Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 26 Oktober 2019

MAZA Syukur Nama Dibersihkan, Juanda Jaya Nafi Dakwaan, MP Kangar Kata Ada Saksi.

POLITIK | Kontroversi MAZA - Amin Ahmad - Juanda Jaya memasuki episod baru. 

1. Ketika nama MAZA tengah kecoh-kecoh dikritik kerana mengulas isu politik, di Facebook Ahli Parlimen Kangar telah menulis seperti ini;


2. Isu politik yang Dr. MAZA ulas adalah ini;


3. MAZA kemudiannya menafikan surat terbuka itu merujuk kepada sosok tertentu, ataupun lebih tepat Anwar Ibrahim.

4. Polemik ini bagaimanapun tidak berhenti disini. Status Ahli Parlimen Kangar itu kemudiannya ditangkaplayar lalu menjadi tular. Ramai pihak menyangkakan pihak yang dituduh oleh YB Amin merujuk kepada Dr. MAZA. Dr. Maza bagaimanapun tidak menjawab kritikan itu pada ketika itu sebaliknya memilih untuk mendiamkan diri.


5. Bagaimanapun, semalam, status lama Amin Ahmad kembali tular.

6. Ini adalah status tersebut;


7. Status itu menjadi tular apabila seorang netizen yang dikenali sebagai Ali Abu, konsisten mahu mencari nama Mufti yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Kangar itu. Selepas bukti berjaya ditemukan, beliau kemudiannya membongkarkan hal itu di laman Facebooknya.

8. Berdasarkan semakan, status itu ditulis pada 19 Oktober 2013. 

9. Selepas bukti diperolehi, akhirnya ramai menyedari mufti yang dimaksudkan oleh Amin Ahmad adalah Juanda Jaya dan bukannya Dr. MAZA. Hal itu juga diperjelaskan oleh Amin Ahmad. Timbul persoalan kenapa YB itu bertindak memetik nama sedangkan sebelumnya beliau enggan melakukan sedemikian meskipun didesak oleh beberapa netizens. 


10. Serentak dengan itu, semakan netizens juga mendapati Shukri Mokthar bertindak memadamkan post di Facebooknya (lihat gambar atas). Tidak dapat dipastikan kenapa post itu dipadamkan.

11. MAZA yang bersyukur namanya dibersihkan kemudiannya menulis perkara itu di laman sosialnya;


"Alhamdulillah, saya seingat hidup ini memang mengelak dari meminta apa-apa jawatan. Bahkan saya juga tidak bercita-cita bergelar Dato, atau apa saja gelaran kebanggaan melainkan hal-hal akademik. Saya menerima gelaran sebagai penghormatan kepada pihak yang memberi.

Tiba-tiba timbul cerita minta jawatan dengan parti tertentu. Sehari dua saya baru tahu bagaimana muncul cerita fitnah itu. Ada pihak hantar kepada saya status FB seorang YB PKR Perlis. YB berkenaan saya secara peribadi pun tidak kenal melainkan setelah dia menjadi YB. Itupun jarang bercakap dengannya. Saya terus menghantar ingatan kepada beliau agar jangan mengada-ngada cerita bohong dan fitnah. Alhamdulillah, beliau membuat status barunya.

Kedua, saya juga ingin mengingatkan semua dan juga beliau bahawa di Perlis para sahabat Nabi s.a.w dihormati dan SYIAH tidak diajar dan disebarkan. Maka, elok berhati-hati dalam hal itu.

Ketiga, sebagai tambahan perkongsian maklumat untuk mengelakkan pembohongan, saya -alhamdulillah- bukan sahaja tidak pernah meminta jawatan daripada boss parti beliau atau sesiapa sahaja, bahkan saya menolak tawaran boss partinya untuk saya memegang satu jawatan yang amat besar dalam kerajaan. Jika dia ingin kepastian, dia boleh bertanyakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (beliau yang sakit dalam parlimen baru-baru ini, semoga ALLAH menyembuhkannya) yang pernah datang ke rumah saya menawarkan jawatan itu dan keesokannya boss parti beliau menelefon saya beberapa kali meminta keputusan dari saya. Saya telah menolak dengan hormat. Selepas itu -barangkali disebabkan tawaran tersebut- saya dipanggil oleh PM ketika itu dan memberi isyarat untuk saya menyertai kerajaan. Saya juga menolak dengan hormatnya. Alhamdulilah.

YAB Tun M juga beberapa kali bertemu saya sebelum PRU. Saya tetap tidak menyertai politik kepartian. Maka, saya harap beliau tidak perlu membuat apa-apa cerita tidak berasas yang boleh dikaitkan dengan saya.

Saya rasa jika ALLAH kehendaki, jawatan dalam politik tidaklah begitu sukar untuk dicapai oleh tangan saya. Namun setiap kita sering berdoa kepada ALLAH menyerahkan urusan hidup ini kepadaNYA, agar DIA menentukan apa yang terbaik untuk kita dalam urusan dunia dan akhirat. Mudah-mudahan ALLAH menunaikan doa hamba-hambaNYA yang memohon demikian daripadaNYA,"
katanya dalam satu kenyataan. 


12. Namun episod ini tidak tamat disini. Cerita ini memasuki babak terbaru apabila Juanda Jaya menafikan dakwaan Amin Ahmad.

Lihat sini;


13. Dalam respon kepada penafian itu, YB Amin Ahmad kemudiannya berkata, "Dr. Juanda boleh nafikan. Tapi beliau tahu akan kebenarannya dan bukan hanya kami sahaja yang ada".
 
14. Berdasarkan semakan, pada 24 April 2013, Dr. Juanda Jaya menafikan menyertai PKR dan masih kekal menyokong Barisan Nasional.


Sumber gambar : Ali Abu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...