Security'.

2. Negara-negara jiran kita seperti Thailand, Indonesia dan Filipina sudah jauh ke depan dalam pertanian. Industri ini menjadi antara penyumbang terbesar kepada negara. Mereka sudah jauh meninggalkan kita.

3. Sebab itu sekarang, YB Menteri Pertanian kita amat komited 'turun padang' untuk melihat sendiri dan mendapatkan info yang lebih tepat mengenai permasalahan dan potensi yang ada.

4. Rosyam Nor bukan baru dalam pertanian, malah beliau juga pernah gagal sebelum ini dalam sektor begini. Namun, kerana minat tinggi beliau memberanikan diri sekali lagi untuk 'invest' dalam skala besar di Lanchang, Pahang.

5. Ladang Rosyam bukan baru dibuka kelmarin tuan-tuan. Sebaliknya, ladang buah-buahan beliau seluas 175 ekar ini sudah bermula sejak 9 tahun yang lalu di tapak tanah TKPM Swasta.

6. Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) merupakan salah satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuklah sektor swasta.

7. Pembangunan ladang-ladang TKPM ini melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pengusaha. Nak bagi mudah faham, Rosyam melalui syarikatnya Suhan Movies adalah salah seorang pengusaha tersebut.

8. Rosyam Nor telah menunjukkan contoh baik kepada pengusaha-pengusaha lain termasuk kita bagaimana konsep pertanian secara 'Integrated Farming' itu memang boleh dijayakan sekiranya diusahakan dengan betul.

9. Usaha beliau di tanah seluas 175 ekar itu memang terbukti berjaya dengan kombinasi ternakan kambing, buah-buahan dan sayur-sayuran.

10. Sebab itu apabila YB Menteri pergi ke Pahang, beliau aturkan oleh Jabatan Pertanian Negeri untuk ke ladang Rosyam Nor. Tidak ada agenda politik pun tuan-tuan.

11. Kehadiran YB Menteri (PH) ke ladang Rosyam Nor yang terletak di negeri Pahang (BN) itu menunjukkan bahawa Bapak Menteri kita memang betul-betul buat kerja dan mengenepikan fahaman politik. Inilah politik matang tuan-tuan!

12. Pandang dan lihatlah kejadian ini dengan mata hati yang jernih. Nescaya kita akan nampak sinar dalam industri pertanian negara yang selama ini suram. Berilah peluang kepada kerajaan untuk menyokong aspirasi perubahan.

13. Kalau semua benda kita nak politikkan, sampai bila pun negara sudah hendak maju. Aku tahu ramai antara penyokong PH marah, kononnya dulu mereka ditindas dan memepersoalkan kenapa sekarang perlu sokong pula selepas jadi kerajaan. Tak usahlah begitu.

Orang yang berjaya dan berwawasan akan selalu melihat kejayaan orang lain sebagai satu inspirasi. Jadilah orang yang senang melihat orang lain senang dan susah bila melihat orang lain susah.

Sudahlah. Ketepikan politik ekstrim, bersatulah untuk membangunkan negara bangsa yang kita sayangi ini. - 17 April 2019.

Najib Mangsa Konspirasi Jho Low - Peguam.

BICARA NAJIB | Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Razak merupakan mangsa konspirasi ahli perniagaan dalam pelarian Jho Low ataupun nama sebenarnya Low Taek Jho.
 

 
"Kami tahu pelanggan kami tidak bersalah kerana pelanggan kami adalah mangsa. Saya berani memberitahu anda bahawa dia (merujuk kepada Najib) adalah mangsa konspirasi Jho Low dan rakan-rakan," katanya kepada pihak media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

"Jadi beri peluang kepadanya. Anda perlu membuktikan bahawa dia adalah sebahagian daripada konspirasi Jho Low,"
katanya sambil tujukan kenyataan tersebut kepada pihak pendakwaan.


