Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 6 Ogos 2015

Gambar2 Rumah Pegawai SPRM Diserbu Penyiasat - Gambar PDRM Di Depan Bank Negara Viral.

Semalam Awani update ini ;

- SPRM akan memanggil Najib untuk memberikan keterangan berhubung kemasukkan dana 2.6b ke dalam account bank peribadinya.

- SPRM sahkan bahawa penderma tersebut dari Timur Tengah dan telah pun menyoal individu terbabit.

- Identiti penderma tidak boleh didedahkan.

- SPRM pertahankan dakwaan bahawa 2.6b itu merupakan derma dan tidak pernah mengatakan siasatan akan ditutup.

- SPRM kesal pegawai2nya ditahan oleh PDRM semasa dipanggil untuk memberikan keterangan. Kata SPRM ini merupakan satu bentuk ganguan ke atas siasatan yang sedang dijalankan dan akan berikrar mencari dalang disebalik tindakan PDRM ke atas SPRM.

- SPRM tegaskan 2.6b tiada kaitan dengan 1MDB dan siasatan mereka berkisar kepada SRC international semata2.

- SPRM umumkan pasukan khas siasatan 1MDB telah dibubarkan tanpa menjelaskan kenapa ia dianggap terbubar.

----------------

Pasukan khas siasatan 1MDB bubar - Najib beroleh kemenangan pertama.

Di Malaysiakini, aku baca ada menyebut siasatan PDRM ke atas pegawai2 SPRM adalah di atas 'terlibat dalam aktiviti yang menganggugugat demokrasi berparlimen'.

Apekah itu sebenarnya? Aku ada baca satu blog, nanti aku explain dalam penulisan seterusnya tapi aku rasa aku dah dapat kaitkan sikit2 dengan tindakan PDRM ke atas pihak2 tertentu ketika ini.

Dokumen, laptop pegawai2 SPRM dirampas dan bahagian operasi khas kena serbu. Berikut pula gambar yang viral di laman sosial rumah pegawai SPRM kena serbu dengan penyiasat.





Photo kredit : Page Janji Dicapati.

Selain gambar2 di atas, kononnya malam tadi ada beberapa buah kereta polis diperlihatkan hadir di kawasan bank negara.


Kehadiran polis di kesan sekitar jam 11 malam. Tak pasti samada berkaitan dengan apa yang sedang berlaku sekarang neh atau apa. Maybe, orang2 bank negara boleh bagi info serba sedikit kat kita. At least tolong sahkan penyebaran maklumat di atas pun jadi le.

Tindakan ke atas SPRM neh memang membawa impak juga ke atas pentadbiran Najib. Apatah lagi geng2 pembangkang semua isytihar sokong siasatan SPRM ke atas Najib. 

Tadi. Aku ada baca kat wall Wawa. Yang pernah kerja dengan TSKI dulu. Yang kena pecat dari bank Islam sebab tulis analisis PRU ke 13 yang mana PR akan menang. Difahamkan, dia boleh membaca bahasa perancis.

Dia cakap begini ;



Lebih kurang begini la bahasa pasarnya. Media perancis masih lagi berkira2 nak mengaitkan penemuan demi penemuan di kepulauan Renion dengan MH370. Masih lagi dalam proses melakukan analisis selanjutnya. Dan di Malaysia, dan2 pula PM Najib kau sahkan penemuan tersebut dengan MH370.

Point aku sebenarnya ialah, jika benar Najib bersikap tergesa2 dalam perkara di atas, apakah ianya adalah bertujuan untuk meredakan kritikan ke atas dirinya apabila masyarakat mula mengalihkan perhatian ke atas insiden MH370?

MH370 mendapat simpati rakyat Malaysia dan berita2 berkaitan MH370 sentiasa viral dan diperkatakan masyarakat.

Aku harap Najib tak begitu. Airmata orang bukan permainan ye.

Kbai.

Rabu, 5 Ogos 2015

SPRM Umum Nak Siasat Najib, Alih2 Pegawai SPRM Kena Cekup Dengan Polis!


WOW. INI CERITA GILA!

Kat berita Awani, dilaporkan yang SPRM akan menyoal Najib isu kemasukkan dana rm2.6b yang didakwa dari penderma Timur Tengah untuk tujuan membiayai pru ke 13.

