Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 13 Januari 2018

PAS 'King Maker' - "Jika PAS Boleh Dapat 40 Kerusi Parlimen, Boleh Tentukan Kerajaan" - TGHH.

Oleh : Harakah Daily

PADA pilihan raya kali ini kemungkinan mana-mana parti tidak mampu menubuh kerajaan secara bersendirian sekiranya tidak mendapat 112 kerusi.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jumlah minimum kerusi bagi mana-mana parti menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuan ialah 112 kerusi.

Katanya ketika itu parti yang gagal membentuk majoriti mudah terpaksa mendapat bantuan parti lain.
“Jika PAS boleh mendapat 40 kerusi parlimen. Parti lain yang tidak boleh nak tubuh melainkan akan bergantung kepada 40 kerusi ini.
“Walau pun parti lain ada 100 kerusi, 80 kerusi, kerana nak tubuh kerajaan kena ada minima 112 kerusi.
“Jika PAS ada 40 kerusi, bermakna kita akan menjadi tempat kebergantungan siapa yang nak tubuh kerajaan. Dengan 40 kerusi ini kita (PAS) ada pengaruh dan boleh minta macam-macam,” katanya pada majlis Pelancaran Dana RM1 Juta ke Wisma Darul Iman di Masjid Rusila, Marang hari ini.
Kempen Dana 1 Juta ke Wisma Darul Iman bermula 12 Januari hingga 23 Februari 2018 sebagai persiapan PAS Terengganu menghadapi PRU 14.
PAS mensasar bertanding di 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan lapan Parlimen.

Jumaat, 12 Januari 2018

"Saya Menyampah Najib, Saya Menyampah Mahathir, Saya Malas Undi" - Respon Non Partisan Ini Buat PH Terpukul Kaw-Kaw.

"Saya Ronasina, saya malas nak fikir panjang-panjang. Saya menyampah Najib, saya menyampah Mahathir. Saya benci Barisan Nasional, saya bosan dengan Pakatan Harapan, saya malas mengundi. Apa nak buat pada orang macam saya," - Ronasina. 

Satu dewan beri tepukan gemuruh dan bersetuju dengan pandangan tersebut. Yang membuktikan pandangan ini bukannya minoriti atau segilintir pihak sahaja.

Oleh : Ronasina 
Apabila ahli panel Hishamuddin Rais menjawab dengan garang kepada aku yang dia tak peduli dengan 'orang macam aku', di forum semalam kerana aku membangkitkan perasaan bosan dengan Pakatan Harapan dan Mahathir (selain benci dengan Barisan Nasional dan Najib), aku tiada masalah langsung kerana aku menganggap Isham hanyalah NGI (Non Govermental Individual) yang tidak terlibat dengan catur politik persekutuan parti politik Pakatan Harapan. 
Malah, di Bangsar Utama budak-budak Bangsar biasa sahaja bertempik dan bergaduh poin dengan Isham. Apatahlagi, 24 sebelum forum pun aku bersama Isham balik kampung cari durian. 
Jadi, perbezaan pendapat dengan dia tidak ada luka pun. Kepada yang hendak memanjangkan isu 'keimanan' Isham pun adalah lebih afdal mengamalkan prinsip Isham sendiri iaitu "I don't give a monkey!". Buat apa? Yang kita boleh simpulkan ialah Isham mempunyai cita-cita untuk membunuh nyawa United Malays National Organisation 'dengan apa cara sekalipun' meskipun caranya itu pelik dan jelik bagi sesetengah kita. Noktah.
Yang sebenarnya perlu lebih dibincangkan ialah apabila ahli panel BERSATU, Rais Husin menjawab aku dengan, "Saya sedih dengan anda. Moga anda jumpa keputusan dan cahaya di hujung terowong." 
Sepatutnya dia yang bersedih kerana dia menawarkan sesuatu tetapi aku (yang mewakili ramai lagi) tidak berminat. Lebih tepat lagi, aku tidak percaya dengan pakej tawaran dia. Tak stim. Kata ahli panel Nathaniel Tan, jika BERSATU ada 50 kerusi, siapakah mereka kerana bila teringat BERSATU kita tidak mampu mengingati siapa lagi watak-watak selain Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq, Muhyiddin.
Ramai sependapat dengan ahli panel Badrul Hisham Shaharin, jika dihadapkan antara Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan, tanpa ragu kita pilih Pakatan Harapan tetapi jika diminta memilih antara Najib dengan Mahathir, "poning palo dibuek'ey." Saranan ahli panel Haris Ibrahim untuk mencari calon bebas baik juga untuk kita ajukan ke meja perbincangan seterusnya. Ahli panel Fathi Aris Omar berkata apa salahnya memilih pun sebab akhirnya ia sama juga.. Bukan tak biasa hidup macam ini pun. Sinikal.
Ringkasnya beginilah. Pakatan Harapan perlu kendurkan keangkuhan untuk memikirkan semula strategi. Jika bapa aku menunjukkan sehelai baju dan bapa tiri aku juga mengunjukkan sehelai baju dan aku tidak mahu, kedua mereka tak perlu bersedih dengan aku yang bertelanjang. Itu sudah mangli. Bertelanjang di zaman siapa pun, sudah biasa.
Jika nak sedih, keduanya patut bersedih dengan diri sendiri kerana gagal memikirkan, memahami, mendekati keperluan aku tetapi memaksa aku tanpa pilihan sehingga aku mati kedinginan kalaupun tidak maut hangus kepanasan.
Nota - minggu depan aku dengan Isham cari durian lagi.

