Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 26 Oktober 2019

Najib Sindir Lim Guan Eng Kalah Saman, Dakwa Jual Banyak Tanah.

NAJIB RAZAK |Pagi tadi (25 Oktober 2019), Lim Guan Eng kalah dalam kes saman dia terhadap dan pemimpin Gerakan, Jason Loo dan dua akhbar Cina.

Lim, yang juga adalah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, diperintahkan untuk membayar kos RM150,000 kepada mereka.

 


Dia memfailkan saman fitnah itu kerana pemimpin Gerakan dan dua akhbar Cina itu pernah mempersoalkan tindakan dia menjual tanah kerajaan negeri Pulau Pinang secara rundingan terus pada tahun 2017.

Dia dituduh menjual tanah Peel Avenue itu dengan harga RM156 juta kepada syarikat Singapura dengan harga jauh lebih murah iaitu pada RM560 setiap kaki persegi berbanding harga untuk tanah-tanah berdekatan seperti RM1,500 di Persiaran Gurney dan RM1,000 satu kaki persegi di Pulau Tikus.

Semasa perbicaran dalam kes ini, Guan Eng juga mengaku bahawa dia telah menubuhkan syarikat Chief Minister Incorporated (CMI) di mana dia lantik sendiri untuk menjadi boss CMI dan seterusnya meletakkan semua hal bidang tanah di bawah CMI.

Semasa dia mempertahankan penjualan tanah Peel Avenu secara rundingan terus pada tahun 2017, dia pernah mengaku bahawa kerajaan negeri di bawah DAP pernah jual tanah (beribu ekar) dengan nilai sebanyak RM35 bilion.

Dia kata kebanyakan penjualan ini adalah melalui tender terbuka dan hanya beberapa kes sahaja adalah rundingan terus.

"Lim said the state government had sold RM35bil in land, including for projects under the Penang Transport Master Plan, through open tender."
https://www.thestar.com.my/…/penang-defends-land-sale-cm-sa…

Tetapi tahun lepas pula, dia kata kerajaan Pulau Pinang bawah dia hanya jual 43 hektar tanah bernilai RM1 billion sahaja apabila dia cuba membalas dakwaan saya bahawa memang ianya cara dia selama ini untuk banyak jual tanah.dan aset untuk menutup defisit kerajaan:
https://www.freemalaysiatoday.com/…/lge-says-bn-govt-sold-…/

Lagi parah ialah pada awal bulan ini, dia cuba tuduh bahawa kerajaan BN masa saya PM banyak menjual aset negara apabila dia mengeluarkan siaran media dengan senarai penjualan tanah sebanyak I80 ekar dengan nilai jualan RM4.4 bilion dalam tempoh 8 tahun masa saya PM.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156409496310952

Nampaknya Guan Eng pada tahun 2017 tidak sama dengan Guan Eng pada tahun 2019 dan tahun 2019.

Ataupun Guan Eng ini banyak membohong.

Sekejap dia mengaku jual RM35 bilion tanah.

Sekerjap dia kata dia hanya jual RM1 bilion tanah sahaja.

Saya juga bimbang bahawa penulis pra-kata buku haram berunsur komunis ini tidak faham bahawa tanah beribu ekar dengan nilai RM35 bilion yang dia mengaku pernah jual adalah satu angka yang jauh lebih besar berbanding tanah 180 ekar dengan nilai RM4.4 bilion.

#BMF - Pendirian Kerajaan Utamakan Barangan Malaysia Kata Saifuddin Nasution.

Saifuddin Nasution Ismail | Hari ini saya telah menjawab soalan di Parlimen mengenai pendirian Kementerian terhadap kempen "Buy Muslim First". Berikut adalah jawapan saya:
 

 
Fungsi Kementerian adalah untuk mewujudkan ekosistem perniagaan yang sihat dan kondusif kepada komuniti ekonomi dan juga pengguna. Berdasarkan kepada landasan ini, Kementerian mengambil peranan untuk mempromosikan Kempen Beli Barangan Malaysia.

Kita tampil dengan Kempen Beli Barangan Malaysia kerana rakyat Malaysia itu ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan banyak lagi. Jadi Kerajaan harus bergerak bersekali kerana itu lebih baik untuk kebaikan semua.

Usaha Kementerian dalam mempromosikan barangan buatan Malaysia akan sentiasa dipertingkatkan bukan sahaja melalui kempen dalam negara bahkan diluar negara.

Setakat ini, terdapat lebih 1,850 usahawan tempatan di bawah bimbingan Kementerian. Kebetulan pula daripada 1,850 itu, kebanyakannya adalah usahawan PKS Bumiputera.

Kementerian mengambil pendekatan membimbing usahawan-usahawan berikut dan bantu mereka mengetengahkan produk di pelbagai medium seperti pasaraya besar, platform e-dagang, syarikat penerbangan dan banyak lagi.

Hasilnya, beberapa kejayaan sudah dicapai. Misalnya, jualan beberapa produk di bawah bimbingan Kementerian seperti Kopi Hang Tuah, Rempah Mak siti, Kek Fruitisimo, Kicap Jalen dan Sos Jalen sudah mencapai 7 angka.

Sebagai sebuah negara yang didiami oleh pelbagai kaum, usaha Kerajaan mesti mengangkat semua pihak. Kami percaya Kempen Beli Barangan Malaysia akan memberikan kesan yang baik kepada ekonomi negara dan kalau kadar ekonomi negara berkembang baik, kebaikan itu akan dinikmati oleh segenap lapisan rakyat.

Najib Senaraikan 6 Kenaikan Pada Tahun 2020..

POLITIK | Bekas Perdana Menteri, Najib Razak nampaknya semakin 'rakus' menyerang pentadbiran Pakatan Harapan.


Kali ini, Ahli Parlimen Pekan menggariskan enam kenaikan yang akan berlaku bermula awal tahun 2020.

