Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 22 Oktober 2013

Senarai Barang Pengguna Yang Bersubsidi Di Malaysia - Persediaan Pengurangan Subsidi #Bajet2014.

Seperti mana yang kita sedia maklum, Hasan Malek telah keluarkan amaran lebih dari sekali. Sepanjang 2 minggu yang lepas hinggala ke minggu2 terakhir sebelum bajet 2014 bakal dibentangkan pada jumaat ini, lebih dari 5 'amaran' telah dikeluarkan oleh Hasan Malek.

Kali terakhir berlaku semalam pada satu berita terbitan Berita Harian. Hasan Malek sekali lagi mengulangi kenyataan dia bahawa RAKYAT PERLU BERSEDIA DENGAN SEBARANG KEMUNGKINAN MENGENAI PERUBAHAN SUBSIDI YANG AKAN BERLAKU PADA PEMBENTANGAN BAJET 2014 OLEH NAJIB. WALAUPUN KITA MUNGKIN DIPANDANG TIDAK POPULAR [kerana langkah2 tersebut] TETAPI TINDAKAN TERSEBUT TERPAKSA DI AMBIL BAGI MENYELESAIKAN MASALAH DEFISIT NEGARA.

Sungai Limau tidak akan mempengaruhi keputusan kerajaan. PRK Sungai Limau samada BN kalah atau menang, ia bukan kematian pemerintahan BN di Kedah, apatah lagi di Malaysia. BN tak heran langsung dengan Sungai Limau. Jika ada yang beranggapan bahawa BN akan heran dan tidak akan lakukan apa2 untuk menaikkan kemarahan rakyat, maka berhentilah berharap. Itu tidak akan berlaku. Dengan masa yang berlalu, cukupla seminggu, semua yang BN buat mudah dilupai oleh Rakyat. BN bukan bini Matyo. Yang orang akan kutuk sampai kiamat.

Baik kita hentikan saja umpatan kepada BN kat sini. Buat menghabiskan masa je. Baik terus kepada isu. Ada ramai di antara kita kurang jelas bila bercakap pasal subsidi dan barang2 yang disubsidikan di negara ini. Kebanyakkan barang2 yang bersubsidi ialah barang2 yang melibatkan kepentingan pengguna, seperti barangan keperluan harian.

Baru2 neh kita sedia maklum dengan kenaikan harga petrol 95, 97 dan juga DIESEL. Ini menyebabkan kos pengangkutan dan kos penghantaran meningkat. Biasanya di Malaysia, kalau MINYAK naik, GAS MEMASAK dan KADAR ELEKTRIK juga akan naik.

GAS MEMASAK ialah barang yang termasuk program subsidi di negara ini.

Subramanian, menteri kesihatan juga telah bagi hint awal mengenai kenaikan GULA. Yang kemudian nya di sambung oleh Hasan Malek. Di mana dari hint2 Hasan Malek, ia bukan saja melibatkan GULA bahkan kemungkinan besar TEPUNG juga.

Gula + tepung = barangan yang termasuk dalam program subsidi.

BERAS juga barangan yang termasuk dalam program subsidi.

Setakat neh ;

1. BERAS

2. GULA

3. GAS MEMASAK

4. MINYAK MASAK

5. TEPUNG

5 barangan neh yang selalu jadi mangsa keadaan bila kerajaan sebut pasal SUBSIDI. Jadi korang boleh bersedia dari sekarang sebab kemungkinan besar pada bila2 masa samada 5 barangan di atas dinaikkan harga secara bersama2 ataupun berasingan dengan bebeberapa barangan dinaikkan dan barangan lain tidak pula.

Dalam pada itu Ahmad Maslan juga dah bagi hint mengenai GST. Mula2 penafian, selepas itu akan mungkin dan terkini dia menyebut bahawa tunggu saja pengumuman oleh Najib Razak pada bajet 2014 mengenai GST. Jika ia dilaksanakan, kadar cukai GST lebih rendah dari SST. Ia satu kelebihan kepada pengguna, bukan kekurangan. Lebih kurang nak tonjolkan persepsi tersebut le.


SST lebih tinggi kadar cukainya. Namun kelompok barangan yang dicukaikan lebih kecil berbanding GST. GST lebih rendah kadar cukainya berbanding SST tetapi barangan yang dikenakan cukai adalah lebih meluas berbanding SST. Meskipun kita membayar kadar cukai [GST] yang lebih rendah dari SST, tetapi jumlah barangan yang bercukai telah bertambah. Maksudnya kat sini samada GST ataupun SST, sama saja. 

GST = lebih rendah cukai, lebih banyak barang bercukai.

SST = lebih tinggi dari GST tetapi barangan bercukai tidak sebanyak GST.

GST = baik juga jika berperanan mahu menambahkan pendapatan negara untuk kebaikan semua.

Sebab ia membuatkan rakyat dari pelbagai aspek bersama2 menyumbang kepada pembangunan negara yakni, lebih ramai bayar cukai, lebih banyak duit yang kerajaan dapat, lebih banyaklah kemajuan, kebajikan dan infrastructures, yang kerajaan mampu sediakan dan seliakan.

Yang tak bagusnya bab GST neh ialah CARA KERAJAAN KITA AKAN URUSKAN PERKARA itu.

Kerajaan amanah = bagi duit, dia amanah.

Kerajaan tak amanah = bagi duit, dia songlap.

Dengan BN, konsep dia yang no 2 tue. Dia tak amanah. Maka tiada keperluan untuk kita beri duit kepada mereka.

Modul sasaran subsidi pun dorang failed. Di negara2 maju, GST seiringan dengan modul sasaran subsidi yang bermaksud walaupun semua perlu membayar cukai tak kira la level kehidupan ko macam mana, akhirnya golongan2 sasaran ini akan dibantu pula dengan satu sistem yang effisen. Ko ada kupon barangan dapur. Ko ada kupon suri rumah yang kehilangan suami. Ko ada kupon kebajikan untuk anak2 yang kehilangan keluarga dalam kejadian nahas yang terpaksa menempatkan ko kat dalam rumah2 anak angkat yang bukan dibuat secara cara marba. Rumah besar, bilik selesa, kemudahan complete tak perlu mengemis minta bantuan, kerajaan bagi dana secara tetap.

Di negara2 maju, kalau ada pun masalah, ia lebih kepada masalah yang dibuat oleh kakitangan kerajaan yang tidak amanah secara individu. Once perkara itu terdedah, masak la mereka kena gulai kat rakyat sana. 

Di Malaysia, masalah2 disini dibuat secara berjemaah oleh pegawai atasan kerajaan yang ditiru pula oleh kakitangan kerajaan bawahan, once ia terdedah, yang habis bukan mereka, tapi kita.

Itu beza negara maju dan negara yang tak maju tapi perasan dia maju.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...