Saya Tidak Memeluk Agama Islam Kenyataan Isham Rais Dikecam Netizens.

Aktivis politik Pakatan Harapan, Hishammuddin Rais hari ini menerima kecaman bertubi-tubi di media sosial berikutan kenyataannya di sebuah forum yang dianjurkan di KLCAH malam tadi.

Forum tersebut bertujuan membincangkan keputusan Pakatan Harapan yang menamakan Mahathir Mohammad sebagai calon Perdana Menteri bagi pembangkang.


Ketika ditanyakan pandangannya tentang RUU355 - Hishammudin Rais menjawab;

"Tentang RUU tu saya juga tidak ada pandangan kerana saya ini tidak memeluk ugama Islam. Kerana saya. Saya tidak memeluk ugama Islam tetapi saya dilahirkan Islam. Jadi saya tidak ambil port sangat tentang perkara-perkara macam ni. Kenapa ketawa? Ada orang yang tak ambil port dalam perkara macam ni eh.. okay," katanya ketika menjawab soalan salah seorang penonton di forum tersebut.

Bagaimanapun jawapan tersebut menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan netizens terutamanya yang beragama Islam.

Ghazali Zul : "Islam itu tidak penting, yang penting kita ubah kerajaan - logik PH".

Mohd Haniff Azwan : "Rosak pemikiran macam neh.. Sebab tu aku anti PH.. Nak suruh orang lain buat baik tapi diri sendiri bela anjing.. Ibarat kita marah bila orang makan rasuah.. Tapi kita sendiri pun tutuh rasuah tibai duit rakyat mengkaya kan anak beranak..".

Shahmudin Abdul : "Esok kalau natang ni mati...jangan kubur kat perkuburan islam...biar dia mereput kat lubang kumbahan najis".

Bagaimanapun sesetengah netizens beranggapan kenyataan Isham Rais itu sebenarnya mengandungi maksud yang tersirat.

Setsuna F Seiei : "Dia bagi sedas tue untuk berfikir. Seperti dia cakap, dia tak memeluk ugama islam, then kenapa dia nak ambil port tentang RUU. So setakat nie yang bising-bising against RUU adalah siapa? Kenapa nak ambil port benda-benda yang tak melibatkan anda". 

Azmar Mohd : "Kira Islam la tu.. saje twist ayat memeluk tu. Haha".