"Lagi hadiah PRU14 dari PH untuk Rakyat bermula bulan Januari tahun depan.

- Harga petrol naik,
- harga air naik,
- cukai taksiran naik,
- cukai digital 6% bermula
- harga pos naik
- caj klinik swasta naik

Ini yang Raykat mahu.

Bak kata Tony Pua.. "Pakatan menang, Rakyat akan senang",
katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Jumaat. 


Berdasarkan semakan, maksud harga petrol naik adalah merujuk kepada RON 95 yang akan diapungkan dan pengenalan subsidi bersasar yang akan dilaksanakan bermula tahun hadapan. Perkara ini sebenarnya selari dengan apa yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan.

Manakala cukai digital dipercayai diperkenalkan untuk menambah hasil kerajaan yang hilang apabila menukar GST kepada SST.

Selain itu, Tun Mahathir juga pernah mengumumkan beberapa cukai baharu akan diperkenalkan pada tahun hadapan.

Mengenai caj klinik swasta, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Azman Abu Bakar pernah dilaporkan tidak menolak kemungkinan caj konsultasi klinik swasta akan dinaikkan memandangkan kali terakhir kadarnya disemak adalah pada tahun 2006.


Cadangan kenaikan telah pun dihantar kepada Menteri Kesihatan untuk dipertimbangkan namun tidak pasti samada kadarnya akan kekal atau naik, dipercayai jika naik, ia akan naik sehingga tiga kali ganda dari kadar sedia ada.



Pos Malaysia pula dalam satu kenyataan semalam menyatakan, syarikat itu terpaksa menyemak kadar lama
sejajar dengan peningkatan harga oleh Kesatuan Pos Sedunia (UPU) mulai Januari 2020 untuk menyelaraskan kos operasinya.


Bagaimanapun Najib menyebarkan kenaikan itu seolah-olahnya ada kaitan dengan Pakatan Harapan dan netizens kemudiannya bertindak menyalahkan pentadbiran kerajaan hari ini. - 26 Oktober 2019.

Komik Propaganda Sudah Masuk Sekolah, Lebih Dari Sebuah Setiap Sekolah, Kini Dirampas KDN.

BERNAMA | Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 28 komik ‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’ dalam dua serbuan di dua lokasi berbeza di Pulau Pinang, di sini semalam.




Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata, dalam serbuan pertama, 15 buah komik itu dalam versi Bahasa Melayu dirampas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Timur Laut.

Katanya, siasatan awal mendapati kesemua komik itu diterima dari beberapa buah sekolah menengah sekitar daerah berkenaan.

“Seramai lima pegawai penguat kuasa KDN Pulau Pinang telah ke PPD Timur Laut dan menerangkan tujuan kedatangan mereka untuk mengambil komik tersebut yang menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana naskah tersebut telah diwartakan perintah larangan,” katanya di sini, hari ini.

Che Zaimani berkata, selain itu, semalam pihak KDN juga telah merampas 13 buah komik versi Bahasa Cina, di Muzium Kebudayaan Komik Asia di Komtar, di sini.

“Kesemua komik itu telah dibawa balik ke pejabat KDN Pulau Pinang untuk siasatan dan tindakan lanjut menurut Seksyen 8(2) AMCP 1984,” katanya.

Katanya, mengikut seksyen itu, sesiapa yang didapati mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, menawarkan untuk menjual atau memiliki komik terbabit boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ini Cerita Lengkap Kontroversi Syed Saddiq Dengan Cleo International Sdn Bhd.

POLITIK |1. Pada awalnya satu rakaman video tular di sosial media.


2. Dalam rakaman itu, kelihatan seorang wanita dilihat masuk ke dalam pejabat Menteri Belia Dan Sukan.

3. Netizens kemudiannya berkongsikan rakaman itu dengan beberapa sangkaan, antaranya wanita itu ialah PA kepada Syed Saddiq. Dakwaan itu timbul kerana wanita itu dilihat begitu bersahaja memasuki pejabat menteri itu dan memilih tempat duduknya seperti telah terbiasa. Dan, satu lagi hujah yang digunakan netizens ialah apabila Syed Saddiq hanya menyapa wakil syarikat Orange Esport dan bukannya wanita itu.

4. Sangkaan nakal semakin liar apabila wanita tersebut dituduh sebagai transgender.

5. Syed Saddiq kemudiannya menafikan dakwaan viral itu dengan menyatakan wanita itu bukanlah PAnya dan bukan juga seorang transgender. Wanita itu adalah ibu yang memiliki seorang anak kecil.

6. Suami kepada wanita itu, Datuk Nasir Yaakob juga tampil membela wanita itu dengan menjelaskan wanita tersebut adalah bekas isterinya dan bukan seorang transgender. 

7. Wanita itu dikenali sebagai Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, yang berusia 25 tahun dan pengarah bersama dalam sebuah syarikat Cleo International Sdn Bhd. Apabila identitinya disahkan sebagai wanita, netizen kemudiannya membongkar wajahnya sebelum dan selepasnya di laman sosial.



8. Semakan Malay Mail mendapati syarikat tersebut hanya berusia seminggu. Dan sebelum ini dikenali sebagai
Mideast Peak Sdn Bhd dan diperbadankan pada Disember 2016.

9. Malay Mail kemudiannya mendedahkan syarikat

Cleo International Sdn Bhd mendaftarkan perniagaan sebagai;

- Menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan logistik
- Mengendalikan urusan import dan eksport
- Menyediakan perkhidmatan perunding dan pengurusan

10. Pendedahan MalayMail itu kemudiannya dijawab oleh Syed Saddiq seperti berikut; 

- Tiada apa-apa tender dan geran dianugerahkan kepada mana-mana syarikat. SOP akan dipatuhi dan intergriti adalah kunci utama.

