Sabtu, 23 Mei 2015

Kedutaan Mesir Buat Bodoh Dengan Memo Perkasa Minta Jangan Hukum Morsi - Ahli Perkasa Bengang Lalu Campak Memorandum.

Adui.

Kau buat memo penat-penat. Lepas tue kau campak ke lantai. Apa punya bangang la korang neh. Nak ketawa juga. Kelakar punya tindakan.

KAH KAH KAH

Apa pun kerajaan kita punya pendirian memang biol sikit. Morsi dan Qardhawi bukan pesalah tapi dihukum mati dan kerajaan kita tak react negatively pun terhadap keputusan tersebut. In fact, kedutaan Mesir boleh besar kepala kat kita. Boleh pula buat derk dengan demo geng-geng Perkasa. Mungkin depa akan respon jika yang demo tue saf-saf pembangkang dan kerajaan. Tapi pada aku. Buat derk kat Perkasa tue kira kurang ajar juga. Tak boleh tidak keluar la amek memo. Berlagak gile. Padahal kau tue kat Malaysia. Bangang2 Ibrahim Ali tue pun dia still orang Malaysia dan reti juga tengok tindakan ke atas Morsi itu satu kekejaman. Tapi itulah. Silap juga malaon2 PERKASA neh. Kekejaman beribu batu reti kau memekak. Kekejaman dalam Malaysia sokong pula. Bingai tak kemana.

Baca jap ;
Seorang anggota Perkasa bertindak membaling memorandum ke perkarangan Kedutaan Arab Mesir selepas hasrat menemui kakitangan bertugas tidak dilayan.
Memorandum berkenaan bagi membantah hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas presiden negara itu, Mohamed Morsi dan tokoh ulama tersohor Sheikh Yusof al-Qaradawi.
Sebelum itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali memasukkan tuntutan berkenaan ke dalam peti surat.
Bagaimanapun seorang ahlinya kemudian bertindak mengambilnya dan bertindak spontan mencampak dokumen berkenaan.
Mengulas mengenai kegagalan penyerahan memorandum itu, Ibrahim mendesak kerajaan menyuarakan pendirian termasuk memutuskan hubungan diplomati dengan Kaherah.
“Kita perlu nyatakan pendirian, malah untuk mengumumkan putuskan hubungan diplomatik dengan Mesir, hukuman ini tidak munasabah
“Mana suara Amerika, yang katanya penyokong demokrasi, tapi di Malaysia mereka cuba campur tangan dalam urusan dalaman,” tegasnya.
Ibrahim yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas menambah, suara daripada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga tidak kedengaran berhubung isu itu.
“Kita minta kerajaan Malaysia jangan berdiam diri, kita ada OIC tapi kebanyakan ahli negara Arab adalah tali barut AS (Amerika Syarikat).
“Malaysia harus berani ke hadapan seperti zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri,” katanya.
Dalam pada itu, semasa mahu menyerahkan memorandum itu, Perkasa turut bertembung dengan PAS di hadapan Kedutaan Mesir
Parti itu turut berada di kawasan berkenaan bagi mengadakan bantahan.
Ketika diminta mengulas mengenainya, Ibrahim berkata mereka tidak mendekati kumpulan terbabit memandangkan PERKASA bukan pertubuhan parti politik.
“Mungkin kita tak pergi kesana walau tujuan yang sama sebab kita tak tahu mungkin mereka tak jemput mereka dalam kumpulan mereka kerana kita bukan pertubuhan politik dan mereka pun tidak jemput kita.
“Walaupun tujuannya sama, kita tak tahu mungkin mereka tidak sambut kita, mereka pun tak jemput kita. Kita nak sertai mereka, tapi takut mereka kata ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’,” katanya. -FMT.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...