Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 23 Mei 2015

Aksi Tak Senonoh Penyanyi Di Majlis Keraian Jadi Kritikan.

Ada 2 point.

Pertama. Ada logo 1 Malaysia. Jelas terpampang. Membayangkan bahawa majlis berkenaan sekurang-kurangnya kalau pun bukan anjuran kerajaan pusat / negeri at least ada kaitan dengan kerajaan.

Kedua. Aksi wanita berkenaan. Dia dibiarkan memegang-memegang dan meramaskan badannya kepada seseorang. Sampai ke akhirnya. Takde ke orang menghalang atau memberhentikan aksi kurang sopan dia tue?


Nak nyanyi, nyanyi je la. Pakai dah seksi, ramas tetek atas pentas lepas tue dok gesel kat kepala orang (aku rasa la, korang boleh tengok video sendiri) buat apa. Dah sangap nak kena romen ke apa. Adoi la.

Video mula viral di wassap. 

Dan di facebook pun ada dah.

Antara komen-komen yang aku baca. Ada yang kata ini pesta keamatan. Aku tak pasti sangat kebenarannya. Cuma part logo 1 Malaysia itu memang benar.

Tengok ;



Aku teringat satu kes tue. Video yang peminat2 melayu dok histeria peluk artis kpop. Kemain lagi mufti semua join venture kutuk orang biasa. Sekarang aku terfikir-fikir juga. Kalau artis-artis bersikap begini di majlis-majlis yang ada kaitan dengan kerajaan macam mana pula? Takpe ke apa?

Tapi siyes. Even bukan di majlis kerajaan pun pada aku aksi artis berkenaan memang tak senonoh langsung. Tak boleh ke nyanyi je elok-elok. Jangan la bayangkan kau tue desperate sangat. Gila betul. Bayangkan jika majlis berkenaan dihadiri oleh anak2 kecil atau anak2 remaja. Apa pula yang mereka akan fikir nanti. Benda tempat open, behave la. Bodoh sangat la dia neh.

Lihat video ;

Gempar! Lihat video ini dan nilaikan sendiri.Ada logo 1 Malaysia membayangkan majlis ini anjuran kerajaan.Yang...
Posted by Ameno World on Saturday, May 23, 2015
Klik sini jika video gagal loading.

Kedutaan Mesir Buat Bodoh Dengan Memo Perkasa Minta Jangan Hukum Morsi - Ahli Perkasa Bengang Lalu Campak Memorandum.

Adui.

Kau buat memo penat-penat. Lepas tue kau campak ke lantai. Apa punya bangang la korang neh. Nak ketawa juga. Kelakar punya tindakan.

KAH KAH KAH

Apa pun kerajaan kita punya pendirian memang biol sikit. Morsi dan Qardhawi bukan pesalah tapi dihukum mati dan kerajaan kita tak react negatively pun terhadap keputusan tersebut. In fact, kedutaan Mesir boleh besar kepala kat kita. Boleh pula buat derk dengan demo geng-geng Perkasa. Mungkin depa akan respon jika yang demo tue saf-saf pembangkang dan kerajaan. Tapi pada aku. Buat derk kat Perkasa tue kira kurang ajar juga. Tak boleh tidak keluar la amek memo. Berlagak gile. Padahal kau tue kat Malaysia. Bangang2 Ibrahim Ali tue pun dia still orang Malaysia dan reti juga tengok tindakan ke atas Morsi itu satu kekejaman. Tapi itulah. Silap juga malaon2 PERKASA neh. Kekejaman beribu batu reti kau memekak. Kekejaman dalam Malaysia sokong pula. Bingai tak kemana.