- KBS belum memilih mana-mana syarikat sebagai rakan strategik seperti yang didakwa.

- Ia adalah perjumpaan berkumpulan bersama wakil syarikat Orange Esport.


11. Kenyataan Syed Saddiq itu dilaporkan oleh Malaymail kemudiannya namun turut memasukkan persoalan ; SYED SADDIQ BAGAIMANAPUN TIDAK MENJELASKAN APAKAH PERANAN FATHIAH YANG TURUT BERADA DI DALAM PERJUMPAAN TERSEBUT.



12. Untuk rekod, persoalan itu adalah persoalan yang utama memandangkan peranan wanita itu masih kabur setakat ini sehingga menimbulkan pelbagai keraguan.



13. Perkara ini turut dibangkitkan oleh Timbalan Ketua Pemuda AMK, Juliyus Allen dalam satu kenyataan.



14. Menurut Juliyus, Syed Saddiq perlu menjelaskan peranan wanita itu dan apakah hubungkaitnya dengan KBS. 


15. Juliyus turut berkata, perkara ini bertambah buruk apabila wakil ESKL berkata mereka sebelum ini telah beberapa kali meminta untuk bertemu dengan Syed Saddiq bagi membincangkan pelan pembangunan esukan namun ditolak. 

16. Namun Fathiah dibenarkan bertemu dengan menteri itu bersama wakil Orange Esport. ESKL sebaliknya dihalang  oleh Pegawai Khas Menteri untuk bertemu dengan menteri.

17. Selain itu, pengumuman Sharifah Zohra Jabeen 'listen listen listen' d
POLITIK |1. Pada awalnya satu rakaman video tular di sosial media.


2. Dalam rakaman itu, kelihatan seorang wanita dilihat masuk ke dalam pejabat Menteri Belia Dan Sukan.

3. Netizens kemudiannya berkongsikan rakaman itu dengan beberapa sangkaan, antaranya wanita itu ialah PA kepada Syed Saddiq. Dakwaan itu timbul kerana wanita itu dilihat begitu bersahaja memasuki pejabat menteri itu dan memilih tempat duduknya seperti telah terbiasa. Dan, satu lagi hujah yang digunakan netizens ialah apabila Syed Saddiq hanya menyapa wakil syarikat Orange Esport dan bukannya wanita itu.

4. Sangkaan nakal semakin liar apabila wanita tersebut dituduh sebagai transgender.

5. Syed Saddiq kemudiannya menafikan dakwaan viral itu dengan menyatakan wanita itu bukanlah PAnya dan bukan juga seorang transgender. Wanita itu adalah ibu yang memiliki seorang anak kecil.

6. Suami kepada wanita itu, Datuk Nasir Yaakob juga tampil membela wanita itu dengan menjelaskan wanita tersebut adalah bekas isterinya dan bukan seorang transgender. 

7. Wanita itu dikenali sebagai Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, yang berusia 25 tahun dan pengarah bersama dalam sebuah syarikat Cleo International Sdn Bhd. Apabila identitinya disahkan sebagai wanita, netizen kemudiannya membongkar wajahnya sebelum dan selepasnya di laman sosial.



8. Semakan Malay Mail mendapati syarikat tersebut hanya berusia seminggu. Dan sebelum ini dikenali sebagai
Mideast Peak Sdn Bhd dan diperbadankan pada Disember 2016.

9. Malay Mail kemudiannya mendedahkan syarikat

Cleo International Sdn Bhd mendaftarkan perniagaan sebagai;

- Menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan logistik
- Mengendalikan urusan import dan eksport
- Menyediakan perkhidmatan perunding dan pengurusan

10. Pendedahan MalayMail itu kemudiannya dijawab oleh Syed Saddiq seperti berikut; 

- Tiada apa-apa tender dan geran dianugerahkan kepada mana-mana syarikat. SOP akan dipatuhi dan intergriti adalah kunci utama.

- KBS belum memilih mana-mana syarikat sebagai rakan strategik seperti yang didakwa.

- Ia adalah perjumpaan berkumpulan bersama wakil syarikat Orange Esport.


11. Kenyataan Syed Saddiq itu dilaporkan oleh Malaymail kemudiannya namun turut memasukkan persoalan utama yang gagal dijawab oleh menteri KBS itu ; SYED SADDIQ BAGAIMANAPUN TIDAK MENJELASKAN APAKAH PERANAN FATHIAH YANG TURUT BERADA DI DALAM PERJUMPAAN TERSEBUT.



12. Untuk rekod, persoalan itu adalah persoalan yang utama memandangkan peranan wanita itu masih kabur setakat ini sehingga menimbulkan pelbagai keraguan.



13. Perkara ini turut dibangkitkan oleh Timbalan Ketua Pemuda AMK, Juliyus Allen dalam satu kenyataan.



14. Menurut Juliyus, Syed Saddiq perlu menjelaskan peranan wanita itu dan apakah hubungkaitnya dengan KBS. 


15. Juliyus turut berkata, perkara ini bertambah buruk apabila wakil ESKL berkata mereka sebelum ini telah beberapa kali meminta untuk bertemu dengan Syed Saddiq bagi membincangkan pelan pembangunan esukan namun ditolak. 

16. Namun Fathiah dibenarkan bertemu dengan menteri itu bersama wakil Orange Esport. ESKL sebaliknya dihalang  oleh Pegawai Khas Menteri untuk bertemu dengan menteri.

17. Selain itu, Fathiah turut mengumumkan telah menjadi ahli PPBM Segambut di Instagramnya dan disambut oleh Sharifah Zohra Jabeen 'listen listen listen'.

18. Ia disiarkan oleh Fathiah dengan tujuan mahu memaklumkan berita gembira itu kepada pengikut-pengikutnya namun bertukar menjadi sensasi. Post itu kemudiannya dipadamkan. Semakan juga mendapati akaun media sosial Fathiah baru sahaja diwujudkan.