Semasa perbicaraannya siang tadi, Peguam Najib cuba mendapatkan maklumat berkaitan rekod perbualan di antara Pegawai Ambank yang bernama
Joanna Yu Ging Ping dengan Jho Low.

Rekod perbualan itu dirampas oleh Pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu operasi siasatan membabitkan dana SRC International yang diselewengkan. 

Kata Shafee rekod komunikasi itu akan menunjukkan samada Najib terlibat dalam jenayah (menyeleweng) itu ataupun tidak.

"Rekod komunikasi [transkrip] akan menunjukkan sama ada Najib terlibat dalam jenayah atau tidak.

"Dia disalahanggap. Dia adalah mangsa dan bukannya orang kena tuduh,"
katanya lagi.

Muhammad Shafee berkata transkrip komunikasi itu akan mendedahkan samada Najib terlibat dalam mengeluarkan arahan mengenai transaksi perbankan yang melibatkan akaun AmBanknya dan sekaligus mengetahui sumber wang tersebut dari mana.

"Sekiranya dia bukan sebahagian daripadanya ... dia tidak berada dalam jaringan itu, bagaimana anda boleh mengatakan sama ada dia mengetahui tentang sumber [wang] dan melakukan jenayah?

Itulah sebabnya mengapa kita mahu rekod komunikasi itu,"
jelasnya lagi. - 17 April 2019.

ECRL : 4 Soalan Untuk Kerajaan.

Shahril Sufian Hamdan | SETELAH U TURN TERKINI, KERAJAAN WAJAR TELUS MENJAWAB 4 PERSOALAN MUDAH BERHUBUNG ECRL
Kerajaan Pakatan Harapan telah memeterai perjanjian baru dengan kerajaan China untuk meneruskan pembinaan projek ECRL. Jika sebelum ini kos pembinaan ECRL adalah RM65.5 bilion, kini telah dikurangkan kepada RM44 bilion.


Sepertimana kata Presiden MCA, pengurangan kos ini tidaklah menghairankan kerana jajaran baru ini tidak lagi akan melalui kawasan Bentong yang memerlukan pembinaan terowong melalui kawasan bukit sepanjang 18 kilometer, pengurangan jarak dan beberapa buah stesen serta lanjutan tempoh pembinaan dari jangkaan awal pada tahun 2024 kepada 2026.

Walau bagaimanapun, perjanjian baru ini juga menimbulkan banyak persoalan yang memerlukan jawapan yang ikhlas dari kerajaan.

1) Jika sebelum ini operasi dan penyelenggaraan ECRL selepas siap adalah 100% kendalian syarikat milk kerajaan (MOF Inc), perjanjian baru menyaksikan perkara ini akan dikongsikan secara bersama (50:50) dengan syarikat China. Harus diingatkan pengangkutan adalah aset strategik negara. Kalau dulu China lebih mirip kontraktor pembina dan peminjam dana sahaja - itupun dulu mereka tuduh kita jual negara. Sekarang sudah jadi rakan kongsi dalam pengoperasian. Adakah dengan perkongsian 50:50 ini akan meletakkan aset strategik negara ini dalam apa-apa risiko pada masa hadapan?

2) Kerajaan masih belum memuktamadkan jumlah pinjaman yang akan diperolehi dari China-EXIM Bank. Kerajaan sendiri telah mengakui bahawa perjanjian sebelum ini hanya merangkumi kos pembinaan Fasa 1 berjumlah RM39 bilion. Bilakah jangkaan perjanjian baru akan dibuat dan adakah terdapat kemungkinan kadar faedah akan dinaikkan dalam perjanjian baru nanti?

3) Jajaran baru tidak lagi akan melalui kawasan Bentong dan Gombak yang sebelum ini merupakan kawasan yang dijangka mendapat 'ridership' yang paling tinggi. Jadi apabila laluan diubah melalui Negeri Sembilan, berapakah jangkaan 'ridership' harian ECRL apabila siap kelak?

