Keadaan rumah selepas dirobohkan oleh pihak yang dikatakan gagal mengemukakan bukti bahawa mereka layak merobohkan kediaman tersebut.
Rujuk ;
Menurut Azizul Hanif, tuan punya gambar memberitahu ;
Ini lah kekejaman pihak DBKL & PTG (PEJABAT TANAH GALIAN) rumah penduduk dirobohkan tanpa ada sebarang bukti ataupon arahan yang bertulis. Dan mereka juga telah melanggar perintah mahkamah dimana mahkamah telah mengeluarkan surat supaya tidak merobohkan rumah dikwasan kg chubadak tambahan sehingga kes isu pampasan penduduk kampung ini selesai. Tapi mereka suka2 hati mak bapak depa merobohkan rumah penduduk disini macam tanah ini mak bapak depa yang punya
Lihat video ;
Kesian makcik neh.
Apa la orang yang robohkan rumah rakyat neh. Ko nak kata ko jalankan tugas? Baik, kenapa bila makcik tue minta bukti bahawa ko ada perintah dari mahkamah untuk robohkan rumah orang, ko taknak tunjuk?
Main roboh je la.
Takde ahti perut.
Kalau dilihat pada video kita dapati ;
1. Tiada surat kuasa yang ditunjukkan bagi membolehkan rumah tersebut dirobohkan oleh DBKL.
2. Bahkan ketika diminta surat kuasa, sesiapa pun enggan/gagal tunjukkan bukti yang diminta oleh makcik tersebut.
3. Tapi makcik tue sendiri ada court order yang melarang mana2 pihak merobohkan rumah kediaman dia sehinggalah urusan perbincangan, rundingan diselesaikan secara aman / win-win situation.
4. Ini sapa roboh rumah orang melayu neh beb?
5. Tak fikir ka orang2 yang duduk rumah macam neh bukan orang2 berduit dan kaya raya..
6. Bila rumah mereka dirobohkan, seberapa segera DBKL akan repair semula? Atau takan repair?
7. Agaknya malam tadi macam mana la keadaan keluarga ini?
8. Nama pun sesama muslim, dalam sesetengah kes kalau ko bertolak ansur sikit pun ko tak rugi ma.
9. Dah la menganiaya orang. Dokumentasi pun tak sokong perbuatan korang untuk roboh2kan rumah orang neh. Sapa arahkan korang dan kenapa slumber jek bertindak tanpa arahan yang jelas?
Menteri yang terbabit perlu masuk campur. Cuba tengok sikit macam mana anak buah korang buat kerja. Aku sokong kata2 makcik tersebut. Kita hidup neh apa pun ikut peraturan. Makcik tue ikut peraturan yang jelas, dia minta court order yang membatalkan court order previously, iaitu court order yang membatalkan arahan perobohan rumah.
Ada DBKL tunjukkan?
Sudah2 la menganiaya orang susah.
Apa yang korang dapat dengan menindas orang miskin? Duit? Akan tiba masa duit boleh habis beb. Pangkat? Akan tiba masa pangkat akan hilang beb. Fikir2kanlah ek.