Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 26 Oktober 2013

Potongan Subsidi Gula Baik Untuk Kehidupan Seks Rakyat Kata Najib...

Entahla..



Najib yang prihatin.. tersangatlah prihatin sampaikan kain dalam rakyat [pasal seks] pun dia sibuk nak fikir.

Syabas la ek aku ucapkan. Sungguh tak sangka dapat PM yang super marverlous macam neh..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuatkuasa hari ini, dengan mengingatkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang.

Berucap merasmikan persidangan perwakilan nasional Gerakan hari ini, beliau berkata, ia merupakan tambahan kepada simpton akibat kencing manis, sepertimana yang dinyatakan dalam ucapan bajet semalam, seperti kabur penglihatan, gangren dan pergantungan kepada mesin dialisis.

gerakan egm 261013 01Beliau kemudiannya mengkritik kecenderungan pembangkang untuk 
menentang apa juga inisiatif kerajaan tanpa mengambil kira akibatnya, dan berkata bangkangan seumpama itu adalah tidak membina.

Pemansuhan subsidi gula berkuatkuasa hari ini diumumkan dalam ucapan bajet Najib semalam, membabitkan kenaikan harga 34 sen sekilogram.

"Sayapun sudah belajar minum teh tanpa gula. Anda boleh berubah demi kebaikan diri sendiri," katanya.

Teh je ke tanpa gula? Apa ka semua benda yang diminum dan dimakan oleh PM jangan ada kaitan dengan gula langsung.

Terai la ek.

Mesti kualiti SEKS Najib akan lebih baik lagi.. senyum lebar la ROSMAH lepas neh, oke tak?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Ah sudahh jadi lucah plak otak aku neh. Siot. Najib ah punya pasal neh..

Kes Pegawal Keselamatan Merompak - KDN, Securiforce Atau Kawalan Prima Yang Menipu?

Untuk episode pertama, kedua dan ketiga, disini, sini dan sini.


Aku juga ada menerima link penafian dari pihak Securiforce disini.  Tetapi apabila aku menelefon sendiri no yang dinyatakan untuk pengesahan lanjut, ianya tidak berangkat. Kenapa? Sibuk agaknya?

Jika pihak SF [Securiforce] baca betul2, takde isu tuduh menuduh di laman ini. Sekadar nak dapatkan pengesahan dan jawapan dari SF je. Yang aku heran, hanya satu laman blog aje yang siarkan statement SF. Kenapa tak gunakan pihak media?

Aku dah check google, buat masa sekarang hanya laman tersebut je satu2nya yang memberikan penafian berkaitan. Di harap SF boleh tampil beri kenyataan media sebab bila kami call, tak berjawab. Jadi kami pun ragu2 ketulenan penafian tersebut. Ragu2 bukan sebab SF menafi, jangan salah faham ye. Ragu2 sebab itu laman pro UMNO. Semua orang tahu

Blogger UMNO = fitnah = satu geng.

Harap maklum.

Berbalik kepada perkembangan susulan kes berkaitan. Untuk rekod pihak KDN tak dedahkan pun nama syarikat tersebut sampai sekarang. Akan tetapi, ada pihak lain berhasil mendapatkan nama agensi keselamatan yang menaungi pekerja tersebut.

Ironinya, kenapa KDN sampai sekarang enggan menyebut nama syarikat? SF mendedahkan perkara ini boleh jadi kerana ia berpunca membabitkan nama baik syarikat tersebut. 

Rujuk ;
Meanwhile, Security Services Association Malaysia (SSAM) president Datuk Shaheen Mirza Habib confirmed that Ardi was employed by Kawalan Prima.
 
"Kawalan Prima told us the suspect has a gun licence," and that is all the family-owned security company was willing to tell Shaheen.

Read more: http://www.fz.com/content/who-let-their-guard-down-hire-norazitas-killer#ixzz2in9ONpFt


Datuk Shaheen Mirza yang juga bekerja di SF, mengesahkan bahawa pengawal keselamatan tersebut ;


1. Dari syarikat Kawalan Prima.

2. Mempunyai lesen senjata api.

Apa maksudnya mempunyai lesen senjata api? Maksudnya penjenayah tersebut telah pun melalui proses screening oleh KDN. KDN yang bagi lesen senjata api kepada penjenayah tersebut. Syarikat keselamatan tersebut telah pun melalui protokol yang di tetapkan. Inila persepsi yang
Datuk Shaheen Mirza selaku Pengerusi Gabungan Syarikat Keselamatan Malaysia ingin sampaikan secara halus.


