Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 20 Oktober 2013

Muslim Malaysia Ramai Murtad Dengan Facebook - ISMA.

Aku baca keterangan ISMA. Aku tertarik bila mereka ulas mengenai kewujudan facebook dan bagaimana ia mempengaruhi kehidupan muslim di negara ini. 

Ia menakutkan beb.

Ujar ISMA ;


Sementara itu, Seorang lagi penceramah, Timbalan Presiden ISMA, Aminuddin Yahaya (kiri) turut melihat laman sosial Facebook membawa elemen liberalisme, yang antaranya membawa kepada gejala murtad.

"Sebab itu ramai Melayu murtad sekarang ini antaranya (melalui) Facebook. 

"Saya jumpa tiga orang remaja perempuan, bermula dengan Facebook sahaja duduk lama dalam bilik, mak ayah tak kisah, kerja ahli perniagaan.
"Duduk berbual dalam itu akhirnya jadi Hindu," dakwa Aminuddin.

Dengan tidak mengenepikan pandangan ISMA, aku berpendapat Malaysia belum lagi ada stastistik yang terperinci nak kata ramai melayu di negara ini murtad angkara facebook. Mungkin lebih baik ISMA kemuka kan data bagi menyokong pernyataan tersebut.

Facebook ialah medium, tetapi bila kita nak murtad, ia bergantung kepada iman.

Kita boleh gunakan facebook untuk like page ustaz2, page dakwah2, tapi bila kita memilih untuk like page anti islam, facebook ke yang salah ataupun jari kita yang bermasalah?

Bila ibu bapa tak pantau anak2 yang ada facebook, tatau anak2 dia buat apa, tak perasan perubahan pada anak2, ibu bapa yang salah ke atau facebook yang salah? Facebook tak bawa agenda liberalisme. Lebih tepat facebook ialah satu medium yang mana sesiapa yang nak bawa apa2 agenda itu ko punya pasal. Sesiapa yang terpengaruh dengan apa2 agenda itu adalah kerana keinginan diri ko yang nak terpengaruh, bukan nya sebab facebook memaksa ko untuk terpengaruh.

Anasir liberalisme neh bukan hanya boleh ditemui disebarkan pada facebook aje. Bahkan pada twitter, blog, google, portal berita semua cukup.

Ini ialah cabaran yang perlu ditanggani oleh umat islam. Sebab tue untuk membolehkan ko menanggani cabaran ini ko sepatutnya mempersiapkan diri ko sebaik2nya agar biar apa pun cabaran yang datang, ko relax jek dengan akidah Islam. Sampai bila la asyik nak sembang akidah umat islam lemah tapi langkah2 nak perkuatkan akidah tue tak langsung diterapkan. Takan nak memenerima kelemahan tersebut dengan ahti yang terbuka pula? Takde usaha2 nak menambahbaikkan ke?

Cuma apa yang aku nampak sekarang neh, trend budak2 sekolah yang tak cukup umur. Di banding dengan 3 kes murtad, aku temui lebih banyak kes gila angkara facebook. Yang gay gila tunjuk gay. Yang lesbian gila tunjuk lesbian. Yang bercinta sasau buat video seminggu. Yang putus cinta pun sasau buat video menangis pun ada. Baru je kejap tadi aku tengok.

Rujuk sini ==> https://www.facebook.com/photo.php?v=454804717970961

Bukan nak kata la. Budak2 melayu neh makin lama makin gila + sasau + meroyan menunjukkan kegilaan secara terbuka. Nak beromen pun upload kat facebook. Nak berpeluk, bercium pun nak bagitau satu dunia. Ada ke sesiapa nak heran dengan aktiviti maksiat ko? Buat maksiat satu hal, takpela kita tatau. Tapi buat maksiat then promosikan maksiat, itu betul ke tue?

Makin lama makin bangga pula buat maksiat, promosi dan mengaku mereka tue muslim. Lepas tue bila non muslim tengok depa geleng2 kepala. Lepas tue mangkok2 ayon yang sama pongpang2 pasal kalimah Allah. Bila non muslim kritik sikit mula la masing2 sentap bagai. Padahal tak sedar diri sendiri hidup macam mana. Mangkok2 ayun neh yang menyebabkan persepsi serong terhadap Islam timbul.  Lepas tue sembang kencang cakap Islam di diskriminasikan la, tak dihormati la, tengok dulu la cara hidup ko macam mana sebelum kutuk penganut agama lain. Orang2 macam neh la yang bukan saja menyusahkan bahkan boleh menyebabkan kita semua hidup dalam ketakutan tak pasal2. 

Fikir2kan ek.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...