Jumaat, 22 Mei 2015

Perakam Video Muhyiddin Kutuk Najib Telah Dipecat!

Update.

Perakam video kena pecat.
Wajah yang dipecat.


Bagus. Orang begini kalau duduk dalam parti baru la parti boleh bersih. Jika lebih ramai bilangannya, maka parti pun tak boleh memecat sesuka ahti. Tetapi bilangan orang begini sedikit je. Dalam BN sedikit. Dalam PR sedikit. Jadi bila dorang memekak tentang keadilan, kebenaran apa pun tak boleh. Laju2 kena pecat. Laju2 kena fitnah. Laju2 kena buli bagai. Nasib la. Trend di Malaysia ialah parti hanya memperjuangkan tentang kesalahan parti lain, parti kita sendiri tutup kasi rapat, salah ke tak salah ke itu belakang cerita. Yang penting taksub mesti mao.

KAH KAH KAH

---------------------------

Wajah Perakam Video Muhyiddin Kutuk Najib Kaw2 Disebarkan - Pro Najib Kata Ada Batu Api Lagakan Muhyiddin & Najib

21/5/2015.

Batu api pun boleh. Babitkan atau tuduh pembangkang pun boleh.

KAH KAH KAH

Ketika Najib umumkan di media yang semua pihak akan bersatu untuk selesaikan kemelut yang melanda UMNO baru-baru neh dalam satu mesyuarat tergempar pada 11 Mei lepas, muka Muhyiddin jelas terpapar kekecewaan. Najib dengan muka sedih dia. Padahal katanya mendapat sokongan dan mandat penuh dari partinya. Muka Muhyiddin pun kelat semacam. Sekor pun tak senyum. Macam berada dalam upacara berkabung pun iya juga. Lepas bermesyuarat la. Takde yang gembira.

Kalau ada batu api maka batu api itu orang UMNO la juga. Bukan orang luar.

Sebaran wassap ;


Ramai penyokong Pembangkang serta pentaksub Tun Mahathir bersorak gembira hari ini apabila satu video klip yang didakwa "pemberontakan" Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyidin Yassin bersama para pemimpin UMNO didedahkan oleh media.

Didalam video berkenaan, TS Muhyidin dikatakan mahu semua yang terlibat dengan 1MDB dipecat serta merta dan disiasat oleh pihak berkuasa. Muhyidin juga dikatakan tidak bersetuju dengan Perdana Menteri serta mahu beliau menjawab segala isu berkenaan 1MDB.

Video tersebut disebarkan dengan matlamat mahu menunjukkan seolah-olah ada perpecahan diantara barisan kepimpinan kerajaan BN dan juga kepimpinan UMNO. Tukang muatnaik video berkenaan juga sudah tentunya mahu orang ramai beranggapan bahawa Muhyiddin kini sudah tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak.

Malangnya, tukang muatnaik video berkenaan lupa bahawa kenyataan Muhyidin didalam video berkenaan dibuat sebelum Pilihanraya kecil Rompin dan juga Permatang Pauh iaitu pada sekitar pertengahan bulan April 2015.

Muhyidin juga sekali lagi mengulangi pendirian beliau pada 6 Mac 2015, iaitu sejurus selepas lawatan beliau ke Milan, Itali berkenaan kebimbangan mengenai isu 1MDB yang dimanipulasi oleh pihak pembangkang dan juga Mahathir untuk memburukkan kerajaan.

Bagaimanapun, segala kemelut persoalan mengenai 1MDB telahpun dijelaskan oleh Perdana Menteri kepada seluruh barisan kepimpinan Umno didalam Mesyuarat Majlis Tertinggi yang berlangsung pada 11 Mei 2015.

Ini bermakna, segala persepsi dan juga fitnah yang cuba dilemparkan oleh tukang muatnaik video serta portal pembangkang terhadap perpecahan diantara Perdana Menteri dan juga Muhyiddin adalah TIDAK BENAR! 