Di pihak KDN, mereka salahkan syarikat keselamatan kerana gagal patuhi protokol.

Di pihak SF, mereka menyebut bahawa ia adalah syarikat KP bukan nya syarikat mereka [melalui penafian blog].

Bahkan mereka juga menyatakan bahawa KP mengakui kepada mereka bahawa individu tersebut telah melalui proses screening sebelum di issuekan dengan lesen senjata api.

Datuk Shaheen Mirza juga mendedahkan bahawa proses screening KDN sangat ketat. Jadi jika ada kesilapan di mana2, sepatutnya dari awal lagi KDN dah berhasil detect. 

Persoalannya, sekarang siapa yang menipu?

Adakah KDN menipu untuk lepas tangan?

SF menipu dengan menggunakan pakai nama KP supaya masyarakat tak salahkan mereka?

Atau KP menipu bahawa individu tersebut telah melalui screening yang sepatutnya?

Masyarakat perlu tahu kebenaran nya. Mohon didedahkan satu persatu2. Bila penjelasan yang dibuat tidak menyeluruh, maka masyarakat akan mula berspekulasi.

Untuk rekod, bagi yang tidak tahu, bukan hanya individu tersebut sahaja memiliki KP palsu, bahkan 3 rakanya yang lain termasuk wanita yang dikatakan isterinya juga memiliki KP palsu dan semuanya beralamat di Sabah. Gila. Itu baru yang kita dapat tahu. Yang kita tak dapat tahu ada berapa ramai lagi di luar sana ? Ini adalah situasi yang sangat menakutkan.

Dan kalau diperhatikan dari statement dari pihak kementerian ;
He further warned security companies to comply to set regulations, including on sourcing guards from other contries to avoid their licenses from being revoked without notice.

Rujukan : http://www.malaysiandigest.com/news/36-local2/468472--updatedour-sources-revealed-security-company-that-hired-rogue-guard.html 

Seolah2 mengupah pengawal keselamatan asing itu merupakan satu kesalahan. Namun rasanya jika agensi pun tatau mereka warga asing, jelaslah mereka pun terpedaya sekali. Yang menjadi kehairanan orang ramai bagaimana warga asing boleh lepas sampai dapat lesen senjata api? Ini pula spekulasi ye, tapi fakta. Rujuk statement dari pengerusi SSAM sendiri. Penjenayah tersebut ada lesen senjata api yang KDN sendiri luluskan permohonan.

Fikir2kan la ek.

Jumaat, 25 Oktober 2013

3 Lagi Rakan Pembunuh Pegawai Bank Ditemui Memiliki Kad Pengenalan Palsu !!!!!!!

Gilaaaaaa !!!!

Ini betul2 gila beb.


Kesemua dari mereka memiliki kad pengenalan palsu. Bahkan berlagak2 seolah2 mereka ialah rakyat di negara ini. Dengan kad pengenalan palsu ini bermaksud kemungkinan besar mereka telah mengakses beberapa perkara yang mana hanya warganegara Malaysia je layak.

Ini betul2 menakutkan!!!

Berapa ramai lagi jumlah orang2 seperti ini di luar sana?

Polis menahan dua pengawal keselamatan dan seorang wanita, dipercayai bersubahat dan mempunyai kaitan dengan suspek yang menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya dekat sini kelmarin.

Dua pengawal keselamatan terbabit merupakan saudara suspek sementara wanita itu pula dipercayai isterinya berusia 20-an hingga 30-an.

Kesemua suspek yang merupakan rakyat negara jiran tetapi dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Kemuning, Klang pada malam hari kejadian.

Susulan penahanan ketiga-tiga mereka, polis turut menemui wang tunai RM20,000 yang dipercayai sebahagian daripada RM450,000 hasil rompakan suspek dari peti besi Ambank cawangan berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, siasatan awal percaya selepas melarikan diri dari Ambank, suspek telah mengagih-agihkan sebahagian kecil hasil rompakan termasuk kepada tiga yang ditahan.

Beliau berkata, wang tunai RM20,000 itu disembunyikan mereka di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya dekat sini yang merupakan tempat kerja dua pengawal keselamatan yang ditahan.

"Kita masih memburu suspek yang dipercayai masih berada di negara ini bersama hasil rompakan dan selaras pump gun yang digunakan untuk menembak mati mangsa.

