Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 16 April 2019

Peguam : Pendakwaraya Perlu Buktikan 42j Yang Masuk Dalam Akaun Adalah Haram & Najib Tahu Tentangnya.

BICARA NAJIB | Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pasukan pendakwaan mesti membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyedari dana yang masuk ke dalam akaun Ambank miliknya berjumlah RM42 juta adalah berkaitan SRC International Sdn Bhd.
 

 
Beliau yang mengetuai pasukan pembelaan berkata, terdapat banyak transaksi yang masuk ke akaun bank, namun itu tidak dapat disahkan sama ada wang yang masuk ke akaun Ahli Parlimen Pekan itu adalah berasal daripada sumber haram.

“Duit yang masuk ke dalam akaunnya (Najib), adakah beliau tahu itu daripada sumber haram?

“Jika wang masuk ke akaun saya, adakah saya mempunyai pengetahuan penuh ia (wang) datang daripada sumber yang salah? Ramai pihak yang terlibat,”
katanya kepada pemberita di perkarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Ditanya lagi sama ada Najib perlu membuktikan bahawa beliau sedar atau sebaliknya mengenai sumber wang tersebut, Muhammad Shafee berkata ia adalah tanggungjawab pihak pendakwaan untuk berbuat demikian.

“Ini bukan beliau yang perlu tunjukkan, (sebaliknya) pihak pendakwaan perlu menunjukkan bahawa beliau (Najib) bersubahat dan ia sebahagian konspirasi. Ini tugas pendakwaan dan bukan kami (pasukan pembelaan).

“Itulah sebabnya saya katakan lebih daripada apa yang ditunjukkan, apa yang tidak ditunjukkan adalah lebih penting kerana terdapat lebih banyak dokumen yang tidak didedahkan,”
katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...