Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 16 Februari 2011

Benarkah syiah sesat?

Saya sebenarnya tak berapa gemar nak menulis topic ini. Apatah lagi menulis pula mengenai isu yang boleh di anggap sensitif oleh umat islam di malaysia. Akan tetapi saya juga merasa tidak tertahan pula  dituduh sebagai ahli syiah ataupun liberal semata-mata saya gemar kepada konsep menerima pandangan, berbahas, mencari titik persamaan, merungkai perbezaan dan akhir sekali menjalin persefahaman.

Ramai sungguh diantara kita cukup malas mencari ilmu tetapi mengharapkan ilmu datang bergolek-golek. Ramai juga di antara kita meletakkan tugas mencari ilmu adalah tugas orang tertentu manakala mereka hanya duduk menunggu sehingga ilmu tersebut sampai kepada mereka. Ramai juga diantara mereka seringkali kata berkata hidayah itu milik Allah swt tanpa pernah memahami bahawa hidayah takan datang bergolek kalau sendiri malas mencari. Bila tak dapat hidayah, disalahkan takdir [qada` dan qadar]. Alasan yang cukup mesra untuk mengubati kelemahan jiwa yang pemalas.

Gheezz.. tiba-tiba topic syiah menjadi begitu popular di malaysia. Dan tiba-tiba saya sedar bahawa bilangan masyarakat yang hipokrit tidak tertumpu kepada umno dan bn sahaja. Rupanya mereka lebih ramai dan wujud di mana-mana. Betapa hipokrit nya mereka bolehlah dirujuk kepada keratan printscreen di bawah ini ;





Sudah lihat? Disini saya berikan link kepada petikan printscreen yang saya amek untuk bacaan penuh masing-masing.


Pada asalnya di malaysia, amalan syiah sememangnya dibenarkan. Kenapa dibenarkan? Dibenarkan kerana amalan / ajaran syiah itu bukan sesat. Yang sesat itu pengamal syiah yang ektremis. Mereka yang sesat ini telah pun disahkan oleh ulama besar syiah jaafa' sebagai telah terkeluar / tergelincir dari iktikad syiah itu sendiri. Akan tetapi mungkin penganut yang sesat itu adalah majoriti di malaysia, maka tindakan mengharamkan amalan syiah di malaysia dibuat agar dapat membendung aktiviti yang akan menyesatkan umat islam. Walaupun ulama besar dari aliran jaafa',  zaidiyah dan dua aliran lain menafikan syiah terlibat dalam aktiviti penyelewengan akidah umat islam, malaysia tidak menyiarkan laporan tersebut. Saya mendapat maklumat pun dari penganut syiah di indonesia.

Di situ sudah wujud ketidakadilan. Tidak adil kerana mereka tidak memberikan ruang kepada syiah untuk membela diri. Mereka melemparkan pelbagai tuduhan dan meletakkan hukuman tanpa bicara. Tidak adil juga kerana penganut syiah bukan semua nya terpesong dari pegangan islam.

Baru-baru ini mereka sangat baik berceramah kepada saya ;

1. Jika ada masyarakat kristian yang tidak mengamalkan ajaran kristian yang sebenarnya, kita tak boleh salahkan kristian, sebaliknya itu masalah penganut itu sendiri.

2. Semua agama  mengajar kepada kebaikan.

3. Islam tidak mengajak kita membenci agama lain.

Haizhh.. ceramah memang hebat. Tetapi adakah mereka beriktikad dengan apa yang mereka ceramah kan kepada saya? Hanya Allah swt yang lebih tahu.

Syiah bukanlah agama lain. Syiah ialah aliran mahzab. Mereka pegang kepada Alquran, yakni islam. Di antara aliran syiah ada imamiyah [jaafa'], zaidiyah dan beberapa yang lain. Jika pengamal ahli sunnah wal jamaah berpecah kepada 4 mahzab, begitu juga dengan syiah. Mereka beriman kepada Allah swt dan rasul. Mereka membaca kitab Alquran [jelas Alquran tidak mampu di ubah oleh mana-mana manusia di dunia ini] yang sama seperti kita. Mereka juga bayar zakat dan pergi haji. Andaikata syiah itu sesat, saya rasa arab saudi sudah tentu menghalang pengamal syiah daripada menunaikan haji di mekah, tetapi nampaknya tidak.

Amalan syiah imamiyah dan zaidiyah dilarang tersebar di malaysia atas masalah akidah. Masalahnya benarkah pengamal/penganut zaidiyah dan immamiyah yang buat hal dalam insiden di malaysia? [menyeleweng dari akidah sebenar?]

Walaupun begitu saya masih tidak akan menyokong sebarang usaha untuk melakukan dakwah syiah di malaysia secara terbuka melainkan memilih untuk menghormati penganut syiah. Asas kepada perkara tersebut ialah ;

1. Rakyat malaysia menganuti islam yang bermahzab shafie'.

2. Perlu kepada satu mahzab bagi mengelakkan kecelaruan akidah.

3. Bayangkan jika syiah dibiarkan tersebar di malaysia, sudah tentu akan wujud perbezaan pendapat yang memungkinkan akan mengelirukan amalan/akidah umat islam di malaysia.