Baca jap ;
Seorang anggota Perkasa bertindak membaling memorandum ke perkarangan Kedutaan Arab Mesir selepas hasrat menemui kakitangan bertugas tidak dilayan.
Memorandum berkenaan bagi membantah hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas presiden negara itu, Mohamed Morsi dan tokoh ulama tersohor Sheikh Yusof al-Qaradawi.
Sebelum itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali memasukkan tuntutan berkenaan ke dalam peti surat.
Bagaimanapun seorang ahlinya kemudian bertindak mengambilnya dan bertindak spontan mencampak dokumen berkenaan.
Mengulas mengenai kegagalan penyerahan memorandum itu, Ibrahim mendesak kerajaan menyuarakan pendirian termasuk memutuskan hubungan diplomati dengan Kaherah.
“Kita perlu nyatakan pendirian, malah untuk mengumumkan putuskan hubungan diplomatik dengan Mesir, hukuman ini tidak munasabah
“Mana suara Amerika, yang katanya penyokong demokrasi, tapi di Malaysia mereka cuba campur tangan dalam urusan dalaman,” tegasnya.
Ibrahim yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas menambah, suara daripada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga tidak kedengaran berhubung isu itu.
“Kita minta kerajaan Malaysia jangan berdiam diri, kita ada OIC tapi kebanyakan ahli negara Arab adalah tali barut AS (Amerika Syarikat).
“Malaysia harus berani ke hadapan seperti zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri,” katanya.
Dalam pada itu, semasa mahu menyerahkan memorandum itu, Perkasa turut bertembung dengan PAS di hadapan Kedutaan Mesir
Parti itu turut berada di kawasan berkenaan bagi mengadakan bantahan.
Ketika diminta mengulas mengenainya, Ibrahim berkata mereka tidak mendekati kumpulan terbabit memandangkan PERKASA bukan pertubuhan parti politik.
“Mungkin kita tak pergi kesana walau tujuan yang sama sebab kita tak tahu mungkin mereka tak jemput mereka dalam kumpulan mereka kerana kita bukan pertubuhan politik dan mereka pun tidak jemput kita.
“Walaupun tujuannya sama, kita tak tahu mungkin mereka tidak sambut kita, mereka pun tak jemput kita. Kita nak sertai mereka, tapi takut mereka kata ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’,” katanya. -FMT.

Penjelasan Melayu Dipinggirkan Dari Perumahan Kos Rendah Di Pulau Pinang.

Rujuk paparan surat berikut ;


Baru-baru neh kecoh di beberapa laman blog pro UMNO dan FOBN kononnya melayu dipinggirkan dari menikmati perumahan kos rendah di Pulau Pinang.

Surat di atas mengesahkan yang melayu hanya ditawarkan 1 unit. Manakala 32 yang lain pula ditawarkan kepada kaum cina. Kaum india pula haram ada. 

Surat tawaran bukan bermaksud si pembeli telah menerima rumah berkenaan. Hanya ditawarkan sahaja. Pembeli boleh menolak tawaran berkenaan jika tidak bersetuju.

Berikut jawapan kepada media dari pihak kerajaan negeri ;

Seorang Melayu dan 32 Cina berkenaan sebenarnya adalah mereka yang berjaya mendapat surat tawaran daripada Kerajaan Negeri sahaja, untuk membeli rumah mampu milik berharga tidak melebihi RM300,000 di Projek i-Condo @ One Foresta dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pantai Jerejak.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo menjelaskan bahawa Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri setakat kini baru menerima dan memproses 238 permohonan sahaja, sungguhpun bilangan rumah mampu milik berharga RM300,000 dalam projek tersebut keseluruhannya berjumlah 2,685 unit.

"Kelulusan permohonan dilakukan secara berkala, dan 33 ini adalah senarai penerima pertama yang diluluskan oleh Jawatankuasa (Pembersihan dan Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan, SPEC).

"Masih ada banyak lagi unit untuk ditawarkan kepada semua kaum, (maka) saya sarankan Bumiputera yang layak supaya mohon sekarang (rumah mampu milik) kerana senarai menunggunya tidaklah sepanjang permohonan untuk rumah kos rendah dan kos sederhana rendah," jelas Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datok Keramat di sini, tengah hari tadi.

Penjelasan itu sekaligus menyanggah dakwaan pembangkang Pulau Pinang kononnya Kerajaan Negeri hari ini cuba menafikan hak Melayu dan Bumiputera untuk menikmati kuota 30 peratus unit rumah dalam projek tersebut.

"Soal mengambil pihak mana-mana kaum langsung tak timbul, dan adalah suatu fitnah yang besar. "Sekiranya mereka memohon dan layak, maka unit rumah akan ditawarkan di dalam projek-projek perumahan yang lain.

"Selain daripada unit perumahan berharga RM300,000 ini, ada juga jenis harga yang lain, termasuk (Rumah) Kos Rendah (RM42,500 seunit) dan Kos Sederhana Rendah (RM72,500 unit) untuk dimohon oleh semua kaum, termasuk Bumiputera," jelas Jagdeep.

Tambahnya lagi, kuota Rumah Kos Rendah untuk Bumiputera adalah sebanyak 50 peratus, manakala Cina dan India masing-masing diberi 35 peratus dan 15 peratus.

Bagi Rumah Kos Sederhana Rendah pula, katanya, kuota agihan untuk Bumiputera adalah sebanyak 30 peratus, manakala, Cina dan India masing-masing diberi 55 peratus dan 15 peratus.