19. Berdasarkan tinjauan di sosial media, penjelasan Syed Saddiq gagal meraih sokongan netizens. Selagi mana menteri itu tidak menjelaskan peranan Fathiah secara terperinci, hal ini tetap akan menimbulkan konflik. - 26 Oktober 2019.

Rujukan;

 https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/10/24/so-what-is-cleo-international-the-firm-that-caused-a-stir-on-social-media-o/1803136

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/10/25/what-criteria-did-cleo-international-meet-to-be-granted-a-meeting-with-you/1803720 

 https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/10/25/syed-saddiq-no-contracts-grants-given-out-during-group-meet-with-cleo-inter/1803835

MAZA Syukur Nama Dibersihkan, Juanda Jaya Nafi Dakwaan, MP Kangar Kata Ada Saksi.

POLITIK | Kontroversi MAZA - Amin Ahmad - Juanda Jaya memasuki episod baru. 

1. Ketika nama MAZA tengah kecoh-kecoh dikritik kerana mengulas isu politik, di Facebook Ahli Parlimen Kangar telah menulis seperti ini;


2. Isu politik yang Dr. MAZA ulas adalah ini;


3. MAZA kemudiannya menafikan surat terbuka itu merujuk kepada sosok tertentu, ataupun lebih tepat Anwar Ibrahim.

4. Polemik ini bagaimanapun tidak berhenti disini. Status Ahli Parlimen Kangar itu kemudiannya ditangkaplayar lalu menjadi tular. Ramai pihak menyangkakan pihak yang dituduh oleh YB Amin merujuk kepada Dr. MAZA. Dr. Maza bagaimanapun tidak menjawab kritikan itu pada ketika itu sebaliknya memilih untuk mendiamkan diri.


5. Bagaimanapun, semalam, status lama Amin Ahmad kembali tular.

6. Ini adalah status tersebut;


7. Status itu menjadi tular apabila seorang netizen yang dikenali sebagai Ali Abu, konsisten mahu mencari nama Mufti yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Kangar itu. Selepas bukti berjaya ditemukan, beliau kemudiannya membongkarkan hal itu di laman Facebooknya.

8. Berdasarkan semakan, status itu ditulis pada 19 Oktober 2013. 

9. Selepas bukti diperolehi, akhirnya ramai menyedari mufti yang dimaksudkan oleh Amin Ahmad adalah Juanda Jaya dan bukannya Dr. MAZA. Hal itu juga diperjelaskan oleh Amin Ahmad. Timbul persoalan kenapa YB itu bertindak memetik nama sedangkan sebelumnya beliau enggan melakukan sedemikian meskipun didesak oleh beberapa netizens. 


10. Serentak dengan itu, semakan netizens juga mendapati Shukri Mokthar bertindak memadamkan post di Facebooknya (lihat gambar atas). Tidak dapat dipastikan kenapa post itu dipadamkan.

11. MAZA yang bersyukur namanya dibersihkan kemudiannya menulis perkara itu di laman sosialnya;


"Alhamdulillah, saya seingat hidup ini memang mengelak dari meminta apa-apa jawatan. Bahkan saya juga tidak bercita-cita bergelar Dato, atau apa saja gelaran kebanggaan melainkan hal-hal akademik. Saya menerima gelaran sebagai penghormatan kepada pihak yang memberi.

Tiba-tiba timbul cerita minta jawatan dengan parti tertentu. Sehari dua saya baru tahu bagaimana muncul cerita fitnah itu. Ada pihak hantar kepada saya status FB seorang YB PKR Perlis. YB berkenaan saya secara peribadi pun tidak kenal melainkan setelah dia menjadi YB. Itupun jarang bercakap dengannya. Saya terus menghantar ingatan kepada beliau agar jangan mengada-ngada cerita bohong dan fitnah. Alhamdulillah, beliau membuat status barunya.

Kedua, saya juga ingin mengingatkan semua dan juga beliau bahawa di Perlis para sahabat Nabi s.a.w dihormati dan SYIAH tidak diajar dan disebarkan. Maka, elok berhati-hati dalam hal itu.

Ketiga, sebagai tambahan perkongsian maklumat untuk mengelakkan pembohongan, saya -alhamdulillah- bukan sahaja tidak pernah meminta jawatan daripada boss parti beliau atau sesiapa sahaja, bahkan saya menolak tawaran boss partinya untuk saya memegang satu jawatan yang amat besar dalam kerajaan. Jika dia ingin kepastian, dia boleh bertanyakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (beliau yang sakit dalam parlimen baru-baru ini, semoga ALLAH menyembuhkannya) yang pernah datang ke rumah saya menawarkan jawatan itu dan keesokannya boss parti beliau menelefon saya beberapa kali meminta keputusan dari saya. Saya telah menolak dengan hormat. Selepas itu -barangkali disebabkan tawaran tersebut- saya dipanggil oleh PM ketika itu dan memberi isyarat untuk saya menyertai kerajaan. Saya juga menolak dengan hormatnya. Alhamdulilah.

YAB Tun M juga beberapa kali bertemu saya sebelum PRU. Saya tetap tidak menyertai politik kepartian. Maka, saya harap beliau tidak perlu membuat apa-apa cerita tidak berasas yang boleh dikaitkan dengan saya.

Saya rasa jika ALLAH kehendaki, jawatan dalam politik tidaklah begitu sukar untuk dicapai oleh tangan saya. Namun setiap kita sering berdoa kepada ALLAH menyerahkan urusan hidup ini kepadaNYA, agar DIA menentukan apa yang terbaik untuk kita dalam urusan dunia dan akhirat. Mudah-mudahan ALLAH menunaikan doa hamba-hambaNYA yang memohon demikian daripadaNYA,"
katanya dalam satu kenyataan. 


