Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 17 April 2019

ECRL : 4 Soalan Untuk Kerajaan.

Shahril Sufian Hamdan | SETELAH U TURN TERKINI, KERAJAAN WAJAR TELUS MENJAWAB 4 PERSOALAN MUDAH BERHUBUNG ECRL
Kerajaan Pakatan Harapan telah memeterai perjanjian baru dengan kerajaan China untuk meneruskan pembinaan projek ECRL. Jika sebelum ini kos pembinaan ECRL adalah RM65.5 bilion, kini telah dikurangkan kepada RM44 bilion.


Sepertimana kata Presiden MCA, pengurangan kos ini tidaklah menghairankan kerana jajaran baru ini tidak lagi akan melalui kawasan Bentong yang memerlukan pembinaan terowong melalui kawasan bukit sepanjang 18 kilometer, pengurangan jarak dan beberapa buah stesen serta lanjutan tempoh pembinaan dari jangkaan awal pada tahun 2024 kepada 2026.

Walau bagaimanapun, perjanjian baru ini juga menimbulkan banyak persoalan yang memerlukan jawapan yang ikhlas dari kerajaan.

1) Jika sebelum ini operasi dan penyelenggaraan ECRL selepas siap adalah 100% kendalian syarikat milk kerajaan (MOF Inc), perjanjian baru menyaksikan perkara ini akan dikongsikan secara bersama (50:50) dengan syarikat China. Harus diingatkan pengangkutan adalah aset strategik negara. Kalau dulu China lebih mirip kontraktor pembina dan peminjam dana sahaja - itupun dulu mereka tuduh kita jual negara. Sekarang sudah jadi rakan kongsi dalam pengoperasian. Adakah dengan perkongsian 50:50 ini akan meletakkan aset strategik negara ini dalam apa-apa risiko pada masa hadapan?

2) Kerajaan masih belum memuktamadkan jumlah pinjaman yang akan diperolehi dari China-EXIM Bank. Kerajaan sendiri telah mengakui bahawa perjanjian sebelum ini hanya merangkumi kos pembinaan Fasa 1 berjumlah RM39 bilion. Bilakah jangkaan perjanjian baru akan dibuat dan adakah terdapat kemungkinan kadar faedah akan dinaikkan dalam perjanjian baru nanti?

3) Jajaran baru tidak lagi akan melalui kawasan Bentong dan Gombak yang sebelum ini merupakan kawasan yang dijangka mendapat 'ridership' yang paling tinggi. Jadi apabila laluan diubah melalui Negeri Sembilan, berapakah jangkaan 'ridership' harian ECRL apabila siap kelak?

4) Perdana Menteri sebelum ini pernah menyatakan kerajaan pernah ditawarkan kos pembinaan ECRL berharga RM10 bilion sahaja. Apa yang telah terjadi dengan tawaran ini dan mengapakah ianya tidak diterima oleh kerajaan? - 17 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...