"Rumah Mampu Milik (berharga RM200,000, RM300,000 dan RM400,000) ini adalah kategori yang baru di Pulau Pinang, kita (Kerajaan Negeri) ikut kuota seperti Rumah Kos Sederhana Rendah," jelas Jagdeep lagi.

Terdahulu, kontroversi isu ini timbul susulan tersebarnya gambar surat pekeliling Kerajaan Negeri yang menyebut seorang Melayu sahaja ditawarkan rumah mampu milik berharga tidak melebihi RM300,000 di projek i-Condo @ One Foresta, sedangkan baki 32 penerima lain adalah berbangsa Cina.

Beberapa pihak pro pembangkang Pulau Pinang menerusi media baru seperti facebook dan whatsapp seakan cuba menggambarkan pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menindas kaum Melayu di negeri ini, sehinggalah disanggah oleh Jagdeep sendiri.

Rujuk semula surat berkenaan.


Tajuk besar : Rumah mampu milik.

Isi kandungan : Rumah kos rendah.

Apa yang orang awam fikir?

- Pemaju membina projek perumahan mampu milik.

- Dalam projek berkenaan, pemaju perlu mengkhususkan sebahagian dari tapak projek untuk membina perumahan kos rendah juga.

- Jadinya, perumahan kos rendah tadinya tue telah ditawarkan kepada 1 orang melayu dan 32 yang lain ialah kaum cina.

Jadi. Aku cuba bertanyakan soalan kepada pihak yang berkaitan. Yang kerja dengan kerajaan negeri la. Jawapan dia, apa yang berlaku hanyalah TYPO semata-mata. Sebenarnya pembeli ditawarkan untuk membeli unit perumahan mampu milik. Bukan perumahan kos rendah. 

Aku fikir semula. Sebab perumahan ini antara yang menjadi major subjek dalam penentangan aku terhadap pemimpin mana-mana partisan pun.

Surat di atas disediakan oleh kerajaan negeri. Dan adalah menjadi satu protokol untuk kerajaan negeri tentukan siapa yang lebih layak menduduki rumah kos rendah. Berbanding kos perumahan mampu milik, ia selalunya diproses oleh pemaju dengan syarat projek berkenaan dibawah pemaju.

Jika projek berkenaan ialah projek kerajaan negeri dan usahasama dengan syarikat pemaju, maka tak aneh la mereka bersama-sama terlibat dalam memproses permohonan yang layak.

Lalu. Apa yang perlu dijelaskan oleh kerajaan negeri ialah urusan TYPO dan apa peranan kerajaan negeri dalam projek perumahan mampu milik di atas sehingga mereka dilibatkan untuk memproses permohonan yang layak membeli perumahan tersebut.

Satu lagi. Jika projek berkenaan ialah perumahan mampu milik bernilai 300k dan ke atas dan bilangan bumiputera yang memohon adalah sedikit / kurang / tidak mendapat sambutan, bukan kah itu menunjukkan ketidakmampuan mereka untuk memiliki rumah dengan harga tersebut?

Kita boleh cakap dengan mudah yang bumiputera tak mohon tapi kita perlu juga ambil tahu kenapa mereka tak berminat? Dah kalau tak mampu, mahu kah mereka memohon juga sedangkan tak memenuhi kelayakan?

Dan pada aku, isu kuota dan kaum harus dihapuskan dalam memiliki rumah.

Apa yang sebuah negara patut buat ialah ;

- Berhenti gunakan perumahan sebagai product kapitalis

- Perumahan harus mengikut konsep sosialis

- Setiap yang miskin dilayakkan perumahan kos rendah ke atasnya atas dasar kemiskinan tadinya tue. Bukan ikut kaum.

- Konsep yang tepat ialah bina rumah ikut keperluan rakyat. Jika ada 100k pemohon untuk rumah kos rendah maka itula yang kerajaan kena bina banyak2. Jangan bina rumah ikut kehendak pemaju.

Sungguh pun kerajaan negeri dah keluarkan statement, tetapi kenyataan mereka boleh diragukan. Jujur aku cakap. Aku takmau menuduh. Tapi aku tak terbeli dengan point2 yang diutarakan. Setakat ini. Senang cakap. Perlu ada penghujahan yang lebih kukuh. Untuk aku menyakini.

Tapi pada aku. Jika sekalipun setakat ini hanya seorang melayu diluluskan dalam perumahan kos rendah kita berbalik semula kepada faktor kelayakan. Jika kesemua cina yang menerima perumahan kos rendah itu sebenarnya miskin dan memang layak ke atas mereka, itu dah bukan patut jadi isu.

Orang miskin ialah orang miskin. Cina, india, melayu bukan asas. 