12. Namun episod ini tidak tamat disini. Cerita ini memasuki babak terbaru apabila Juanda Jaya menafikan dakwaan Amin Ahmad.

Lihat sini;


13. Dalam respon kepada penafian itu, YB Amin Ahmad kemudiannya berkata, "Dr. Juanda boleh nafikan. Tapi beliau tahu akan kebenarannya dan bukan hanya kami sahaja yang ada".
 
14. Berdasarkan semakan, pada 24 April 2013, Dr. Juanda Jaya menafikan menyertai PKR dan masih kekal menyokong Barisan Nasional.


Sumber gambar : Ali Abu.

Jumaat, 25 Oktober 2019

Dicabar Azmin, Penyokong Anwar Tunjuk Bukti Tempoh Peralihan Kuasa Itu Wujud.. (Video Inside)

POLITIK | Selepas dicabar Menteri Ekonomi mengenai tempoh peralihan kuasa, penyokong Anwar kini menyebarkan satu rakaman video temubual Tun Mahathir bersama wartawan yang pernah disiarkan pada 3 September 2018, menerusi saluran RTM1.


Dalam rakaman yang tersebar itu, wartawan bertanyakan soalan kenapa Tun Mahathir mahu memegang jawatan Perdana Menteri untuk tempoh dua tahun sahaja. 

"Dan juga yang terakhir sekali, kenapa dua tahun sahaja Tun memegang jawatan Perdana Menteri dan selepas itu akan diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adakah itu kehendak parti atau itu merupakan kehendak rakyat?," soal wartawan itu.

Tun Mahathir kemudiannya menjawab, "Bukan. Itu perjanjian kita diwaktu kita buat parti campuran. Kita punya persefahaman ialah saya kena jadi Perdana Menteri cuma tempoh 2 tahun, lepas itu saya kena lepas jawatan itu. Saya patuh pada perjanjian kalau itu yang dikehendaki, saya akan akur. Saya taknak nak bantah apa-apa," jelas negarawan ulung itu.

 

Berdasarkan tinjauan di laman sosial, rata-rata netizens mempercayai Tun Mahathir akan memegang kata-katanya bagaimanapun menjangkakan Perdana Menteri itu mungkin akan dihasut habis-habisan oleh pihak berkepentingan agar melanggar perjanjian.

Terdahulu, Datuk Seri Azmin Ali dilihat mencabar sesiapa sahaja untuk menyatakan secara terbuka bahawa peralihan kuasa dari Tun kepada Anwar sebenarnya terikat dengan had masa tertentu.

“Saya cabar sesiapa sahaja diluar sana untuk mengisytiharkan secara terbuka yang terdapatnya pelan peralihan kuasa mengikut masa yang dijanjikan. Sebenarnya, hal (perjanjian mengikut tempoh) itu tak wujud," katanya, memetik laporan The Star pada Rabu.  

Pihak media pada awalnya bertanyakan mengenai kerajaan pintu belakang dan pembabitan Menteri Ekonomi dalam rancangan itu seperti yang didedahkan oleh portal Malaysiakini baru-baru ini bagaimanapun Azmin dalam respon balasnya berkata beliau menyokong kepimpinan Tun Mahathir sehingga habis penggal dan mana-mana pihak yang tidak menghormati mandat itulah yang mahu membentuk kerajaan pintu belakang. - 25 Oktober 2019.

Presiden MUTC Kecam Kula Bersekongkol Dengan Musuh Kesatuan, Block Komen Di Facebook.

FREE MALAYSIA TODAY, Abdul Halim Mansor adalah Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) | Kepimpinan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sentiasa peka terhadap gelagat musuh-musuh yang terus cuba menghakis pengaruh MTUC dan suara pekerja menerusi pelbagai taktik licik.
 

 
Ini termasuklah cubaan mereka bergerak atas nama NGO atau dalam kapasiti individu untuk memburukkan nama baik pemimpin dan MTUC, baik secara terbuka atau sebaliknya.

Kadang kala penulis upahan juga diguna oleh anasir-anasir ini untuk tujuan jijik itu.

Namun, apa yang dibanggakan dan diperakui MTUC selama ini adalah kerajaan, khususnya menteri sumber manusia, sentiasa mengiktiraf MTUC sebagai pusat buruh utama negara dan tidak pernah meremehkan peranannya meskipun wujud perbezaan dan pertikaian sesama mereka atas isu-isu berkepentingan sama.

Di MTUC, kami meraikan perbedaan ini sebagai sesuatu yang dinamis dalam perjuangan membela pekerja.

Namun itu dahulu. Akhir-akhir ini kami amat kesal apabila wujud tanda-tanda jelas Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran bersekongkol dengan anasir-anasir yang cuba memecah belah MTUC daN menghakis pengaruh kesatuan di kalangan pekerja.

Contoh jelas ialah nukilan seorang “pembaca FMT” bernama Leonard Hiew, baru-baru ini yang mendakwa kononnya MTUC tidak lagi memperjuangkan kebajikan pekerja dan patut diganti dengan organisasi lain.

Artikel ini terus dimuat naik di Facebook Kula Segaran diiringi komen Menteri: “Cadangan yang baik?”.

Untuk MTUC, ‘soalan’ yang dilontarkan oleh Kula Segaran itu bertujuan semata-mata untuk meraih dan menggembeling sokongan musuh-musuh MTUC.

Motif beliau semakin jelas apabila beliau enggan melayan komen orang ramai terhadap artikel berkenaan di Facebook beliau.

Apabila kalangan warga pekerja menegur komen Kula Segaran dan mencabar hujah-hujah Leonard, menteri bertindak menghalang atau (block) komen pembaca berkenaan dan menurunkan segelintir komen-komen yang terlepas saringan.