4. Jika amalan bebas bermahzab di benarkan di malaysia, akan terjadi kacau bilau yang mana manusia [umat islam] akan mengamalkan hukum ikut suka naluri. Contohnya hukum aurat mungkin ikut mahzab maliki, hukum bersolat mahzab shafie' dan begitulah seterusnya. Dan jika itu terjadi maka bukan kah itu seperti sudah membentuk mahzab yang baru pula? Sebab itu umat islam di malaysia kena disatukan atas satu mahzab iaitu mahzab shafie' yang paling dekat dengan ahlul bait dan ini diperakui oleh seluruh tamadun islam itu sendiri.

5.Dakwah islamiah juga akan senang dilakukan jika umat islam di malaysia beramal dengan mahzab yang sama.

Bila saya memberikan respon positif ke atas syiah di tuduhnya saya adalah penganut syiah. Ghizz.. jika saya memberikan respon positif untuk pengamal kristian, hindu dan buddha adakah saya semestinya penganut bagi agama-agama tersebut? Jika saya memberikan respon positif kerjasama PAS-UMNO adalah saya ialah talibarut najib pula?

Jika kita umat islam boleh bertolenrasi dengan penganut agama lain kenapa tidak boleh bertolenrasi dengan penganut islam yang bermahzab syiah?

Mereka  berkata orang-orang syiah hina ulama-ulama besar sunni, hina sahabat Rasullulah saw dan membunuh umat islam sunni.

Ghezz.. macam lah penganut agama lain tak hina islam dan membunuh umat islam. Mereka iaitu umat islam hipokrit suka membuat hukum mengikut kehipokritan mereka. Bila masa mereka suka untuk menerima mereka akan terima dan lampirkan pelbagai hujah bagi menguatkan dakwaan mereka. Dan bila masa mereka tidak mahu menerima, mereka akan berikan pula pelbagai dalil untuk menguatkan hujah-hujah mereka. Meskipun telah berulang kali di nyatakan, tiada lagi fatwa jelas yang diterima pakai oleh seluruh umat islam di seluruh dunia bahawa syiah itu sesat secara total dan mutlak. Jika tiada fatwa, maka mereka bersandarkan kepada nas apa yang membolehkan mereka menyesatkan kesemua pengikut-pengikut syiah pula?

Mungkin mereka lupa maka suka saya ingatkan bahawa iran juga termasuk dalam negara-negara OIC. OIC ialah Organization Islamic Countries. Iran mengangotai OIC sejak tahun 1969 sama seperti Malaysia. Jika pengamal syiah di iran itu sesat, maka adakah OIC itu sesat pula? 

Menganalisis syiah dari sudut sejarah yang telah bercampur baur memang tidak adil sama sekali. Apatah lagi mengadilinya dari skop ilmu yang sempit. 8 mahzab utama yang mana empat dari sunni dan empat lagi dari syiah diiktirafkan oleh seluruh dunia islam kini. Tak percaya? Baca sini.

Beberapa persoalan mengenai syiah bahawa syiah mengkafirkan para sahabat Nabi saw, syiah memfitnah Aishah r.a, syiah membunuh umat islam sunni sememangnya adalah berita benar. Namun masih tidak mewakili keseluruhan aliran pengamal syiah sepenuhnya. Syiah ektremis yang dimaksudkan sebenarnya sudah terhapus. Kalaupun masih wujud mereka adalah kumpulan minoriti yang tidak di iktirafkan. 

Perbezaan pendapat antara sunni dan syiah dalam beberapa perkara memang tidak dapat di elakkan. Namun kenapa tidak menjadikan perbezaan itu sebagai satu keindahan ilmu? Kenapa tidak di anjurkan perdamaian dan dialog antara sunni-syiah? Adakah lebih senang berkompromi dengan mereka yang berkitabkan suntingan sendiri seperti bibble berbanding mereka yang mengamalkan Alquran?

Apa masalahnya sehingga menghalang kerjasama erat sunni-syiah pula? Apa masalahnya umat islam islam sunni-syiah berkerjasama membanteras kezaliman? Apa asasnya menolak syiah bulat2 tanpa ada ruang kemaafan untuk mereka? Sedangkan Nabi saw ampunkan umat, tetapi kita pula memandai2 menjatuhkan hukum sesat dan kafir kepada keseluruhan pengamal ajaran syiah. [sesetengah individu di malaysia]

Allah swt telah berfirman ;

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." (QS An-Nisa': 48)


Nah, di sini sudah dibuktikan dengan jelas, Allah swt tidak akan mengampuni dosa syirik [besar]. Adakah penganut syiah menyembah tuhan yang lain selain dari Allah swt? [Untuk rekod : tiada tuhan yang lain selain Allah swt] Tidak. Terbuktilah pengamal syiah tidak mempersekutukan Allah swt, lalu apa masalahnya sehingga kita tak boleh buka pintu ahti nurani kita untuk merapatkan hubungan sunni-syiah pula? Kenapa mesti dicari titik perbezaan sedangkan kita dengan slumbernya membuka pintu sebesar-besarnya yang boleh kepada pengamal ajaran lain yang jelas menyekutukan Allah swt dalam lena dan jaga?? Kenapa?

Kenapa kita boleh memilih untuk bersangka baik kepada pengamal agama lain tetapi tidak kepada mereka yang beriman kepada Allah swt, Rasullulah saw, Alquran?Kenapa mesti kita memperbesarkan api prejudis sesama umat islam dan akhirnya melemahkan persatuan kita sendiri? Seringkali saya melihat umat islam begitu senang menyalah yahudi, freemason dan pelbagai lagi lah alasan demi alasan untuk menutup kelemahan mereka tetapi enggan membuka peluang dengan mengatasi kelemahan mereka dan menyelongkar kekuatan umat islam yang sebenar-benarnya.

