Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 18 Februari 2011

Khas untuk UPP : Keadilan untuk arwah Said.

Kisah neh berlaku semalam. Semalam aku tengok tibitree. Aku tahu mesti ramai yang booo aku sebab aku tengok tibitree padahal aku selalu condemn tibitree. Tapi sebenarnya mereka tak akan faham aku. Aku ada sebab kenapa aku tengok tibitree. Bagi aku kalau aku tak tengok tibitree, macam mana aku nak tahu apa yang tibitree tipu kat masyarakat malaysia? So.. niat aku suci murni as always. Heh

Kisah nya begini. Semalam kat tibitree beria-ria lah seorang UPP [Unit Polis Penyeludupan = neh makna yang aku reka-reka ikut suka ahti aku sebab malas nak pergi cari info makna sebenarnya] menceritakan detik-detik bagaimana seorang remaja berusia 19 tahun ditembak [masih hidup] oleh UPP atas faktor mereka nak mempertahankan diri. Okey. No hal. Kalau sungguh budak tue jahat dan nak serang UPP, aku rasa takde masalahlah UPP nak tembak budak tue [walaupun mereka sepatutnya boleh guna elektrik gun cam polis owang putih guna tue] atas alasan pertahankan diri. Tapi masalahnya benar ke budak tue nak serang UPP? Dan betul ke UPP menceritakan perkara yang benar? Sila lihat video dibawah ini ;


Dan ini pula keratan printscreen utusan malaysia mengenai isu di atas ;


Perkara ini timbul menjadi isu sebab ;

1. Arwah Said didakwa telah dibelasah hingga mulut berbuih sebelum di bawa ke hospital. Bukan seperti apa yang didakwa UPP sebelum ini menerusi media arus perdana.

2. Arwah Said bukan seorang penyeludup beras. Semalam sapa tengok berita dia ada cakap UPP menumpaskan kegiatan penyeludupan. Tapi nilai beras cuma ratusan ringgit je. [20 kampit ada berapa kilo?] Dah tue naik kereta kancil pula tue. Boleh bayangkan kereta kancil + 20 kampit beras?

3. Konon nya Anak saudara Said menyerang UPP [betul ke dia menyerang?] sebab marahkan bapa saudara nya dibelasah sampai mati oleh UPP. [Kena tunggu dia sihat dan membuat PC kelak bagi info lanjut].

4. Suratkhabar pula paparkan berita seolah-olah arwah Said ialah penyeludup [menerusi berita di atas] so ini telah menguris perasaan ahli keluarga arwah kerana sebenarnya arwah memang meniaga beras yang di ambil borong dari thailand. 

5. Kalau tengok berita kat atas pun dia tulis dipercayai.. so benda tue tak terbukti.. sahih. 

Ingat kes arwah aminulrashid? Kugan? Teo beng Hock? Semua nya tiada pengadilan. Dan demi mendapatkan pengadilan.. ada individu [aku rasa orang yang dekat dengan arwah dan remaja yang ditembak tue] telah membuka facebook group untuk menepis semua tohmahan, tuduhan dan persepsi negatif terhadap arwah Said.

Nak tahu info lanjut klik sini.

Ameno : Aku cukup risau nak deal dengan pihak penguatkuasa di malaysia.. rasa cam nyawa di hujung tanduk.. anytime kena bang-bang je..

Share this

6 Responses to " Khas untuk UPP : Keadilan untuk arwah Said. "

  1. susah nak percaya skrg ni..ntah betul ke tidak..tapi budak tu ada kat wad tempat aku keje..gaya macho..ha2..kan feymes skrg ni..

    BalasPadam
  2. tak boleh percaya polis ni sgt...sume benda nak diselindung..

    BalasPadam
  3. Pihak berkuasa skrg ni mmg dh teruk. Takkan tak faham2 lg....

    BalasPadam
  4. Dunia akhir zaman..polis mjd semakin kejam...Nauzbulillah...

    BalasPadam
  5. Dunia akhir zaman..polis mjd semakin kejam...Nauzbulillah...

    BalasPadam
  6. tak boleh percaya polis ni sgt...sume benda nak diselindung..

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini [email protected]

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...