Tak pasti bila SPRM akan memanggil Najib bagi memberi keterangan berhubung dana 2.6b tetapi ada sesuatu yang luar biasa berlaku tadi. Baru je kejap tadi aku godek Malaysiakini dan jumpa satu berita terkini. Update jam 7 malam.

Baca sat ;

Polis menahan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk pegawai yang menyiasat anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Penahanan itu dipercayai dibuat di balai polis Putrajaya.

"Mereka baru sahaja ditahan sebentar tadi,” kata sumber yang tidak mahu namanya dinyatakan.

Difahamkan, individu yang ditahan itu termasuk seorang pengarah operasi khas SPRM, Roslan Che Amat.

Roslan disiasat polis pada hari Isnin lalu.

Difahamkan, polis kini sedang menuju ke pejabat bahagian operasi khas dan mungkin akan merampas dokumen dan peralatan komputer.

Apa neh? Apa neh?

Sapa yang buat jenayah dan sapa pula yang kau cekup?
Sejak bila siasat orang merupakan satu jenayah plak?
Rampas komputer?
Rampas dokumen?
Sita bukti ke apa?
Takdan SPRM nak soal Najib, alih2 pegawai dia plak kena cekup dan dirampas semua barangan yang dikaitkan dengan siasatan 1MDB. 

Aku tak pasti apa kaitan dengan tindakan SPRM yang umum akan soal Najib dengan penahanan 2 pegawai SPRM. Tetapi benda neh berlaku dalam selang masa yang singkat dan berlaku dalam satu hari yang sama. Mesti ada something neh woi.

Untuk rekod, dua pegawai tertinggi SPRM dah lesap. Ketua pengarah dan timbalannya. Tatau p mana. Diarahkan bercuti oleh sapa tah. Dah berlaku kes besar macam neh takan depa berdua boleh syok sakan bercuti kot. Mulut kena gam. Tindakan kena gam. Alahai SPRM. Kesiannya korang. Dilayan bagaikan penjenayah. Nak mengamok salah, tak mengamok pun salah. Pening woo.

Selasa, 4 Ogos 2015

Ini Bukti Najib Kantoikan Diri Sendiri Dalam Isu 2.6b Dan Terima Kasih SPRM Sebab Malukan Najib.

Kenapa ambil masa yang begitu lama untuk isytiharkan duit dalam account peribadi Najib ialah sumbangan untuk dana politik?

Ketika didedahkan oleh WSJ, kenapa Najib enggan berterus terang?
Walaupun tak menafikan duit tersebut berada di dalam accountnya tetapi Najib juga tidak terus bercakap jujur dengan rakyat bahawa duit tersebut ialah sumbangan untuk dana pilihanraya dari Timur Tengah kan. Berbasa basi je lebih. Nak saman WSJ la. Kena fitnah la. Propaganda Mahathir untuk jatuhkan dia la. Tak guna untuk tujuan peribadi la. Bukan duit rakyat la. Takde kaitan dengan 1MDB la apa la. Macam2 cerita dan alasan diwujudkan demi membela reputasi Najib dan pentadbirannya.

Yang menafikan seingat aku Ahmad Maslan.
Sekarang mungkin Ahmad Maslan tengah cari plastik untuk tutup muka. Itupun kalau dia reti rasa malu le kan.

Kenapa baru sekarang peranan SPRM digunakan bagi membersihkan reputasi Najib dalam isu 2.6b tu?

Jawapannya mudah.

Sebab penyebaran klip video Yidin.
Yidin kata Najib mengakui duit itu masuk ke dalam accountnya.
Ini menyebabkan Najib terperangkap.
Bekas orang no 2 p heboh plak.
Disebabkan itulah jalan cerita mula dirangka. Korang boleh nampak patern news kita sejak penyebaran klip video Yidin tue.

Mula2 pakar strategik BN, si Dahlan bercakap tentang sumbangan untuk parti politik. Then Najib bercakap tentang dana pilihanraya. Kemudian menteri2 bercakap tentang tidak salah menggunakan account peribadi untuk menerima dana atas nama parti. Ia dibolehkan dalam peraturan parti.

Kemudian berita pro kerajaan seperti tv3 dok jaja isu dana untuk parti politik ialah perkara biasa. Terjadi pada mana2 negara dan lazim berlaku di negara ini. Pembangkang juga melakukan perkara yang sama.

