Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 21 Oktober 2019

Skandal RM90j : SPRM Dakwa Nasruddin Mat Isa.

POLITIK | SPRM mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan Nasharudin Mat Isa akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Shah Alam dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Kanun Keseksaan.


Sebelum ini SPRM Pahang pernah memanggil Nasharudin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menjadi orang tengah yang menguruskan dana dari UMNO kepada PAS.

Dakwaan berkenaan mengatakan pemimpin PAS menerima dana berjumlah RM90 juta daripada Umno sebagai balasan untuk memberi sokongan kepada parti komponen BN itu dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh PAS dan UMNO.


Berikut adalah kenyataan penuh dari SPRM;

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SPRM telah mendapat izin daripada Peguam Negara bagi menuduh bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa pada 22 Oktober 2019, pukul 9 pagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Nasharudin bakal menghadapi pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Kanun Keseksaan.

SPRM telah menahan Nasharudin pada pukul 2 petang ini di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir.

Beliau kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Kesemua maklumat berkaitan kes ini akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
21 Oktober 2019

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...