Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 31 Ogos 2019

Melaka Bina Rumah Mampu Milik RM100,000.

RF8 MEDIA | Kerajaan Pakatan Harapan Melaka menunaikan janji menyediakan rumah mampu milik dengan harga tidak melebihi RM100,000 bagi memenuhi keperluan rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah.



Harga berkenaan dianggap antara yang paling murah di Malaysia, mengatasi harga rumah jenis sama di kebanyakan negeri yang ditawarkan pada RM150,000.

Baru-baru ini kerajaan negeri memeterai perjanjian usahasama antara Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dengan sebuah syarikat pemaju bagi membangunkan projek perumahan Kos Sederhana Rendah, Rumah Teres Mampu Milik dan Perumahan Bercampur di negeri itu.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pembinaan projek perumahan itu bakal melibatkan tanah seluas 20.068 hektar di Mukim Melaka Pindah, Alor Gajah.

“Pihak pemaju akan membina 33 unit (10 peratus) Rumah Kos Sederhana Rendah (RKSR) dengan harga jualan tidak melebihi RM100,000.

“Selain 60 unit (20 peratus) Rumah Teres Mampu Milik (RMM) dengan harga jualan tidak melebihi RM180,000 dan 335 unit (70 peratus) Rumah Bercampur seperti 56 unit Rumah teres, 34 unit lot kedai/pejabat, 50 Unit Rumah Berkembar, 178 unit Rumah Kluster dan 17 unit Rumah Banglo,” kata pada sidang media baru-baru ini.

Difahamkan, kerja-kerja pembinaan itu dimulakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh kelulusan Lesen Pemaju Perumahan dan Permit Iklan diperoleh. Pihak pemaju perlu menyiapkan projek ini dalam tempoh 24 bulan dari tarikh permulaan kerja-kerja pembangunan.

Dalam perkembangan berkaitan. Adly Zahari juga berkata, kerajaan negeri sedang mencari pelbagai inisiatif bagi membantu golongan B40 yang terbeban dengan kadar sewaan rumah tinggi.

Kerajaan Melaka yang dipimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) jelasnya akan mengkaji model-model baharu bagi menyediakan perumahan khusus dengan paras sewaan di bawah RM200 khususnya bagi yang sudah berumah tangga. - 31 Ogos 2019.

YB Hilang, Uncle Kentang Ambil Inisiatif Bantu Rakyat Kesempitan.

MALAYSIANGAZETTE | YB BATU HILANG, UNCLE KENTANG SETTLE MASALAH MASYARAKAT!
Kecoh di media sosial semalam apabila bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali Uncle Kentang menyeru orang ramai khasnya kawasan Jalan Ipoh supaya menderma bagi membantu sebuah keluarga India.


Chee Heng berkata, keluarga India itu memerlukan bantuan wang untuk mengebumikan mayat salah seorang ahli keluarga mereka yang meninggal dunia.
Bagaimanapun kerana terlampau miskin, keluarga itu tidak mempunyai wang sebanyak RM2,500 untuk kerja-kerja pengebumian serta upacara sembahyang kepercayaan Hindu.

Uncle Kentang yang mendapat tahu tentang perkara itu kemudian cuba menghubungi Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran semalaman namun panggilan itu tidak berjawab.

Keprihatinan umum menderma telah berjaya membantu keluarga itu menyelesaikan masalah mereka tanpa bantuan Prabakaran yang juga sepatutnya jauh lebih peka dengan keadaan menimpa penduduk di kawasan beliau.

Uncle Kentang kemudian memuat naik status dalam laman sosial sebentar sambil menyatakan keluarga itu telah mendapat bantuan untuk pengebumian pada hari ini.

Terima kasih ‘anak Malaysia’, mayat lelaki India yang tersadai di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) telah diambil dan akan di uruskan hari ini. Tidak perlu tunggu YB. Telefon YB pun tidak terjawab langsung.

“Maafkan YB, beliau (Prabakaran) terlampau sibuk lah. Terima kasih kepada semua penderma, semangat merdeka itu ada dalam diri masing-masing, terima kasih,”
katanya.

Walaupun kalah pada PRK lepas, namun Uncle Kentang terkenal dengan aktif dalam kerja-kerja kebajikan membantu sesiapa sahaja tidak kira latarbelakang mahupun warna kulit.

Dalam pada itu, pengamatan MalaysiaGazette mendapati rata-rata netizen juga mengucapkan tahniah kepada Chee Heng sambil memberikan beliau dorongan supaya kembali bertanding kerana benar-benar memiliki ciri-ciri seorang wakil rakyat.

Prabakaran juga dikritik kerana tidak menjalankan tugas hakiki iaitu menjaga kepentingan rakyat.

Bendera UMNO & BN Dikibarkan Di Sambutan Kemerdekaan Perlis.

SEMASA | Bendera UMNO dan Barisan Nasional dikibarkan oleh peserta perarakan dari Kontinjen Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Perlis malam tadi nampaknya mengundang kemarahan. 


Kontinjen MPKK Perlis dipersoalkan kerana membawa elemen partisan dan politik dalam sambutan kemerdekaan negara dan hal ini menjadi pertikaian dikalangan penyokong kerajaan khususnya sehingga Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Rina diminta untuk mengkaji semula kedudukan MPKK.

"MPKK INSTRUMEN POLITIK UMNO? TERIMA KASIH KERAJAAN PH.

Sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-62 peringkat negeri Perlis malam tadi telah dicemari oleh perarakan dari Kontinjen Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) seluruh negeri Perlis dengan turut sama membawa bendera (Parti Politik) Umno dan Barisan Nasional.

Ini suatu amalan politik sempit oleh kerajaan negeri Perlis di majlis yang tak sepatutnya dipolitikkan! Dan lupakah kerajaan negeri (atau punya sifat 'bodoh sombong') bahawa MPKK ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan melalui peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar?

MPKK bukanlah jawatan didalam struktur organisasi politik dan tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen/alatan politik bagi mana-mana parti pun baik Umno mahupun Pakatan Harapan, Mereka bekerja untuk rakyat, untuk kampung mereka.. dari siapa arahan ini datang ?

Menteri YB Datuk Seri Rina Mohd Harun digesa agar segera mengkaji semula kedudukan MPKK di negeri ini,"
tulis Syazwan Fahmi dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Rakaman video (lihat sini) yang menunjukkan insiden itu turut disertakan sebagai bukti. Ini adalah kali pertama sambutan kemerdekaan dicemari dengan bendera kepartian sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada Mei 2018. - 31 Ogos 2019.

Jumaat, 30 Ogos 2019

Henti Sebar Fitnah, Bas Mini Pink Tidak Akan Kembali.

RF8 MEDIA | Rapid Bus Sdn Bhd menafikan syarikat itu mencadangkan bas mini merah jambu akan kembali menjadi sebahagian pengangkutan awam di ibu negara Kuala Lumpur.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Muhammad Yazurin Sallij, syarikat itu belum memutuskan jenis bas yang akan digunakan dalam projek membaiki mutu perkhidmatan pengangkutan dalam bandar yang akan menjalani tempoh perkhidmatan percubaan pada 1 September hingga 29 November depan.

Sebelum ini, tular dalam kalangan warga net kononnya bas mini yang popular digunakan pada era 1980an – 1990an dan terkenal dengan kurang disiplin, tidak selesa serta padat akan digunakan di kawasan kejiranan sekitar Kuala Lumpur yang tidak ekonomik kepada operasi bas 44 penumpang sedia ada.

“Ia bukan pengenalan semula bas mini, tidak ada kata pengenalan semula,” katanya dipetik.

“Yang pasti bukan bas berwarna merah jambu. Buat masa ini kita belum muktamadkan lagi jenis bas apakah yang akan digunakan. Ini masih percubaan,” katanya.

Baru-baru ini, Rapid Bus mengumumkan perkhidmatan bas mini percubaan dari hab Bukit Indah ke Ampang Point menerusi Jalan Rasmi bagi menguji kesesuaiannya di kawasan kejiranan yang sempit, selain mendapatkan gambaran sebenar pengalaman perjalanan penumpang.

Bas mini itu boleh membawa 31 penumpang di dalam setiap bas dan akan beroperasi dengan kekerapan 15 minit (waktu puncak) dan 25 minit (luar waktu puncak) dari 5:30 pagi hingga 11:40 malam.

Yazurin berkata Rapid Bus tidak akan menggunakan bas-bas itu untuk masuk ke Kuala Lumpur, dan hanya akan digunakan di taman perumahan.

“Kita sebelum ini ada masalah untuk sampai ke jalan-jalan dan kawasan-kawasan kecil,” katanya.

Yazurin menjelaskan Rapid Bus dalam peringkat hendak mengambil maklum balas pengguna, dan percubaan ini untuk membantunya mengenalpasti pengguna yang akan menggunakan laluan itu.

Beliau menambah Rapid Bus juga akan mencuba pelbagai jenis bas. Menurut datanya, laluan Bukit Indah ke Ampang Point menerusi Jalan Rasmi mempunyai 24,000 penumpang sebulan.

“Kita akan kumpul data dalam masa tempoh 3 bulan ini. Maka dari situlah, kita akan buat perancangan lain, sama ada hendak beli bas, berapa jumlah bas yang hendak dibeli,” katanya. - 30 Ogos 2019.

Teruskan Boikot Barangan Bukan Muslim Kata Penceramah PAS.

POLITIK | Penceramah terkenal PAS, Ustaz Ahmad Dusuki Rani menolak pandangan Menteri Usahawan, Datuk Seri Redzuan yang kononnya tindakan memboikot produk bukan muslim tidak baik untuk ekonomi negara.
Ini susulan dari kempen besar-besaran yang dilakukan oleh kumpulan melayu yang mahu memboikot barangan keluaran cina khususnya.

