Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 23 Oktober 2013

Penjelasan Dari Pihak Gereja Isu Rampas Sekolah ST. Thomas Untuk Bina Perpustakaan Gereja.

Kena baca dari awal untuk fahami kisah ini. Bacaan sekerat akan membuatkan korang tak faham jalan cerita oke.

Lets start.

Artikel terbitan BH pada bulan Julai hari tue secara jelasnya cuba menyalahkan pihak gereja dalam isu neh. Kalau la yang baca tue racist kemain, lepas tue jenis main percaya tanpa menunggu pihak2 yang terbabit berikan penjelasan terlebih dahulu, memang kena maki kaw2 le pihak gereja pun.

Hehe.

Cuba baca ;

 
Apa yang cuba digambarkan melalui artikel di atas?

1. Pihak gereja nak balik tanah tersebut selaku pihak yang memiliki tanah.

2. Pihak gereja nak bina perpustakaan gereja.

3. Maklumat di dapati dari pihak gereja sendiri dan juga dari JP Pahang.

Yeke?

Baca pula artikel yang diterbitkan oleh SH ;

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri mengambil tahu perkara itu dari awal dan bersetuju dengan keputusan yang ditetapkan KPM.

Menurutnya, kerajaan negeri akan membantu KPM membina sebuah kompleks sekolah St Thomas tetapi perlu mengambil masa.

“Saya sudah hubungi pentadbiran tanah daerah supaya mencari tanah sesuai untuk pembinaan kompleks sekolah. Kami bersedia walaupun harga tanah agak tinggi. Masalah sekarang di mana nak cari tanah dalam bandar,” katanya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya tidak terlalu emosi kerana percaya ada yang lebih baik di sebalik masalah itu.

“Apa yang dipersetujui ialah St Thomas perlu kekal sebagai sekolah Kluster, Cemerlang dan berprestasi tinggi, sekolah ini akan jadi kilang untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang mendapat semua A.

“Geran tanah ini hak gereja. Kerajaan negeri sudah berusaha dan kita tidak mampu pertahankan. Sekarang kita berjaya kekalkan status sekolah, kekalkan pelajar dan cari tanah untuk sekolah,” katanya.

1. Nak cari tanah, tapi belum ada tanah lagi kan?

2. Masalah sekarang di mana nak cari tanah di kawasan bandar? <-- Ini MB Pahang cakap sendiri. Maksudnya kalau ko cari tanah sekalipun, mungkin di kawasan yang menyebabkan kesulitan buat ibu bapa di sekitar disitu, kan?

3. Sekali lagi nama gereja dikaitkan, betul?

Artikel BH diterbitkan pada bulan Julai. Artikel SH pula pada bulan 13 oktober.

Rujukan ; http://www.sinarharian.com.my/pertanyaan-terjawab-1.211362

http://www.bharian.com.my/articles/Gerejamahuambilalihsemulasekolah/Article/ 

Sekarang neh cukupla kita faham bahawa berita2 di atas cuba menyalahkan pihak gereja secara langsung. Masalah ini pula konon nya telah selesai bilamana ;

1. Sekolah ST. Thomas, baik rendah mahupun menengah akan tumpang kat dua sekolah yang berbeza dengan mengelakkan kakitangan asal dan juga nama sekolah. Ini bermaksud satu bangunan tapi ada 2 sekolah yang berbeza.

2. Tidak kah ini menyusahkan sekolah yang memberi tumpang dan sekolah yang menumpang?

3. Kalau ada konflik, sapa yang nak tanggung?

4. Fikir sama pada pihak yang memberi tumpang. Dorang pun mesti serba salah tue.

5. Sekolah baru akan dibina atas nama yang sama cuma makan masa beberapa tahun.

6. Alamak aii. Tanah pun tak jumpa lagi, kat mana nak buatnya tah. 

7. Patutnya siapkan dulu bangunan baru, maka baru la boleh berpindah ke lokasi tersebut.

8. Persoalannya yang pihak GEREJA beria2 halau kenapa?

Nah, ini pula penjelasan dari pihak mereka [tuan tanah = pihak gereja] bila dihubungi untuk memberikan maklum balas berhubung perkara tersebut ;

4. Apakah punca pihak gereja/tuan tanah mahukan kembali tanah  tersebut? Tuan tanah ingin membina bangunan komersial untuk tujuan mendapat keuntungan kah?
- Tuan tanah tidak pernah mahu mengambil balik tanah tersebut. Jika dijual tanah tersebut sekalipun, tuan tanah akan memberi syarat tambahan kepada pembeli ‘kekalkan tanah ini untuk kegunaan pendidikan’ yakni sekolah. 
- Maka, kepada sesiapa yang berniat untuk membelinya, pastikan faham maksud syarat tambahan itu. Jika tidak bersetuju, bolehkah urusniaga ini berlaku?
5. Siapa sebenarnya yang hendak membeli tanah itu dan apa pula tujuan pembelian ini?
- Sesiapapun juga yang berhasrat untuk membeli dan jika tujuannya untuk meneruskan persekolahan dan menukar nama sekolah kepada nama yang lain (mungkin ada pihak yang tidak mahu lagi menggunakan nama sekolah mubaligh), pasti ibubapa dan orang ramai akan menyokong sebulat suara!
- Kalau tujuan pembeli untuk meraih keuntungan dengan pembinaan bangunan komersial dan menidakkan hak anak-anak untuk bersekolah, organisasi anda akan runtuh dek doa orang-orang yang dizalimi.
6. Berapa jumlah sewa yang di bayar oleh Penyewa kepada tuan tanah selama ini?
- Tuan tanah maklum tidak pernah mengutip apa-apa bayaran sewa sepanjang sekolah itu berada di atas tanah milik mereka. (sudah berpuluh tahun sekolah itu beroperasi)
- Sebaliknya PIBG maklumkan tuan tanah ada memberi sumbangan setiap tahun kepada sekolah tersebut.

Oke, nampak apa yang aku nampak? Apa yang aku nampak dalam artikel di atas ialah ;

1. Seolah2 nak mengambarkan ada pihak lain yang telah membeli tanah tersebut sebenarnya... ataupun sekurang2nya ada pihak yang telah TERPAKSA menjualkan tanah tersebut kepada seseorang setelah di ugut, di tekan dan sebagainya..

2. Ataupun jika urusniaga tersebut berlaku dengan lancar.. maka ada pihak ketiga yang langgar perjanjian..

3. Bayangkanla pihak gereja berikan sumbangan tiap2 tahun kepada sekolah tersebut.

4. Bahkan tak pernah kutip duit sewa satusen pun.

5. Yang lebih best, mereka mahu tanah disitu kekal menjadi sekolah sampai bila2.

Jadi, apahal pula nama gereja di heret sana sini seolah2 mereka yang menekan pihak sekolah dan ibu bapa agar mengosongkan tanah tersebut, ada logik ka?

Andai kata sekolah berpindah, dan yang dibina bukan nya perpustakaan gereja, apa nak dicakap?

Aha..

Kes ini ada sesuatu. Apa ek? Aku pun tatau. Kalau aku tahu pun baik la aku buat2 tatau je dulu. Sehingga ia tersebar maka baru la buat2 berlakon macam baru tahu. Alah.. macam tak biasa pula you all neh.

KAH KAH KAH

Rujukan jawapan pihak gereja disini : http://www.wartarakyat.my/benarkah-gereja-halau-pelajar-untuk-ambil-balik-tanah-miliknya/

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...