Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 21 Oktober 2019

Facebook Superman Hew Dah Ghaib, Najib Tembak Lim Guan Eng.

SOSMED | Komik propaganda kontroversi yang diterbitkan Hew Kuan Yau dengan kerjasama kartunis TOMATO  nampaknya semakin panas diperkatakan orang ramai. 


Terbaru, bekas Perdana Menteri, Najib Razak mempertikaikan tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menulis prakata untuk komik bertajuk Inisiatif Jalur dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama itu di facebooknya petang tadi.

"Minggu lepas, Ketua Menteri Chow Kon Yeow kata DAP tidak ada sebarang kaitan dengan komik propaganda Hew Kuan Yau.


Hari ini, Ketua Pemuda DAP tegaskan bahawa komik ini langsung tidak ada kaitan dengan DAP

Tapi saya tengok ada seorang bernama Lim Guan Eng yang menggunakan gelaran Menteri Kewangan Malaysia serta Setiausaha Agung parti DAP yang menulis prakata dalam komik propaganda tersebut.

Siap dengan gambar kucing tunggang unta.

Nama komik, nama Hew Kuan Yau dan nama PM ke-7 turut disebut oleh orang bernama Guan Eng ini.

Bagaimana ini?

Minta penjelasan dari Menteri Kewayangan dan MenHEN.

Polis tak nak soal siasat orang bernama Guan Eng ini?,"
soalnya dalam satu kenyataan. 


Untuk rekod, setakat ini bermula dengan penafian Chow Kon Yeow, DAP, DAP Johor, Exco DAP, malahan majoriti penyokong DAP juga nampaknya menjarakkan diri dari tindakan Hew yang menerbitkan komik propaganda itu.

Selain itu, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad juga menafikan terlibat dalam penerbitan dan pengedaran komik itu di dalam satu majlis bersama kerajaan China. Menurut PMO, komik itu dijadikan saguhati tanpa melalui prosuder yang betul.

Menteri Pendidikan juga menafikan bersetuju dengan pengedaran komik propaganda itu ke sekolah-sekolah. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu, komik tersebut dilarang diedarkan ke sekolah-sekolah dan tidak pernah diluluskan untuk pengedaran ke sekolah.

Menteri Belia dan Sukan pula menyifatkan Hew sebagai 'super stupid' (BODOH TERLAMPAU) sebagai tindakan membantah penerbitan komik propaganda yang menyebarkan idelogi China.

Menteri KDN dan pihak polis mengeluarkan kenyataan komik propaganda itu akan disiasat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Meskipun dikecam bertubi-tubi, Hew pada awalnya mempertahankan tindakannya menerbitkan dan mengedarkan komik tersebut.

Hew mengecam Maszlee dan berkata menteri itu terperangkap dengan tarian pembangkang. 5 ADUN DAP seterusnya mengkritik Maszlee dan tidak mahu sebarang tindakan diambil ke atas Hew.



Apabila Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengeluarkan kenyataan penafian terbabit dalam pengedaran komik itu, Hew, kemudiannya memerli, dengan bertindak menyebarkan gambar Tun Mahathir memberikan komik itu kepada Presiden China. Tindakan Hew itu dikecam oleh ramai pihak khususnya penyokong PH kerana dianggap bersikap khianat dan biadap kepada negarawan itu.

Hew juga bertindak memerli Syed Saddiq apabila dikritik sebagai SUPER STUPID dengan berkata : “Banyak orang bodoh tidak tahu membezakan ciri-ciri pembaharuan dan pembukaan ekonomi China dengan penyebaran ideologi komunis China”.

Selepas Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan pengarang, penerbit dan pengedar akan disiasat, secara tiba-tibanya akaun facebook dan halaman rasmi Hew hilang dari radar.

Tidak dapat dipastikan kenapa hal itu berlaku. Hew belum lagi memberikan penjelasan berhubung status halaman dan akaun facebooknya itu lagi setakat ini. - 21 Oktober 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...