Zack Kagum : "Dalam politik percakapan perlu bijak. Di dalam kita kekurangan undi melayu muslim. Percakapan sebegitu menjarakkan mereka kepada PH". 

Berikut adalah video mengenai kenyataan Isham Rais malam tadi;
 

 

Khamis, 11 Januari 2018

Serbuan SPRM - Pejabat Ketua Menteri Penang Ditutup Sementara.



Susulan penyebaran maklumat serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) hari ini, pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng di tingkat 28 kini ‘ditutup’ sementara waktu lapor Utusan Online.

Beberapa petugas media yang cuba menggunakan lif untuk ke tingkat berkenaan dihalang oleh pengawal keselamatan.

Menurutnya, dia mendapat arahan daripada tingkat 28 Komtar supaya tidak membenarkan mana-mana individu masuk ke pejabat Ketua Menteri ketika ini.

Sementara itu seorang petugas media pejabat Ketua Menteri memaklumkan, dia diarahkan bersiap sedia di tingkat tiga Komtar sekiranya ada penahanan membabitkan Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang bagi membantu siasatan SPRM berhubung isu terowong dasar laut berkenaan.

Selepas Disound Lim Guan Eng, Berita Harian Padam Laporan - Berita Anwar Keluar Penjara Turut Dipadamkan.

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dirinya telah memberikan amaran kepada Amanah berhubung isu pembahagian kerusi lapor Malaysiakini semalam.

Sebaliknya apa yang berlaku ialah kenyataannya telah dilaporkan secara salah, jelasnya kepada wakil media di Komtar semalam.


"Saya cabar dia saman saya. Saya tidak pernah beri amaran kepada AMANAH, ini semua adalah pembohongan," katanya.

Lim Guan Eng turut berkata kenyataannya yang sering diputarbelit oleh media pro BN menyebabkan kadangkala beliau enggan melayani pertanyaan mereka.

"Kini anda faham mengapa saya tidak mahu menjawab soalan yang ditanya oleh media BN. 

"Anda juga harus faham mengapa saya mengambil tindakan undang-undang terhadap media apabila mereka melaporkan berita palsu," tegasnya.

Jelas Ketua Menteri itu lagi, apa yang beliau sampaikan ialah setiap pihak dibenarkan memberikan pandangan masing-masing namun tugas parti adalah terus menjelaskan misi yang perlu dilaksanakan untuk memenangi pilihanraya.

"Kami adalah parti demokratik, semua orang dibenarkan beri pandangan mereka, dan ada beberapa parti komponen HARAPAN yang mempunyai pandangan berbeza antara satu sama lain mengenai pembahagian kerusi. 

"Saya hanya kata kita akan terus mendengarnya dan menjelaskan kepada mereka apa yang perlu kita lakukan untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang," katanya lagi.

Berita Anwar keluar penjara turut dipadam

Selain menarikbalik laporan berita Lim Guan Eng memberikan amaran kepada Amanah, Berita Harian turut dilaporkan telah memadamkan laporan berita Anwar keluar penjara Jun ini.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan di Twitternya, portal itu telah memadamkan berita mengenai Anwar Ibrahim pada 7 Januari lepas.



"Sabtu, 6 Jan : @bharianmy ada post berita dengan tajuk “Anwar bebas Jun depan”. 

Ahad, 7 Jan, artikel tu dah diturunkan. 

Nasib baik ada Google cache. Berita @anwaribrahim bebas pun takut? 😂 #BebasAnwar," kicaunya di Twitter.

Semakan mendapati sememangnya portal Berita Harian telah memadamkan kedua-dua laporan berkenaan namun tidak menjelaskan sebab penarikanbalik dibuat di laman web mereka. - 10 Januari 2018.

"Sandiwara Kelas Pertama", Azmin Gelak Besar Sindir Chedet Ke?

"Sandiwara kelas pertama. Kah Kah Kah," itulah kicauan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang menjadi sensasi sejak malam tadi.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa didalam kicauan tersebut nampaknya netizens beranggapan ianya ditujukan kepada Tun Mahathir yang dilaporkan gagal melawat Anwar Ibrahim pada semalam.



