Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 25 Oktober 2019

Dicabar Azmin, Penyokong Anwar Tunjuk Bukti Tempoh Peralihan Kuasa Itu Wujud.. (Video Inside)

POLITIK | Selepas dicabar Menteri Ekonomi mengenai tempoh peralihan kuasa, penyokong Anwar kini menyebarkan satu rakaman video temubual Tun Mahathir bersama wartawan yang pernah disiarkan pada 3 September 2018, menerusi saluran RTM1.


Dalam rakaman yang tersebar itu, wartawan bertanyakan soalan kenapa Tun Mahathir mahu memegang jawatan Perdana Menteri untuk tempoh dua tahun sahaja. 

"Dan juga yang terakhir sekali, kenapa dua tahun sahaja Tun memegang jawatan Perdana Menteri dan selepas itu akan diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adakah itu kehendak parti atau itu merupakan kehendak rakyat?," soal wartawan itu.

Tun Mahathir kemudiannya menjawab, "Bukan. Itu perjanjian kita diwaktu kita buat parti campuran. Kita punya persefahaman ialah saya kena jadi Perdana Menteri cuma tempoh 2 tahun, lepas itu saya kena lepas jawatan itu. Saya patuh pada perjanjian kalau itu yang dikehendaki, saya akan akur. Saya taknak nak bantah apa-apa," jelas negarawan ulung itu.

 

Berdasarkan tinjauan di laman sosial, rata-rata netizens mempercayai Tun Mahathir akan memegang kata-katanya bagaimanapun menjangkakan Perdana Menteri itu mungkin akan dihasut habis-habisan oleh pihak berkepentingan agar melanggar perjanjian.

Terdahulu, Datuk Seri Azmin Ali dilihat mencabar sesiapa sahaja untuk menyatakan secara terbuka bahawa peralihan kuasa dari Tun kepada Anwar sebenarnya terikat dengan had masa tertentu.

“Saya cabar sesiapa sahaja diluar sana untuk mengisytiharkan secara terbuka yang terdapatnya pelan peralihan kuasa mengikut masa yang dijanjikan. Sebenarnya, hal (perjanjian mengikut tempoh) itu tak wujud," katanya, memetik laporan The Star pada Rabu.  

Pihak media pada awalnya bertanyakan mengenai kerajaan pintu belakang dan pembabitan Menteri Ekonomi dalam rancangan itu seperti yang didedahkan oleh portal Malaysiakini baru-baru ini bagaimanapun Azmin dalam respon balasnya berkata beliau menyokong kepimpinan Tun Mahathir sehingga habis penggal dan mana-mana pihak yang tidak menghormati mandat itulah yang mahu membentuk kerajaan pintu belakang. - 25 Oktober 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...