4) Perdana Menteri sebelum ini pernah menyatakan kerajaan pernah ditawarkan kos pembinaan ECRL berharga RM10 bilion sahaja. Apa yang telah terjadi dengan tawaran ini dan mengapakah ianya tidak diterima oleh kerajaan? - 17 April 2019.

Nilai Ringgit Paling Lemah Di Asia Lapor Bloomberg - Ini Rangkuman UIasan Ekonomi Pro Pembangkang.

KHAIRUL AZRI | Apa kata UBS Group AG, sebuah bank pelaburan terkenal antarabangsa dari Switzerland mengenai keadaan ekonomi Malaysia.



Soalan : Apa 'masalah' (ekonomi) Malaysia ini?

Jawapan : Suasana kemelut politik di dalam negara (Malaysia) akan menyebabkan tak ada satu benda pun yang akan diselesaikan. Dari sudut kaca mata ekonomi, negara tersebut tidak akan dapat bergerak ke hadapan. Ini berdasarkan, kerajaan mereka yang meletakkan bajet kerajaan bersandarkan harga minyak dunia pada harga $70/setong.

Walaupun harga Brent(Standard minyak mentah dunia) sudah menyentuh harga $70, akan tetapi harga purata bagi komoditi itu adalah jauh di bawah harga tersebut yang mana akan menyebabkan defisit akaun semasa oleh kerajaan Malaysia adalah lebih tinggi daripada jumlah defisit yang dianggarkan oleh mereka iaitu pada 3.4% sebelum ini.

Jika itu berlaku, maka ianya bermakna kerajaan terpaksa menurunkan atau mengecilkan semula perbelanjaan mereka, sekaligus akan menyebabkan ekonomi semakin mengecut dengan lebih teruk lagi.

Macam tidak ada jalan keluar untuk keadaan ini, namun dari sudut keadaan fiskal polisi, mereka kena mula berfikir untuk menyelesaikan masalah ini.

Mensifarkan GST sebelum ini adalah sebuah langkah yang tidak baik kerana ianya bermakna bahawa negara tersebut kini bergantung secara sepenuhnya kepada harga minyak, yang mana bermakna 30% daripada GDP nya adalah bergantung kepada minyak kerana langkah tersebut, yang mana ianya bermaksud jika harga minyak dunia jatuh dan tidak naik melebihi harga $70, maka ianya akan jadi berita buruk untuk negara itu.

NAJIB RAZAK | Bloomberg kata pelaburan asing sebanyak US$8 bilion (RM 34 bilion) akan ditarik balik dari Malaysia apabila kita ditendang keluar dari indeks global FTSE Russell setelah bon kita diturunkan penarafan.



Campur ini dengan dana US$1.9 bilion (RM8 bilion) dari Tabung negara Norway yang mereka umum akan keluarkan dari bon Malaysia.

Ini bermakna dana pelaburan asing sebanyak RM42 bilion pelaburan asing akan mengalir keluar lagi pada bulan-bulan mendatang.

Dah sepuluh tahun kedua-dua FTSE Russell dan Norway percaya dengan Malaysia.

Sekarang kedua-dua mahu belah. Agak sedih dan mengejutkan.

Ini akan meningkatkan tekanan ke atas ekonomi negara dan matawang Ringgit yang telah menerima gelaran "Asia's Worst Currency" untuk bulan ini.

https://www.bloomberg.com/…/malaysian-ringgit-staggers-afte…

ZEIN ISMA ISMAIL | Bloomberg kata pelaburan asing sebanyak US$8 bilion (RM 34 bilion) akan ditarik balik dari Malaysia apabila kita ditendang keluar dari indeks global FTSE Russell setelah bon kita diturunkan penarafan.

Campur ini dengan dana US$1.9 bilion (RM8 bilion) dari Tabung negara Norway yang mereka umum akan keluarkan dari bon Malaysia.