Tindakan Kula Segaran ini adalah kebudak-budakan dan hanya mencerminkan minda cetek beliau apabila menjalankan kerja-kerja menteri dengan emosi dan bukan akal yang rasional.


Kula Segaran marah kepada MTUC

Jelas, Kula Segaran marah kepada MTUC kerana membantah keras pindaan kepada undang-undang perburuhan yang dibentang beliau kepada Parlimen.

Beliau bertambah berang apabila hujahnya di balas dengan penjelasan MTUC. Polemik mengenai perbedaan pendirian antara MTUC dan Kula Segaran atas isu ini sudah pun dibincangkan panjang lebar dalam forum lain.

Di sini, apa yang perlu ditekankan ialah menteri tidak harus dilihat bersekongkol dengan anasir-anasir tertentu yang mempunyai agenda tersendiri memusuhi MTUC.

Lebih mendukacitakan ialah anggapan yang semakin tersebar bahawa Kula Segaran sendiri dilihat cenderung untuk menghakis kuasa-kuasa dan pengaruh MTUC yang secara langsung akan mengurangkan kuasa rundingan pekerja.

Penggunaan penulis upahan sekian lama menjadi taktik musuh MTUC. Kami sudah biasa berdepan dengan mereka dalam mempertahankan kewibawaan kami selaku pemimpin.

Apa yang membimbangkan, adalah kemungkinan menteri sekarang sendiri bersekongkol dengan anasir-anasir ini untuk menghancurkan MTUC – hanya kerana kami tidak sehaluan dengan beliau dan kementeriannya atas beberapa perkara.

Keghairahan menteri meminggirkan MTUC daripada proses rundingan tripatisme secara jujur amat terserlah dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Kecenderungan beliau melanggar konvensyen-konvensyen antarabangsa dan meminggirkan pihak berkepentingan seperti MTUC akan hanya merugikan negara dan pekerja.

Walau apa pun cuba dikitarkan oleh penulis-penulis upahan bagi pihak anasir-anasir anti-MTUC, hakikat adalah kesatuan ini telah bekerjasama dengan Pakatan Harapan apabila ia membentuk kerajaan baru pada 9 Mei 2018.

Sokongan MTUC itu bersandarkan keyakinan PH akan bertindak adil dan memberi pembelaan yang didahagakan oleh pekerja selama ini.

Malangnya, 17 bulan selepas Kula Segaran menjadi menteri sumber manusia, pekerja masih menunggu-nunggu untuk beliau menunaikan janji iaitu memastikan suara mereka sentiasa diambil kira dalam setiap pembaharuan undang-undang.

Ini tidak dilakukan. Sebaliknya menteri berkenaan ghairah mencemuh MTUC dan memuat naik artikel oleh musuh-musuh kesatuan di Facebook beliau.

Harapkan menteri, menteri mengecewakan kami. Ini antara keluhan di kalangan akar umbi MTUC sekarang ini terhadap YB Kula Segaran.

Kita harap rintihan ini tidak menambah kemarahan YB Menteri. Sebaliknya menjadi penggerak kepada beliau untuk menunaikan janji membela nasib pekerja dan gerakan kesatuan di negara ini.

Haramkan Komik Hew, Lim Kit Siang Minta KDN Tarikbalik, Patuhi Manifesto.

POLITIK|Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan komik propaganda yang ditulis oleh Hew Kuan Yau.


Perkara itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri dalam satu kenyataan di blognya semalam.

"Saya mempunyai banyak perbezaan idea dan pemikiran dengan Hew dan saya belum berpeluang untuk membaca buku komik beliau ketika isu ini menjadi hangat, tetapi saya percaya yang beliau bukanlah seorang komunis ataupun seorang yang bersimpati dengan komunis.


Saya tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mendakwa buku komik Hew mempromosi dan bersimpati dengan perjuangan komunis.

Saya menyeru supaya pegawai Kementerian menyemak semula pengharaman ini, selari dengan agenda keterbukaan Pakatan Harapan tanpa meremehkan isu keselamatan dalam negara.

Malahan, Janji ke-27 Buku Harapan secara terang-terangan menyeru pemansuhan undang-undang menindas seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,"
katanya.


Menurut Lim, kerajaan sepatutnya mematuhi manifesto Pakatan Harapan yang menyeru kepada pemansuhan undang-undang yang menindas seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan bukannya meneruskan undang-undang itu dengan mengharamkan penerbitan lain.

Lim juga dalam kenyataan itu menyatakan beliau percaya Hew bukanlah seorang komunis ataupun simpatisan kepada komunis.

Untuk rekod, komik propaganda yang ditulis oleh Hew mula menjadi kontroversi apabila bahan bacaan itu didedahkan mengandungi unsur politik yang keterlaluan dan diedarkan ke sekolah-sekolah terutamanya sekolah jenis cina.

Hew kemudiannya dikecam oleh pelbagai pihak termasuklah oleh pemuda PPBM kerana membawa masuk agenda politik kepartian ke dalam institusi pendidikan negara.

Bengang dengan kecaman itu, Hew sebagai reaksi balas bertindak menyebarkan gambar Tun Mahathir yang menghadiahkan komik tersebut kepada Presiden China.

Tindakan itu kemudiannya dianggap sebagai provokasi dan Hew semakin teruk menerima kecaman dari pihak PPBM dan pelbagai pihak. DAP juga menjarakkan diri dari tindakan Hew itu.

Pejabat Perdana Menteri kemudiannya menafikan komik itu ada kaitan dengan Perdana Menteri dan berkata komik tersebut dibawa masuk sebagai hadiah tanpa mengikut protokol. 

Kenyataan PMO itu bagaimanapun menerima respon negatif dimana netizens mempersoalkan SOP dan keselamatan sehinggakan 'gift' yang tidak melalui proses yang betul boleh menembusi majlis dan dipegang oleh Tun Mahathir untuk dihadiahkan kepada Presiden China, Xi Jinping. 