"Hari ini Nurul Izzah jadi pemandu pelancong saya untuk jumpa rakan lama. Rakan seperjuangan. Rakan yang banyak berkorban yang ingin saya ucapkan terima kasih," kicau Tun Mahathir.

Bagaimanapun hasrat Tun Mahathir untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi, Cheras tidak kesampaian apabila larangan dikeluarkan oleh KDN.



Menurut Tun Mahathir larangan yang dikeluarkan juga tidak memberikan apa-apa penjelasan dan sebab kenapa beliau dihalang dari bertemu Anwar.

"Saya cuma nak kata saya tak dapat jumpa...Tiada sebarang sebab diberikan.

Saya rasa sedihlah, saya cuma nak jumpa dia, nak ucap terima kasih kerana dia tidak membantah bahkan menyokong saya sebagai calon (perdana menteri)," katanya kepada media.

Mahathir turut berkata bahawanya Najib adalah diktator yang sebenarnya kerana menghalangnya dari bertemu Anwar berbanding dengan dirinya yang pernah dilabelkan sebagai diktator suatu ketika dahulu.


"Tapi mereka menerima arahan daripada menteri dalam negeri yang saya tak dibenarkan bertemu dengan Anwar.

Nak jumpa orang pun tak boleh, nak pergi tengok orang sakit pun tak boleh. Saya dikatakan diktator tapi saya tak pernah buat perkara seumpama ini.

Datuk Seri Najib (Razak) sebenarnya seorang diktator (berdasarkan) perlakuannya. Semua patut sokong (usaha) jatuhkan beliau," jelasnya lagi. - 11 Januari 2018.

Mahathir, Anwar Gabungan PM, TPM Malaysia Sebaik Anwar Dibebaskan - Tiada PM, TPM Suami Isteri.

Selain serangan terhadap Tun Mahathir Mohamad, isu lain yang turut menjadi tumpuan terhadap kerajaan baru Pakatan Harapan yang bakal dibentuk selepas PRU 14 ialah dakwaan bahawa pasangan suami isteri, Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam waktu yang sama.

Konvensyen Pakatan Harapan Ahad lalu memutuskan Tun Mahathir dinamakan sebagai Perdana Menteri dan Dr. Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri sebaik saja gabungan itu berjaya menumbangkan UMNO dan BN.
Ia kemudian akan disusuli dengan memohon proses pengampunan bagi Anwar daripada Yang Dipertuan Agong bagi membolehkannya kembali aktif dalam politik, memegang jawatan dalam kerajaan dan seterusnya mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir.

Memandangkan Tun Mahathir sudah menjangkau usia 93 tahun dan matlamat utamanya ialah untuk memulih serta menyelamatkan negara daripada kerosakan berterusan akibat gaya kleptokrat Najib selama ini serta dalam masa yang sama turut terhutang budi dengan persetujuan Pakatan Harapan menamakannya sebagai calon Perdana Menteri, adalah difahami beliau tidak ada masalah untuk menyerahkan baton kepimpinan seterusnya kepada Anwar untuk menggantikannya.

Oleh kerana ketika itu Dr. Wan Azizah sudah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan dengan Tun Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, lalu dikatakan kerajaan selepas itu adalah kerajaan suami isteri.

Tidak cukup dengan pelbagai serangan kepada Tun Mahathir, ternampak bukan main seronok puak-puak UMNO memainkan isu ini.

Beberapa jentera propaganda, media kerajaan dan macai berbayar di media sosial dengan ghairah memainkan isu ini untuk menimbulkan ketakutan seolah-olah kerajaan ketika itu akan menjadi milik keluarga Anwar semata-mata.

Sabar dulu...jika kita imbas perjalanan politik Anwar dan Dr. Wan Azizah sejak 1998 yang lalu sehingga sekarang,  kita dengan mudah dapat memahami perkara ini.