Ghezz.. saya juga dapat tahu ada ahli agama kita [Jakim] siap membuka ruang dialog dengan pengamal syiah di london.. adehh.. apa pula dasar mereka kali ini bagi menghalalkan tindakan mereka, saya kurang pasti. Tetapi kemain liat untuk berikan pengamal syiah di malaysia ruang untuk berdialog bagi mencari titik persefahaman? Satu lagi hipokrasi?

Lakon wayang di malaysia sememangnya saya sudah lali. Saya masih ingat kisah-kisah yang berlalu ketika saya membesar. Kisah yang mana di antaranya memberikan kesan kepada pandangan saya kini.

13 tahun yang lepas, saya mempercayai dsai ialah peliwat, namun dengan keraguan. Berbekal keraguan itu saya mencari jawapan.
8 tahun yang lepas, saya mempercayai tgna adalah seorang yang sesat dan ektremis, juga dengan keraguan.  Berbekalkan keraguan itu juga saya menyelidiki jawapan nya.

3 tahun yang lepas, saya mempercayai pengamal syiah itu adalah sesat dan menyeleweng dari islam, juga dengan keraguan. Berbekalkan keraguan itulah saya mencari buku, guru dan sahabat pengamal syiah.

Adakah anda sepatutnya ragu-ragu untuk mempercayai bahawa syiah adalah sesat secara total setelah melihat printscreen di atas dan gambar di bawah ini?


nota : Pegawai jakim membuat lawatan kerja sambil belajar di Yayasan Alkhoei, london. [Syiah].

Ameno : Peringatan.. saya tiada minat nak melihat umat islam semakin merepek dengan perkara yang sudah menjadi sejarah. Sejarah adalah satu perkara yg dikenang agar kesilapan lepas boleh dijadikan iktibar, bukan menjadi sandaran untuk menceraiberaikan umat islam agar hilang jalinan kerjasama. Juga tidak minat membaca tuduhan bahawa saya adalah pengamal syiah kerana Allah swt mengetahui saya ialah sunni imam shafie'.

Share this

39 Responses to " Benarkah syiah sesat? "

  1. kerajaan malaysia mengikut ajaran yahudi sbab itu dy mngajar dlam buku skolah bhawa syiah ajran ssat.....x dnafikan syiah ad yg ssat,tpi x smua ssat.......lg 1 sbnrnya mazhab bkan mahzab....

    BalasPadam
  2. minta maaf ameno , izinkan saya guna aku kau sbb dah biase , bkn mksd kurg ajar.. ak mmg sokong ape yg blog kau wat.. berdakwah melalui blog dgn ape yg kau rase betol , sblom ni pon ak bace byk pos kau.. termasok politik2 , mmg ak sokong 100% tp bile smpai bab syiah ni , minta maaf la ameno.. berdasarkn sejarah , dn mcm mane , sape yg mgasaskn syiah 2 , bg ak dieowg ni wujud utk jatuhkn islam yg asl iaitu ahli sunnah wal jamaah. dan ape yg ak blajar dr kecik smpai besar pon , guru ak bgtau , kite kne berhati2 ngan org yahudi dan nasrani(kristian) , tp yg pling kita kne hati2 ialah org yg mngaku islam tp hakikatnye mreka lg bhaya , antara org yg guru ak mksdkn ialah syiah.. so ak xbrape sokong sgt la statement kau neh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  3. pendapat aku same macam anon 8.40pm.

    dan we cannot put syiah in the same group with other religions like christianity or buddhism sbb nye syiah in itself is not a religion, it is as you said, a sect from a religion which is islam. and in my view, we can and we should tolerate with other people from other religions rather than the believers of syiah because the non-believers do not know anything about islam, while syiah people know a lot about islam, and yet they still choose to have a different set of belief which i think is deviant.

    yes, they believe in the same God which is Allah. but so do muktazilah, jabariah, etc. but i don't think you would say muktazilah and jabariah can be accepted, right?

    and yes, i admit, my knowledge in light of this issue is really limited. thus, i hope that you could reply on this comment and please enlighten me where i'm wrong.

    BalasPadam
  4. mmg btol gak kate sedare....berape ramai pejuang islam sunnah yang pergi berperang menentang israel...yg saye tahu pejuang hizbullah telah berkorban menetang israel...negare islam sunnah hanye mampu mengutuk sahaja...mmg betul kite x boleh menyatakan mereka sesat secara bulat2...

    BalasPadam
  5. Serius..nilah blog plg sampah dan poyo skali..sebok nk ulas ini betul itu slh..dlm blog sendri ada iklan judi..ko xpyh nk jd ustad la woi..pompang2 bising lbh..ko punya page kbsb kat fb tu turup jela,hari2 artikel sampah..artikel sampah,komen2 atas ni lg la sampah

    -obi wan kenobi-

    BalasPadam
  6. bro,
    do checkout http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/02/jawapan-kepada-nik-aziz.html#comments

    ade 2 statement yg gua muskil

    1st statement no 10 yg memuji kamal artatuk

    2nd statement
    "Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar?"

    gua konpius wadaheck org tua ni ckp?comment sket

    BalasPadam
  7. ameno FAIL!