Ya. Ada 2 ribu dan lebih lagi perumahan yang boleh direbut oleh penduduk Pulau Pinang. Tetapi harga tersebut masih jauh dari kemampuan rakyat sebenarnya. Rumah mampu milik yang sepatutnya ialah 100k dan ke bawah. Maksudnya bila kita sebut perkataan mampu milik, kita harus pergi kepada rakyat dan tengok apakah kemampuan (harga) yang boleh mereka tawarkan bagi memiliki sebuah rumah idaman? Kemampuan rakyat realistiknya ialah 100k dan ke bawah. Yang sekarang neh rumah mampu milik bukan bersandarkan kepada kemampuan rakyat tetapi berdasarkan kepada penanda aras pemaju dan pemerintah yang mereka ukur melalui konsep kapitalisma.

Kbai.

Jumaat, 22 Mei 2015

Perakam Video Muhyiddin Kutuk Najib Telah Dipecat!

Update.

Perakam video kena pecat.
Wajah yang dipecat.


Bagus. Orang begini kalau duduk dalam parti baru la parti boleh bersih. Jika lebih ramai bilangannya, maka parti pun tak boleh memecat sesuka ahti. Tetapi bilangan orang begini sedikit je. Dalam BN sedikit. Dalam PR sedikit. Jadi bila dorang memekak tentang keadilan, kebenaran apa pun tak boleh. Laju2 kena pecat. Laju2 kena fitnah. Laju2 kena buli bagai. Nasib la. Trend di Malaysia ialah parti hanya memperjuangkan tentang kesalahan parti lain, parti kita sendiri tutup kasi rapat, salah ke tak salah ke itu belakang cerita. Yang penting taksub mesti mao.

KAH KAH KAH

---------------------------

Wajah Perakam Video Muhyiddin Kutuk Najib Kaw2 Disebarkan - Pro Najib Kata Ada Batu Api Lagakan Muhyiddin & Najib

21/5/2015.

Batu api pun boleh. Babitkan atau tuduh pembangkang pun boleh.

KAH KAH KAH

Ketika Najib umumkan di media yang semua pihak akan bersatu untuk selesaikan kemelut yang melanda UMNO baru-baru neh dalam satu mesyuarat tergempar pada 11 Mei lepas, muka Muhyiddin jelas terpapar kekecewaan. Najib dengan muka sedih dia. Padahal katanya mendapat sokongan dan mandat penuh dari partinya. Muka Muhyiddin pun kelat semacam. Sekor pun tak senyum. Macam berada dalam upacara berkabung pun iya juga. Lepas bermesyuarat la. Takde yang gembira.

Kalau ada batu api maka batu api itu orang UMNO la juga. Bukan orang luar.

Sebaran wassap ;


Ramai penyokong Pembangkang serta pentaksub Tun Mahathir bersorak gembira hari ini apabila satu video klip yang didakwa "pemberontakan" Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyidin Yassin bersama para pemimpin UMNO didedahkan oleh media.

Didalam video berkenaan, TS Muhyidin dikatakan mahu semua yang terlibat dengan 1MDB dipecat serta merta dan disiasat oleh pihak berkuasa. Muhyidin juga dikatakan tidak bersetuju dengan Perdana Menteri serta mahu beliau menjawab segala isu berkenaan 1MDB.

Video tersebut disebarkan dengan matlamat mahu menunjukkan seolah-olah ada perpecahan diantara barisan kepimpinan kerajaan BN dan juga kepimpinan UMNO. Tukang muatnaik video berkenaan juga sudah tentunya mahu orang ramai beranggapan bahawa Muhyiddin kini sudah tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak.

Malangnya, tukang muatnaik video berkenaan lupa bahawa kenyataan Muhyidin didalam video berkenaan dibuat sebelum Pilihanraya kecil Rompin dan juga Permatang Pauh iaitu pada sekitar pertengahan bulan April 2015.

Muhyidin juga sekali lagi mengulangi pendirian beliau pada 6 Mac 2015, iaitu sejurus selepas lawatan beliau ke Milan, Itali berkenaan kebimbangan mengenai isu 1MDB yang dimanipulasi oleh pihak pembangkang dan juga Mahathir untuk memburukkan kerajaan.

Bagaimanapun, segala kemelut persoalan mengenai 1MDB telahpun dijelaskan oleh Perdana Menteri kepada seluruh barisan kepimpinan Umno didalam Mesyuarat Majlis Tertinggi yang berlangsung pada 11 Mei 2015.