 
Ini bermakna dana pelaburan asing sebanyak RM42 bilion pelaburan asing akan mengalir keluar lagi pada bulan-bulan mendatang.

Dah sepuluh tahun kedua-dua FTSE Russell dan Norway percaya dengan Malaysia.

Sekarang kedua-dua mahu belah. Agak sedih dan mengejutkan.

Ini akan meningkatkan tekanan ke atas ekonomi negara dan matawang Ringgit yang telah menerima gelaran "Asia's Worst Currency" untuk bulan ini.

https://www.bloomberg.com/…/malaysian-ringgit-staggers-afte…

Semalam, Bloomberg telah menaikkan pangkat Bursa Saham kita dari "sole loser" di Asia menjadi bursa paling teruk dalam dunia untuk tahun 2019 ini.

Bukan senang untuk menjadi nombor satu di dunia. Tahniah kepada Menteri Kewayangan kita!

Bloomberg juga berpendapat bahawa Harapan untuk kerajaan PH menarik balik pelabur asing bagi memulihkan ekonomi semakin pudar setiap hari.

Manakala Bloomberg mengesahkan bahawa Bursa kita mencapai rekod tertinggi di bawah BN sebelum PRU14 tetapi kini sudah jatuh 14%.

Pasaran-pasaran saham di dunia sedang dalam keadaan "rally" ataupun dalam trend menaik.

Malangnya, Malaysia adalah satu sahaja yang jatuh.

Di mana kata kata pemimpin PH kata ekonomi kita semakin baik?

Benda boleh menipu, buat apa cakap benar?

SYED AGIL JAMALUDDIN | Bloomberg mendedahkan walaupun harga minyak dunia naik, tapi bursa tidak mendapat manfaat seperti sebelum ini

Bursa jatuh -14% berbanding May 2018, dan jatuh -3.5% sejak 2019

Lagi sekali, seluruh dunia dah mencatat kenaikan, tapi bursa malaysia sahaja yg rugi, sole-loser, dan tak ada apa-apa yg positif dlm 12 bulan akan datang kata Bloomberg

Harapan utk menarik pelabur asing mungkin hancur berkecai

Samsung Asset Management Co, kata pasaran malaysia tak akan ok, mungkin berpanjangan smpai 2020

Aberdeen Standard Investments, kata performance krjaan yg lemah memburukkan lg sentimen dlm pasaran

https://www.bloomberg.com/…/malaysia-s-stock-market-keeps-m…

SYAHIR | Charts daripada Bloomberg hari ni.



 
Ringgit jatuh menjunam ke paras 4.14 berbanding US Dollar, pasaran ekuiti Malaysia KLCI jatuh ke paras terendah sejak 2016.

Pasaran saham terburuk tahun ni di mana semua pasaran saham negara lain naik tapi hanya KLCI jatuh.

Ini semua salah BN.

Kah kah kah.

NAJIB SAAHARI | FTSE Russel mungkin tendang keluar Malaysia dari World Bond Index.

Bond dan Ringgit ni berkait rapat. Bila bond market tidak lagi menarik, pelabur bond ( asing ) akan mula menjual bond didalam pegangan mereka. Bila diorang jual bond tersebut, diorang dapat ringgit and dia akan tukarkan ringgit yang diorang dapat tu kepada duit mereka or USD (normally USD). Ini mengakibatkan MYR jatuh sebab supply banyak dan USD naik sebab demand banyak.

Tapi bila Bond Malaysia dikeluarkan ini tidak bermaksud fundamental kita lemah (Kerajaan jangan happy dahulu). Kita kena faham asas bagaimana index itu dibentuk. Index ini dibentuk mengikut betapa besarnya negara itu didalam bond market. Sebelum ni Malaysia adalah satu negara yang agak besar sebab itu Malaysia dimasukkan didalam component World Bond Index.

