Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 16 April 2019

Penjelasan Kenapa Isteri Menteri Pertahanan Merasmikan Kapal TLDM.

POLITIK | Isteri kepada Menteri Pertahanan, Muhammad Sabu telah dikecam dan ditroll netizens kerana merasmikan kapal TLDM, Kapal Misi Pesisir (Littoral Mission Ship, LMS) di China pada pagi 15 April 2019.


Pada isnin, portal tempatan melaporkan Upacara Pelancaran dan Penamaan Littoral Mission Ship (LMS) yang pertama bagi TLDM di Shuangliu Manufacturer Base, Wuchang Shipbuilding Industrial Group, Wuhan, China disempurnakan Normah Alwi, isteri Menteri Pertahanan dan turut dihadiri oleh Panglima Tentera Laut.

Kapal TLDM LMS yang pertama itu dinamakan sebagai KERIS - bersempena nama Kapal Ronda (Patrol Craft) Kelas Kris yang dilucutkan tauliah pada 1 Ogos 2005. KERIS yang juga senjata tradisional melayu, melambangkan simbol semangat pahlawan, perjuangan, keberanian dan kekuatan dalam menangkis serangan musuh. Kru LMS diharapkan mengambil simbol kekuatan KERIS ketika menjalani sesi latihan di China tak lama lagi.  

Menurut kenyataan MinDEF;

👉 Kontrak perolehan LMS telah dimeterai pada 23 Mac 2017 diantara Kementerian Pertahanan Malaysia dan BNSSB dengan kerjasama pihak CSOC, China.

👉 LMS merupakan sebahagian daripada kelas kapal baharu yang digariskan dalam program Transformasi 15-to-5 TLDM.

👉 Keempat-empat unit LMS ini akan menyertai Armada Timur dimana berperanan untuk menjaga kedaulatan perairan maritim Malaysia Timur dan menguatkan lagi barisan pertahanan negara. 

MinDEF turut menjelaskan tindakan Normal Alwi, isteri kepada Menteri Pertahanan merasmikan kapal milik TLDM adalah kerana;

👉 SOP. Ia adalah sebahagian dari tradisi tentera laut dimana isteri kepada orang kenamaan negara akan diberikan penghormatan untuk melancarkan kapal baharu yang bakal menyertai armada TLDM.

👉 Wanita yang melancarkan kapal ini bergelar 'Lady Sponsor'.

👉 Dan akan terpahat sebagai coretan sejarah kapal.

Di sosial media, rata-rata penyokong pembangkang memainkan isu ini adalah kerana laporan yang pernah tersiar di portal Suara Keadilan suatu ketika dahulu.

Portal itu memetik kenyataan Bekas Anggota Tentera yang mempersoalkan tindakan Rosmah merasmikan kapal TLDM yang bernama Gagah Samudera. - 16 April 2019.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...