Kumpulan itu menyebarkan beberapa poster yang tertera perkataan seperti "boikot barangan cina D4P", "senarai barangan keluaran cina", dan "senarai produk muslim".

Kempen boikot itu telah dilakukan sebelum GE14 diadakan namun semakin rancak dari hari ke hari sejak kebelakangan ini.

Menulis di Facebooknya, Ustaz Ahmad Dusuki berkata, meskipun kempen boikot itu tidak bagus kepada ekonomi negara sekular namun ianya bagus disisi agama.

Beliau juga menggesa agar orang ramai mengabaikan pandangan Menteri Usahawan dan terus melakukan boikot.

"Tak bagus kepada ekonomi negara sekular, tapi bagus di sisi Agama. Ummah semakin merapat, agama semakin subur, keberkatan semakin bertambah.

Pahala di sisi Allah semakin menambah, ayuh ummah!! Teruskan mengukuh ekonomi ummat Islam di bumi Malaysia ini, usah peduli terhadap menteri kerajaan sepenggal ini!!," katanya dalam kenyataan itu.

Sebagai rekod, kebanyakan yang mempromosikan boikot ini adalah dari kalangan pro pembangkang dan melayu. - 30 Ogos 2019.

Khamis, 29 Ogos 2019

Selangor Hilang RM1b Selepas TSKI Dikhianati - Abdul Muein Abadi.

Abdul Muein Abadi | SELANGOR HILANG RM1 BILION SELEPAS TAN SRI KHALID DIKHIANATI
Saya sebak. Tiga hari lepas, genap lima tahun Tan Sri Khalid Ibrahim dijatuhkan dari jawatan Menteri Besar Selangor pada 2014: Takdir Allah, jatuhnya Tan Sri Khalid Ibrahim akibat fitnah dan pengkhianatan politik PKR, rizab Selangor hari ini juga jatuh merudum dari sekitar RM3.3 bilion ketika era Tan Sri Khalid kepada hanya RM2.3 bilion. 


2. Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Menyaksikan. Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menjadi Menteri Besar Selangor dahulu telah menaikkan rizab Selangor dari hanya RM400 juta pada 2008 melonjak menjadi RM3.3 bilion pada 2014. (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-politik/terima-kasih-rakyat-selangor-tan-sri-khalid-ibrahim-44513).

3. Malangnya, selepas Tan Sri Khalid disingkirkan, fakta membuktikan bahawa hari ini hampir satu bilion ringgit rizab Selangor negeri terkaya di Malaysia telah lesap. (Rujuk: https://selangorkini.my/2019/07/rizab-selangor-catat-rm2-38-bilion-sehingga-30-jun/)

4. Maknanya, Tan Sri Khalid dahulu menambah rizab negeri Selangor sebanyak RM550 juta secara purata setiap tahun bersamaan RM1.5 juta setiap hari dari 2008 ke 2014,. Tetapi, selepas beliau dikhianati dan disingkir, setiap tahun dari 2014 hingga 2019 sebanyak RM200 juta rizab negeri Selangor jatuh secara purata, bersamaan dengan lebih setengah juta lesap setiap hari – lebih tepat lagi, RM547,945.21 sehari.

5. Sejarah tidak dapat didustai betapa ketika Tan Sri Khalid Ibrahim diasak fitnah dahsyat untuk menyingkir beliau, hanya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melalui Presidennya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang tampil menyokong Tan Sri Khalid demi kestabilan politik negeri Selangor dan juga kerana tiada sebarang salah laku yang mewajarkan Tan Sri Khalid dijatuhkan daripada posisi sebagai Menteri Besar (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-politik/abdul-hadi-sokong-abdul-khalid-kekal-mb-selangor-40450).

6. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa: “Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal. Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau” (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-politik/abdul-hadi-sokong-abdul-khalid-kekal-mb-selangor-40450).

7. Hari ini ternyata segala amaran Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tentang akibat menjatuhkan Tan Sri Khalid yang bersih dari segala anasir rasuah benar-benar terjadi. Ada yang menuduh kononnya pencapaian Tan Sri Khalid melonjakkan rizab Selangor adalah kerana wang kerajaan tidak dibelanjakan: sebaliknya, perbelanjaan kerajaan ketika itu meningkat dari RM1.1 bilion pada 2008 ke RM1.6 bilion pada tahun 2013 sahaja. Cara Tan Sri Khalid mentadbir bukanlah dengan tidak berbelanja, sebaliknya dengan menghapuskan rasuah, meningkatkan kecekapan, serta merangsang pertumbuhan ekonomi dan pelaburan. (Rujuk: http://www2.selangor.gov.my/petaling/resources/user_1/Budget%20Negeri/BELANJAWAN_NEGERI_SELANGOR_2014_19-11-2013.pdf).

8. Tan Sri Khalid Ibrahim bukan calang-calang. Anak Kampung Jalan Raja Abdullah, Kuala Selangor ini memiliki reputasi korporat yang cukup disegani; beliau bukan menyertai politik untuk menjadi kaya. Lihat sahaja senarai panjang pengalaman beliau ini: Ketua Pegawai Eksekutif di Permodalan Nasional Berhad (PNB) (1979-1994), Ketua Pegawai Eksekutif di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003), Penasihat Bank Pembangunan Islam (IDB) Jeddah, Pengerusi Dana Amanah Millenia Berhad, Ahli Lembaga Pengarah Sirim Berhad, Ahli Lembaga Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan, dan juga Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC). (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-politik/azmin-gagal-buang-bayang-abdul-khalid-di-selangor-169430).

9. Akibat susulan penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim ke atas rakyat Selangor mula tidak dapat dielakkan: kini beberapa program kebajikan di bawah Skim Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor yang dimulakan oleh Tan Sri Khalid dahulu seperti Skim Mesra Usia Emas, Tabung Kewangan Anak Selangor (Tawas) dan Hadiah Perkahwinan untuk Belia terpaksa ditamatkan oleh kerajaan negeri hari ini. (Rujuk: https://www.sinarharian.com.my/article/25634/EDISI/Selangor-KL/Abdul-Khalid-kecewa-sumbangan-khairat-kematian-dihentikan & Kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim 27 April 2019).

10. Malah bukan sahaja pemberian air percuma 20 meter padu kepada setiap isirumah – yang dimulakan oleh Tan Sri Khalid – dibatalkan, tarif air pula akan dinaikkan (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tarif-air-selangor-dijangka-naik-xavier-181627).

11. Kenapa tragedi sebegini berlaku? Tidak lain tidak bukan kerana sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu dikatakan tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri dengan cara merampas jawatan Menteri Besar Selangor – disokong pula Pengarah Strategi PKR ketika itu Rafizi Ramli yang galak menyusun ‘Langkah Kajang’ kononnya sebagai ‘game-changer’ dan ‘loncatan terbaik melangkah ke Putrajaya’ (launchpad to Putrajaya). (Rujuk: https://rafiziramli.com/2014/01/serampang-kajang-selangkah-ke-putrajaya/ ).

12. Dalam keadaan tiada angin, tiada ribut, dan rizab kerajaan negeri Selangor berada di kemuncak di bawah teraju Tan Sri Khalid Ibrahim, tiba-tiba kerusi DUN Kajang dikosongkan PKR untuk diadakan pilihan raya kecil – bagi tujuan membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam DUN Selangor untuk merampas jawatan Menteri Besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim. Inilah yang dinamakan ‘Langkah Kajang’.

13. Rafizi Ramli mereka cerita kononnya ‘Langkah Kajang’ adalah bagi menghadapi ‘kemungkinan Dato’ Seri Najib dipecat dan kepimpinan Umno jatuh ke tangan puak ultra yang berkiblatkan Tun Mahathir Mohamad’ yang akan melakukan ‘Permainan jahat melalui serangan bertalu-talu yang berkisar kepada isu agama dan perkauman untuk mengambil alih Selangor’ (https://rafiziramli.com/2014/01/serampang-kajang-selangkah-ke-putrajaya/). Sebaliknya kemudian Rafizi dan Anwar Ibrahim sendirilah yang bekerjasama dengan Tun Mahathir yang digelar ‘puak ultra’ itu.

14. Lebih dahsyat ialah fitnah setebal 91 muka surat Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution ketika itu kononnya salah laku Tan Sri Khalid Ibrahim seperti isu hutang Bank Islam, penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada Eco World dan projek pembinaan rumah mampu milik di Sungai Sering, Ukay Perdana.

15. Allah Maha Adil. Allah Maha Membalas. Selepas disaman dan diheret ke Mahkamah Tinggi oleh Tan Sri Khalid, Datuk Saifuddin selaku Setiausaha agung PKR akhirnya memohon maaf kepada Tan Sri Khalid tanpa syarat terhadap tujuh kenyataan fitnah yang menjadi subjek saman termasuklah isu Bank Islam, isu Eco-World, Kidex dan isu penstrukturan semula air Selangor itu pada Ogos 2015. (Rujuk: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/08/14/saman-fitnah-saifudin-khalid).

16. Namun begitu, Tan Sri Khalid Ibrahim enggan memberi laluan kepada objektif utama Langkah Kajang – untuk mengangkat Anwar Ibrahim (dan seterusnya isteri beliau Dr. Wan Azizah) menjadi Menteri Besar Selangor – dan seterusnya telah dipecat daripada PKR.

17. Akhirnya pada 2018 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan sebab beliau dipecat daripada jawatan Menteri Besar Selangor dan PKR pada 2014 kerana keengganannya menggunakan wang kerajaan negeri Selangor untuk kepentingan parti.