Sebab itulah ketika didalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini, Timbalan Perdana Menteri menyatakan beliau tidak menentang kepimpinan Presiden Umno dan juga Perdana Menteri. Beliau hanya berkongsi pandangan-pandangan dengan pemimpin-pemimpin politik serta rakan-rakan didalam kepimpinan Umno supaya mereka lebih memahami.

Jadi kesimpulannya, video lama Muhyiddin yang muatnaikkan tersebut hanyalah satu agenda jahat dari orang-orang yang mahu menggulingkan kerajaan sedia ada. Mereka-mereka ini semakin terdesak untuk membuat kacau didalam negara dengan menghasut rakyat melalui berita yang tidak benar.

Diharap pihak UMNO dapat segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mengambil video secara curi-curi seperti ini kerana ianya jelas program tertutup dimana sebarang rakaman adalah tidak dibenarkan.

Gambar yang dimaksudkan ;



Oke. Meh kita semua fikirkan sejenak beberapa perkara sat.

Pertama. Niat rakaman itu disebarkan. Sesetengah orang akan anggap sebagai mengantoikan Muhyiddin. Depan Najib kau lain, belakang Najib kau cakap lain pula. Sesetengahnya pula mungkin beranggapan itu bukti yang Muhyiddin sedang ditekan untuk mengambil langkah seterusnya bagi menjatuhkan Najib. Atau, itu mungkin geng2 Najib yang sebar dengan tujuan nak Muhyiddin tahu bahawa mata-mata aku ada di mana-mana. Politik ada macam-macam wajah beb.

Kedua. Istilah laga-laga digunakan oleh puak2 ini jelas membuktikan apa yang Muhyiddin sebut dalam rakaman sangat tidak disenangi oleh Najib. Kalau tidak, buat apa guna ayat laga-laga. Baik cakap.. ohhh TPM kritik 1MDB punya pentadbiran. Ada betulnya juga point dia pecat CEO 1MDB dan biar polis siasat bagai. Nampak sangat point2 Muhyiddin tue digambarkan berbeza dengan apa yang Najib fikirkan sehingga boleh menyebabkan kedua2 pimpinan tertinggi dalam UMNO, BN dan even kerajaan sendiri berperang.

Ketiga. Laju2 juga depa counter attack cakap ada batu api di kalangan mereka. Batu api hotak kau. Itu kan mulut Muhyiddin sendiri yang menyebut. Bukan dipaksa. Dia sendiri mempunyai pendapat yang berbeza dari Najib dalam soal 1MDB. Kalau apa yang kau cakap tue betul maka kisah apa ianya disebarkan pun. Lagipun korang sendiri gak sembang yang semua orang dah tahu pendapat Muhyiddin tentang 1MDB.

Keempat. Dengar betul-betul point Muhyiddin. Muhyiddin sendiri pun haru biru fikir macam mana 1MDB boleh tanggung hutang sebanyak 42billion padahal syarikat itu baru wujud beberapa tahun.

Bukan aku yang cakap. Muhyiddin sendiri yang cakap. Itu tipiem tau. Nampak? Yang pongpang2 cakap persepsi la fitnah la tuduhan la propaganda pembangkang la apa la macam mana? Mana nak letak muka kau semua? Muhyiddin pun dok haru biru fikir macam mana 1MDB boleh tanggung hutang banyak2. Apatah lagi rakyat biasa. 

Kelima. Dalam video berkenaan orang yang merakam atau sebelah dia atau berdekatan dia sebut 'SACK THE PRESIDENT' (turunkan Najib). Kat situ kan dah jelas terbukti at least ucapan2 begitu berisiko membuatkan orang meluat pada Najib. Orang2 UMNO la yang meluat. Masa disebut2 begitu pun takde pula dia kena halau ke apa. Nampak sangat orang2 dalam dewan tue sendiri seakan setuju dengan point SACK THE PRESIDENT.

Muhyiddin kata sebenarnya kita takde komplot nak jatuhkan Najib. Masa akhir-akhir rakaman tue la. Tapi walaupun takde komplot bukan bermaksud Muhyiddin takde niat nak duduk kat jawatan Najib kan. Betul tak Muhyiddin?

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...