Ini bermakna, segala persepsi dan juga fitnah yang cuba dilemparkan oleh tukang muatnaik video serta portal pembangkang terhadap perpecahan diantara Perdana Menteri dan juga Muhyiddin adalah TIDAK BENAR! 

Sebab itulah ketika didalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini, Timbalan Perdana Menteri menyatakan beliau tidak menentang kepimpinan Presiden Umno dan juga Perdana Menteri. Beliau hanya berkongsi pandangan-pandangan dengan pemimpin-pemimpin politik serta rakan-rakan didalam kepimpinan Umno supaya mereka lebih memahami.

Jadi kesimpulannya, video lama Muhyiddin yang muatnaikkan tersebut hanyalah satu agenda jahat dari orang-orang yang mahu menggulingkan kerajaan sedia ada. Mereka-mereka ini semakin terdesak untuk membuat kacau didalam negara dengan menghasut rakyat melalui berita yang tidak benar.

Diharap pihak UMNO dapat segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mengambil video secara curi-curi seperti ini kerana ianya jelas program tertutup dimana sebarang rakaman adalah tidak dibenarkan.

Gambar yang dimaksudkan ;



Oke. Meh kita semua fikirkan sejenak beberapa perkara sat.

Pertama. Niat rakaman itu disebarkan. Sesetengah orang akan anggap sebagai mengantoikan Muhyiddin. Depan Najib kau lain, belakang Najib kau cakap lain pula. Sesetengahnya pula mungkin beranggapan itu bukti yang Muhyiddin sedang ditekan untuk mengambil langkah seterusnya bagi menjatuhkan Najib. Atau, itu mungkin geng2 Najib yang sebar dengan tujuan nak Muhyiddin tahu bahawa mata-mata aku ada di mana-mana. Politik ada macam-macam wajah beb.

Kedua. Istilah laga-laga digunakan oleh puak2 ini jelas membuktikan apa yang Muhyiddin sebut dalam rakaman sangat tidak disenangi oleh Najib. Kalau tidak, buat apa guna ayat laga-laga. Baik cakap.. ohhh TPM kritik 1MDB punya pentadbiran. Ada betulnya juga point dia pecat CEO 1MDB dan biar polis siasat bagai. Nampak sangat point2 Muhyiddin tue digambarkan berbeza dengan apa yang Najib fikirkan sehingga boleh menyebabkan kedua2 pimpinan tertinggi dalam UMNO, BN dan even kerajaan sendiri berperang.

Ketiga. Laju2 juga depa counter attack cakap ada batu api di kalangan mereka. Batu api hotak kau. Itu kan mulut Muhyiddin sendiri yang menyebut. Bukan dipaksa. Dia sendiri mempunyai pendapat yang berbeza dari Najib dalam soal 1MDB. Kalau apa yang kau cakap tue betul maka kisah apa ianya disebarkan pun. Lagipun korang sendiri gak sembang yang semua orang dah tahu pendapat Muhyiddin tentang 1MDB.

Keempat. Dengar betul-betul point Muhyiddin. Muhyiddin sendiri pun haru biru fikir macam mana 1MDB boleh tanggung hutang sebanyak 42billion padahal syarikat itu baru wujud beberapa tahun.

Bukan aku yang cakap. Muhyiddin sendiri yang cakap. Itu tipiem tau. Nampak? Yang pongpang2 cakap persepsi la fitnah la tuduhan la propaganda pembangkang la apa la macam mana? Mana nak letak muka kau semua? Muhyiddin pun dok haru biru fikir macam mana 1MDB boleh tanggung hutang banyak2. Apatah lagi rakyat biasa. 

Kelima. Dalam video berkenaan orang yang merakam atau sebelah dia atau berdekatan dia sebut 'SACK THE PRESIDENT' (turunkan Najib). Kat situ kan dah jelas terbukti at least ucapan2 begitu berisiko membuatkan orang meluat pada Najib. Orang2 UMNO la yang meluat. Masa disebut2 begitu pun takde pula dia kena halau ke apa. Nampak sangat orang2 dalam dewan tue sendiri seakan setuju dengan point SACK THE PRESIDENT.

Muhyiddin kata sebenarnya kita takde komplot nak jatuhkan Najib. Masa akhir-akhir rakaman tue la. Tapi walaupun takde komplot bukan bermaksud Muhyiddin takde niat nak duduk kat jawatan Najib kan. Betul tak Muhyiddin?

KAH KAH KAH

Khamis, 21 Mei 2015

Ustaz Minta Naik Gaji Akhirnya Dipecat.

Buat memo. Kenaikan gaji. Ikut manifesto PR Selangor. Minta tunai janji. Hantar ke bangunan SUK Selangor. Kemudian. Dilarang masuk. Atas alasan dress code. Kat sini wujud beberapa konflik.