"Siasatan kita juga percaya suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza, 37, bukan berasal dari Sabah tetapi dari negara jiran dan dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.

"Kini kita sedang menyiasat bagaimana suspek memperolehi kad pengenalan, serta dibenarkan menggunakan senjata api," kata beliau kepada pemberita di Pusat Media Polis Selangor di sini hari ini.

Sumber :  http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131025/je_13/Tembak-pegawai-Ambank-Tiga-suspek-ditahan

Point penting ;

1. Lebih dari seorang memiliki kad pengenalan palsu.

2. Seolah2 ia sangat mudah untuk mendapatkan perkara tersebut.

3. Rakan penjenayah juga bekerja sebagai pengawal keselamatan. 

Perghhhh..

4. Lepas rompak, agih2kan wang sesama mereka. Bila fikir2 balik tak rasa dorang neh first time buat jenayah. Mungkin ini jenis jenayah berulangan kot. Macam biasa je buat jenayah kat negara neh. Dapat 20k tak rasa bersalah ke apa ke lepas dapati member sendiri bunuh orang? Siap sorokkan duit lagi tue.

Pendek kata kebanjiran warga asing sudah membiakkan masalah. Bukan saja kita berhadapan dengan masalah PADI yang makin lama makin tunjuk biadap pada warga tempatan, warga PATI yang kadang2 di antara mereka masih bebas kerana merasuah pihak tertentu, kini kita berhadapan dengan masalah warga asing yang bila2 boleh claim mereka ialah rakyat di negara ini dengan hanya ID palsu.

Ini betul2 bahaya beb, bahaya!

Rakyat Malaysia Desak Menteri Dedah Nama Syarikat Keselamatan Yang Upah Penjenayah.

Penjenayah masih lagi belum ditangkap sehingga berita ini ditulis.  PDRM cakap mereka akan memburu suspect tersebut habis-habisan. Namun disebalik isu tersebut, ada satu lagi isu penting yang kita tak boleh terlepas pandang juga. Ianya berkenaan isu syarikat keselamatan yang mengupah penjenayah tersebut sebagai pekerja mereka.

Ada sesuatu yang pelik disini.

Sudah aku ceritakan berkali2. Tiada mana2 akhbar, portal mahupun berita di tv menyebut nama syarikat tersebut.

Rujuk sini dan sini.

Pelik tak? Korang memang kena rasa pelik sebab ia memang perkara pelik pun. Semalam secara tiba2 kerajaan keluarkan kenyataan. Syarikat tersebut telah dikenakan tindakan. Lesen perkhidmatan mereka telah ditarik balik.

Oke fine.

Tapi syarikat apa? Apa nama dia? Siapa tahu adakah kerajaan sedang bercakap perkara yang benar sedangkan nama syarikat tidak didedahkan?

Contohnya kerajaan cakap ada product dilabelkan halal walaupun mengandungi daging babi. Product tersebut telah ditarikbalik. Tapi product apa? Bagaimana nak sahkan cerita kerajaan ini betul selagi mana nama product tidak disebut?

Macam tue la juga dengan kes ini.

Apa yang aku rasa?

1. Sengaja mengeluarkan statement memberitahu public bahawa syarikat tersebut telah dihukum.

2. Bertujuan nak alihkan pemikiran rakyat. Aha, syarikat tersebut telah dihukum..

3. Tapi nama syarikat taknak sebut pula. Beria2 sorok.

4. Betul ke depa dah dihukum? Siapa tahu? Ada bukti? NAMPAK?

5. Spekulasi mengatakan syarikat besan Najib yang terlibat. Betul ka?

6. Bahkan Datuk Maznah dan suami dia bukan calang2 orang beb. Jenis lesen besar. Sepatutnya syarikat tersebut tampil memberikan penjelasan sebarang dua. Sehingga kini wakil syarikat tersebut pun HARAM nak jumpa keluarga mangsa. Bagi la sumbangan ke tunjuk rasa kesal ke apa ke. HARAM ada.

7. KDN juga beria2 dalam menjelaskan hal berkaitan.

Baca neh beb ;

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.

"Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Rujukan :  https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia?filter=1

Apa neh? Screening test pada hari dia dah disahkan sebagai seorang penjenayah warga Indonesia pula tue? Alamak aiiiiii.