18. Tan Sri Khalid memaklumkan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu beliau menggunakan wang kerajaan negeri untuk mengadakan program dan kempen PKR:

"Saya dipecat daripada PKR kerana Anwar mahu pakai duit kerajaan negeri untuk menjalankan program parti. Saya tidak benarkannya kerana alasan yang mudah, kerana wang kerajaan negeri adalah duit rakyat. Tetapi mereka marah dan mempersoalkan bagaimana PKR akan menang (dalam Pilihan Raya Kecil Kajang) tanpa menggunakan wang dari rizab kerajaan negeri.

"Apabila saya enggan berbuat demikian, saya dipecat daripada parti. Tetapi saya lega kerana saya tidak lagi perlu memikul kepercayaan rakyat dan juga tidak mengkhianati kepercayaan mereka kepada saya sepanjang menjadi Menteri Besar. Hari ini, saya masih turun padang dan bertemu rakyat Selangor. Saya tidak ambil duit mereka dan mereka tidak ambil duit saya. Jadi kita berhubung baik”. (Rujuk: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/420707/khalid-ibrahim-dedah-mengapa-dipecat-dari-pkr ).

19. Malang bagi Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli ketika itu Langkah Kajang gagal kerana bukan sahaja Anwar didapati bersalah oleh mahkamah kerana meliwat, sebaliknya isteri beliau Datin Seri Wan Azizah pula dipintas oleh Datuk Seri Azmin Ali untuk mengambilalih jawatan Menteri Besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim (Rujuk: ‘Anwar bersalah liwat Saiful, mahkamah hukum penjara 5 tahun’ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-bersalah-liwat-saiful-mahkamah-hukum-penjara-5-tahun-31411).

20. Takdir Allah pasti ada hikmahnya. Akibat lobi Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli ke atas ADUN PKR & DAP Selangor, Tan Sri Khalid mengambil keputusan meletak jawatan Menteri Besar pada 26 Ogos 2014. Langkah Kajang bertambah hangat apabila Anwar Ibrahim (bersama-sama DAP dan dua ADUN PAS yang kini menyertai Parti Amanah) enggan untuk menurut perintah Sultan Selangor agar mengemukakan lebih daripada satu nama sebagai calon Menteri Besar. Istana Selangor melalui Setiausaha Sulit kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Mohamad Munir Bani menegur Anwar Ibrahim “Dia (Anwar) dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat atau menjejaskan imej Baginda”. (Rujuk: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/09/18/istana-tegur-anwar).

21. Penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim daripada posisi Menteri Besar Selangor telah membawa kepada beberapa perkembangan yang kurang enak; bukan sahaja rizab Selangor telah jatuh, tetapi isu air dan tanah terus membelenggu rakyat.

22. Dalam kes tragedi air Selangor sebagai contoh, ia berlaku tidak lain tidak bukan kerana akibat langsung dari tindakan kerajaan negeri selepas Tan Sri Khalid yang tunduk kepada pemegang konsesi SPLASH dengan membayar RM2.7 billion – SEPULUH kali ganda lebih banyak dari nilai yang sepatutnya (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/08/03/selangor-bought-splash-at-10-times-its-price-claims-khalid-ibrahim/).

23. Sebaliknya, Tan Sri Khalid Ibrahim dahulu hanya menawarkan untuk membeli ekuiti SPLASH dengan harga RM250 juta sahaja.

24. Allah Maha Mengetahui. Di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid, Selangor telah berjaya mengambilalih tiga syarikat konsesi iaitu Syabas, Abbas dan Punchak Niaga. Hanya SPLASH sahaja yang tidak sempat diambialih kerana ia menuntut tawaran pampasan yang lebih tinggi dari tawaran Tan Sri Khalid pada 2014 (Rujuk: https://www.utusan.com.my/berita/politik/azmin-dibidas-beli-splash-rm2-975b-1.403993).

25. Tidak cukup dengan penyelewengan ini, ada pihak cuba memfitnah kononnya Tan Sri Khalid pada tahun 2009 ada membuat tawaran sebanyak RM2.92 billion kepada SPLASH bagi nilai ekuiti syarikat tersebut: hakikatnya, tawaran RM2.92 billion yang Tan Sri Khalid tawarkan kepada SPLASH pada 2009 itu adalah jumlah KESELURUHAN pengambilan syarikat bukan setakat ekuiti sahaja (Rujuk: https://www.utusan.com.my/berita/politik/azmin-dibidas-beli-splash-rm2-975b-1.403993).

26. Begitu juga dengan isu penyerahan semula tanah di Ijok kepada LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd oleh kerajaan Selangor di bawah Datuk Seri Azmin Ali di mana menurut Tan Sri Khalid, tindakan kerajaan negeri menyerahkan kembali tanah di Ijok yang dirampas pada 2009 itu mengundang persepsi mencemarkan reputasi mereka.

27. Tindakan kerajaan Selangor di bawah Datuk Seri Azmin Ali ini mengundang persoalan kerana DUA keputusan mahkamah sebelum itu – iaitu di Mahkamah Tinggi (2013) dan Mahkamah Rayuan (2014) – sebelum itu memihak kepada kerajaan negeri Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim (Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/412393).

28. Persoalan seterusnya timbul apabila syarikat berkenaan menjual tanah-tanah tersebut dengan harga RM1.18 bilion (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/04/02/khalid-ibrahim-kecewa-dengan-penjelasan-isu-tanah-ijok/).

29. Secara tidak langsung, kesemua peristiwa yang membabitkan Tan Sri Khalid ini juga berkait secara langsung dengan perkembangan hubungan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Anwar Ibrahim.

30. Malangnya, meski pun segala fitnah terhadap beliau telah dibersihkan, namun tragedi fitnah dan tikam belakang politik PKR di Selangor menyaksikan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak lagi menerajui kerajaan negeri Selangor – malah prestasi Selangor merosot seiring dengan penyingkiran Tan Sri Khalid seperti mana jatuhnya rizab Selangor dari RM3.3 bilion (2014) kepada RM2.3 bilion (2019). Selepas tamatnya riwayat Pakatan Rakyat dan Tahaluf Siyasi PAS-PKR pasca Langkah Kajang, Tuan Guru Presiden PAS berusaha untuk mengetengahkan idea ‘kerajaan teknokrat’ yang secara tidak langsung mengingatkan rakyat kepada model pemerintahan Tan Sri Khalid di Selangor (2008-2014). PAS juga merumuskan ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera’ sebagai iktibar fitnah politik yang menjatuhkan Tan Sri Khalid.

31. Semoga Allah mengembalikan Tan Sri Khalid Ibrahim ke posisi yang selayaknya demi kemajuan negara.

Semoga Allah panjangkan usia Tuan Guru Abdul Hadi Awang demi kestabilan politik negara dengan panduan Islam.  - 29 Ogos 2019.

Skandal Terowong : Terbukti P.Ramasamy Kantoi Berbohong - Wee Ka Siong.

Wee Ka Siong | Awal tahun lepas, saya pernah mendedahkan mengenai nilai tanah yang diberi oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai bayaran untuk projek terowong adalah sebanyak RM1,300 satu kaki persegi.

Saya juga menjelaskan bahawa nilai tanah yang terletak ditepi pantai Lebuh Gurney adalah antara paling mahal di Pulau Pinang dan nilai ini semakin meningkat.


Ini bermakna setiap kali projek terowong tergendala, syarikat konsesi terowong akan mendapat manfaat manakala kos sebenar projek untuk rakyat Pulau Pinang sedang dan akan menjadi jauh lebih mahal berbanding kos RM6.3 bilion yang diberi oleh kerajaan negeri.

Pada masa itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy kata saya dalam khayalan dan harga tanah tersebut hanya bernilai RM475 satu kaki persegi - bukan RM1,300.

https://www.malaysiakini.com/news/416861

Masa itu juga saya cabar beliau supaya menjual tanah di lokasi itu kepada saya dengan harga RM475 satu kaki persegi tetapi dia tidak menjawabnya.

Hari ini, portal media The Edge melaporkan bahawa Maybank sedang menolong syarikat konsesi terowong itu untuk menjual sebahagian tanah yang diterima oleh syarikat konsesi sebagai bayaran projek terowong dengan harga RM2.83 bilion atau RM1,300 satu kaki persegi.

https://www.theedgemarkets.com/article/maybank-roped-penang-megaproject

Akhirnya terbukti bahawa saya betul dan P. Ramasamy telah berbohong.

Selain daripada membantu menjual tanah dengan harga itu, Maybank juga akan meminjam kepada pembeli tanah.

Baik sungguh hati Maybank! Menteri Kewangan tentu bersetuju.

Saya fikir P. Ramasamy tidak akan membalas kenyataan ini kerana dia pernah membalas bahawa dia hanya akan menjawab di mahkamah apabila beliau dan boss-boss dia dinamakan di dalam kertas siasatan SPRM sebagai antara pihak yang menerima bayaran dari syarikat konsesi terowong itu.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/27/saya-sedia-ke-mahkamah-kata-ramasamy-selepas-dokumen-bocor/

Walaupun dia tidak akan jawab tetapi di sini masih timbul persoalan :

1. Kenapa syarikat terowong itu tidak pernah dikenakan apa-apa denda atau kontrak mereka dibatalkan oleh kerajaan Pulau Pinang walaupun projek ini telah lewat bertahun-tahun?