    http://blogserius.blogspot.com/2011/02/serius-fail-ameno-world-fail.html

    BalasPadam
  8. fOR both anom : do read this

    http://amenoworld.blogspot.com/2011/02/seriyus-fail-ameno-world-fail-ii-copy.html

    BalasPadam
  9. Penghujung abad pertama Hijrah berlaku beberapa fahaman menyebabkan kafir mengkafirkan sesama islam dan sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat islam serta muncul beberapa mazhab yang cuba mentajsimkan atau mentasyhbihkan sifat ALLAH sehingga terpesong dari akidah islam, beberapa mazhab yang dapat penulis kongsi disini antaranya:

    Qadariah

    Qadariah dinisbahkan dari perkataan Qudrat. Golongan ini beriktikad bahawa segala perbuatan manusia itu samada baik atau buruk adalah lahir dari usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri, tiada hubung kait dengan kuasa ALLAH, pengasas mazhab ini ialah Ma’bad ibn Khalid al Juhani dan Ghailan al-Dimasyqi. Mazhab ini lahir di Basrah oleh sebab pertikaian umat islam tentang persoalan qada dan qadar ALLAH, nama mazhab ini diambil dari al-qadar. Mereka mengatakan bahawa segala usaha dan perbuatan manusia itu terjadi dengan kehendak mereka sendiri. Antara lain mengenai iktikad qadariah ini ialah:

    a. Manusia bebas melakukan sesuatu mengikut kemahuan yang kesannya adalah dari manusia, akan tetapi dengan qudrat yang diberikan ALLAH kepada manusia.

    b. Percaya ALLAH tidak membuat apa-apa takdir kepada manusia
    Iktikad ini tidak tepat kerana setiap perbuatan manusia kebanyakan tidak tercapai dimana jika manusia itu berkuasa mestilah tiada yang sakit, hidup kemiskinan sengsara dan sebagainya. Fahaman ini adalah melampau sama sekali.

    Jabariah

    Berasal dari perkataan al-jabr atau jabrun yang bermaksud tergagah atau digagahi. Muncul di Kufah pada zaman pemerintahan Umaiyah yang dibawa oleh seorang lelaki bernama Jaham ibn Safuan dari Khurasan, mazhab ini beriktikad bahawa manusia itu dipaksa dan digagahi sepenuhnya oleh ALLAH, manusia itu langsung tidak berkemampuan melainkan ALLAH dan manusia seperti kapas dan debu yang ditiup angin. Segala buruk dan baik itu ALLAH yang melakukannya ke atas manusia. Antara lain mazhab Jabariah mengatakan:

    a. Syurga dan neraka tidak kekal kerana yang kekal adalah zat ALLAH sahaja, kekal yang di dalam al-Quran itu bermaksud lama sahaja

    b. Kitab ALLAH baru

    c. Allah tidak dapat dilihat pada hari akhirat kelak
    Ini kerana mereka berpegang kepada firman ALLAH:

    اللهُ Ø®َÙ„ِÙ‚ُ ÙƒُÙ„ Ø´َÙŠْØ¡ ٍ(الزمر 62)
    Terjemahan : ALLAH yang menciptakan tiap-tiap sesuatu….

    Muktazilah

    Berasal dari perkataan I’tazlaa yang bermaksud mengasingkan diri dari puak, lahir semasa kurun kedua Hijrah dan diasaskan oleh Wasil ibn ‘Ata’ yang keluar dari halaqah imam Hasan al- Basri yang tidak sependapat dengan gurunya tentang masalah dosa besar, bagi Wasil orang yang melakukan dosa besar tidak mukmin dan tidak kafir, akan tetapi mereka berada di satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain atas dasar tersebut mereka menubuhkan mazhab baru dan bergantung kepada 5 prinsip mereka iaitu:

    a. al tauhid

    b. al-Adl

    c. al-Wa’ad wa al-Wa’id (janji baik atau buruk)

    d. satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain

    e. al-Amr bi al-ma’ruf dan Nahy ‘an al-Munkar.

    Prinsip pertama (tauhid)

    - menafikan sifat azali ALLAH mengatakan semua sifat ALLAH itu baru

    - menafikan azali kalam ALLAH dan al-quran itu baru

    - ALLAH tidak dapat dilihat di hari akhirat

    Prinsip kedua (al-Adl)

    -manusia betanggungjawab ke atas perbuatan mereka dan ALLAH tidak mencipta perbuatan manusia samada baik atau buruk, hanya kudrat diberi kepada manusia untuk membuat pilihan melakukan atupun tidak, segala keburukan ALLAH tidak bertanggungjawab,dengan prinsip ini mereka menggelarkan diri mereka ahli tauhid dan keadilan.

    Prinsip ketiga (al-Wa’ad wa al-Wa’id (janji baik atau buruk)

    - golongan ini yakin bahawa ALLAH wajib tunaikan janjinya, amalan baik akan mendapat pahala, amalan buruk akan mendapar dosa dan ditempatkan di neraka,tuhan tidak boleh memungkiri janji, bagi mereka yang melakukan dosa besar mereka tidak diampun melainkan bertaubat,orang yang baik tidak boleh dihalang dari mendapat pahala.