Kita mahu KDN dedahkan nama syarikat yang dimaksudkan. Kita mahu tahu syarikat apa. Kalau ikut statement KDN, jelasla yang melanggar tata etika kerja sekarang neh syarikat keselamatan tersebut, bukan di pihak KDN. Ini kerana KDN mempunyai proses yang sangat ketat sebelum membenarkan mana2 pihak menggunakan senjata api.

Yang juga menimbulkan keraguan bila kita baca kenyataan akhbar mereka ;

Rujuk ;

 

1. Tak fikir nak teruskan or tarikbalik perkhidmatan..

2. Aik dah kena gantung kot lesen depa? 

3. Takan PDRM tak maklumkan yang lesen syarikat keselamatan tersebut akan ditarikbalik kepada big boss AMBANK?

4. Yang heran takan masih teragak2 nak batalkan perkhidmatan syarikat tersebut?

5. Dah kena dah kakitangan bank. Tak pasal2 jadi mangsa kecuaian sesetengah pihak.

6. Sepatutnya sebagai big boss kena buat keputusan yang tegas bagi mengajar syarikat tersebut. Terminate je terus perkhidmatan depa. Bukan ragu2 lagi.

Perkara ini memang fishy. Penuh keraguan. Samada dedahkan satu nama syarikat yang baru di setup ataupun berterusan2 cover nama syarikat yang terbabit. Aku tak pasti lagi dorang akan amek tindakan yang macam mana. Itu terfikir2 gak dalam kepala hotak ini. Selagi kerajaan taknak dedahkan nama syarikat, kerajaan la juga menyebabkan rakyat berpersepsi negatif. Jangan salahkan rakyat dalam kes neh oke.

Oke bai.

Khamis, 24 Oktober 2013

Kenapa DBKL Roboh Rumah Orang Melayu? - Bukti DBKL Langgar Arahan Mahkamah.

Aku syak DBKL neh memang berdendam dengan orang melayu. Siyes. Kalau orang2 melayu meniaga tepi jalan kan, mesti puak2 neh poyo2 kacau. Lepas tue dengan suara bongkak kata mereka menjalankan tugas. Takpela, kita faham juga.

Tapi yang kita heran, selain dari orang melayu tak pula depa kacau. Nak kata pasal LESEN? Sama je situasinya dengan peniaga2 melayu. Bahkan peniaga2 melayu tue seme mohon lesen meniaga. Cuma tinggal lulus dan tak lulus je. Macam2 alasan yang dorang bagi. Malas nak layan.

Berikut kat bawah neh aku akan kemukakan bukti2 dan hujah bahawanya DBKL sama sekali tidak BERHAK robohkan rumah makcik kat dalam gambar kat bawah neh. 


Bahkan, rumah2 sekitarnya tue juga DBKL tak berhak robohkan. Dalam erti kata lain DBKL tiada apa2 kuasa yang membenarkan tindakan mereka. Tanah tersebut dimiliki oleh sebuah syarikat sebenarnya. Tatau la macam mana depa boleh dapat hak milik atas tanah tue tapi penduduk2 di situ tak boleh juga main di halau sedemikian rupa seolah2 mereka itu penceroboh.

Untuk rekod, kalau korang baca dan perhalusi satu persatu bukti kat bawah neh, ko akan dapati bahawa tanah tersebut pada asalnya TANAH RIZAB MILIK MELAYU.

Kenapa tanah rezab ini tetiba2 jadi hak orang lain pula?

Jeng jeng jeng.. muzik saspen.

Dah2. Tak payah nak saspen sangat. Kita seme tahu kerja siapa kan?

Habislah melayu2 neh. Dapat tanah rezab pun ada orang lain lego.

Ko nak halau semua melayu2 neh pergi mana? Duduk hulu2 kampung? Duduk kat ceruk2 hutan? Atau duduk kat bawah longkang? Melayu2 dah takde tempat lagi ke kat dalam bandar?

Celaka punya orang.

Yang aku rasa memang BANGSAT sangat la kan, ada ke patut seseorang yang sama bangsa dengan makcik tue, sama agama, boleh tergamak alihkan semua barang2 dalam rumah tersebut tanpa keizinan makcik tersebut dan robohkan rumah makcik tue ketika MAKCIK tue tengah bercakap2 pasal SURAT KUASA?

BODOH GILA LA YANG BAWA JENTOLAK tue.

Dapat muka dia pun best gak. Boleh tiaw. Takde ahti perut punya orang. Orang tahu le ko kerja. Tapi apa salahnya ko kerja ikut undang2. Ada ke bukti bahawanya korang berhak robohkan rumah penduduk di kawasan tersebut?