2. Dengan pendedahan oleh The Edge hari ini yang membuktikan saya betul tentang nilai sebenar tanah itu, adakah ini bermakna kos sebenar projek terowong ini untuk rakyat benar-benar mencecah RM20 bilion seperti kiraan saya awal tahun lepas?

https://dapmalaysia.org/statements/2018/03/16/26744/

3. Kenapa Pejabat Peguam Negara masih belum mengambil tindakan terhadap 6 kertas siasatan kes terowong yang telah dikemukakan sejak awal tahun lepas seperti yang dijelaskan oleh pihak SPRM pada bulan Mac 2019 lalu?

https://www.sprm.gov.my/index.php/arkib-kenyataan-media/3283-sprm-buka-6-kertas-siasatan-berkaitan-projek-terowong-dasar-laut-pulau-pinang

4. Adakah seluruh barisan pemimpin DAP akan terus membisu tentang skandal ini yang semakin hari semakin jelas?

Enakmen Tukar Agama Anak Sepihak Perlu Ke Majlis Presiden PH.

RF8 MEDIA | Enakmen penukaran agama anak secara sepihak yang mahu dibentangkan di dewan Undangan Negeri Selangor digesa dibawa ke Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu.


Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat Biro Politik PKR semalam menyarankan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari agar memberi taklimat penuh kepada Majlis Presiden pada Jumaat ini, susulan bantahan parti komponen gabungan it di Selangor.

“Biro politik PKR telah mengadakan mesyuarat pada hari ini yang dipengerusikan Presiden PKR, Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, DAP Selangor menegaskan tidak akan menyokong sebarang rang undang-undang di Dewan Negeri Selangor yang membenarkan penukaran agama anak secara sebelah pihak oleh ibu atau bapa.

Amirudin berkata usul berkenaan masih perlu dibincangkan bersama rakan-rakan komponen PH, dan mungkin akan dibawa pada sesi DNS akan datang jika ada kepentingan.

Sementara itu, Fahmi berkata Amirudin juga memberikan taklimat berkenaan perkembangan terkini program-program bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) Selangor, termasuk program air percuma dan Skim Mesra Usia Emas, iaitu pemberian baucar beli-belah sebanyak RM100 setahun kepada golongan tua.

Biro Politik mengarahkan supaya program-program itu ditambahbaik secara berterusan bagi memastikan kumpulan sasar B40 sentiasa menjadi keutamaan, di samping pendanaan program yang perlu bersifat lestari.

Asyraf Wajdi Senaraikan 10 Sebab Kenapa Lim Guan Eng Perlu Berhenti.

KENYATAAN MEDIA | 10 SEBAB MENGAPA LIM GUAN ENG MESTI MELEPASKAN JAWATAN MENTERI KEWANGAN

1. YB Lim Guan Eng bertanggungjawab sepenuhnya dengan sandiwara yang dimainkan beliau bahawa negara bakal bankrap kerana hutang negara sudah melangkaui RM1 trilion hanya untuk mengaburi mata rakyat atas kegagalan PH menunaikan janji manifesto. Ini memberi kesan besar kepada keyakinan pelabur asing yang selama ini bergantung kepada maklumat rasmi Laporan Bank Negara Malaysia, Bank Dunia dan IMF yang semuanya melaporkan secara konsisten bahawa hutang negara hanya berjumlah RM686 bilion bersamaan 50.7% daripada KDNK ketika BN memerintah. 


2. YB Lim Guan Eng bertanggungjawab sepenuhnya kepada pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sehingga menyebabkan Kerajaan menghadapi kelompongan purata hasil sebanyak RM20 - 30 bilion setahun. Kelompongan ini juga menyebabkan Kerajaan PH terpaksa memperkenalkan cukai dan levi baru yang lebih membebankan sehingga menjadikan Malaysia dirasai pelabur sebagai tidak lagi kondusif untuk perniagaan. Kerajaan juga dipaksa menjual aset-aset bernilai tinggi negara sehingga RM20 bilion dalam tempoh masa 400 hari pemerintahan PH.

3. Penipuan YB Lim Guan Eng sewaktu menjawab di satu sidang Parlimen dengan mendakwa Wang Kutipan Hasil GST telah dirompak oleh Kerajaan BN terdahulu telah menyebabkan pelabur-pelabur hilang kepercayaan berkenaan tahap tadbir urus negara. Bursa Malaysia menyaksikan aliran keluar dana asing berterusan sehingga pernah mencecah RM38 bilion dalam tempoh sehari, bahkan Bursa Malaysia pernah mencatatkan kejatuhan teruk 270 mata dari 1864 hingga hari ini 1574 yang bersamaan kehilangan nilai aset sebanyak RM270 bilion. 

4. Aliran keluar dana asing yang berterusan lantaran kegagalan Lim Guan Eng yang terus angkuh mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab sehingga hari ini juga menyebabkan nilai Ringgit Malaysia terus jatuh berbanding dollar Amerika Syarikat sehingga ke paras RM4.20 bagi setiap 1 dollar berbanding RM3.80 bagi setiap 1 dollar pada sebelum PRU14. 

5. YB Lim Guan Eng telah membentangkan Belanjawan Kerajaan Persekutuan terbesar di dalam sejarah fiskal negara iaitu RM314 bilion, tetapi pada masa yang sama telah memotong dan membatalkan banyak bantuan-bantuan untuk golongan B40 seperti pemansuhan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), bantuan untuk nelayan, pesawah dan pekebun kecil. Beliau dilihat tidak berminat dengan pembangunan ekonomi luar bandar dan penduduknya yang rata-ratanya dari golongan B40.

6. YB Lim Guan Eng pernah mengugut industri dan perniagaan dengan pengenalan cukai-cukai baharu sekiranya kehendaknya tidak dituruti. Gejala ini menakutkan pelabur dan pembiaya. Pernah Lim Guan Eng ditegur Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin kerana tidak sepatutnya mengugut bank-bank untuk mengenakan cukai baharu jika arahannya untuk dipermudahkan kaedah pembiayaan perniagaan tidak dipenuhi.

7. YB Lim Guan Eng secara angkuh menggunakan kuasa sebagai Menteri Kewangan untuk menfitnah dan merendah-rendahkan Kerajaan-Kerajaan Negeri seperti Kerajaan Negeri Kelantan yang didakwanya tidak mempunyai dana untuk membayar gaji, Kerajaan Negeri Pahang mengalami kedudukan kewangan yang tenat dengan hutang RM3.1 billion dengan Kerajaan Persekutuan, dan Kerajaan Negeri Sarawak bakal bankrap dalam masa 3 tahun dibawah Gabungan Parti Sarawak (GPS). YB Lim Guan Eng gagal memahami dan sombong untuk menghormati semangat federalisme di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

8. YB Lim Guan Eng bertindak membuli dan mengugut Kerajaan Negeri Sarawak untuk membayar RM350 juta terlebih dahulu kepada Kerajaan Persekutuan sebelum beliau boleh meluluskan dan memulakan projek membaiki dan membina sekolah daif di Sarawak. Namun walaupun YAB Ketua Menteri Sarawak telah membayar RM350 juta sebagaimana yang didesak, ternyata YB Lim Guan Eng menipu dan masih melengahkannya dengan alasan mahu mewujudkan pula jawatankuasa diperingkat Kerajaan Persekutuan.

9. YB Lim Guan Eng telah menjarah dana Petronas dengan memaksa pemberian dividen khas sehingga mencecah RM82 bilion dengan alasan untuk membayar kembali tuntutan GST dan Cukai Pendapatan. Ini menjejaskan penarafan kredit Petronas oleh badan penarafan antarabangsa Moody's yang menurunkan penarafan Petronas daripada A1 kepada A2 pada 20 Jun 2019 sehingga menjejaskan prestasi kewangan dan daya saing Petronas.

10. YB Lim Guan Eng jelas tidak berintegriti kerana didedahkan menipu kelayakan profesional yang kononnya seorang Akauntan Bertauliah, sebaliknya hanyalah Akautan Percubaan. Semakan mutakhir pada Badan Akauntan Bertauliah berkenaan mendapati tiada nama Lim Guan Eng disenaraikan.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Rabu, 28 Ogos 2019

Tiada Liberalisasi Agama, Kristianisasi Dalam Pentadbiran PH.

RF8 MEDIA | NGO pro pembangkang diseru agar tidak mengelirukan rakyat kononnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) bertindak mengancam agama Islam di negara ini.


Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Sany Hamzan berkata sejak PH memerintah Putrajaya bermula 10 Mei tahun lalu belum ada bukti kerajaan mahu mengubah struktur negara seperti Perlembagaan Persekutuan atau melemahkan agama Islam

Katanya, tohmahan LGBT diberi ruang selesa atau Kristian dibenar menyebarkan dakwah hanyalah retorik politik. Sekiranya terdapat kebenaran dalam dakwaan tersebut, menurut Sany, rakyat boleh melaporkannya kepada pihak polis.

“Pembangkang hari ini perlu ada moral dan disiplin. Kita (PH) benarkan mana-mana pihak menyuarakan pandangan dan negara ini bebas amalkan agama masing-masing. Walaupun Islam agama rasmi tetapi kita tidak melarang pihak lain dengan kepercayaan mereka.

“Negara kita ada undang-undang. Kalau berlaku sesuatu yang tidak betul, sila laporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan. Bukannya gunakan helah (tuduhan melulu) untuk serang kerajaan.

“Umno-BN dan Pas perlu lebih terbuka. Jangan wujudkan keresahan Melayu. Kita perlu mengembalikan semula keyakinan bangsa bukannya melemahkan bangsa sendiri,” katanya dipetik Suara Keadilan.

Baru-baru ini NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mendakwa kerajaan PH seolah-olah tidak mengambil tindakan terhadap agenda kristianisasi dan liberalisasi yang meresapi pentadbiran negara.