    BalasPadam
  10. Prinsip keempat (satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain)

    Prinsip yang paling penting dalam Muktazilah,golongan ini beriktikad bahawa melakukan dosa besar selain syirik tidak mukmin dan tidak kafir tetapi mereka mengambil jalan tengah dengan mengatakan ‘fasik’. Maksiat bagi mereka terbahagi dua iaitu 1. Syirik: hukumnya kafir 2. Melakukan dosa besar hukumnya fasik

    Prinsip kelima (al-Amr bi al-Alma’ruf dan Nahy ‘an al-Munkar.)

    Berkait rapat dengan taklif hukum fiqh dan kepercayaan atau tauhid, mereka berdakwah kepada orang yang jahil dan sesat serta tanpa segan silu mereka melakukan hukuman bunuh walaupun sesama islam jika orang menyalahi pendirian mereka.

    Pengaruh dari ahli falsafah Yunani menyebabkan golongan ini melampau dalam tauhid dan tanzih dalam ajaran islam yang sebenar.

    BalasPadam
  11. Jabariah daripada perkataan jabar (terpaksa). Maksudnya ialah terpaksa melakukan perbuatan yang terhasil daripada perbuatannya. Sedangkan perbuatan itu datang daripada Allah. Hamba itu tidak berkuasa, tidak berkehendak dan tidak ada ikhtiar baginya. Yang sebenarnya melakukan perbuatan hamba itu ialah Allah.

    Jabariah ialah nama golongan yang berfahaman begitu. Mereka melampau dengan menafikan adanya kemampuan bagi seseorang hamba dan menafikan ikhtiar. Mereka berkata manusia itu sama seperti jamadat (benda yang kaku) seperti batu, kayu dan seumpamanya. Pada zahirnya sahaja kelihatan berbeza, tetapi pada hakikatnya sama sahaja.

    Kesimpulannya, perbuatan manusia itu dicipta oleh Allah seperti juga jasad mereka. Sekiranya setengah daripada sifal manusia itu dicipta oleh Allah dan sebahagian daripadanya diciptakan oleh manusia sendiri, maka berlakulah syirik dalam perkara af’al (perbuatan). Perkara ini bercanggah dengan kehendak Allah dan ikhtiarnya.

    Benih fahaman ini berasal daripada pegangan orang Yahudi. Kemudian, mereka mengajarkannya kepada orang-orang Islam. Orang yang pertama menyebarkan ajaran ini kepada orang orang Islam adalah Jaad bin Darham. Dia menerima ilmu yang sesat dan menyesatkan ini daripada orang-orang Yahudi. Jaad berjaya mendapat seorang murid yang menyebarkan fahamannya yang bernama Jaham bin Safuan.

    BalasPadam
  12. Seterusnya golongan Jabariah memasukkan beberapa penyelewengan yang lain ke dalam ajaran mereka.
    Para sarjana Salaf dan Khalaf menolak fahaman ini dengan sekeras-kerasnya. Antara mereka adalah sahabat Nabi Muhammad iaitu Abdullah bin Abbas. Beliau menegaskan kepada pengikut Jabariah, “Adakah kamu menyeru orang supaya bertakwa kepada Allah, sedangkan kamu menyesatkan orang-orang yang bertakwa. Adakah kamu melarang orang daripada kerosakan, sedangkan kerana rosak kamu lahirnya beberapa kerosakan. Wahai keturunan munafik, penolong orang-orang yang zalim dan penguasa masjid masjid kepunyaan orang-orang fasik. Sebenarnya daripada kamu lahir pembohong kepada Allah dengan meletakkan dosa yang dilakukan hamba kepada Allah secara berterang-terangan.”

    Hasan al-Basri berkata kepada golongan Jabariah yang berada di Basrah, “Sesiapa yang tidak beriman kepada Allah, qadak dan qadarnya maka sesungguhnya dia menjadi kafir. Sesiapa yang meletakkan dosanya kepada Allah dia juga menjadi kafir.

    Apabila golongan Jabariah bertapak di Nahawinah dan berleluasa di sana, Imam Abu Mansur al-Maturidi yang lahir pada abad yang keempat Hijrah berjaya mematahkan hujah Jabariah. Mazhab ini akhirnya berpecah kepada tiga kumpulan, mereka adalah:

    BalasPadam
  13. AL- JAHMIAH

    Pengikut Jaham bin Safuan. Dia melahirkan kesesatannya di Tarmiz. Dia bukan sahaja menaburkan ajaran Jabariah yang meletakkan dosa kepada Allah tetapi juga menambah dengan beberapa kesesatan yang lain, antaranya adalah:
    # Menyatakan syurga dan neraka itu binasa kerana tiada sesuatu pun yang kekal abadi.
    # Gerak-geri ahli syurga dan neraka itu akan berhenti kerana tiada tiap-tiap yang bergerak itu akan berhenti.
    # Iman itu ialah makrifah. Kufur itu ialah jahil mengenai Allah dan hakikat-hakikat Islam. Sekiranya demikian, orang Yahudi yang mengetahui sifat-sifat Nabi Muhammad boleh dianggap beriman.
    # Kalam Allah itu baru bukannya qadim (sependapat dengan Muktazilah).
    # Tidak harus berserah segala sifat kepada Allah, harus berserah segala sifatnya kepada hamba.
    # Menafikan melihat Allah pada hari kiamat. Menafikan Allah itu berkeadaan yang hidup dan yang mengetahui. Sebaliknya. Allah itu berkuasa mengadakan.