Malam tadi pasang khemah. Lepak2 bawah khemah. Kita ucapkan terima kasih kepada pemusnah rumah orang susah. Sila amalkan kerja2 'terpuji' korang tue ek. Well done.

Rujuk perintah mahkamah yang memberikan hak kepada penduduk kampung untuk mempertahankan hak mereka sehinggalah rundingan selesai dimuktamadkan.

Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik image. Baca satu persatu.

Boleh skip untuk baca point2 dari no 1 ke no 19 terus.

Dan tengok muka surat terakhir yang memberikan hak kepada pihak responden untuk terus duduk disitu sehingga rundingan dicapai. Cuba fikir sejenak. Tangan2 ghaib mana menyebabkan kakitangan DBKL bertindak kejam terhadap penduduk2 kampung ini? Takanla dorang bodoh2 nak pergi jalankan operasi kalau takde arahan dari pihak tertentu?

Lue fikirlah sendiri.

Rujukan video disini ==> http://www.youtube.com/watch?v=OpXZlAZshFQ








Betul Ke SecuriForce Syarikat Milik Orang Kuat UMNO Mengupah Penjenayah? [UPDATED]

Maklumat yang aku terima. Untuk first episode baca sini. Tak faham first episode kang susah nak hadam episode2 seterusnya.

Ko perasan tak apa yang aku perasan? Melalui semakan aku sehingga kini di dapati bahawa tiada mana2 portal berita yang mendedahkan nama syarikat keselamatan yang mengupah penjenayah tersebut sebagai  pekerja mereka.

Memang takde.

Dalam tv takde.
Dalam radio pun haram ada.
Dalam berita online pun takde.

Yang pelik kenapa takde? Ada kah sengaja disorokkan atau apa?

Menurut satu maklumat yang disebarkan oleh rakan blogger ==> http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2013/10/securiforce-sdn-bhd-perlu.html 

Di dapati syarikat yang mengaji pekerja tersebut ialah Syarikat SecuriForce. Syarikat ini dimiliki oleh orang UMNO yang hebat. Bukan calang2 orang beb. Wanita besi. Nak tahu siapa?

Lihat gambar ;


Betul ka neh beb? 

Mohon la beri penjelasan sebarang dua berhubung perkara yang didedahkan oleh blogger di atas. Kami pun nak juga tahu kebenarannya..

Aku juga dimaklumkan dengan beberapa perkara yang penting berkenaan perkara syarikat2 keselamatan ini.

1. Setiap individu yang menjadi pegawal keselamatan perlu melalui saringan yang ketat apatah lagi bila dia memiliki lesen senjata api.

2. Ini dibuat kerana mahu mengelakkan kejadian yang tidak di ingini seperti yang berlaku dalam kes pegawai bank.

3. Setiap mereka2 yang diberikan lesen senjata api, bukan saja perlu bertanggungjawab, bahkan mereka juga akan melalui beberapa pemeriksaan yang sangat2 rapi, teratur dan ketat.

4. JPN dan beberapa agensi berkaitan akan selia, cross check dan sebagainya.

Pendek kata ia bukan mudah untuk ko memiliki lesen senjata api, apatah lagi senjata api dan sekaligus membolehkan ko berkhidmat sebagai pengawal keselamatan.

Ia bukan mudah beb. Bukan mudah. 

Ironinya, situasi ini tidak pula terpakai dalam kes di atas. Macam mana seseorang yang memiliki IC palsu boleh melepasi saringan pertama ; 

Memiliki IC palsu?

Saringan kedua ;

Bekerja di syarikat keselamatan?

Saringan ketiga ;

Memiliki lesen senjata api?

Ada sesuatu yang tak kena. Taktau apa dia.. Nampaknya kita tunggu aje la pihak2 terbabit untuk tampil memberikan penjelasan.. dan dalam pada itu kita tunggu2 juga. Mana dia wakil kepada syarikat keselamatan tersebut? Bukan saja nama syarikat tersebut tidak didedahkan oleh mana2 akhbar bahkan wakil dia pun takdak. Kenapa tak tampil ke depan? Tunjukkanla sikit keprihatinan anda terhadap keluarga mangsa. Tahu tak ada orang mati disini sebabkan salah seorang pekerja anda? Kemon.. bukan nak minta duit pun. Sebab duit tak boleh hidupkan yang mati. Tapi at least biarlah ada rasa simpati..