- Ustaz dituduh orang upahan UMNO. Sengaja cari pasal.

- Ustaz nagis pula depan wartawan. Sengaja tarik simpati.

- Gaji guru KAFA naik banyak dah banding dengan pentadbiran UMNO dulu-dulu.

- Kerja 4 jam sehari pun nak gaji beribu. 

- Sebenarnya isu dress code aje. Orang lain elok je masuk hantar memo. Pasai apa ustaz tue tak boleh. Nampak sangat dia yang cari pasal. Bukan pentadbiran negeri Selangor.

- Ustaz tue ada kaitan keturunan dengan Khalid da. Saja cari pasal le tue.

Isu pokok. Diabaikan.

Dia begini je. Pokok tak jadi pokok kalau takde akar. Akar wujud dulu baru pokok hidup.

Maksudnya, isu tak boleh jadi kalau PR tak janji. Yang janji itu la kena bertanggungjawab. Dah pandai2 lafaz janji pandai2 la kau tunai. Kalau naik secara berperingkat ke apa ke itu beri la penjelasan susulan. Terima je la memo. Dress code hal kecil. Keluar, salam-salam, terima memo habis cerita. Tak payah nak besarkan hal yang boleh settle 2,3 minit sampai nak mengumpat mengata semua. Orang melayu inila perangai depa. Nak mengumpat kat wassap bagai. Sedangkan blog ada. Mengumpat je la terang2 macam aku. Kau mengumpat sorok2 ke depan2 ke dosa tetap dosa. So like a boss la kalau kena collect dosa pun.

KAH KAH KAH

And then. JAIS panggil. Masa ini juga la. Yang bukan guru KAFA sembang kemas. Kerja 4 jam la. Gaji nak banyak. Banding dengan zaman dulu. Padahal ini orang tuntut janji. Suasana sekarang barang semua naik dah. Orang pun nak hidup juga. Kenaikan gaji itu perlu bagi menampung kos sara yang semakin tinggi. Now ada GST. Lagi sakit jiwa. Kau nak banding dengan UMNO untuk bajet kau lagi bagus kononnya. Padahal ini memang hak dorang berdasarkan janji2 yang dibuat. 

Dengan janji2 itula juga PR dapat undi dan sokongan rakyat. Cuba kau tak berjanji apa semua bagai. Ingat orang nak sokong PR sangat ke? P mati la. Jika PR tak boleh mengubah atau menambahbaikan sistem yang rosak, maka takde maknanya rakyat nak undi dorang. Dah sendiri declare nak ubah, bila orang tuntut perubahan tersebut, banyak cakap buat apa. Buat aje benda yang korang sendiri dah janji. Jika salah faham settle cara elok. Pecat buat apa. Bodoh semuanya. Tak pasal-pasal kena pecat. Minta tunai janji, pecat yang dia dapat.

Baca jap ;


Satu lagi. Guru KAFA ke tak KAFA ke mana ada kerja 4 jam. 4 jam mengajar maksudnya 4 jam masa bekerja? Guru2 tak payah sedia bahan mengajar? Semua turun dari langit atau automatik ada atas meja? Tak payah key in maklumat dan hantar laporan prestasi murid? Tak payah semak kerja rumah dan tahu2 aje masuk kelas dah tahu nak ajar apa ke macam mana?

Sesetengah orang sembang memang power berapi. Semua maklumat ada dalam hotak dia. Dari MH370 sampai la kepada isu Rohingya semua dia gengam kemas.  Semua dia tahu semua dia betul semua dia terer semua dia tepat. Orang lain bagi nasihat pun kena tuduh UMNO. Itu baru nasihat. Belum lagi pendapat yang berbeza atau buktikan hujah2 dia hujah2 yang bangang. Kita neh kalau tersalah sudi dibetulkan takpe juga. Ini sudah la tersalah, di UMNOKAN kau lagi ada. Ini la perangai sesetengah saf PR. Langsung tak makan nasihat.

Sepatutnya.

Kita buat relax dah la.
Korang beria2 jilat parti apa pun taraf korang hanyalah penjilat.
Yang kaya dorang.
Yang dapat AP pun dorang.
Yang mudah pinjam beli rumah pun dorang.
Yang beli rumah baru pun dorang.
Yang dapat kenaikan gaji dorang juga.
Yang dipayung dikeliling bodyguard sana sini pun dorang.
Dorang2 neh, kebanyakkan ahli politik BN dan PR, hidup macam syurga. 
Jadi bila ada yang turun mengkritik pimpinan, korang semua jangan sibuk jadi perisai pimpinan. Tak payah tadah badan untuk ditembak. Biar pemimpin2 neh hadap sendiri. Dah namanya pemimpin. Pandai2 jadi pemimpin pandai2 la kau settle sendiri. Sebab menjadi diri kau atau aku sekalipun, kita neh ada masalah pun selesai sendiri2. Ada ke kau rasa PR dan BN nak heran dengan kau semua? Syok sendiri je la korang pun.