Demi membayangkan tindakan Najib menerima sumbangan 2.6b itu tidak salah. Supaya masyarakat ditanam dengan persepsi itu. Maka bila SPRM umumkan 2.6b yang masuk ke dalam account Najib adalah berupa derma atau sumbangan untuk pilihanraya, masyarakat akan berpecah belah dalam pemikiran mereka. Mana yang terhasut dengan propaganda media akan benarkan tindakan Najib. Mana yang berdiri teguh dengan apa yang dia fikirkan, akan menyerang Najib. Bila masyarakat tak sekufu dan tak bersatu, mustahil juga Najib dijatuhkan. Selagi dia ada penyokong dan pembela, dia akan setia berdiri sebagai PM.

Sumbangan 2.6b adalah untuk PRU ke 13. Ianya satu nilai yang besar. Info yang aku dapat dari orang UMNO. Ianya bukan hasil sumbangan persendirian tetapi ramai pihak menyumbang kepada dana politik tersebut.

Tidak diketahui samada penyumbang ialah orang kita atau orang luar. Dan tidak diketahui apa pula manfaat yang mereka perolehi memandangkan BN telah pun memenangi PRU ke 13 yang lepas.

Pendapat aku, just pendapat kenapa Najib gunakan account personal ;

- Sumbangan itu dia boleh kawal/urus secara peribadi
- Lebihan akan menjadi miliknya

Tak semestinya benar. Dia masuk sikit sikit ke account parti untuk urusan PRU. Lebih control ke atas kewangan parti, lebih berkuasa la dia diperlihatkan. Mungkin ya mungkin tidak.

Dan jika korang nak tahu, pada tahun 2012, ini mulut Najib berbicara ;


Nampak?

SETIAP SUMBANGAN YANG INGIN DIBERIKAN KEPADA MANA2 PARTI POLITIK SAMADA DI PERINGKAT PUSAT MAHUPUN NEGERI HENDAKLAH DISALURKAN MELALUI AKAUN RASMI PARTI..

AKAUN RASMI PARTI.

AKAUN RASMI PARTI.

Nampakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk?

2.6b tue kata SPRM = wang hasil derma = sumbangan untuk dana PRU.

Tapi kenapa dimasukkan ke dalam account Najib dan bukan account rasmi parti pula? Najib kata kena masuk ke dalam account rasmi parti pada 2012. Apesal pada tahun 2013 masuk ke dalam account peribadi dia pula?

Alasan dia masa buat ucapan dia atas untuk mengelak rasuah dan penyelewengan. Baca perenggan no 25. Terang2 dia cakap macam tue kan.

Dan tue sekarang dia sendiri yang berikan gambaran tindakan dia mendedahkan perbuatan dia ke arah penyelewengan dan rasuah, kan kan kan?

Takan parti berhak audit account peribadi Najib ye tak?
So dah tentu takde audit disitu.

Jadi lue fikirlah sendiri ek Najib.
Lue kantoikan diri lue. Terang2 lagi tue.
Dan SPRM yang lue harapkan untuk bersihkan imej lue sebenarnya baru aje bagi modal pada kami untuk membuktikan yang lue sebenarnya berada di kandang pesalah. SPRM malukan lue der. Tak guna hidup jadi PM macam neh. Asyik kantoi je memanjang. Berhenti je la Najib oi.

Rujukan : http://www.sprm.gov.my/files/Majlis_Pegawai_Integriti_Bertauliah.pdf

https://twitter.com/thekltelegraph/status/628251293673390080/video/1

Cepat baca sebelum SPRM padam.

KAH KAH KAH

Isnin, 3 Ogos 2015

Kepada Kerajaan Malaysia - Tolong Benarkan 3 Adik Beradik Ini Bersekolah.


3 beradik tidak pernah sekolah, sebak bila pertama kali melihat suasana dalam kelas rakan-rakan sebayanya. Tetapi tetap tidak dibenarkan bersekolah.

02/08/15. Kota Bharu.

1. Latar belakang kes.

Kami mendapat maklumat untuk meminta pertolongan berkenaan 3 beradik yang tercicir dari sistem pendidikan negara. Si abang yang sulong sudah berumur 11 tahun. Kedua 10 tahun. Dan ketiga 8 tahun. Kami bergegas mencari dan lokasi mereka.

Siasatan kami, mereka semua hanya mengenali beberapa huruf sahaja. Kisahnya berpunca daripada ibu-ayah yang ketagihan pil kuda. Berkahwin di Thailand. Tidak bertanggungjawab mendaftarkan kelahiran anak-anak mereka.