    BalasPadam
  14. AL- TABARIAH

    Pengikut al-Husin bin Muhammad al-Najam. Antara ajarannya adalah:
    # Bersama dengan golongan Muktazilah yang menafikan sifat ilmu, berkuasa, berkehendak, hidup, mendengar dan melihat.
    # Menafikan melihat Allah pada hari kiamat.
    # Kalam Allah itu apabila dibaca menjadi hak dan apabila ditulis menjadi jisim.
    # Iman itu ialah membenarkan. Siapa yang mengerjakan dosa besar akan mati dalam keadaan tidak bertaubat. Dia dibalas kerana dosa itu dan wajib dikeluarkan daripada neraka.

    BalasPadam
  15. AL- DIRARIAH

    Pengikut Dirar bin Amru, antara ajarannya ialah:
    # Yang diterima selepas wafatnya Nabi Muhammad adalah ijmak sahaja. Segala yang diambil daripada Nabi Muhammad secara ahad (tunggal) tidak diterima.
    # Adanya pancaindera tambahan daripada yang ada bagi melihat Allah pada hari kiamat.

    BalasPadam
  16. Dunia islam kini acknowledged syiah of 4 from 8 mahzab. if u deny my opinion that's okey, but if u object world decision.. why dont u write an objection letter to ulama2 besar di dunia. prevent lah orang2 syiah from tunai haji.

    BalasPadam
  17. Anom : Saya percaya guru anda memberikan ajaran yang betul, cuma awak tersalah tafsir. dia mengatakan ada kelompok syiah yang tergelincir akidah. tetapi dia tak pernah bagitau kesemua kelompok syiah itu sesat lagi menyesatkan

    BalasPadam
  18. Anom : Saya percaya guru anda memberikan ajaran yang betul, cuma awak tersalah tafsir. dia mengatakan ada kelompok syiah yang tergelincir akidah. tetapi dia tak pernah bagitau kesemua kelompok syiah itu sesat lagi menyesatkan

    BalasPadam
  19. mmg btol ape yg kau ckp ameno. tp ak ada 1 soklan la.. ni xde kne mngena ngan entry kt atas ni pon , heh ! boleh kau terangkan ciri2 dajal x?? mksdnye yg mata 1 bagai tu.. bole x?? sbb ak tgk sumber2 islam kau byk gak..

    BalasPadam
  20. AmenoWorld said: February 19, 2011 8:28 AM

    Anom : Saya percaya guru anda memberikan ajaran yang betul, cuma awak tersalah tafsir. dia mengatakan ada kelompok syiah yang tergelincir akidah. tetapi dia tak pernah bagitau kesemua kelompok syiah itu sesat lagi menyesatkan

    wahh sekarang sekelompok? tadi masa baca macam semua ko masuk sekali. wahh pandai ko bermain kata-kata. Inilah yang tak berkenan dengan minah ni. Cakap bukan main, pusing-belit-belit macam ular!

    BalasPadam
  21. hihiii!
    Sebarang yer cik adik. Dah cukup khatam ker untuk tulis-tulis bendalah sensitif gini? Fakta kebanyakannya kontras sehingga saya malu dan mengucap dua kali. Tolonglah cik puan, gunakan sedikitlah akal yang waras untuk menulis. Dalamilah ilmu sebelum menulis yang bakal menunjuk tahap intelek cik puan.

    BalasPadam
  22. Seterusnya golongan Jabariah memasukkan beberapa penyelewengan yang lain ke dalam ajaran mereka.
    Para sarjana Salaf dan Khalaf menolak fahaman ini dengan sekeras-kerasnya. Antara mereka adalah sahabat Nabi Muhammad iaitu Abdullah bin Abbas. Beliau menegaskan kepada pengikut Jabariah, “Adakah kamu menyeru orang supaya bertakwa kepada Allah, sedangkan kamu menyesatkan orang-orang yang bertakwa. Adakah kamu melarang orang daripada kerosakan, sedangkan kerana rosak kamu lahirnya beberapa kerosakan. Wahai keturunan munafik, penolong orang-orang yang zalim dan penguasa masjid masjid kepunyaan orang-orang fasik. Sebenarnya daripada kamu lahir pembohong kepada Allah dengan meletakkan dosa yang dilakukan hamba kepada Allah secara berterang-terangan.”

    Hasan al-Basri berkata kepada golongan Jabariah yang berada di Basrah, “Sesiapa yang tidak beriman kepada Allah, qadak dan qadarnya maka sesungguhnya dia menjadi kafir. Sesiapa yang meletakkan dosanya kepada Allah dia juga menjadi kafir.

    Apabila golongan Jabariah bertapak di Nahawinah dan berleluasa di sana, Imam Abu Mansur al-Maturidi yang lahir pada abad yang keempat Hijrah berjaya mematahkan hujah Jabariah. Mazhab ini akhirnya berpecah kepada tiga kumpulan, mereka adalah:

    BalasPadam
  23. bro,
    do checkout http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/02/jawapan-kepada-nik-aziz.html#comments

    ade 2 statement yg gua muskil

    1st statement no 10 yg memuji kamal artatuk

    2nd statement
    "Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar?"

    gua konpius wadaheck org tua ni ckp?comment sket

    BalasPadam
  24. mmg btol gak kate sedare....berape ramai pejuang islam sunnah yang pergi berperang menentang israel...yg saye tahu pejuang hizbullah telah berkorban menetang israel...negare islam sunnah hanye mampu mengutuk sahaja...mmg betul kite x boleh menyatakan mereka sesat secara bulat2...