Dr. Wan Azizah bukanlah isteri yang gila kuasa, ghairah dengan jawatan dan suka glamour seperti isteri sesetengah pemimpin lain. Ketika Anwar memegang jawatan dalam kerajaan, beliau tidak pernah menonjolkan diri, sebaliknya hanya menjadi pendamping setia dan berperanan sebagai isteri di belakang tabir semata-mata.

Wataknya lebih kurang sama dengan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang menjadi peneman setia sepanjang zaman kepada Tun Mahathir selama ini.

Penglibatannya dalam politik sebelum ini hanyalah secara kebetulan apabila Anwar berada di penjara dan tidak boleh bertanding dalam pilihanraya. Ketika itulah beliau menggantikan suaminya di Permatang Pauh.

Tetapi, sebaik Anwar bebas daripada penjara dan tiada lagi sebarang kekangan untuk bertanding, beliau dengan rela hati menyerahkan kerusi Parlimen Permatang Pauh itu kepada suaminya semula.

Setakat ini, sudah dua kali beliau menggantikan tempat Anwar di Permatang Pauh. Ketika Anwar memegang jawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, Dr. Wan Azizah tidak bergelar Yang Berhormat dalam waktu yang sama.

Untuk PRU 14 akan datang ini, sekali lagi Anwar tidak boleh bertanding. Dr. Wan Azizah pula, sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri, sudah pasti wajib bertanding dan menang bagi membolehkannya dilantik memegang jawatan tersebut.

Sebaik saja kAnwar mendapat pengampunan dan boleh bertanding semula, proses yang sama seperti sebelum ini akan berulang kembali iaitu Dr. Wan Azizah akan mengosongkan kerusi Parlimen yang disandangnya untuk memberi laluan kepada suaminya. Kerusi itu mungkin di Permatang Pauh atau lain-lain kawasan.

Dr. Wan Azizah juga turut akan mengosongkan kerusi Timbalan Perdana Menteri yang disandangnya.

Bermakna selepas Anwar menjadi Ahli Parlimen semula, beliau akan menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Mahathir terlebih dahulu, mengambil alih tempat Dr. Wan Azizah, sebelum mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Tidak akan timbul kerajaan suami isteri ketika itu, lebih-lebih lagi kerana Pakatan Harapan dianggotai oleh empat parti yang hampir setara, maka jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tidak mungkin diisi oleh dua orang daripada parti yang sama.

Jadi, jangan takut atau sengaja buat-buat takut sehingga tak nampak hakikat yang sebenarnya.

Peranan Dr. Wan Azizah selepas Anwar menjadi Perdana Menteri ialah untuk mengisi kedudukan sebagai isteri Perdana Menteri yang tidak kurang pentingnya dalam konteks politik negara ini, tetapi sudah tentu beliau tidak seperti "isteri Perdana Menteri yang seorang itu" yang namanya menjadi bualan seluruh dunia kerana suka bermewah, membazir, berpakaian mahal dan ada jutaan ringgit nilai perhiasan sentiasa bergemerlapan badannya.

Bukan kerajaan suami isteri yang tidak mungkin menjadi kenyataan perlu kita takuti, tetapi pasangan suami isteri yang sedang berkuasa sekarang perlu lebih ditakuti dan menakutkan kita.

Hilang Kerusi Titiwangsa - Ahli, Pemimpin Amanah Menangis Beramai-Ramai Kerana Mengalah..

Oleh : Malaysiakini 

Suasana sedih menyelubungi pertemuan pemimpin Parti Amanah Nasional (AMANAH) bersama anggota parti bahagian Wilayah Persekutuan yang berlangsung pada semalam.

Walaupun dengan suasana pilu itu, perjumpaan yang berlangsung kira-kira dua jam itu berjalan secara harmoni.

Perjumpaan itu diadakan berikutan AMANAH tidak diperuntukkan walau satu kerusi parlimen di Kuala Lumpur pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, yang mungkin akan dijalankan dalam masa seratus hari lagi.