Bila mana ada negara yang lebih besar akan dimasukkan didalam index, Russel akan evaluate balik semua negara dalam tu dan akan pilih negara paling kecil exposurenya untuk dikeluarkan dan negara itu mungkin Malaysia. Negara mana yang nak dimasukkan dalam index tu? China. Bila China mula buka sistem ekonomi mereka, mereka harus dimasukkan dalam index atas sebab yang obvious ekonomi mereka besar.

Ini bukan benda baru. Zaman PM7 jadi PM4 kita pernah dikurangkan exposure dalam SEA equity index. Sebelum tu exposure kita sekitar 25%, lepas tu mula berkurang sehingga 3%. Kenapa? Sebab negara sekitar mula buka ekonomi mereka dan negara mereka dimasukkan kedalam index. Zaman PM 4 pernah jadi, zaman PM 7 jadi sekali lagi. Happen to be kedua-duanya orang yang sama.

Adakah implikasinya besar kepada Malaysia jika ini berlaku? Implikasinya besar sebab kebanyakkan Fund Manager jika tidak semua, mereka lebih gemar invest ikut index sebab performance mereka dinilai ikut index. Sama ada outperform index atau pon tidak. Untuk senang kerja dan performance akan selari dengan index, diorang ikut index. Performance tidak lari jauh. Hahaha.


Jadi bila Malaysia dikeluarkan dari index, FM akan juga menjual bond pegangan mereka dan beli bond negara yang masuk dalam index. Bila ini berlaku, selling pressure jadi dekat bond market mengakibatkan bond price jatuh dan yield naik. Bila yield naik, benchmark yield itu yang akan diikut untuk future debt. Bermakna hutang kita pada masa hadapan, interestnya akan tinggi sedikit. Zaman pendapatan kerajaan berkurang sebab tiada GST dan tiada buffer ni, benda macam ni boleh tambah beban kerajaan. Menteri dan wakil kerajaan sekarang bukan pandai nak handle masalah macam ni, cari admin FB Najib Razak lebih penting pada diorang. Itu pon tak pandai juga sebab tak tahu schedule post. Kahkahkah

Kita sambung lagi, FM ni cara dia nak invest senang je. Dia cari yang besar dan liquid (sebab tu to those who attend my class, saya selalu cakap go for branded stock kalau nak pergi global market) Baik dalam equity ataupon bond. Dia akan cari yang besar dan senang untuk dicairkan. In this case, Malaysia tidak cukup besar dan tidak liquid sebab tu ianya tidak lagi menarik perhatian FM.

Macam mana nak besarkan our bond market? Kerajan kena berhenti main naratif hutang kerajaan tinggi. Ini memberi gambaran yang kerajaan tidak lagi mahu berhutang dan seterusnya mengakibatkan our debt market size jadi kecil. Selain itu, govt revenue stream pon kena perbaiki supaya pelabur nampak kita capable untuk service hutang kita. Sistem percukaian yang lebih efficient kena diperkenalkan kembali, rebrand balik as VAT kalau taknak pakai GST. Bila buat macam ni barulah our debt market jadi besar dan liquid.

Seperti semua benda didalam dunia, index ini juga ada baik buruknya. Baiknya dia sebab memudahkan orang untuk monitor performance negara-negara yang besar ni dan buruknya dia ialah sebab pelabur (global bond investor) kebanyakkan main ikut je tanpa tengok real potential. Kerajaan kena pandai main along that line. On one hand try to make the size bigger and on the other hand try to convince investor that eventhough the size is small , but the potential is big.

Ianya susah but if u set your priority right, u boleh handle that matter. Melawan korupsi itu penting tetapi yang lebih penting is majukan negara. Main politik tak berapa penting sekarang ni, election 4tahun lagi. Main politik tu je letak tepi dulu, u sekarang kerajaan bukan parti politik. - 17 April 2019.