KAH KAH KAH

Video Kritik Najib - Muhyiddin Kata Sekadar Beri Pandangan - Tiba2 TPM Malaysia Cuak Selepas Kantoi.

Aik.

Dalam video kemain lagi lambung suara. Ingatkan pendirian sungguh. Tapi bila dah tersebar rakaman, lain pula nadanya. Kata tipiem kau. Dia sekadar beri pendapat aje. Itu bukan pandangan baru. Itu pandangan saya dan rakan-rakan himpunan pun tahu jelas. Kita dah suarakan kat luar juga. Dan bila ditanya tentang reaksi Najib, tipiem menambah, takde apa-apa, buat kenyataan saya je (lapor apa yang saya sebut je). 

Awat Muhyiddin? Takut jelingan Najib ke atau jelingan Rosmah?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Rakaman video yang dimaksudkan ;

Muhyiddin tibai Najib kaw-kaw.
Posted by Kami Benci Saiful Bukhari! on Wednesday, May 20, 2015

Klik sini jika video gagal loading.

Dalam rakaman jelas yang Muhyidin kau neh sedang pongpang2 isu 1MDB dan sindir seseorang.

Lepas tue dia kata yang polis patut siasat 1MDB.
Then. Dia cakap CEO 1MDB patut dipecat. Yang baru tue Arul Kanda. Muhyiddin nak pecat si Arul Kanda neh ke apa?

Kalau tak, UMNO jatuh. Teruk. Dia pengarah pilihanraya. Payah juga kedudukan dia.

Ucapan berikut di buat di dalam satu kursus politik yang dibuat secara tertutup oleh anjuran Biro Latihan UMNO.

Tertutup majlisnya. Tapi ada rakaman pula. Tersebar. Tak pelik ke korang?

Pelik kot. 
Rakaman pun dibalik langsir je tue. Bukan depan-depan macam kebiasan. Jelas memang rakaman sorok-sorok. Sapa punya kerja yang merakam time Muhyiddin mengutuk Najib hah? Mampos la kau Muhyiddin cari sampai dapat sebab pecahkan lubang dia.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH






Selain dari ucapan Muhyiddin, reaksi Ahmad Maslan turut diperkatakan umum. Kononnya sepanjang Muhyiddin berucap, dia tundukkan wajah ke bawah. Berasa tersindir ke apa ke aku pun tatau. Yang pasti dia memang proksi Najib. Mesti terasa something juga kalau dah si Muhyiddin dok sindir-sindir Najib dalam isu 1MDB. Almaklumla, yang jaga MOF tue Najib. 1MDB bawah MOF. Maka Najib la yang si Muhyiddin kau bambu dalam rakaman tersebut. Sedap je aku perati BN vs BN. Makan popcorn lagi la jawabnya. Lama-lama jadi gemuk bana. 

KAH KAH KAH

Rabu, 20 Mei 2015

Pelaburan Di Cayman - Najib UTURN. Jadi Kemana Hilangnya Wang Pelaburan 4 Billion Tersebut?

Isu Cayman.

First episode : Judi bukan cara kita kata Mahathir kepada Najib.

Second episode : Mahathir sindir Najib isu pelaburan Cayman.

Third episode : 1MDB kantoi edar penyata bank palsu.

Sebelum ini ;


Bukan kita tuduh atau kita fitnah. Kerajaan yang jawab sendiri. Kita tanya. Kerajaan bagi jawapan dah bawa balik dah. Dalam proses. Sebelum mai Malaysia dia kat Singapura kejap. Masa tue Mahathir asyik asak Najib. Minta dedahkan. Kat bank mana simpan duit pelaburan di Cayman tue. Dia nak tengok. Mahathir asyik membebel benda sama. Najib boring. Mahathir tak henti dok bertanya. Walau Najib kata dah ada dalam bank. Alih-alih katanya ada di bank Singapura.

Tapi Mahathir tak berhenti bising juga.

Mahathir kata. Kenapa simpan di Singapura. Duit pelaburan tue milik negara. Bank Malaysia dah pupus ke apa sampai menyimpan di Singapura. Yang neh Najib senyap sampai ke sudah. Hapa pun dia tak jawab. Cerita mati macam tue aje.

