Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 15 April 2019

Rupanya Masa Zaman BN Kuota Haji VVIP Dijadikan Lubuk Bisnes...

AIMAN ATHIRAH | HAPUS 1500 KUOTA HAJI VVIP KEPADA MENTERI, MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI ADALAH TINDAKAN WAJAR DAN TERPUJI.

Antara pengumuman awal Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri selepas dilantik adalah menghapuskan Kuota Haji kepada VVIP seperti menteri-menteri Persekutuan, Menteri Besar dan Ketua Menteri. Jumlah keseluruhannya saya difahamkan kurang lebih 1500 orang.


Awalnya, saya sendiri agak terkejut kerana berpandangan apa salahnya kuota khas peruntukan vvip itu terus wujud sekiranya ia tidak menafikan hak orang lain. Yakni tidak termasuk di dalam peruntukan/ kuota biasa.

Rakan-rakan dari parti pembangkang juga ada yang menganggap tindakan dan keputusan dasar yang dikemukan oleh YBM Agama ini sebagai bodoh serta merugikan.

Justeru kerana, pada amalan sebelum ini, kewujudan kuota khas VVIP itu nanti akan membolehkan para Menteri memberikan kuota tersebut sebagai hadiah kepada aktivis-aktivis parti (kerajaan), hadiah kepada yang memerlukan dengan mengambil kira pelbagai faktor yang dianggap sebagai wajar mengikut budi bicara Menteri dan sekaligus sebahagian daripada previledge mereka sebagai Menteri.

Walau bagaimanapun, selepas diberitahu bahawa kuota khas vvip itu sebenarnya diambil daripada kuota biasa, dan secara tidak langsung mengganggu atau menafikan hak bakal-bakal haji yang lebih lama menunggu, saya akhirnya yakin dan percaya bahawa tindakan serta keputusan YB Menteri Agama adalah sangat wajar dan adil.

Apalagi bila mengetahui bahawa terdapat pihak-pihak tertentu yang menyalahgunakan kuota khas VVIP ini dengan menjadikannya sebagai bisnes.

Mengambil kira dasar baharu ini saja pun, rakyat hakikatnya memperolehi pelbagai kebaikan, keuntungan dan amal ibadah yang in shaa ALlah penuh keberkatan.

Tahniah YBM DS Dr Ustaz Mujahid Yusof Rawa & Team ! - 15 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...