Aduhaii..

Updated ;

Kementerian mengesahkan lesen syarikat keselamatan tersebut telah pun digantung ketika ini. Tanpa mendedahkan syarikat apa. Ini lebih menimbulkan spekulasi daripada menjawab persoalan beb. Cuba fikir, tanpa mendedahkan nama syarikat, sesiapa pun boleh cakap hah kami dah gantung dah lesen syarikat tersebut sebab tak memenuhi peraturan yang ditetapkan. Kami mengutamakan keselamatan dan kepentingan rakyat. Yelah. Syarikat apa yang kena gantung tue? Tak dinamakan, so macam mana orang nak tahu betul ke tak betul?

Dicadangkan dedah nama syarikat tersebut.

Untung2 kami boleh la make sure sendiri betul ke tak betul lesen perkhidmatan mereka telah digantung ataupun sebaliknya.

Harap maklum yer.

Rujukan :  http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/10/24/Crime-Home-Ministry-Security-firm.aspx

Misteri Kad Pengenalan Palsu Penjenayah Tembak Kes Rompak Dan Bunuh Pegawai Bank Kini Terdedah.. [UPDATED]

Wowww

Sejak tersebarnya cakap2 bahawa kad pengenalan penjenayah tersebut adalah palsu, pelbagai perkara bermain di minda aku.

Macam2.

Kita sekarang akan kembali ke zaman 2009. Jom naik mesin masa sekejap.

Mykad atau kad pengenalan yang menggunakan Chip 64K yang ditaksirkan sebagai kad pengenalan bermutu tinggi,berkualiti dan termahal di Asia Tenggara, sebenarnya tidak ubah seperti ikan kering yang berbau hapak!

"Saya mana tahu kenapa jadi begini? Sepanjang masa dalam dompet sahaja. Tapi tengoklah sendiri, betul-betul macam ikan kering yang berkulat dan berulat," ujar Padli Shahibon yang menetap di Taman Pantai Lok Kawi, Kinarut, Papar.

Kata Padli, beliau beberapa kali digertak polis kerana kad pengenalannya dituduh sebagai kad pengenalan palsu.

"Saya anak jati Sabah dan berasal dari Kota Belud. Kalau mykad yang rosak kenapa saya pulak mau ditangkap," ujar Padli yang telah beberapa kali ke pejabat Pendaftaran Negara untuk menukarkan mykadnya tetapi disebabkan beliau tidak mempunyai masa untuk menunggu maka ianya masih tertangguh.

Padli menggesa agar Jabatan Pendaftaran Negara Sabah menyediakan program khas bagi membolehkan mereka menukarkan mykad yang rosak tanpa perlu menunggu lama.

"Jika mereka boleh membuka pejabat pada hari minggu untuk mendaftar kad pengenalan hijau untuk warga asing, tetapi tidak boleh buka kaunter khas untuk rakyat tempatan menukarkan mykad mereka yang rosak," ujar Padli yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kontraktor yang membekalkan kad plastik kepada JPN kerana dikhuatiri tidak bermutu.

Kata Padli, bukan beliau sahaja yang mengalami kerosakan kad pengenalan, malah ribuan rakyat Sabah menghadapi masalah serupa terutama meletakkan mykad mereka di dalam dompet kulit.

Oleh itu, kata Padli, beliau tidak hairan jika ramai pendatang tanpa izin memiliki mykad palsu dan kad pengenalan projek disebabkan mykad yang mudah dipalsukan atau mudah didapati dengan memalsukan keterangan diri.

Apa pula kaitan-nya berita di atas dengan isu rompakan di Ambank tue? Ada kaitan beb. Tengok bawah neh ;


==> "Polis dalam proses memastikan identiti suspek kerana kad pengenalan dirinya didapati tidak wujud dalam rekod.

Rujukan sini ==> http://www.sinarharian.com.my/pekerja-bank-mati-ditembak-1.213774 

Statement oleh PDRM sendiri. Aku petik semula je.

Bila PDRM sebut tidak wujud dalam rekod bermaksud apa? Mestila sebab kad pengenalan palsu, ye tak?

Berita tahun 2009 di atas mengesahkan kepada korang betapa orang2 di SABAH telah melalui pelbagai penderitaan disebabkan kewujudan PATI yang sewenang2nya memiliki KAD PENGENALAN PALSU tanpa ada KAWALAN dari PENGUATKUASA.