And then tadi TMI update ;


Aik?

Tapi sebelum tue dia yang kata ;


Takde kat Malaysia.
Takde kat Singapura.
Takde kat Pulau Cayman sekalipun.
Jadi duit tue ada kat mana?

Duit tue penting. Sebab kewujudan duit itu bukti bahawa pelaburan 4 billion (ini sebahagian aje dari jumlah pelaburan 1MDB kat Pulau Cayman) itu tidak rugi. Kalau duit dah takde, maka ia menyusahkan. Sebab bila rugi, maksudnya kita kena tanggung la. Sebab tue kita mahu bukti yang duit itu masih wujud. Pelaburan 4 billion ini pun sebenarnya dah cukup menyusahkan sebab modal permulaan 1MDB neh bukannya ada sampai 4 billion. Mereka meminjam untuk melakukan pelaburan. Jadi faham-faham sendiri la. Kalau kau meminjam then melabur then rugi. Yang rugi tue kau tetap kena tanggung tapi bab bayar balik pinjaman pun kau kena hadap juga. Jadi sekarang duit tue ada kat mana? Kat poket sapa? Pelaburan perjudian Najib dah rugi ke setan? Kalau rugi sapa yang kena tanggung tue hah?

Kbai.

Menteri Dedahkan Bayi Berumur Setahun Terlibat Dengan ISIS.

Menteri kau betul-betul dah tolol.

Ada ka patut menteri kau cakap ;


Budak umur setahun terlibat dalam ISIS?

Kau gila ke apa Zahid?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Budak umur setahun pun ada yang belum boleh jalan lagi.
Usah kata nak terlibat ISIS, nak bercakap pun tak reti. Apatah lagi nak faham bab-bab perjuangan, jihad, bom dan sebagainya. Yang budak-budak neh tahu jumpa apa-apa benda kunyah masuk mulut. Perangai standard bayi. Nampak benda cantik dan berwarna warni, nak main benda tue. ISIS apa. Takde masa. Budak tengah nak membesar dan mengenal dunia la gila.

Benda apa terlibat dalam ISIS neh tah.
Bangang punya jawapan.
Dan bangang punya menteri.

KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Kita Tak Bayar Gaji Paul, Tapi Paul Memang Berperanan Dalam Pasukan Komunikasi PM - Shahidan Kassim.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Pengakuan neh lagi gila. Terang-terang kerajaan declare yang Paul bukan menerima upah mingguan, bulanan atau tahunan. Sebaliknya penyerapan Paul ke dalam unit komunikasi PM adalah berbentuk seperti tender, kontrak, urusniaga yang melibatkan pembayaran wang dalam jumlah yang dirahsiakan.

Kata Shahidan Kassim ;
Kerajaan menafikan membayar bekas bos Apco Malaysia Paul Stadlen untuk khidmatnya, yang didakwa termasuk menguruskan operasi media Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Sehingga kini, kerajaan tidak membuat sebarang pembayaran gaji kepada Paul Stadien,"
kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang) telah meminta kerajaan menyenaraikan gaji yang dibayar kepada Paul Stadlen sebagai anggota pasukan komunikasi di Pejabat Perdana Menteri.

Shahidan, bagaimanapun, tidak menafikan Stadlen adalah sebahagian daripada pasukan komunikasi itu. -Mkini.

Siapa Paul Stalden?

Baca : Gaya hidup mewah Paul timbul persoalan berapa Najib bayar dia sebulan.  

Yang tak kenal boleh p kenal-kenal dahulu dengan membaca artikel di atas. Yang dah berkenalan pula boleh la beramai-ramai gelak-kan kebodohan Shahidan Kassim sebab mengantoikan diri sendiri.

Konon-konon nak bagitau la.

Kita tak bayar gaji Paul tue pun.
Tapi dalam waktu yang sama si Paul tue berada dalam unit komunikasi PM.
Takan si Paul neh buat kerja kebajikan. Amal tanpa gaji. Mustahil, terbukti.
Maka jelaslah si Paul neh menerima satu jenis bayaran seperti tender.
Yakni, mesti makan ratus ribu punya kontrak.
Bukan gaji memang bukan gaji. Tapi duit tetap dibayar kepada Paul. 
Silap la MP kita p tanya berapa gaji Paul sebulan.
Layaknya ditanya berapa Paul atau syarikatnya atau firmanya dibayar oleh kerajaan untuk uruskan hal ehwal komunikasi PM di peringkat antarabangsa.

Dengan GST kita bayar, dan kepada Paul Najib belanja.

KAH KAH KAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...