Kesemua mereka 5 beradik. Seorang telah dijual ke Melaka (kami sedang menjejaki). Seorang lagi masih bersama si ibu untuk dijadikan pelaris minta sedekah. Kisah 3 beradik ini bermula apabila saudara sebelah ibu membuat laporan JKM (menghantar 3 beradik ke JKM) selepas mendapati ibu dan ayah mereka mengabaikan mereka kerana kegiatan dadah, hasil sumbangan orang ramai, apabila kesnya keluar dalam akhbar.

Tindakan ini mendatangkan kemarahan ibu dan ayah kerana 3 beradik ini adalah sumber pendapatan mereka dan selain melakukan tugasan berkaitan dadah. Atas tanggungjawab, 3 beradik ini dituntut semula oleh ibu saudara sebelah ayahnya (kakak kepada ayah 3 beradik ini). Dan berjaya mendapatkan hak dari mahkamah. Ini membuatkan ibu-ayah sangat marah dan menuduh kakaknya ingin memakan hasil bantuan.

2. Fokus isu.

Isu yang kami ingin dedahkan, rayu dari Malaysia ialah sehingga sekarang, 3 beradik ini gagal memasuki sistem pendidikan negara kerana masalah dokumen. Ibu dan bapa saudara (penjaga baru bawah mahkamah) bukanlah orang berada. Jabatan Pendidikan Negeri meminta dokumen kelahiran. 

Untuk proses ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendaftaran Negeri pula, meminta dari mereka perkara yang tidak mampu mereka laksanakan. Yakni sijil nikah, gambar berukuran pasport, tandatangan dari ibu dan ayah kandung. Sehinggakan penjaga 3 beradik ini pernah diletak parang di kepala oleh si ayah kandung kerana meminta dokumen ini.

Cara lain diteruskan dengan membuat laporan polis, AADK untuk menangkap ibu dan ayah ini. Apabila ditangkap, selain siasatan kes dadah dan rujukan pemulihan akhlak, ianya memudahkan untuk meminta dokumen yang diperlukan. Tetapi sepanjang 3 tahun, banyak kali membuat laporan, tetap tiada tindakan. Malah pegawai mendakwa tangkap pun tak guna. Lepas tangkap, bebas dan buat semula.

3. Plan kami demi pendidikan 3 beradik ini.

Kami merayu sistem Malaysia mengeluarkan dokumen kelahiran 3 beradik ini. Tetapi hakikatnya inilah Malaysia kita. Negara dunia ketiga.

Oleh itu, memandangkan 3 beradik masih belum boleh membaca, kami akan hantar ke mana-mana Tadika yang sudi terima sehingga habis tahun ini. Atau mana2 lepasan SPM, graduan yang sanggup mengajar mereka. Lokasi berhampiran Wakaf Che Yeh. Kami akan tanggung dengan bantuan anda kosnya. Pm saya jika sudi. Terima kasih.

Tahun depan adalah sasaran kami untuk 3 beradik ini memasuki sistem pendidikan negara. Jadi kami rayu bantuan anda sama ada dalam bentuk nasihat, sumbangan, 'cable', tekanan, share, desakan dan sebagainya. Selalunya, sistem di Malaysia bertindak bukan mengikut gaji yang dibayar. Tetapi mengikut populariti isu yang dibongkarkan.

Jika 3 beradik ini masih gagal memasuki sistem pendidikan negara tahun depan, dengan target boleh membaca hujung tahun ini, kami berhajat membawa mereka memasuki sistem tahfiz sehingga ke 15 tahun. Jadi ada lagi tahun-tahun untuk perjuangkan penderitaan mereka mendapatkan pendaftaran kelahiran. Jadi, pada 15 tahun, mereka boleh memasuki sistem latihan kemahiran negara seperti Giat Mara dan seumpamanya.

4. Rayuan kepada rakyat Malaysia.

Jadi kami rayu bantuan anda sama ada dalam bentuk nasihat, sumbangan, 'cable', tekanan, share, desakan dan sebagainya. 

Untuk tabung pelan pendidikan 3 beradik ini, bolehlah salurkan ke :

Khairul Nizam Bin Abd Ghani
BSN 03001 41 00002517 2

Semoga Allah terima ibadah kita semua. Dan permudahkan penderitaan 3 beradik ini. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...