Mereka dah meluahkan. Mereka dah bagitau banyak kali. Apa kemungkinan yang akan timbul jika perkara ini dibiarkan secara berleluasa tanpa penyelesaian dari pihak2 yang berkuasa. Nampaknya, telahan orang SABAH tidak tersasar.

Semalam, andaian mereka telah pun terbukti menjadi FAKTA KES.

Kad pengenalan Malaysia yang mudah dipalsukan menjadi punca utama kenapa pengawal keselamatan ini diambil bekerja meskipun memiliki kad pengenalan yang palsu.

Kita tinjau pula rekod saman penjenayah tersebut ;


Driving with expired license?

Woww..

Dalam rekod, no kad pengenalan tersebut didapati pernah memiliki lesen. Start tahun 2010 dah ada rekod. Agaknya tahun ini kot dia start memiliki kad pengenalan palsu yang mudah diduplicatekan ataupun ditiru disebabkan low quality.

Semakan menerusi rekod SPR mengesahkan bahawa dia bukan la pengundi yang berdaftar. Mungkin sebab ada cross check dengan JPN maka dia tak la sewenang2nya nak berdaftar disitu. Cuma aku pelik juga. Apa pusat pemandu dan PDRM takde ke cross check dengan JPN? Jika ada pada saat dia di saman dengan no kad pengenalan palsu, mesti boleh detect punya ma.


Ada baiknya jika wujudkan rangkaian kerjasama tersebut bagi mengesan mana2 pemilik kad pengenalan palsu di negara ini supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Satu lagi.

Syarikat keselamatan amek dia bekerja sebab dia ada kad pengenalan. Syarikat keselamatan pun tertipu. Pihak bank yang melantik syarikat keselamatan untuk menjaga keselamatan bank pun tertipu. Pendek kata seme orang tertipu dek kerana penjenayah licik ini memiliki kad pengenalan palsu.

Ironinya,

Pagi tadi ada sebaran dari pelbagai pihak yang mengatakan individu ini telah ditahan di LCCT. Maka bila benda2 gini dah tersebar, ada ke mood depa nak share gambar penjenayah ini di laman sosial bagi tujuan membantu siasatan PDRM? Dah tangkap kan, pasal apa nak sebarkan lagi? 

Nampaknya?

Rasanya maklumat palsu ini sengaja disebarkan untuk mengelirukan orang awam.

Dan hanya penjenayah saja yang akan bekap penjenayah. Sehingga kini penjenayah belum dapat ditangkap lagi. Rata2 mengatakan bahawa dia ini berbangsa sulu. Bukan orang Malaysia. Orang sulu bab2 menyamar dan menyorok neh memang kepakaran mereka. Satu kad pengenalan kantoi, tak bermaksud kad pengenalan lain yang dia ada juga akan kantoi. Satu wajah kantoi tak bermaksud bila dia ubah sikit wajah dia, dia akan kantoi juga. Mungkin dia dah buat persediaan awal. Dia sudah ada beberapa kad pengenalan untuk tujuan penyamaran dan jenayah. Siapa tahu?

Oleh kerana punca bermasalah bermula pada tahun 2009, dengan kad pengenalan palsu yang membawa kepada jenayah, adalah amat wajar semua pihak yang menyebabkan kepada kejadian ini bertanggungjawab.

Disebabkan gagal menguatkuasakan undang2 dengan telus, dengan amanah, maka itulah kejadian jenayah saling jangkit menjangkit.

Mula2 dia buat jenayah tiru kad pengenalan palsu. Lepas tue selepas disaman berkali2, PDRM gagal pula nak kesan kepalsuan tersebut disebabkan sistem keselamatan yang longgar dan tiada hubungan antara satu agensi dengan agensi kerajaan yang lain, kemudian dia bekerja, huha huha then dia berkawan, then akhirnya dia gunakan peluang tersebut untuk lakukan rompakan. Rompakan satu hal, dia bunuh pula orang. Sekurang2nya duit yang hilang boleh dicari, boleh diganti. Tapi bila nyawa yang hilang? Suami hilang isteri, anak2 hilang ibu, mak bapa hilang anak, adik beradik hilang sedara. Hanya bermula dengan satu kesalahan kecil. Kerana memiliki kad pengenalan palsu. Dan lemahnya penguatkuasaan undang2 di negara ini.

Fikirkan la ek.

Updated ;

Dari wall rakan. Persoalan ini ditujukan khas untuk mereka yang berkuasa untuk MENJAWAB dan memberi PENJELASAN.