    BalasPadam
  25. Jabariah daripada perkataan jabar (terpaksa). Maksudnya ialah terpaksa melakukan perbuatan yang terhasil daripada perbuatannya. Sedangkan perbuatan itu datang daripada Allah. Hamba itu tidak berkuasa, tidak berkehendak dan tidak ada ikhtiar baginya. Yang sebenarnya melakukan perbuatan hamba itu ialah Allah.

    Jabariah ialah nama golongan yang berfahaman begitu. Mereka melampau dengan menafikan adanya kemampuan bagi seseorang hamba dan menafikan ikhtiar. Mereka berkata manusia itu sama seperti jamadat (benda yang kaku) seperti batu, kayu dan seumpamanya. Pada zahirnya sahaja kelihatan berbeza, tetapi pada hakikatnya sama sahaja.

    Kesimpulannya, perbuatan manusia itu dicipta oleh Allah seperti juga jasad mereka. Sekiranya setengah daripada sifal manusia itu dicipta oleh Allah dan sebahagian daripadanya diciptakan oleh manusia sendiri, maka berlakulah syirik dalam perkara af’al (perbuatan). Perkara ini bercanggah dengan kehendak Allah dan ikhtiarnya.

    Benih fahaman ini berasal daripada pegangan orang Yahudi. Kemudian, mereka mengajarkannya kepada orang-orang Islam. Orang yang pertama menyebarkan ajaran ini kepada orang orang Islam adalah Jaad bin Darham. Dia menerima ilmu yang sesat dan menyesatkan ini daripada orang-orang Yahudi. Jaad berjaya mendapat seorang murid yang menyebarkan fahamannya yang bernama Jaham bin Safuan.

    BalasPadam
  26. Serius..nilah blog plg sampah dan poyo skali..sebok nk ulas ini betul itu slh..dlm blog sendri ada iklan judi..ko xpyh nk jd ustad la woi..pompang2 bising lbh..ko punya page kbsb kat fb tu turup jela,hari2 artikel sampah..artikel sampah,komen2 atas ni lg la sampah

    -obi wan kenobi-

    BalasPadam
  27. cuba penulis dalami semua fahaman syiah. cuba penulis pergi duduk di jordan. di sana ada satu saluran channel khas untuk syiah. sampaikan azan pun di tokok tambah penyaksian ali sebagai khalifah. syahadah syiah juga berbeza. rukun islam syiah juga berbeza. sila lah dalami lagi atau pun penulis delete sahaja entry ini daripada menimbulkan lebih banyak kekeliruan.

    BalasPadam
  28. admin ni stakat nak kopi and paste x payah la, bukan nye semua sumber yang kau rujuk tu betul, tak payah nak tunjuk pandai sangat la

    BalasPadam
  29. mcm kurang pengetahuan je kamu ni...pndai2 je ulas...

    BalasPadam
  30. ...."nak cari titik persamaan...jauhkan perbezaan..bersatu.." aku dah boleh catch point of mind kau ni..kau sebenarnya xde pegangan,,tu jer,,kau xde asas dlm meyakini sesuatu utk terus hidup..sikit2 kau nak 'bersatu..bersama.." membaby buta,,itu bukan bijak,,itu bodoh namanya,nampak mcm murni la..syiah-sunni bersatu,,bersangka baik..semakin byk kau tulis makin byk nampak cetek akal kau..point yg paling bodoh ialah 'kita lupakan sejarah..kita tgk yg sekarang ni..sejarah bukan sandaran.." ini brcakap mcm org gila,,dalam Al-Quran berapa byk kisah yg berbentuk SEJARAH..faham tak??..kan nampak tak cerdik kau tu..kau punya faham,kita lupakan sejarah syiah yg zaman nabi dulu,,kita bersatu dgn syiah di zaman sekaarang..poor mind la kau.,grup A sifatnya baik,,objektifnya juga baik..grup B jahat,,matlamatnya utk hancurkan grup A..and then kau dgn poor mind kau tu boleh pulak suruh grup A gi bekawan dgn grup B..yg jahat,buruk,sesat tu jelas..kita ASWJ bukan buta2 nak hukum syiah kafir ke ape ke..suatu yg jelas tak perlu nak sorok lagi...kalau xnak ditongsampahkan kau punya blog..stop menulis la..

    BalasPadam
  31. Kamu ni rajin menulis, tapi kurang pengetahuan. Lojik akal kamu yg cetek tidak boleh pakai. Maaf cakap lah, atau kamu sebenarnya sedang bertaqiyah?

    BalasPadam
  32. BENARKAH SYIAH SESAT?... Jawapannya "YA" dan "TIDAK". Ada bab dan perkara dalam Doktrin Syiah itu benar. Ada perkara dan perbuatan mereka itu kurafat. Ada juga perkara sejarah yang batil tetapi pada keyakinan mereka benar. Maka tidak heran Syiah itu memang sesat, tersesat dan menyesatkan. Tetapi Syiah bukanlah sebenarnya "SANG DAJJAL", seperti tuduhan yang banyak dilemparkan...

    BalasPadam
  33. WAHAI ORANG SYIAH, berhentilah memfitnah, mengkafirkan dan mencaci para sahabat dan istri Nabi Muhammad SAW. Allah SWT telah memuliakan mereka dalam Alquran dan Nabi Muhammad telah melarang kita untuk mencaci mereka dalam hadist beliau. Sungguh mencaci dan berkata kotor lainnya, apalagi terhadap orang yang sudah meninggal, dilarang Allah dalam Alquran dan hadist nabi. Tidakkah kalian alami perbuatan ini hanya mendatangkan keresahan hati.