Menurut sumber yang enggan namanya disiarkan, suasana hiba bermula apabila seorang anggota parti menitiskan air mata ketika menyuarakan rasa terkilannya terhadap keputusan pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.

"Ada yang telah berkempen sejak AMANAH ada di wilayah (Kuala Lumpur). Saya rasa (mereka) menangis bukan sebab marah, tetapi kerana telah berkorban begitu banyak," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut seorang lagi sumber yang hadir pada pertemuan semalam, hampir semua anggota wanita dan sebahagian anggota lelaki menangis ketika individu itu sedang bercakap.

Para pemimpin pula kelihatan sebak dan mencatat cadangan yang diberikan individu itu dan mereka menerima secara terbuka perkara yang dibangkitkan, kata sumber itu lagi.

Antara pemimpin yang hadir adalah Presiden Mohamad Sabu; Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli; Pengarah Strategik Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Komunikasi Khalid Samad, Ketua Pemuda Mohd Sany Hamzan dan Ketua AMANAH Wanita Dr Siti Mariah Mahmud.



Terdahulu, AMANAH Wilayah Persekutuan menggesa sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen di Kuala Lumpur diberikan kepada parti itu.

Selain AMANAH Wilayah Persekutuan, turut tidak berpuas hati adalah AMANAH Perak yang diperuntukkan empat kerusi Parlimen dan AMANAH Johor dengan dua kerusi Parlimen.

Konvensyen Ahad lalu mengumumkan BERSATU akan bertanding di 52 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, manakala PKR bertanding di 51 kerusi dan AMANAH 27 kerusi.

Bukan menangis berjemaah

Khalid Samad ketika dihubungi berkata, beliau turut sedih semasa pertemuan semalam.

"Mereka (anggota parti) menangis sebab tak ada kerusi di Wilayah. Sedih memanglah sedih tapi tak adalah sampai kita semua menangis berjemaah," katanya (gambar) berseloroh.

Sementara itu, Pengarah komunikasi AMANAH wilayah persekutuan Datuk Tarmizi Mohd Jam berkata, dalam pertemuan itu Mohamad atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu memberi penjelaasn tentang kehilangan kerusi Parlimen Setiawangsa.

"Presiden menjelaskan hilangnya kerusi Titiwangsa menyebabkan AMANAH tiada satu kerusi pun di Kuala Lumpur untuk PRU ke-14.

"Beberapa resolusi dicapai bagi mencari jalan keluar, presiden dan pasukan perunding kerusi akan mengambil tanggungjawab secara langsung,"
katanya di Facebook.

AMANAH Wilayah Persekutuan dijangka akan membuat sidang media mengenai hasil pertemuan bersama pimpinan mereka berhubung kerusi parti itu di Wilayah Persekutuan.

Ketika konvensyen, Mahathir dalam ucapannya selaku pengerusi HARAPAN secara terbuka memuji AMANAH yang menurutnya punca agihan kerusi berjaya dilakukan.

"(AMANAH) tuntut kerusi lama (ketika bertanding di bawah tiket PAS), payah kita nak bagi.

"Tetapi mereka bermurah hati, akhirnya, yang menjayakan agihan kerusi di kalangan empat buah parti ini ialah AMANAH,"
katanya.

Rabu, 10 Januari 2018

Dibuli, Dianaktiri, Disingkir, Sekarang Amanah Rasa Apa Yang PAS Rasa - Ustaz Riduan Mohd Nor.

