Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 14 April 2019

Duit Punca Ahli PKR Bergaduh Sesama Sendiri Di Bilik Gerakan PH. #PRKRantau

POLITIK | Ahli PKR yang bergaduh sesama sendiri di bilik gerakan Pakatan Harapan semalam dilaporkan berbuat demikian kerana masalah bayaran kempen.



Menurut kenyataan pihak polis;

👉 Lelaki berusia 50 tahun telah dicekik dan ditumbuk kerana bergaduh soal bayaran kempen.

👉 Lelaki itu cuba menjadi orang tengah bagi meleraikan pergaduhan di antara S. Streram dan ahli parti berhubung bayaran kempen.

👉 Bagaimanapun hal itu berakhir dengan insiden pergaduhan sebelum berjaya dileraikan oleh pihak polis yang tiba di lokasi kejadian.

👉 Polis juga membawa S.Streram keluar dari lokasi pergaduhan.

👉 Laporan polis mengenai kejadian itu telah dibuat oleh lelaki berusia 50 tahun itu dan kini polis sedang memburu 5 individu yang disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang individu yang dikenali sebagai Angah Labe mendakwa;

👉 Wang dijanjikan kepada pengundi luar kawasan yang balik mengundi di Rantau telah dilarikan oleh ahli PKR yang tidak amanah.

👉 Menurutnya wang itu bagi membiayai duit minyak dan duit tol pengundi jauh.

👉 Post itu yang telah dikongsikan sebanyak 400 kali setakat ini belum lagi menerima penafian rasmi dari PKR. 

Semalam Malaysiakini melaporkan insiden pergaduhan yang tercetus di bilik gerakan Pakatan Harapan, Bandar Ekar, Rantau.

Ahli PKR yang bergaduh sesama sendiri itu juga merampas telefon wartawan Malaysiakini dan mengugut wartawan untuk berhenti merakam jika tidak kamera mereka akan dirampas.

Ugutan itu turut disahkan oleh wartawan Malaysia Gazette yang turut berada di lokasi yang sama.

Menurut portal Malaysia Gazette, selain wartawan Malaysiakini, Malaysia Gazette, wartawan The Star dan semua wartawan dari media lain turut menerima ugutan yang sama dari ahli PKR itu. - 14 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...