    WAHAI ORANG SYIAH, hindarilah mempercayai fitnah bahwa Abu Bakar, Umar dan Ustman telah merampas kekhalifaan Ali. Lupakah kalian bahwa Ali sekalipun tidak pernah mengajarkan demikian, bahkan membaiat dan selalu menghormati mereka dan begitupun sebaliknya. Tidakkah kalian fahami bahwa fitnah keji ini selain bertentangan dengan Alquran dan hadist, periwayatannya juga tidak bisa dipertanggung jawabkan.

    WAHAI ORANG SYIAH, jauhilah kepercayaan bahwa sahabat-sahabat nabi telah membunuh Imam Husein. Tidakkah kalian mempelajari hadist dan sejarah bahwa terbunuhnya Husein karena perangkap khawarij dan Syiah untuk membalaskan dendam mereka terhadap Muawiyah dan anaknya Yazid. Tidakkah kalian sadar bahwa Yazid bin Muawiyah bukanlah sahabat nabi karena beliau lahir setelah wafatnya Nabi? Tidakkah kalian mengetahui bahwa terbunuhnya Imam Husein oleh Ubaidullah utusan Yazid karena provokasi khawarij dan Syiah, dan orang-orang Syiah yang mengundang Imam Husein untuk datang, meninggalkan Imam Husein ketika terbunuh di Karbala? WAHAI ORANG SYIAH, janganlah juga kalian meratapi ini, sungguh ratapan seperti ini bukan pula ajaran Allah dan Nabi Muhammad SAW.

    WAHAI ORANG SYIAH, berhentilah mengagungkan imam-imam kalian setinggi langit, mengangap mereka selalu benar, dan mengetahui ilmu ghaib. Lupakah kalian bahwa hanya Allah yang agung, selalu benar, dan mengetahui ilmu ghaib. Nabi Muhammad, manusia paling mulia akhlaknya, pernah salah sehingga diingatkan Allah dalam Alquran.

    WAHAI ORANG SYIAH, jauhilah ibadah taqiya / bermuka dua. Tidakkah kalian mengetahui taqiya tidak ada dasar hukum dalam Alquran. Allah dalam Alquran dan Nabi Muhammad dalam hadist beliau melarang salah satu sifat orang munafik ini.

    WAHAI ORANG SYIAH, tinggalkanlah hadist-hadist palsu yang bertentangan dengan Alquran dan hadist nabi. Sungguh Alquran dan hadist-hadist nabi tidak mungkin bertentangan.

    WAHAI ORANG SYIAH, patuhi dan utamakanlah Allah dan rasulnya Nabi Muhammad SAW.

    WAHAI ORANG SYIAH, kembalilah ke Alquran. Jauhilah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan Alquran, karena setiap perbuatan akan ditanya oleh Allah SWT. Sungguh Alquran adalah kitab pembeda, petunjuk bagi orang yang berfikir dan bertakwa

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum, tolong lah delete entry ini, entry ini boleh mengeliru kan pembaca,moga Allah memberi penunjuk kepada mu. Amin

    BalasPadam
  35. sinie pun ada..siap ada kaabah sendiri pulak..
    http://www.syiahsesat.org/puak-syiah-sesatselamatkan-diri-anda-dari-mereka/

    BalasPadam
  36. Delete je la n3 ni please.

    BalasPadam
  37. slm,,syiah sesat??sethu aku,,syiahh pown banyak cabang2nya,,mahzab2,,1 lgi,,kalo syiahh total sesat semuanyo,xkan tkoh2 alim ulama syiahh ada yg dikebumikn di TANAH tanah rasul2,,(baqi),,
    pastu yg org2 syiahh gi wat haji tu sesat gak keww??
    kan tu tanah haram daqi dijejak non muslim,
    aku asa pkara2 akidah camni patut dijelaskn trang nyata oleh pmmpin baik alim ulama utok mngelakkan prtduhan berat kapirr pada sedara2 seagama sndiqi,,bahaya2,,
    gerun2,,hrp pihak2 brtauliah x pejam mata lo dgn isu2 berat gini,wabak2 barah dlm umat,,huu,sip,,kongsi2 ajo,,slm smuoo,,;-)

    BalasPadam
  38. sip,bagi aku x semua syiahh tu sesat,,mgkin cabang yg sesat tu yg lbih menonjol dan punya majoriti or kuasa shingga mnengglamkn cabang yg benar,,
    mudhnya,serah ajo pada tuhan nuu kalo dh buntu sgt,,sama2 muhasabah la noo dgn kacau bilau akhir zman ni dgn ftnah2 brcambah2 dijdikn kpntngan sstngh pihak,,
    dan bagi aku,,aku tolak mentah2 jika syiah nk diamalkn di malaya ni wlaupown yg benar ajrnnya,,disini kita sudh cukop aman tnteram dgn pgangan as sunnah skian lama,,
    x prlula dikelirukn lgi dgn cabang2 lain yg penuh dgn kraguan dan mampu mmbgkitkn anasir2 ppchan umat,,,,
    bahay2,,hrp2 pihok2 brtauliah tgkas brtndak sblum mkin mrebak diam2 apa2 fhman pown yg selain aasunnah,,

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini [email protected]

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...