Kenyataan Media
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN HANYA MENGUNTUNGKAN ELIT POLITIK TERTENTU.
1. Pembahagian kerusi Parlimen Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihanraya Umum ke 14 memperlihatkan dominasi kelompok elit politik licik dan cerdik yang pantas mengambil peluang menguasai Pakatan Harapan (PH). Dalam hal ini, yang paling banyak mendapat laba dan keuntungan adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan masing-masing mendapat kerusi paling banyak. PPBM dijangka bertanding 52 buah kerusi manakala PKR mendapat 51 buah kerusi. DAP pula mendapat bahagiannya dengan 35 kerusi sementara Parti Amanah Negara (PAN) pula hanya mendapat 27 buah kerusi.
2. Lebih menakjubkan, PPBM mendapat bakal calon Perdana Menteri dengan Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat sebagai calon PM jika mereka menang sementara Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari PKR akan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Agak melucukan dan begitu menghairankan, parti serpihan yang dibentuk belum sampai dua tahun boleh mendapat tempat sebegitu tinggi sedangkan parti yang lebih kurang sebaya, PAN hanya mendapat 27 buah kerusi parlimen dan tidak dijanjikan apa-apa kedudukan tertinggi.
3. Bagi PH, inilah muafakat terbaik dengan dominasi daripada dua bekas parti serpihan UMNO ini. Muafakat bagi mereka, jika mereka mendapat tempat tertinggi dan kedudukan kepimpinan tertinggi. Dinamakan muafakat jika yang berhak mendapat kata putus, kuasa veto dan hierarki tertinggi adalah pemimpin elit kelompok mereka. Tidak menjadi muafakat, jika calon PM dan TPM diambil dari kalangan pemimpin muda yang bukan dari kelompok mereka manakala kerusi yang mereka dapat diagih secara adil dan saksama. Barulah ini semangat muafakat dan setiakawan, kerana orang lain akan setia dalam persahabatan dengan mereka, sedangkan mereka tidak pernah setia dalam berkawan.
4. Benarlah kata orang, politik bukan soal kejujuran dan ketulusan. Politik adalah sejauh mana golongan yang bijak mengambil kesempatan dengan mempergunakan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Konsensus yang mereka tunjangi tersingkap hanya retorik demi meraih sokongan rakyat terbanyak. Ia hanyalah slogan kosong kerana perjuangan hanya berteras nafsu untuk kepentingan peribadi. Awal-awal lagi konsensus yang diperlihatkan hanya menguntungan satu dua orang tertentu dan kelompok tertentu. Hasilnya satu dua hari ini, muncul rasa tidak puas hati di mana-mana yang boleh melahirkan sabotaj dan pengkhianatan. Konsensus mereka umpama sarang labah-labah, sangat rapuh dan hanya bertahan menunggu masa untuk roboh.
5. PAS pernah berhadapan dengan suasana sebegitu dan dibuli dengan sedemikian rupa oleh Pakatan Rakyat. Atas jentera PAS, dana dan sokongan, pengaruh, pentas dan strategi PAS mereka bertanding dan menang tetapi diakhirnya PAS juga yang tersingkir dan dipinggirkan. PAS yang perlu beralah ke tepi, sedangkan mereka duduk ditengah-tengah, dijulang dan diangkat sebagai pemimpin besar. PAS umpama anak tiri yang dibuli dan didera, sedangkan mereka yang menumpang kerusi dan rumah yang dibina atas inisiatif PAS.
6. Hari ini, parti serpihan PAS yang ditubuhkan atas kekecewaan, Parti Amanah Negara (PAN) merasai apa yang pernah kami lalui dahulu. Tetapi, mereka lupa dan tidak pernah serik ditipu, ditindas dan dijanjikan dengan pelbagai kata-kata manis yang indah di halwa telinga. Mereka seperti terpukau dengan janji setinggi langit dengan pelbagai jawatan penting dan menarik, tetapi yang akhirnya semua kedudukan itu golongan tertentu pula yang boloti. Sejarah bakal mengulangi episod ini, kerana golongan yang dahagakan kuasa dan tamakkan pangkat akan mencetak judul dan kisah yang sama dalam landskap politik negara.
7. Kini hikmahnya PAS keluar dari Pakatan Rakyat semakin terserlah. PAS semakin mantap bersama Gagasan Sejahtera yang lebih mapan, berprinsip dan diterima rakyat. Langkah PAS juga semakin gagah dengan sokongan golongan sivil, NGO dan masyarakat terbanyak. Suara PAS ada di mana-mana, dari mimbar masjid, corong radio, suara hak asasi, nilai kemasyarakatan, perjuangan membela kemanusiaan dan lain-lain yang diwakili oleh rakyat yang dambakan kebenaran dan ketulusan.
DR Ustaz Riduan Mohd Nor.
Ahli jawatankuasa PAS Pusat

Dek Ikan Keli Separuh, Ahmad Maslan Jadi Bahan Sindiran Netizens.

