Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 24 Oktober 2013

Misteri Kad Pengenalan Palsu Penjenayah Tembak Kes Rompak Dan Bunuh Pegawai Bank Kini Terdedah.. [UPDATED]

Wowww

Sejak tersebarnya cakap2 bahawa kad pengenalan penjenayah tersebut adalah palsu, pelbagai perkara bermain di minda aku.

Macam2.

Kita sekarang akan kembali ke zaman 2009. Jom naik mesin masa sekejap.

Mykad atau kad pengenalan yang menggunakan Chip 64K yang ditaksirkan sebagai kad pengenalan bermutu tinggi,berkualiti dan termahal di Asia Tenggara, sebenarnya tidak ubah seperti ikan kering yang berbau hapak!

"Saya mana tahu kenapa jadi begini? Sepanjang masa dalam dompet sahaja. Tapi tengoklah sendiri, betul-betul macam ikan kering yang berkulat dan berulat," ujar Padli Shahibon yang menetap di Taman Pantai Lok Kawi, Kinarut, Papar.

Kata Padli, beliau beberapa kali digertak polis kerana kad pengenalannya dituduh sebagai kad pengenalan palsu.

"Saya anak jati Sabah dan berasal dari Kota Belud. Kalau mykad yang rosak kenapa saya pulak mau ditangkap," ujar Padli yang telah beberapa kali ke pejabat Pendaftaran Negara untuk menukarkan mykadnya tetapi disebabkan beliau tidak mempunyai masa untuk menunggu maka ianya masih tertangguh.

Padli menggesa agar Jabatan Pendaftaran Negara Sabah menyediakan program khas bagi membolehkan mereka menukarkan mykad yang rosak tanpa perlu menunggu lama.

"Jika mereka boleh membuka pejabat pada hari minggu untuk mendaftar kad pengenalan hijau untuk warga asing, tetapi tidak boleh buka kaunter khas untuk rakyat tempatan menukarkan mykad mereka yang rosak," ujar Padli yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kontraktor yang membekalkan kad plastik kepada JPN kerana dikhuatiri tidak bermutu.

Kata Padli, bukan beliau sahaja yang mengalami kerosakan kad pengenalan, malah ribuan rakyat Sabah menghadapi masalah serupa terutama meletakkan mykad mereka di dalam dompet kulit.

Oleh itu, kata Padli, beliau tidak hairan jika ramai pendatang tanpa izin memiliki mykad palsu dan kad pengenalan projek disebabkan mykad yang mudah dipalsukan atau mudah didapati dengan memalsukan keterangan diri.

Apa pula kaitan-nya berita di atas dengan isu rompakan di Ambank tue? Ada kaitan beb. Tengok bawah neh ;


==> "Polis dalam proses memastikan identiti suspek kerana kad pengenalan dirinya didapati tidak wujud dalam rekod.

Rujukan sini ==> http://www.sinarharian.com.my/pekerja-bank-mati-ditembak-1.213774 

Statement oleh PDRM sendiri. Aku petik semula je.

Bila PDRM sebut tidak wujud dalam rekod bermaksud apa? Mestila sebab kad pengenalan palsu, ye tak?

Berita tahun 2009 di atas mengesahkan kepada korang betapa orang2 di SABAH telah melalui pelbagai penderitaan disebabkan kewujudan PATI yang sewenang2nya memiliki KAD PENGENALAN PALSU tanpa ada KAWALAN dari PENGUATKUASA.

Mereka dah meluahkan. Mereka dah bagitau banyak kali. Apa kemungkinan yang akan timbul jika perkara ini dibiarkan secara berleluasa tanpa penyelesaian dari pihak2 yang berkuasa. Nampaknya, telahan orang SABAH tidak tersasar.

Semalam, andaian mereka telah pun terbukti menjadi FAKTA KES.

Kad pengenalan Malaysia yang mudah dipalsukan menjadi punca utama kenapa pengawal keselamatan ini diambil bekerja meskipun memiliki kad pengenalan yang palsu.

Kita tinjau pula rekod saman penjenayah tersebut ;


Driving with expired license?

Woww..

Dalam rekod, no kad pengenalan tersebut didapati pernah memiliki lesen. Start tahun 2010 dah ada rekod. Agaknya tahun ini kot dia start memiliki kad pengenalan palsu yang mudah diduplicatekan ataupun ditiru disebabkan low quality.