10 Transaksi Libatkan Jutaan Ringgit Ke Akaun Najib Dalam Tempoh 3 Bulan.

BICARA NAJIB | Terdapat sekurang-kurangnya 10 transaksi antara RM5 juta dan RM40 juta yang dikaitkan dengan akaun Ambank bekas perdana menteri Najib Razak, SRC International Sdn Bhd dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd.
 

 
Transaksi berkenaan berlaku antara 24 Dis 2014 dan 13 Feb 2015.

Jumlah itu didedahkan pegawai penyiasat Bank Negara, Azizul Adzani Abdul Ghafar semasa pemeriksaan balas oleh peguam Najib, Harvinderjit Singh pada hari ketiga perbicaraan Najib berhubung pengubahan wang haram dan rasuah yang dikaitkan dengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Azizul, 41, yang merupakan saksi kedua pendakwaan, memberi keterangan bahawa urus niaga melalui deposit dan pengeluaran itu ditunjukkan dalam dokumen bank yang diambil dari cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, di Kuala Lumpur pada 6 Julai 2015.

Azizul berkata dokumen bank yang memperincikan transaksi berkenaan diberikan kepadanya oleh pengurus cawangan, R Uma Devi, tanpa diminta beliau.

Harvinderjit: Uma Devi atas keinginan sendiri, memberikan dokumen bank tambahan sebanyak RM40 juta, RM5 juta, RM27 juta, RM39.7 juta dan RM10 juta (antara lain)?

Azizul: Betul.

Harvinderjit: Ini sukar dipercayai. Setelah berikan kamu dokumen pertama (pada pagi 6 Julai 2015), dia datang kemudian (pada malam yang sama) dan berikan kamu dokumen khusus yang memperincikan transaksi tersebut, dan kamu tidak pernah beritahu dia untuk mendapatkannya?

Azizul: Ya, saya tidak pernah memintanya.

Azizul berkata, pada awal pagi serbuan pukul 11 ​​pagi, Uma Devi menyerahkan dokumen bank yang disenaraikan, antara lain pembukaan akaun bank untuk Najib, SRC International dan Gandingan Mentari. Bagaimanapun, dokumen-dokumen ini tidak mengandungi butiran transaksi yang dipersoalkan.

Uma Devi menyerahkan dokumen bank lain pada pukul 9.15 malam pada hari yang sama, kata Azizul.

Saksi itu berkata dia membuat laporan polis selepas menyelesaikan serbuan kerana ia merupakan prosedur standard untuk berbuat demikian selepas setiap serbuan.

Ditanya oleh Harvinderjit sama ada sebarang kertas siasatan lain dibuka berhubung serbuan tersebut, Azizul berkata beliau tidak tahu.

Semasa pemeriksaan utama oleh DPP Suhami Ibrahim kemudiannya, Pegawai Jabatan Perisikan Kewangan Bank Negara Mohammad Nizam Yahya memberi keterangan bahawa beliau diberikan dokumen tiga akaun bank semasa Ihsan Perdana Sdn Bhd di Affin Bank cawangan Jalan Raja Chulan, di Kuala Lumpur pada 6 Julai 2015.

Saksi ketiga pihak pendakwaan itu berkata beliau menerima dokumen-dokumen itu semasa serbuan di bank perdagangan itu yang dijalankan di bawah Seksyen 37 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amlatfa) 2001.

Lelaki berusia 39 tahun itu berkata beliau telah menyerahkan borang pembukaan akaun; spesimen bentuk tandatangan; senarai penandatangan yang dibenarkan; borang keterangan pelanggan untuk ketiga-tiga akaun dan penyata akaun yang berkaitan dengan pembukaan akaun tersebut.

Beliau berkata beliau diberikan dokumen itu oleh Ketua Pegawai Perundangan Affin Bank dan Setiausaha Syarikat, Nimma Safira Khalid selepas memberi notis di bank itu pada jam 10 pagi. Nizam berkata beliau diiringi oleh dua pegawai Bank Negara yang lain.

