Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 15 April 2019

Bila Kaum India Pun Anggap Kula Keluarkan Kenyataan Rasis..

SOSMED | Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran menafikan mengeluarkan kenyataan berbaur rasis ketika berkempen di PRK Rantau pada jumaat lepas.

Menurut Kula;

👉 Kenyataannya telah diputarbelit dan dipetik diluar dari konteks

👉 Hanya mereka yang berotak sempit dan mempunyai kepentingan tertentu sahaja tidak akan bersetuju dengannya.


Respon netizens;





Tinjauan mendapati tak semua kaum cina dan india terbeli dengan penjelasan M.Kulasegaran dalam penafiannya itu.

Tambahan pula sehingga ke hari ini Kula enggan menjelaskan kenyataan yang manakah telah diputarbelit.

Sebaliknya beliau berkata;

👉 Menimbangkan tindakan saman.

👉 Dan berterusan menafikan telah mengeluarkan kenyataan rasis.



Tinjauan diruangan komen juga mendapati sekali lagi, tak semua kaum cina dan india terbeli dengan penjelasan Kula itu. Sebaliknya mereka mengulang-ulangnya (terutamanya netizens india);

👉 Selesaikan masalah gaji minima

👉 Selesaikan masalah kaum india

👉 Selesaikan masalah stateless

👉 Berhenti berpolitiking

👉 Mengaku dan move on, berhentilah menipu


Baca sini.

Ketika ini mengangkut M.Kulasegaran sebagai menteri bagaikan Pakatan Harapan membawa bebanan.

Ini bukan kali pertama Menteri Sumber Manusia terpalit dengan kenyataan kontroversi. Tahun lepas mengelar melayu pendatang juga pernah menjadi isu. Pada awalnya Kula menafikan ia namun selepas dikantoikan berkali-kali akhirnya memohon maaf.

👉 Imej YB Kula semakin dicemari dengan elemen rasis.

👉 Penafian dia tidak kukuh.

👉 Rakaman video merupakan bukti jelas.

👉 Kaum india perlu undi orang india - ini adalah kempen rasis. Seharusnya sebagai Menteri, Kula perlu mempromosikan undi calon yang boleh bekerja - melainkan Kula merasakan Streram tiada ketokohan dan tak mampu melaksanakan tugas, maka dia guna kad perkauman. Oh india kena undi india. Ada darah yang sama. 

👉 Lepas tu keluarkan ayat memujuk. Kula kata, bila kat Rantau makan kedai india je. Kedai cina dan melayu tak pergi. Kerana apa? Kerana nak sokong india. Bila lantik menteri india, india akan pergi menceritakan masalah kepada menteri india. Mereka tak cari menteri melayu dan cina. Mereka lebih suka menteri india - ini apa? Ini membayangkan Kula telah memberitahu kepada satu dunia orang india ialah bangsa yang rasis. Nak kaum dia jadi menteri, nak kaum dia jadi wakil rakyat sebab menteri cina dan melayu taknak bantu india ataupun kerana india lebih suka kepada menteri india, tak suka dengan menteri cina dan melayu ke?

👉 Dah kantoi setahap ini pun nak menafikan dan play victim lagi.

👉 Untuk kenyataan ini, terima kasih kepada Kula kerana buat orang melayu semakin meluat dengan Pakatan Harapan.

👉 Untuk memperbaiki ia, samada Kula minta maaf dan berhenti buat kerja bodoh ataupun letak jawatan. Atau lebih baik dipecat sahaja oleh Tun Mahathir.

👉 Kabinet Tun Mahathir hari ini caca marba kerana adanya menteri seperti Kula. Yang masalah sijil palsu, yang jenis suka menyibuk portfolio orang lain, yang jenis tak perform, dan suka cakap merapu - semua cukup, satu pakej yang lengkap bagi menampakkan betapa harubirunya pentadbiran Pakatan Harapan.

👉 Sudah sampai masanya Tun Mahathir buang si biol-biol dalam kabinet, tak usah memikul beban kerana akan menyusahkan Pakatan Harapan di kemudian hari. Ia memberikan kesan dari segi undi dan sokongan, tahu tak? Tambahan pula, selagi mana Kula tak menyelesaikan hal ini, sampai bila-bila pun ia akan jadi modal sebelah sana untuk mengkritik Pakatan Harapan dan beranggapan Pakatan Harapan berkompromi dengan budaya rasisma. Perlu difahami, menteri bangsa apa pun tak kisah, janji membawa wajah Malaysia. Kula gagal faham mesej ini. Dan terjemahkan pula secara salah ketika berkempen. Betul-betul merosakkan imej kerajaan hari ini.

👉 Hal Kula perlu ada penyelesaian yang muktamad. Tidak boleh separuh jalan. Tidak boleh terapung-apung. Kerana ia akan mengikat pergerakan Pakatan Harapan.

Fikirlah. Kalau rasa nak undi, nak kuasa, maka cantas la apa yang perlu dicantas. - 15 April 2019. 
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...