Semakan menerusi rekod SPR mengesahkan bahawa dia bukan la pengundi yang berdaftar. Mungkin sebab ada cross check dengan JPN maka dia tak la sewenang2nya nak berdaftar disitu. Cuma aku pelik juga. Apa pusat pemandu dan PDRM takde ke cross check dengan JPN? Jika ada pada saat dia di saman dengan no kad pengenalan palsu, mesti boleh detect punya ma.


Ada baiknya jika wujudkan rangkaian kerjasama tersebut bagi mengesan mana2 pemilik kad pengenalan palsu di negara ini supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Satu lagi.

Syarikat keselamatan amek dia bekerja sebab dia ada kad pengenalan. Syarikat keselamatan pun tertipu. Pihak bank yang melantik syarikat keselamatan untuk menjaga keselamatan bank pun tertipu. Pendek kata seme orang tertipu dek kerana penjenayah licik ini memiliki kad pengenalan palsu.

Ironinya,

Pagi tadi ada sebaran dari pelbagai pihak yang mengatakan individu ini telah ditahan di LCCT. Maka bila benda2 gini dah tersebar, ada ke mood depa nak share gambar penjenayah ini di laman sosial bagi tujuan membantu siasatan PDRM? Dah tangkap kan, pasal apa nak sebarkan lagi? 

Nampaknya?

Rasanya maklumat palsu ini sengaja disebarkan untuk mengelirukan orang awam.

Dan hanya penjenayah saja yang akan bekap penjenayah. Sehingga kini penjenayah belum dapat ditangkap lagi. Rata2 mengatakan bahawa dia ini berbangsa sulu. Bukan orang Malaysia. Orang sulu bab2 menyamar dan menyorok neh memang kepakaran mereka. Satu kad pengenalan kantoi, tak bermaksud kad pengenalan lain yang dia ada juga akan kantoi. Satu wajah kantoi tak bermaksud bila dia ubah sikit wajah dia, dia akan kantoi juga. Mungkin dia dah buat persediaan awal. Dia sudah ada beberapa kad pengenalan untuk tujuan penyamaran dan jenayah. Siapa tahu?

Oleh kerana punca bermasalah bermula pada tahun 2009, dengan kad pengenalan palsu yang membawa kepada jenayah, adalah amat wajar semua pihak yang menyebabkan kepada kejadian ini bertanggungjawab.

Disebabkan gagal menguatkuasakan undang2 dengan telus, dengan amanah, maka itulah kejadian jenayah saling jangkit menjangkit.

Mula2 dia buat jenayah tiru kad pengenalan palsu. Lepas tue selepas disaman berkali2, PDRM gagal pula nak kesan kepalsuan tersebut disebabkan sistem keselamatan yang longgar dan tiada hubungan antara satu agensi dengan agensi kerajaan yang lain, kemudian dia bekerja, huha huha then dia berkawan, then akhirnya dia gunakan peluang tersebut untuk lakukan rompakan. Rompakan satu hal, dia bunuh pula orang. Sekurang2nya duit yang hilang boleh dicari, boleh diganti. Tapi bila nyawa yang hilang? Suami hilang isteri, anak2 hilang ibu, mak bapa hilang anak, adik beradik hilang sedara. Hanya bermula dengan satu kesalahan kecil. Kerana memiliki kad pengenalan palsu. Dan lemahnya penguatkuasaan undang2 di negara ini.

Fikirkan la ek.

Updated ;

Dari wall rakan. Persoalan ini ditujukan khas untuk mereka yang berkuasa untuk MENJAWAB dan memberi PENJELASAN.

Silala clearkan persoalan2 ini ye.

-IC palsu.
 
-Rekod pengenalan diri tidak ditemui.

 
-Kerja lebih setahun sebagai security guard di bank terkemuka.

 
-Gaji berbayar tapi bagaimana dengan rekod KWSP dan PERKESO? Adakah tiada pemotongan EPF dan SOCSO untuk gajinya?

 
-Dibenarkan memegang senjata api dan untuk itu, perlu ada lesen.

 
-Bagaimana suspek boleh mendapat lesen senjata api sedangkan IC adalah palsu?


-Syarikat apakah yang menaungi suspek ini?


-Bagaimana suspek boleh mendapatkan IC palsu?


-Bagaimana syarikat keselamatan yang tugasnya menjaga keselamatan boleh menggaji suspek sedangkan rekod dirinya adalah palsu?

Gua harap akan ada jawapan terhadap persoalan2 ini dan harap pihak berkuasa dedahkan syarikat keselamatan yang terbabit. Ambil tindakan tegas ke atas syarikat berkenaan. Ini bukan perkara main2 dan jangan dipandang remeh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...