Sesetengahnya pula berpandangan jawapan PMO itu adalah alasan untuk mengelak dari terlibat dalam penyebaran komik tersebut.

Dikalangan penyokong DAP, mereka beranggapan isu komik dan isu LTTE adalah isu yang sengaja digunakan oleh PPBM untuk menang PRK Tanjung Piai.

Selepas beberapa hari mempertahankan komik Inisiatif Jalur dan Jalan : Meraih Manfaat Bersama , Hew akhirnya melepaskan jawatan CEO Majlis Perniagaan China-Malaysia, dipercayai untuk mengambil tanggungjawab atas penerbitan komik kontroversi itu, memandangkan isu mengenai Uighur yang turut dipaparkan dalam komik itu dianggap sebagai tidak sensitif dan menghalalkan penindasan ke atas umat Islam.

KDN bagaimanapun dilaporkan memberikan alasan komik propaganda tersebut mempromosikan komunisme sebagai punca pengharaman. - 25 Oktober 2019.

Rabu, 23 Oktober 2019

Komik Propaganda - Ini Amaran Keras Dari Menteri Pendidikan Kepada DAP.

Kenyataan Media | Sebagai Menteri Pendidikan, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa komik propaganda politik tersebut tidak pernah mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM tidak akan membenarkan pengedarannya ke sekolah-sekolah di bawah KPM.


Semua sekolah yang telah menerima komik tersebut telah diarahkan untuk tidak disebarluaskan. KPM tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempergunakan sekolah sebagai alat propaganda murahan.

Saya juga telah mengarahkan KPM untuk menyiasat segera jika terdapat mana-mana individu termasuk anggota dalaman yang bertanggungjawab membenarkan komik ini diedarkan di sekolah. KPM akan memastikan siapa sahaja jika terbukti benar dakwaan ini akan diberi tindakan tegas.

Saya ingin menasihatkan mana-mana ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan agar kembali mematuhi semangat “rule of law” dan juga “collective responsibility”.

Saya juga ingin menggesa pimpinan DAP untuk mendisiplinkan ahli-ahli mereka agar menghormati keputusan kerajaan dan patuh terhadap perlembagaan dan undang-undang negara. Kedua perkara inilah yang membina negara kita.

Tindakan merendah-rendahkan parti komponen lain seperti yang dilakukan oleh Saudara Ronnie Liu ialah tindakan yang biadab dan sangat tidak berasas.

Budaya politik murahan begini hanya akan merosakkan keadaan. Ia membawa lebih banyak perpecahan malah membantutkan agenda reformasi yang sedang kita laksanakan.

Yb Dr Maszlee Malik
23 Oktober 2019

Selasa, 22 Oktober 2019

Semua Pertuduhan Ke Atas Nasha Tidak Babitkan PAS Kata Penganalisis Politik.

KAMARUL YUSOFF | SEMUA PERTUDUHAN KE ATAS DATUK DR NASHARUDIN DI BAWAH AMLATFPUAA TIDAK BABITKAN PAS DAN TIDAK BABITKAN 1MDB

Meneliti tiga pertuduhan yang dikenakan ke atas Datuk Dr Nasharudin Mat Isa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) maka dapatlah dirumuskan bahawa ketiga-tiga pertuduhan ini adalah melibatkan perlakuan peribadi beliau yang tidak melibatkan PAS, iaitu:

(1) Mendepositkan wang yang diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada Global Movement of Moderates Foundation (GMFF) berjumlah RM25,000.00 ke akaun milik SMR Performance Sdn Bhd pada 7 November 2018.

(2) Mendepositkan wang yang diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada Global Movement of Moderates Foundation (GMFF) berjumlah RM76,569.60 ke akaun milik Sisma Auto (KL) Sdn Bhd Performance Sdn Bhd pada 14 November 2018.

(3) Mendepositkan wang yang diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada Global Movement of Moderates Foundation (GMFF) berjumlah RM200,000.00 ke akaun milik Duadaya Interior Sdn Bhd pada 20 Disember 2018.

Fakta ini sudah pasti akan melegakan ahli, pemimpin dan penyokong PAS yang sebelum ini dilanda kebimbangan bahawa ia akan memalitkan nama PAS.




Lebih jelas lagi, pertuduhan ini langsung tiada kaitan dengan dakwaan penerimaan dana berjumlah RM90 juta kepada pemimpin-pemimpin PAS yang dikatakan berlaku membabitkan dana 1MDB sebelum PRU 14, malah kesemua pertuduhan ini hanya berlaku selepas PRU 14.

Semoga ini akan menjernihkan keadaan. - 22 Oktober 2019.

Isnin, 21 Oktober 2019

DAP Perlu Bertanggungjawab, Komik Propaganda Perlu Diharamkan - PAS.

KENYATAAN MEDIA, DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI, Ahli Parlimen Kuala Nerus |ISU KOMIK : DAP PERLU BERTANGGUNGJAWAB, KOMIK PERLU DIHARAM

1. Syabas saya ucapkan kepada Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Pusat yang membuat laporan polis ke atas penerbitan dan pengedaran komik 'Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)' di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur dan di seluruh negara hari ini.

 

2. Penerbitan dan pengedaran komik ini perlu dipandang serius kerana kandungannya boleh “menyebabkan, atau cuba menyebabkan, atau mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau memudaratkan, atau cuba memudaratkan, atau mungkin memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan” selaras dengan Seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman “pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari lima tahun”.

3. Saya berpendapat bahawa bukan setakat penulis isi dan pelukis karikatur komik ini iaitu Hew Kuan Yau dan Chong Po Ling sahaja yang perlu diambil keterangan, tetapi juga Lim Guan Eng selaku penulis kata-kata aluan komik ini kerana bila yang menulis kata-kata aluan adalah Setiausaha Agung DAP ini menunjukkan komik ini mendapat dukungan penuh DAP. Tambahan pula dengan kedudukan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan yang menjadikan komik ini lebih perlu dipandang berat.