Sehari selepas itu, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia (CCM) Hermen Shastri membidas pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang juga presiden Isma Aminuddin Yahaya kerana mendakwa liberalisme dan Kristianisasi menimbulkan ancaman terhadap Islam dalam konvensyen Ummah pada 25 Ogos.

“Ia tidak berasas dan bermaksud untuk menakut-nakutkan umat Islam agar melihat orang Kristian sebagai musuh.

“Ia hanya menunjukkan bahawa Ummah bankrap idea-idea dan oleh itu merasakan perlu menggunakan taktik sedemikian untuk memecahkan negara kita dan menimbulkan ketakutan antara agama,” katanya dilapor Malay Mail.

Bagi Sany Hamzan, gesaan Melayu bersatu mahupun agenda kristianisasi adalah tidak relevan kepada persekitaran pelbagai budaya seperti di Malaysia.

“Masyarakat kawasan Melayu hari ini tiada masalah. Saya sendiri duduk di kawasan yang pelbagai bangsa dan parti. Kami masih bersatu tidak ada isu perpecahan pun.

“Yang berpecah mungkin ketika isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad). Ramai Melayu berpecah kerana mereka mahu berhijrah, mereka tolak rasuah dan tidak mahu duit rakyat dirompak lagi,” katanya dipetik SK.

Sebaliknya Sany menyalahkan Umno kerana tidak mempersiapkan orang Melayu dari segi mental dan spiritual selama 60 tahun memerintah. Katanya, Melayu tidak sepatutnya takut dengan persekitaran mereka jika mantap dari segi ilmu agama dan ekonomi.

“Selama 60 tahun Umno buat apa? Kenapa kita (PH) memerintah timbul isu perkauman yang teruk? Kalau dulu Umno sering memainkan isu ini sekarang Pas juga beraksi dengan isu yang sama untuk gunakan senjata ini serang (PH).

“PH baru setahun lebih memerintah tetapi mahu selesai segala isu dalam masa setahun sedangkan bebanan 60 tahun yang ditinggalkan Umno tidak diambil kisah. Itulah propaganda pembangkang hari ini terhadap PH,” katanya lagi. - 28 Ogos 2019.

Focus Isu Punggung, Najib Tegur Laporan Malaysiakini

NAJIB RAZAK | Kadangkala saya tak faham dengan MalaysiaKini ini.


Tadi peguam saya buat penjelasan panjang lebar dengan media tentang kes SRC.
Banyak maklumat penting diulas oleh dia tapi yang dibuat tajuk berita utama oleh MalaysiaKini adalah punggung saya pulak!

Dulu saya pergi tandas, MalaysiaKini buat tajuk berita utama.

Saya pegang kamera henfon saya, dijadikan tajuk berita utama oleh MalaysiaKini juga!

Tadi peguam saya cuma kata bahawa dia risau dengan kesihatan saya kerana saya terpaksa duduk 4 jam hingga 10 jam setiap hari untuk 58 hari berturut-turut di atas kerusi itu.

Itu saja.

Kenapa perlu dibuat tajuk berita utama pulak?

Yang lagi penting diulas oleh peguam saya, tak nak lapor ke?

Tak payahlah fokus sangat pada punggung saya.

Bukan saya yang terlibat dalam video Sandakan itu pun.

Bumiputera Disingkir Dari Sime Darby Property, Gaji CEO Terlalu Mahal, A.Kadir Jasin Tuntut Jawapan.

Kenyataan Media | SYARIKAT BERKEPENTINGAN NEGARA SEDANG DIJARAH?
23 Ogos lalu cheGuBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin berkongsi dengan saya satu catatan beliau mengenai “kegiatan melobi dan memasukkan bukan Bumiputera bagi mengawal syarikat berkepentingan negara melalui lobi Kementerian Kewangan” yang “dilihat berleluasa” di mana “cap jari Tony Pua (Setiausaha Politik Lim Guan Eng)” dikatakan “berada di banyak tempat dan ia sangat perlu diperhatikan”.

Lebih khusus lagi disebutkan mengenai sebuah institusi yang menjadi medan membangunkan ribuan usahawan dan ahli korporat serta medan latihan ribuan korporat Bumiputera, iaitu Sime Darby, dikatakan sedang dijarah melalui penjualan aset strategik dan serangan ke atas Sime Darby Property.

Dakwaan spesifik yang dibuat adalah mengenai tindakan Lembaga Pengarah Sime Darby Property pada 15 Ogos 2019 menerusi campur tangan dari Kementerian Kewangan melantik Pengarah Eksekutif EcoWorld Development Group Berhad, Dato' Voon Tin Yow, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby Property. Didakwa bahawa CEO baru ini akan ditetapkan bakal memperolehi RM265,000 sebulan berbanding Pemangku CEO sebelum ini, Dato' Wan Hashimi Albakri Wan Ahmad Amin Jaffri , yang dikatakan hanya menerima RM62,000 sebulan. Tanya cheGuBard: Apa rasionalnya melantik bukan bumiputera yang bukanlah punya rekod yang sangat cemerlang dengan tanggungan setinggi RM265,000 sebulan?

Satu lagi isu yang disebutkan oleh cheGuBard adalah mengenai Sime Darby tidak memberikan ruang kepada profesional bukan Melayu sebelum ini di mana di peringkat senior management ia dikatakan dikuasai oleh bukan bumiputera (60%). Dakwa beliau, dengan kemasukan Dato' Voon Tin Yow ini dijangkakan jumlah senior management bumiputera bakal terus menyusut teruk malah perlahan-lahan Sime Darby akan berubah wajah.

26 Ogos lalu, pendedahan sama diulangi diulangi oleh Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin, dalam bentuk pertanyaan kepada Lembaga Pengarah Sime Darby Property:


(1) Adakah benar gaji Pemangku CEO sekarang (Bumiputera) dalam RM60,000 sebulan dan gaji yang dicadangkan untuk CEO baru (bukan Bumiputera) RM260,000 lebih?

(2) Adakah benar hanya 40 peratus pengurusan kanan Sime Darby Property terdiri daripada Bumiputera?

Agak pelik kerana:

(1) Sehingga ke hari ini Malaysia Kini yang sebelum ini cukup gemar melaporkan apa-apa kenyataan Datuk A Kadir Jasin masih belum melaporkan pertanyaan Datuk A Kadir Jasin ini.

(2) Sehingga ke hari ini Sime Darby Property melalui Ahmad Shahriman Johari, Head of Corporate Communicationsnya, masih belum mampu menjawab pertanyaan Datuk A Kadir Jasin ini.

Dr Kamarul Zaman Yusoff, UUM

Selasa, 27 Ogos 2019

Shafee Ikrar Heret Blogger Caci Najib Ke Muka Pengadilan.

MALAYSIAGAZETTE | Peguambela Datuk Seri Najib Razak kecewa dan marah dengan tindakan sebuah blog yang didakwanya menyebarkan fitnah berhubung kes perbicaraan bekas perdana menteri itu. Kes boleh diklasifikasi sebagai Menghina Mahkamah. 


Malah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya tidak menyangka blog yang enggan dinamakannya ketika ini bertindak menyebarkan fitnah kepada masyarakat umum khasnya tentang kes SRC International.

Jelas beliau, ketika ini pihaknya akan menghantar aduan kepada Peguam Negara, Tommy Thomas juga telah menyampaikan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali mengenainya kerana ia telah menjejaskan reputasi Najib.

“Saya akan cari blogger ini sehingga ke lubang cacing dan pastikan dia dijatuhkan hukuman penjara. Tidak akan sesekali berkompromi dengan penulisan seperti ini, pada saya ianya sesuatu yang sangat dahsyat sepanjang karier saya.

“Saya akan panjangkan isu kepada kepada AG, saya mahu tengok jika beliau ambil tindakan atau tidak kerana ini adalah sesuatu yang amat serius. Walhal perkara yang begitu ‘kecil’ sekalipun, Tommy cuba ambil tindakan terhadap saya dan anak guam saya sebelum ini.

“Jika tidak ada apa-apa dilakukan oleh beliau, saya tidak sesekali teragak-agak untuk ambil tindakan seterusnya.

“Saya mahu tengok blog dan blogger ini dijatuhi hukuman paling tegas. Banyak fitnah dan cerita tidak betul telah ditaburkan oleh blogger ini untuk di jadikan tatapan pembaca. Sesuatu yang tidak betul dengan gambaran buruk sekali.

Adalah sesuatu yang tidak patut, sebelum selesai kes ini, sebelum dijatuhi hukuman atau keputusan, blogger itu sudah jatuhkan hukumannya sendiri di mata rakyat. Apa punya blog apabila menulis pelajar-pelajar jurusan undang-undang tahun pertama sendiri akan tahu Najib bersalah daripada awal lagi.

“Blog ini juga menuduh pasukan peguambela mereka-reka bukti bagi kes dan banyak lagi fakta telah dimanipulasi. Pada saya, hukuman itu pasti, saya akan pastikan dia di penjara walau apa pun sebagai pengajaran kepada yang lain supaya jangan sekali melampau batas,”
katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus selepas selesai perbicaraan kes SRC International ditutup oleh pasukan pendakwaan dan diberikan masa sehingga 24 September ini mengemukakan hujah bertulis manakala 22 dan 23 Oktober untuk hujah lisan. - 27 Ogos 2019.

Punggung Sakit Kerana Kerusi Keras Hal Remehlah Najib, Kata Rafizi.

Rafizi Ramli | BILA PUNGGUNG NAJIB SAKIT

Saya jarang ambil tahu tentang hal ehwal ahli-ahli politik kebelakangan ini, tetapi hari ini ada berita yang menyayat hati.


Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, setelah hilang kerusi empuk di Putrajaya, kini bangku kayu di kandang tertuduh menyebabkan punggung Dato’ Seri Najib diberitakan sakit.

Dalam hal ehwal berkenaan kandang, saya banyak cerita lama. Kandang lembu pun saya pernah lawati, kandang tertuduh sudah jadi mainan.

Dato’ Seri Najib bernasib baik kerana dilayan baik tidak seperti kami ahli politik pembangkang di zaman beliau berkuasa. Beliau tidak perlu berkaki ayam, tidak perlu digari dengan rantai dengan tertuduh lain dan berjalan berangkai-rangkai, tidak perlu memakai pakaian seragam lokap berwarna ungu.

Turun naik mahkamah dan berada di kandang tertuduh adalah asam garam anak politik di zaman ini. Saya pasrah semasa saya melaluinya kerana itu jalan yang saya pilih.

Walaupun saya tidak mencuri satu sen pun duit rakyat dan berkaki ayam kerana mendedahkan skandal pencurian wang rakyat, saya tidak pernah membantah bila dikenakan gari dan berkaki ayam. Bila duduk di dalam kandang tertuduh, saya berasa lega dan tidak pun bimbang kerana saya tahu saya tidak bersalah.

Kalau pun tidak selesa di dunia, In Sha Allah selesa di akhirat.

Walaupun saya menghargai lawak demi lawak yang terbit dari beliau kebelakangan ini, sewajarnya Dato’ Seri Najib tidak perlulah mengadu soal remeh seperti punggung beliau sakit akibat bangku yang keras.

Teruskanlah berjuang untuk rakyat seperti yang bahan kempen jajaan beliau sekarang. Harapnya dapat menebus kembali segala masalah yang dibebankan kepada rakyat semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.

Bersabarlah Dato’ Seri Najib, kami yang jadi pembangkang dahulu lebih teruk dugaannya. - 27 Ogos 2019.

Bila Terowong Nak Mula Bina Soal Najib..

NAJIB RAZAK | Ini adalah tahap pembinaan bulan ini untuk projek kondo oleh syarikat konsesi terowong bersama syarikat rakan kongsi.


Projek Fasa pertama ini dibina di atas sebahagian tanah yang diberi oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai bayaran untuk projek terowong.

Kondo ini terletak di tanah tepi laut di Tanjong Tokong ,dijual dengan harga RM1,350 setiap kaki persegi dan telah 90% habis dijual.

Fasa pertama ini yang untungnya amat tinggi dengan nilai GDC RM800 juta akan siap dibina akhir tahun ini.

Fasa kedua yang bernilai RM1.2 billion akan mula tahun depan.

https://www.penangpropertytalk.com/2019/01/ewein-plans-to-launch-city-of-dreams-2-next-year/

Keseluruhan nilai pembangunan di atas separuh tanah yang diberi oleh kerajaan negeri kepada syarikat terowong adalah RM15 bilion.

Ada separuh lagi tanah yang belum ditentukan nilai lagi.
Kondo dah nak siap.

Tapi masih tidak ada sebarang pembinaan untuk projek terowong yang telah bermula.

Saya baca ada komen dalam posting semalam yang bertanya kenapa tak lapor atau kenapa SPRM tak siasat.

Sebenarnya, SPRM sudah siasat dan ada 6 kertas siasatan telah siap yang masih tunggu pejabat peguam negara untuk bertindak sejak awal tahun lepas;

Ini kenyataan SPRM tentang kes terowong misteri pada bulan Mac lalu.

6 kertas siasatan dibuka dan dihantar ke pejabat peguam negara sejak awal tahun 2018.


Tak ada satu kertas ditutup.

Semua masih dalam siasatan atau menunggu keputusan peguam negara nak dakwa ke tidak walaupun kertas siasatan yang terbongkar 3 bulan yang lalu jelas menunjukkan beberapa pemimpin kanan DAP terlibat dalam rasuah besar.

Timbalan Menteri PH pun dah sahkan kertas siasatan di Parlimen yang terbongkar adalah sahih.

Kerajaan PH dan pemilik syarikat terowong pun dah mengaku pernah membayar RM22 juta melalui akaun bank untuk cubaan tutup siasatan SPRM.

Kalau tak ada rasuah, kenapa perlu bayar RM22 juta untuk cuba tutup siasatan?

Tapi kena tunggu SPRM dan Peguam Negara lagi.

Berjanggutlah.

Jutaan Rakyat Meluat Dengan Sikap P.Ramasamy Kata EXCO ARMADA.

Kenyataan Media | Jutaan rakyat Malaysia muak dan kecewa dengan Ramasamy
1. Ramasamy kecewa dengan PM, sedangkan jutaan lagi rakyat Malaysia sedang kecewa dengan sikap, tindakan dan politik toksik beliau.


2. Beliau berpolitik seperti kera dapat bunga. Tidak tahu langsung mengurus persepsi politik. Sedangkan rakyat letih dengan senario politik hari ini.

3. Sebelum ini dia lantang mengkritik isu jawi, kuota matrikulasi dan isu-isu berkait rapat dengan sensitiviti Melayu dan Islam.

4. Sebenarnya, jutaan rakyat Malaysia sedang menunggu individu seperti beliau untuk digugurkan atau meletak jawatan.

5. Saya tidak rasa beliau akan dipilih rakyat pada pilihanraya akan datang. Terutama dalam mendapat undi daripada orang Melayu Islam.

6. Rakyat mengharapkan berita-berita kad prestasi yang semakin baik bukannya kenyataan-kenyataan prejudis yang mampu menguris keharmonian dan kestabilan politik kerajaan.

7. Siapa setuju P Ramasamy perlu disingkirkan samada pada PRU15 atau sekarang sila ‘share’.

Muzzammil Ismail
EXCO ARMADA NASIONAL BERSATU

3 Juta Warga China Dibawa Masuk Ketika Gangguan Sistem KLIA Cerita Fitnah.

RF8 MEDIA | Propaganda laskar siber (cytro) pro pembangkang kononnya berlaku kemasukan tiga juta warga negara China ke Malaysia ketika gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selama tiga hari (21 – 23 Ogos) ternyata fitnah.


Sebelum ini Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud menafikan berita tular itu dan berkata kemasukan warga asing diperiksa seperti biasa secara manual.

“Selain itu, semua langkah keselamatan turut dipertingkatkan termasuk melakukan pemantauan berterusan oleh pasukan pemantau dan penguatkuasa di balai ketibaan dan perlepasan antarabangsa serta kawasan satelit,” katanya dipetik.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya pula mengesahkan gangguan tersebut tidak disebabkan oleh sebarang salah laku atau unsur rasuah.

Menurutnya, SPRM tidak menerima apa-apa aduan atau laporan berkaitan perkara itu yang boleh mengaitkannya dengan gangguan sistem teknikal di lapangan terbang tersebut.

“Setakat ini memang tiada…bagaimanapun SPRM bersedia menjalankan siasatan sekiranya terdapat aduan yang mengaitkan gangguan teknikal itu dengan salah laku atau unsur rasuah,” katanya.

Gangguan sistem di KLIA telah dijadikan berita tular sejak 24 Ogos lalu mengaitkan pelbagai teori yang menjurus kepada kemasukan secara besar-besaran warganegara China ke Malaysia secara ‘haram’ berikutan tunjuk perasaan berterusan di Hong Kong.

Pelbagai pos di facebook mendakwa kemasukan warga China itu ‘dirancang’ oleh DAP untuk dijadikan pengundi pada pilihan raya umum ke 15.

Wujud juga dakwaan kononnya Cyberjaya dijadikan lokasi untuk menempatkan warga China berkenaan sebagai rakyat Malaysia yang sah dan boleh mengundi.

Bagaimanapun berita ‘bodoh’ itu kurang diyakini kerana membabitkan angka 3,000,000 kemasukan. Untuk membawa 3 juta penumpang itu memerlukan 7,500 penerbangan dalam masa tiga hari dengan menggunakan jumbo jet Boeing 747-400.

Begitu juga pergerakan penumpang. KLIA mempunyai kapasiti 35 juta penumpang setahun bersamaan 95,890 penumpang sehari. Bagaimanakah suasana kesesakan jika sejuta penumpang, iaitu 9 kali ganda kapasiti harian menyerbu KLIA?

Yana Najib Luah Perasaan Kerana Cukai RM10.3j, Mahu Tunjuk Bukti Difitnah Kerajaan PH.

YANA NAJIB | Kerajaan hari ini nekad untuk mengenakan keseluruhan ahli keluarga saya.


Saya tidak menyalahkan kakitangan LHDN kerana saya tahu kedudukan mereka terikat dan sebenarnya ada ahli-ahli politik yang menjadi dalang di sebalik semua ini.

Pada hari ini, kerajaan telah mengatakan bahawa saya perlu membayar mereka RM 10.3 juta dalam bentuk cukai, penalti, penalti di atas penalti dan kadar bunga ke atas apa yang mereka katakan “pendapatan” saya dari tahun 2011 sehingga 2017.

Sejak mereka mula mengaudit saya tahun lepas, saya telah memberikan segala bukti termasuk dokumen transfer kewangan bank yang terperinci yang menunjukkan bahawa kebanyakan perkara yang dikatakan mereka sebagai “pendapatan dari luar negara” adalah merupakan pemindahan wang dari keluarga belah suami saya.

Saya juga telah memberikan bukti bahawa mertua saya telah membeli sendiri sebuah rumah dengan menggunakan wang mereka dari luar negara.

Keluarga suami saya kemudian telah menamakan saya sebagai pemilik bersama rumah berkenaan.