Silala clearkan persoalan2 ini ye.

-IC palsu.
 
-Rekod pengenalan diri tidak ditemui.

 
-Kerja lebih setahun sebagai security guard di bank terkemuka.

 
-Gaji berbayar tapi bagaimana dengan rekod KWSP dan PERKESO? Adakah tiada pemotongan EPF dan SOCSO untuk gajinya?

 
-Dibenarkan memegang senjata api dan untuk itu, perlu ada lesen.

 
-Bagaimana suspek boleh mendapat lesen senjata api sedangkan IC adalah palsu?


-Syarikat apakah yang menaungi suspek ini?


-Bagaimana suspek boleh mendapatkan IC palsu?


-Bagaimana syarikat keselamatan yang tugasnya menjaga keselamatan boleh menggaji suspek sedangkan rekod dirinya adalah palsu?

Gua harap akan ada jawapan terhadap persoalan2 ini dan harap pihak berkuasa dedahkan syarikat keselamatan yang terbabit. Ambil tindakan tegas ke atas syarikat berkenaan. Ini bukan perkara main2 dan jangan dipandang remeh.

Bukti Penipuan BN Terbongkar Dalam Isu GST - Sebarkan.

Ko tahu apa yang paling bangang sekali dibuat oleh kebanyakkan menteri2 di negara ini? 

Sebelum PRU ;

Kita akan dedahkan dalang pemimpin pembangkang dalam isu Lahad Datu selepas PRU supaya orang tak tuduh kita sengaja mengambil kesempatan. - Menteri mana tah

Selepas PRU ;

Usah kata nak dedah nama, siap minum dan makan semeja lagi dengan pemimpin2 pembangkang.  
-
Hari Isnin ;

Kita akan dedahkan bukti2 polis dikasari oleh peserta2 bersih pada hari selasa. - Menteri mana tah

Hari selasa [selepas beberapa kali SELASA berlalu]

Usah kata nak dedahkan klip keganasan peserta2 BERSIH, terus mampuih isu neh.

Sebelum menang ;

Jangan percaya dengan tohmahan dan fitnah pembangkang pasal BN = Barang naik. Kita akan utamakan rakyat. Mereka [PR] hanya pandai menuduh..  - PM negara mana tah

Selepas menang ;

Minyak naik, barang2 keperluan pengguna naik, subsidi dikurangkan, cadangan menaikkan tambang teksi, tambang bas, bas ekspress dan bas sekolah dah naik, dan pelbagai lagi la kenaikan2 lain.

Yang terkini pasal GST pula. Terang2 melakukan penipuan yang amat dasat.

Lihat bawah ;

 
Di petik dari laman web kerajaan tahu.

Rujukan ==> http://www.pemudah.gov.my/gst-turunkan-harga-barang-perkhidmatan

Siap bentangkan hasil kajian dan sebagainya. Last2 menteri keluarkan statement begini pula ;


 

Nampak tak apa yang aku nampak?


1. Tiada penyelarasan kajian.

2. Ada yang kata ia akan turunkan harga barang.

3. Ada pula menteri kata tiada jaminan harga barang takan naik.

4. Statement sesama agensi kerajaan pun tak tally. Walaupun di kalangan mereka beb.

5. Flip flop. Kejap turun, kejap tiada jaminan, kejap tak mampu kawal tapi alasan paling bangang ialah suruh berdoa agar semua baik2 saja.. 

6. Memang la kita tak nafikan bab berdoa tue.

7. Tapi apa jadahnya bila ko sendiri yang melaksanakan benda tue ko sendiri suruh orang berdoa bagai? Ko bunuh orang lepas tue ko meminta ahli keluarga mangsa agar berdoa la.. supaya penjenayah dapat ditahan secepat mungkin. Faham tak situasi dia macam mana sekarang neh?

8. Sepatutnya kaji la kesan dia betul2. Naik atau tak naik? Jejaskan atau tak jejaskan?

9. Then baru la bentang kepada public untuk penghujahan bersama.

Ini saja yang kita minta.

Hancur. Hancur negara ku di bawah BN. Habis porak peranda seme lintang pukang. Bukan minta jadi malaikat pun. Cuma minta perintah baik2 je. Supaya sama2 dapat merasai kebaikan pun tak boleh. Apa pun GST ditolak sebab BN tukang pegang amanah. Bukan kerana GST itu sendiri tetapi sebab BN.

Oke bai. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...