Pemeriksaan balas terhadap Nizam oleh pasukan peguam bela Najib akan dilakukan ketika prosiding pagi esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

The Wall Street Journal sebelum ini menerbitkan dokumen mendakwa SRC International memindahkan RM40 juta kepada anak syarikatnya, Gandingan Mentari pada 24 Disember 2014.

Dana itu kemudiannya diserahkan kepada anak syarikat lain, Ihsan Perdan, pada hari yang sama.

Sebanyak RM32 juta daripada jumlah ini didakwa didapati dua hari kemudiannya dalam dua akaun Ambank milik Najib dalam dua bahagian RM27 juta dan RM5 juta setiap satu.

Kedua-dua urus niaga ini disokong oleh borang permohonan pengiriman wang AffinBank.

Mengikut borang permohonan pengiriman wang, pemindahan ke salah satu akaun Ambank adalah untuk "program CSR" (Tanggungjawab Sosial Korporat)".

Urusniaga seterusnya pada 2015 mengambil corak yang sama dengan dua bahagian sebanyak RM5 juta yang didakwa dipindahkan dari SRC International, masing-masing pada 5 Feb dan 6 Feb.

Kedua-dua bahagian RM5 juta itu kemudian dipindahkan ke Ihsan Perdana pada hari yang sama sebelum dipindahkan dalam satu transaksi sebanyak RM10 juta kepada akaun Najib pada 10 Feb 2015.

Ini juga disokong oleh borang permohonan kiriman bank Affin Bank. "Butiran pembayaran" juga disenaraikan sebagai "pemindahan dana untuk program CSR". - 16 April 2019.

DAP Dipersoalkan Kenapa Focus Kepentingan Satu Kaum Sahaja..

KAMARUL YUSOFF | ISU KAUM : MENGAPA PERLU ADA DWI STANDARD?

Banyak pihak yang bersetuju bahawa punca kekalahan terbesar PH dalam dalam tiga PRK terakhir di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau adalah kerana pengundi Melayu.

Begitupun, tidak pula kedengaran suara lantang pemimpin DAP yang mendesak pimpinan PH supaya melakukan sesuatu bagi meningkatkan sokongan pengundi Melayu kepadanya.


Sebaliknya, bila segelintir pengundi India mengubah sokongan mereka kepada BN dalam PRK Rantau baru-baru ini cepat pula Timbalan Setiausaha Agung DAP, V Sivakumar, bersuara.

Kata V Sivakumar, kaum India berasa kecewa kerana jangkaan mendapat peluang dalam sektor awam, perniagaan, pembinaan, pendidikan, pertanian dan sebagainya tidak dipenuhi.

PH, gesa beliau, perlu bertindak segera dengan memandang serius dan mengambil tindakan ke atas isu-isu yang membabitkan kepentingan kaum India, sebelum “nasi menjadi bubur”.

Kenyataan beginilah yang sebenarnya membuatkan banyak pihak merasa ragu-ragu bila DAP mendakwa ia adalah sebuah parti politik yang tidak memperjuangkan konsep perkauman.

Bukankah dwi standard namanya bila menolak perjuangan membela kaum Melayu atas alasan ia perkauman tetapi masa sama menerima pula perjuangan membela kaum India atau Cina? - 17 April 2019.

Najib Pertikaikan Ketelusan Projek Lebuhraya Pan Island Link 1.

NAJIB RAZAK | Saya terbaca banyak laporan media yang memetik beberapa NGO yang membantah keputusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang meluluskan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk pembinaan Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) di negeri ini.

Mereka mengaku tidak faham bagaimana kerajaan pusat boleh meluluskan projek ini.

Tetapi saya jangka bantahan-bantahan NGO dan orang awam tidak akan berhasil dan kerajaan Pulau Pinang tidak akan hentikan PIL ini.


PIL ini adalah satu projek ketika Menteri Kewayangan kita memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kos lebuhraya yang panjangnya 19.5km pada mulanya diumumkan sebagai RM7.5 bilion.