4. Sehubungan itu, kenyataan Ketua Sayap Sosialis Muda DAP Kebangsaan, Howard Lee bahawa DAP dan DAPSY tidak sama sekali ada kaitan dengan penerbitan komik ini serta isi kandungan komik ini tidak mencerminkan pendirian DAP mahupun DAPSY tidak boleh diterima sama sekali.

5. Bagaimana DAP boleh dikatakan tidak sama sekali ada kaitan dengan penerbitan komik ini serta isi kandungan komik ini tidak mencerminkan pendirian DAP bila penulis kata-kata aluan komik ini adalah Setiausaha Agung DAP? Bagaimana DAPSY boleh dikatakan tidak sama sekali ada kaitan dengan penerbitan komik ini serta isi kandungan komik ini tidak mencerminkan pendirian DAPSY bila majoriti pemimpin tertinggi DAPSY mempertahankan pengedaran dan isi kandungan komik ini?

6. Saya juga menggesa agar 43 pemimpin DAP yang mendesak pihak polis supaya tidak melakukan siasatan ke atas Hew Kuan Yau selaku penulis isi komik ini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang berbunyi : “Barang siapa dengan sengaja menggalang mana-mana penjawat awam dalam menjalankan fungsi jawatannya, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda yang boleh sampai sepuluh ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya”. Ini bagi memberi mesej jelas kepada DAP dan mana-mana pihak lain supaya jangan sesekali cuba menekan dan mencampuri urusan pihak polis.

7. Saya juga menggesa agar Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak tegas dengan menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi melarang “pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan” komik ini kerana ia nyata “memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, atau yang berlawanan atau mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau yang selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara”.

Sekian.

"Islam Memimpin Perpaduan"

Facebook Superman Hew Dah Ghaib, Najib Tembak Lim Guan Eng.

SOSMED | Komik propaganda kontroversi yang diterbitkan Hew Kuan Yau dengan kerjasama kartunis TOMATO  nampaknya semakin panas diperkatakan orang ramai. 


Terbaru, bekas Perdana Menteri, Najib Razak mempertikaikan tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menulis prakata untuk komik bertajuk Inisiatif Jalur dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama itu di facebooknya petang tadi.

"Minggu lepas, Ketua Menteri Chow Kon Yeow kata DAP tidak ada sebarang kaitan dengan komik propaganda Hew Kuan Yau.


Hari ini, Ketua Pemuda DAP tegaskan bahawa komik ini langsung tidak ada kaitan dengan DAP

Tapi saya tengok ada seorang bernama Lim Guan Eng yang menggunakan gelaran Menteri Kewangan Malaysia serta Setiausaha Agung parti DAP yang menulis prakata dalam komik propaganda tersebut.

Siap dengan gambar kucing tunggang unta.

Nama komik, nama Hew Kuan Yau dan nama PM ke-7 turut disebut oleh orang bernama Guan Eng ini.

Bagaimana ini?

Minta penjelasan dari Menteri Kewayangan dan MenHEN.

Polis tak nak soal siasat orang bernama Guan Eng ini?,"
soalnya dalam satu kenyataan. 


Untuk rekod, setakat ini bermula dengan penafian Chow Kon Yeow, DAP, DAP Johor, Exco DAP, malahan majoriti penyokong DAP juga nampaknya menjarakkan diri dari tindakan Hew yang menerbitkan komik propaganda itu.

Selain itu, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad juga menafikan terlibat dalam penerbitan dan pengedaran komik itu di dalam satu majlis bersama kerajaan China. Menurut PMO, komik itu dijadikan saguhati tanpa melalui prosuder yang betul.

Menteri Pendidikan juga menafikan bersetuju dengan pengedaran komik propaganda itu ke sekolah-sekolah. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu, komik tersebut dilarang diedarkan ke sekolah-sekolah dan tidak pernah diluluskan untuk pengedaran ke sekolah.

Menteri Belia dan Sukan pula menyifatkan Hew sebagai 'super stupid' (BODOH TERLAMPAU) sebagai tindakan membantah penerbitan komik propaganda yang menyebarkan idelogi China.

Menteri KDN dan pihak polis mengeluarkan kenyataan komik propaganda itu akan disiasat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Meskipun dikecam bertubi-tubi, Hew pada awalnya mempertahankan tindakannya menerbitkan dan mengedarkan komik tersebut.

Hew mengecam Maszlee dan berkata menteri itu terperangkap dengan tarian pembangkang. 5 ADUN DAP seterusnya mengkritik Maszlee dan tidak mahu sebarang tindakan diambil ke atas Hew.



Apabila Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengeluarkan kenyataan penafian terbabit dalam pengedaran komik itu, Hew, kemudiannya memerli, dengan bertindak menyebarkan gambar Tun Mahathir memberikan komik itu kepada Presiden China. Tindakan Hew itu dikecam oleh ramai pihak khususnya penyokong PH kerana dianggap bersikap khianat dan biadap kepada negarawan itu.

Hew juga bertindak memerli Syed Saddiq apabila dikritik sebagai SUPER STUPID dengan berkata : “Banyak orang bodoh tidak tahu membezakan ciri-ciri pembaharuan dan pembukaan ekonomi China dengan penyebaran ideologi komunis China”.

Selepas Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan pengarang, penerbit dan pengedar akan disiasat, secara tiba-tibanya akaun facebook dan halaman rasmi Hew hilang dari radar.

Tidak dapat dipastikan kenapa hal itu berlaku. Hew belum lagi memberikan penjelasan berhubung status halaman dan akaun facebooknya itu lagi setakat ini. - 21 Oktober 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...