Entah bagaimana, langkah menamakan saya sebagai pemilik bersama rumah berkenaan dengan suami saya kini dianggap oleh kerajaan sebagai “pendapatan”!

Dan ini membentuk jumlah terbesar apa yang dikatakan “tunggakan cukai” sungguhpun pembayaran bagi pembelian rumah berkenaan tidak langsung melalui saya.

Walaupun saya keberatan mengatakan perkara ini, namun saya terpaksa menjelaskan supaya rakyat faham situasi saya.

Suami saya dan keluarganya sememangnya sudah kaya raya lama sebelum kami berkenalan dan sebelum ini pun ibu mertua saya pernah berkahwin dengan salah seorang billionaire terkaya di Kazakhstan selama 10 tahun.

Apapun, sekiranya anda menganggap pemberian wang dari seorang suami kepada seorang isteri sebagai pendapatan, kesemua transaksi ini adalah dari luar negara dan tidak patut dikenakan cukai. (Pendapatan dari luar negara tidak termaktub sebagai pendapatan yang dikenakan cukai oleh LHDN)

Sejumlah lain dari apa yang dikatakan “pendapatan” oleh kerajaan ini adalah juga wang hantaran dan juga hadiah-hadiah dari keluarga dan rakan-rakan.

Berusia 30 tahun kini dan setelah menghabiskan banyak tahun belajar dan bekerja seketika di luar negara, saya tidak pernah menjalankan apa-apa perniagaan di Malaysia dan saya juga tidak pernah membida atau menerima sebarang kontrak kerajaan atau apa-apa ganjaran.

Dan tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa tindakan suami saya menamakan saya sebagai pemilik bersama rumah kami dan juga pemberian nafkah oleh suami untuk kegunaan rumahtangga boleh dikategorikan sebagai pendapatan.

Seperti kes ayahanda dan adik beradik saya yang juga telah dihentam dengan tuduhan tidak masuk akal, ramai yang tahu tentang kes ini terkejut dan hilang kata-kata melihat bagaimana kerajaan hari ini menyalahgunakan undang-undang secara semborono.

Nampaknya dalam Malaysia Baru hari ini:

1. Nafkah seorang suami kepada isteri adalah dikategorikan sebagai pendapatan dan perlu dikenakan cukai.

2. Wang dari sumber luar negara yang telah sekian lama dikecualikan dari cukai oleh undang-undang kini dikenakan cukai.

3. Suami yang membeli rumah dan menamakan isterinya sebagai pemilik bersama rumah berkenaan kini dianggap sebagai pendapatan si isteri dan dikenakan cukai.

4. Hadiah perkahwinan dan pertunangan serta wang hantaran adalah juga dikategorikan sebagai pendapatan dan wajib dikenakan cukai.

Kesemua bukti ini akan dikeluarkan di mahkamah satu hari nanti dan seluruh dunia akan mengetahui akan betapa mengarutnya segala pertuduhan ini.

InsyaAllah, kebenaran pasti tertegak. - 27 Ogos 2019.

3 Serangkai, Azmin, Zuraidah & Amiruddin Tak Hadir Mesyuarat PKR.

MALAYSIAKINI | Azmin, Zuraida, Amirudin tetap tak hadir mesyuarat PKR
Beberapa pemimpin PKR masih tidak hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu walaupun peringatan telah dikeluarkan oleh setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution.


Antara mereka ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan Pengerusi PKR Selangor, Amirudin Shari.

PKR mengadakan mesyuarat bulanan parti itu hari ini dan dipengerusikan oleh presidennya, Anwar Ibrahim.
Ketidakhadiran Azmin turut disahkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil ketika dihubungi namun beliau enggan mengulas lanjut.
“Mesyuarat hari ini bermula sekitar jam 3 petang dan berlangsung lebih kurang dua jam setengah," katanya kepada Malaysiakini.
Terdahulu, Zuraida berkata beliau tidak hadir ke mesyuarat itu disebabkan perlu menghadiri program lain.
Bagaimanapun, anggota parlimen Ampang itu berkata ketidakhadirannya tidak perlu diperbesarkan.
“Saya tak datang sebab saya ada beberapa program tadi dan terus ke sini untuk perasmian (Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang Selangor).
“Ini juga satu tanggungjawab parti yang mana kita harus jalankan tugas untuk perasmian mesyuarat agung," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang PKR peringkat Selangor di Shah Alam.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata beliau sebelum ini seorang yang 'rajin' menghadiri mesyuarat parti, namun komitmen kerja menyebabkan kesuntukan masa menghadiri mesyuarat itu.

"Tak datang mesyuarat tak menjadi isu kerana saya seorang yang rajin datang mesyuarat sebelum ini. Lepas jadi menteri ada kewajipan urusan menjadi menteri perlu diuruskan. Beri saya masa tumpu kementerian, lepas kita stabil insha-Allah kita akan hadir mesyuarat," katanya.

Sementara itu, Amirudin ketika diminta mengulas berhubung ketidakhadirannya enggan mengulas lanjut.

“Saya bergegas ke Batu sekarang,” katanya ringkas ketika ditemui pada program yang sama.

Bagaimanapun, Setiausaha Akhbar Amirudin, Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree mengesahkan Adun Sungai Tua itu mempunyai program lain.

“Saya tak pasti (hadir atau tidak mesyuarat MPP) kerana petang ini beliau perlu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Selangor dan Cabang Batu,” katanya kepada Malaysiakini.

Amirudin bulan lalu memberi alasan beliau tidak hadir mesyuarat MPP kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Anwar semalam dilapor berharap timbalannya Azmin akan muncul dalam mesyuarat pimpinan tertinggi parti itu hari ini, selepas berkali-kali tidak hadir.

Anwar juga membayangkan ada ketikanya Azmin tidak memberikan alasan mengapa tidak hadir dalam mesyuarat parti berkenaan. 

Tabung Kebajikan Guru KAFA - Kelantan Terima Dana Tertinggi.

Mujahid Rawa | Tabung Kebajikan Guru KAFA - Kelantan Terima Dana Tertinggi
Pertubuhan Guru KAFA Negeri Kelantan semalam menerima dana berjumlah RM388,000.00 bagi Tabung Kebajikan Guru KAFA menjadikannya sebagai Negeri yang menerima Dana Tertinggi berbanding Negeri-negeri lain di Malaysia.


Tabung Kebajikan Guru KAFA ditubuhkan dengan tujuan menjaga kebajikan Guru-guru KAFA sekiranya ditimpa kesulitan.

Inisiatif ini julung-julung kali dilaksanakan dalam membantu meringankan beban para Pendidik yang selama ini bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pelbagai ilmu agama.

Kerajaan melalui JPM (Hal Ehwal Agama Islam) pada masa depan akan berusaha memberi lebih banyak inisiatif pada Guru-guru KAFA dalam usaha mengangkat golongan Pendidik ini ke satu tahap yang lebih tinggi dan bukan lagi sebagai "Guru Kelas Kedua" seperti yang menjadi anggapan orang ramai sekarang.

Berikut adalah jumlah dana yang diagihkan kepada Pertubuhan Guru KAFA mengikut Negeri-negeri di seluruh Malaysia:
1. Kelantan - RM388,000.00

2. Terengganu - RM250,400.00

3. Perak - RM249,760.00

4. Kedah - RM241,920.00

5. Selangor - RM202,640.00

6. Sarawak - RM194.32000

7. Pahang - RM192,320.00

8. Sabah - RM176,720.00

9. Johor - RM167,200.00

10. Negeri Sembilan - RM159,040.00

11. Pulau Pinang - RM123,200.00

12. Melaka - RM113,760.00

13. Wilayah Persekutuan - RM88,480.00

14. Perlis - RM52,480.00


#Rahmah
#RahmatanLilAlamin
#MaqasidSyariah
#ModelMalaysia
#MenujuNegaraRAHMAH

P.Ramasamy Mahu Lim Kit Siang Jadi Perdana Menteri.

KAMARUL YUSOF | DR P RAMASAMY HANYA AKUI LIM KIT SIANG, BUKAN TUN DR MAHATHIR, PM TERBAIK
Anda pelik mengapa Dr P Ramasamy terlalu kerap dan terlalu lantang mengkritik, mempersoalkan atau menyatakan kekecewaan beliau terhadap Tun Dr Mahathir, apa lagi Menteri-Menteri BERSATU lain?


Saya tidak pelik, kerana sebelum Tun Dr Mahathir diumumkan sebagai calon PM Pakatan Harapan dahulu, Dr P Ramasamy telah menulis panjang lebar bagi menggesa Lim Kit Siang dipilih sebagai calon PM Pakatan Harapan.

Ini adalah ayat-ayat yang Dr P Ramasamy gunakan bagi menggesa Lim Kit Siang dipilih sebagai calon PM Pakatan Harapan:

(1) “Lim Kit Siang adalah calon utama untuk dipertimbangkan ke jawatan nombor satu dalam negara.” (“Lim Kit Siang is the prime candidate to be considered for the number one post in the country.”)

(2) “Lim Kit Siang mempunyai semua kualiti untuk dipertimbangkan ke jawatan perdana menteri.” (“Lim Kit Siang has all the qualities to be considered for the post of prime minister.”)

(3) “Individu paling layak untuk dipertimbangkan ke jawatan perdana menteri adalah tidak lain daripada Lim Kit Siang.” (“The most qualified person to be considered for the post of prime minister is none other than Lim Kit Siang.”)

(4) “Lim Kit Siang adalah pemimpin terbaik untuk menjadi perdana menteri Malaysia.” (“Lim Kit Siang is the best leader to become the prime minister of Malaysia.”)