Sekarang harga sudah naik ke RM9.6 bilion bersamaan dengan RM492 juta satu km.

Selepas PRU14, kerajaan Pulau Pinang juga telah meminta dana RM1 bilion dari kerajaan pusat untuk memulakan projek ini.
http://www.astroawani.com/…/pinjaman-mudah-bantu-kerajaan-p…

Jika kita melihat peta lebuh raya PIL yang saya lampirkan, kawasan yang saya gariskan dengan warna oren di hujung lebuhraya ini ialah tapak projek pembangunan hartanah bernilai RM15 bilion yang telah dianugerahkan kepada syarikat konsesi terowong Pulau Pinang.
http://www.theedgemarkets.com/…/ewein-consortium-zenith-dev…

Erti kata lain, lebuhraya PIL ini dibina untuk menghubungkan projek pembangunan syarikat konsesi terowong dengan lapangan terbang Bayan Lepas.

Kalau kita panggil kroni, nanti ada orang marah.

Tanah untuk tapak ini telah diberi kepada syarikat konsesi ini oleh kerajaan Pulau Pinang sebagai bayaran RM6.3 bilion untuk projek terowong yang sehingga kini iaitu 6 tahun selepas projek dianugerahkan, masih tidak dapat siapkan laporan-laporan yang bernilai RM305 juta yang juga dibayar oleh kerajaan PH.
https://www.bharian.com.my/…/laporan-kajian-terowong-dasar-…

Oleh itu, mereka di Pulau Pinang yang kuat membantah lebuhraya PIL ini patut tahu bahawa projek ini tidak akan dihentikan.

Projek hartanah swasta yang bernilai RM15 bilion bukan main-main.

Lagipun kertas siasatan SPRM yang terbongkar baru-baru ini ada memetik beberapa pemimpin kanan DAP telah menerima wang rasuah untuk projek ini termasuk pemberian 10% dalam projek ini kepada sesuatu individu.

Jerit sampai hilang suasa pun kerajaan PH akan teruskan PIL. - 16 April 2019.

Selasa, 16 April 2019

Peguam : Pendakwaraya Perlu Buktikan 42j Yang Masuk Dalam Akaun Adalah Haram & Najib Tahu Tentangnya.

BICARA NAJIB | Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pasukan pendakwaan mesti membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyedari dana yang masuk ke dalam akaun Ambank miliknya berjumlah RM42 juta adalah berkaitan SRC International Sdn Bhd.
 

 
Beliau yang mengetuai pasukan pembelaan berkata, terdapat banyak transaksi yang masuk ke akaun bank, namun itu tidak dapat disahkan sama ada wang yang masuk ke akaun Ahli Parlimen Pekan itu adalah berasal daripada sumber haram.

“Duit yang masuk ke dalam akaunnya (Najib), adakah beliau tahu itu daripada sumber haram?

“Jika wang masuk ke akaun saya, adakah saya mempunyai pengetahuan penuh ia (wang) datang daripada sumber yang salah? Ramai pihak yang terlibat,”
katanya kepada pemberita di perkarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Ditanya lagi sama ada Najib perlu membuktikan bahawa beliau sedar atau sebaliknya mengenai sumber wang tersebut, Muhammad Shafee berkata ia adalah tanggungjawab pihak pendakwaan untuk berbuat demikian.

“Ini bukan beliau yang perlu tunjukkan, (sebaliknya) pihak pendakwaan perlu menunjukkan bahawa beliau (Najib) bersubahat dan ia sebahagian konspirasi. Ini tugas pendakwaan dan bukan kami (pasukan pembelaan).

“Itulah sebabnya saya katakan lebih daripada apa yang ditunjukkan, apa yang tidak ditunjukkan adalah lebih penting kerana terdapat lebih banyak dokumen yang tidak didedahkan,”
katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...