(5) “Lim Kit Siang mempunyai semua kualiti seorang pemimpin agung.” (“Kit Siang has all qualities of a great leader.")

(6) “Lim Kit Siang mempunyai semua kelayakan diperlukan.” (“Lim Kit Siang has all the right credentials.”)

Ini pula adalah kualiti dan kelayakan Lim Kit Siang yang Dr P Ramasamy gunakan bagi menghujahkan mengapa Lim Kit Siang adalah calon PM terbaik Pakatan Harapan:

(1) “Sopan” (“Decency”)
(2) “Bertanggungjawab” (“Responsibility”)
(3) “Jujur” (“Honesty”)
(4) “Berani” (“Bravery”)

Kerana tidak memperolehi apa yang beliau hajatkan inilah maka kita terpaksa mendengar kritikan, persoalan atau kekecewaan Dr P Ramasamy ini.

Dan selagi tidak memperolehi apa yang beliau hajatkan inilah maka kita akan terus mendengar kritikan, persoalan atau kekecewaan Dr P Ramasamy ini.

Di situ letak duduk sebenarnya.

Isnin, 26 Ogos 2019

Sarapan Percuma Untuk Semua Murid Sekolah Rendah Mulai Januari 2020.

Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin | Mulai Januari tahun 2020, kerajaan akan bagi sarapan berkhasiat PERCUMA kepada SEMUA murid sekolah rendah.


Bayangkan lah SEMUA! Kita pun kata , "Anak orang kaya pun dapat?"
Jawapannya YA! Ini kerana selama ini murid² diberi RMT - hanya untuk kanak-kanak yang pendapatan ibu bapa kurang berkemampuan.

Jadi, macam ada kasta. Ingat lagi dulu masa sekolah kena ejek sebab "Boo, makan rmt, mesti mak bapak ko tak kaya macam aku kan?"

Aku sendiri pun pernah rasa macam tu. Yelah bebudak yang berlagak nak mampos ni banyak. Lagipun, anak orang kaya ni ramai tak dapat pemakanan sihat pun kat rumah, maka kerajaan pun bagi semua sama. Yang kurang mampu lagi lah, sampai minum air paip. Jadi kita jadikan Sama rata. Mak ayah pun tak yah bagi duit dah kat anak untuk sarapan.

Ini adalah pelaburan jangka masa panjang kerajaan untuk mempunyai generasi akan datang lebih sihat dan bijak - salah satunya melalui pemakanan mereka. Selain itu juga mereka akan diajar makan apa yang sihat. Jadi bila kat rumah, mak bapak bagi makan mekdi sekalipun, anak anak sendiri yang akan tolak untuk kerap makan. Sekali sekala mungkin okay lah.

Bagi aku, amatlah bersetuju dengan dasar kerajaan ini.

Mana kerajaan dapat duit untuk biaya semua ni? Kata banyak nak kena bayar itu ini?

Kerajaan ada satu akaun yang disatukan. Kat dalam ni lah semua duit cukai ini cukai itu masuk dan dari situ baru keluar balik duit tu ikut keperluan.

Tapi kalini berbeza, SEMUA PENDAPATAN dari CUKAI GULA yang dikenakan melalui minuman berkabonat dan sebagainya akan diletak dalam satu akaun khas yang akan digunakan untuk biaya kos sarapan berkhasiat ini. Tak guna untuk benda lain.

Maka secara tak langsung, mak ayah yang kuat minum air gas sendiri adalah penyumbang kepada kesihatan anak anak mereka! Menarik bukan?

13 Lantikan ARMADA Di KBS Adalah Kebetulan Kerana Ada 4,000 Staff, Jawapan Syed Saddiq Dipertikaikan..

POLITIK | Jawab balas Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai lantikan kroni di KBS nampaknya gagal menyakinkan para pengkritiknya.

Malaysiakini pada 24 Ogos 2019 melaporkan respon menteri itu yang dipetik sebagai berkata, "Saya rasa ada salah faham yang sangat jelas dalam hal ini.

"Pertama sekali bawah kementerian kita ada dalam lebih 4,000 staff dan untuk saya ketahui setiap satu pegangan politik adalah mustahil.

"Sebab itu contoh baru-baru ini bila ada kalangan felo perdana merupakan penyokong tegar Umno BN masih jadi ahli Umno BN, sebelum ini berkempen lawan saya, tetapi jadi felo perdana saya.

"Ada pihak kata kenapa kamu buat lantikan politik bawa mereka,"
katanya ketika ditanya wakil portal itu.

Bagaimanapun bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang turut mengikuti perkembangan kes itu menolak jawapan Syed Saddiq.

Beliau berkata adalah mustahil untuk Syed Saddiq tidak mengetahui atau menyedari 13 lantikan kroni di KBS adalah dari ARMADA (sayap PPBM).

Apatah lagi ia adalah jawatan yang sama. Dan perlantikan diproses serentak.


"Syed Saddiq hari ini terus pertahankan pelantikan 13 anggota ARMADA PPBM sebagai pegawai penyelaras sukan negeri di bawah kementerian dia.

Kawan.

Dari 4,000 staf, kamu lantik 13 orang.

13 pegawai dilantik untuk menjaga 13 buah negeri dalam Malaysia kecuali Sarawak.

Dari 13 jawatan itu, semua adalah ahli ARMADA parti PPBM.

7 Ketua Armada negeri, 2 EXCO Armada dan 4 lagi ahli Armada.

13 daripada 13, semua kena.

Syed Saddiq boleh beri alasan bahawa dia tak tahu fahaman politik ketua-ketua Armada negeri dan EXCO Armada?

Macam ini, penghuni-penghuni gua se-Malaysia pun sukar untuk percaya dan pertahankan.

Sukar untuk mereka keluar gua.

Itulah. Saya dah nasihat hari itu.

Patut kitar semula sahaja alasan YADIM dahulu.

Jawab sahaja "ini cuma kebetulan. Bukan lantikan politik".

Habis cerita,"
sindir Najib dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Sebelum ini beberapa pihak termasuk UMNO mempertikaikan perlantikan 14 pegawai di KBS atas alasan kronisma.

Baca kenyataan viral di bawah ini;

SYED SADDIQ TIDAK KONSISTEN -

5 SOALAN UNTUK YB MENTERI KBS
3 Ogos 2018, YB Syed Saddiq selepas memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan menyatakan bahawa perlu diadakan rombakan persatuan belia secara menyeluruh bertujuan memastikan persatuan belia tidak lagi diterajui individu daripada mana-mana parti politik samada kerajaan atau pembangkang.


Bahkan, beliau menyatakan tindakan campurtangan politik ini merupakan perkara yang tidak beretika dan bertentangan dengan matlamat asal kewujudan persatuan belia serta bersifat berat sebelah apabila belia dilihat berpihak untuk menyokong parti politik tertentu sahaja. Kebebasan bersuara kononnya adalah agenda utama Pakatan Harapan dan YB Menteri tidak mahu belia dijadikan boneka atau "macai" mana-mana parti politik termasuk Pakatan Harapan.

➡️ Rujuk kenyataan 3 Ogos 2018 di sini:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/03/syed-saddiq-rombak-persatuan-belia-elak-campur-tangan-politik/
31 Oktober 2018, YB Menteri sekali lagi menyatakan bahawa ahli politik dinasihat tidak terima jawatan dalam persatuan sukan. YB Menteri berpandangan campurtangan politik akan menyebabkan landskap sukan ini tidak digerakkan oleh pencinta sukan.

➡️ Rujuk kenyataan 31 Oktober 2018 di sini:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ahli-politik-dinasihat-tidak-terima-jawatan-dalam-persatuan-sukan-189847
Hari ini, 19 Ogos 2019, terserlah pembohongan dan tidak konsistennya Menteri Belia dan Sukan ini apabila beliau bersetuju melantik empat belas (14) Pegawai Penyelaras Pembangunan Sukan KBS (Negeri) untuk ditempatkan di Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri dalam kalangan kepimpinan ARMADA.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin mengajukan 5 soalan kepada YB Menteri:

1️⃣ Bukankah YB yang mencadangkan tidak ada campur tangan politik bagi urusan belia dan sukan? Apa dah jadi ni YB?

2️⃣ Apakah agenda YB Menteri melantik Exco dan pimpinan ARMADA untuk duduk di posisi ini?

3️⃣ Adakah YB Menteri tidak mahu memberikan peluang kepada pimpinan muda dari parti-parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PKR, Amanah dan DAP) mahupun anak muda yang jauh lebih berkelayakan di luar sana?

4️⃣ Bagaimanakah proses lantikan pegawai-pegawai ini dilakukan serta apakah pra-syarat dan kelayakan untuk menjawat jawatan tersebut?

5️⃣ Adakah lantikan ini dibuat untuk mengukuhkan kedudukan YB di dalam ARMADA menjelang pemilihan parti serta sebagai satu imbuhan untuk penyokong-penyokong YB?

Kesimpulannya, perkara ini mempamerkan satu keputusan tidak beretika yang mencemarkan integriti YB Syed Saddiq sendiri sebagai Menteri Belia dan Sukan. 

Wujud dengan jelas budaya "kronisme" dan "rasuah jawatan" menyeresapi institusi KBS yang kini semakin dipenuhi pendokong-pendokong ARMADA. 

Beringatlah YB. Rakyat sedang menilai. Tahniah kerana bijak mengambil kesempatan atas kuasa yang ada. 

Slogan bebas belia dan sukan dari politik hanyalah sekadar retorik. Apakah yang baru untuk Malaysia Baharu..

Takziah buat penyokong Malaysia Baharu...

Afif Farhi Othman
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...