SEMALAM, Ahli Parlimen Pontian yang juga Timbalan Menteri MiTi, Datuk Ahmad Maslan telah berkongsikan gambar beliau menikmati juadah tengahari yang serdahana dan kerakyatan.

"Makan tengahari nasi bungkus di ofis. Nasi separuh, telur masin separuh, ikan keli separuh, sayur sedikit. Jaga badan dengan jaga makan. Beringat sebelum kena. Moga Allah sihatkan badan jadi dapat beri khidmat kepada rakyat dengan berkesan. Balik kerja nak bersenam. 3 hari tak sempat. Sibuk," kicau timbalan menteri berkenaan di Twitternya.

Bagaimanapun niat baik menteri berkenaan yang mengajak masyarakat untuk menjaga badan dengan kawal pemakanan dan bersenam tidak menerima respon yang positif dari rata-rata netizens yang mengikuti ciapan tersebut.

Sesetengah netizens bukan sekadar mempersendakan menteri berkenaan malahan mempersoalkan dimanakah beliau membeli ikan keli separuh itu.

"Datuk beli ikan keli separuh tu kat mana? Kongsikan nama kedai please," respon Mnajem seperti menyindir. 

"Telur masin separuh tu biasalah. Ada ke orang jual telur masin sebiji-sebiji? Macam mana nak makan? Muahahaha," balas Roy pula.

"Ikan keli tu bukan separuh datuk," ciap John pula.

"Itu bukan separuh hamlau , itu hang buang kepala, macam leher hang lah kemana ntah menghilang," tulis Rusdin. 

"Dia neh sebenarnya buat lawak ke apa?" soal Raynerisrare pula.

Walaupun disindir teruk, Ahmad Maslan tidak membalas walaupun satu dari komen-komen yang bertanyakan lokasi kedai yang menjual ikan keli separuh itu. Ini kerana menjual ikan separuh adalah sesuatu yang luar biasa peliknya. Adakah benar-benar wujud pekedai sebegini yang membuat netizens ingin mengetahui lokasi kedai berkenaan.

Berdasarkan kepada gambar, hanya kepala ikan sahaja yang tidak kelihatan. Tidak dapat dipastikan apa yang dimaksudkan oleh menteri berkenaan dengan ayat - ikan keli separuh. - 10 Januari 2018.

Kejahilan Umat Islam, Kurang Kesedaran Punca PAS Kalah Setiap Kali PRU - TGHH.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kejahilan umat Islam di Malaysia di samping kurang kesedaran di kalangan generasi muda Islam tentang pentingnya mengundi, adalah punca pendokong negara Islam seperti PAS gagal pada setiap pilihan raya.

Berucap merasmikan sebuah dewan serbaguna di Marang, Terengganu pada Isnin lalu, presiden PAS itu berkata Malaysia masih di bawah sistem yang ditinggalkan penjajah walaupun penduduk majoriti beragama Islam, lapor Harakah Daily hari ini.


“Walaupun di Malaysia ini orang Islam 60%, Cina 25% je, India dengan macam-macam hat baki, orang Islam 60%. Tapi pilihan raya kalah, kalah Islam. Pasal apa? Banyak orang Islam jahil, tak tahu bahawa memerintah negeri cara Islam ini wajib,” kata Hadi, seperti dipetik portal berita rasmi PAS, Harakahdaily.

Menurutnya, umat Islam masih menganggap Islam hanya terbatas kepada beberapa rukun Islam seperti sembahyang, puasa dan haji.

“Pitih [wang] banyak, pergi haji umrah acap-acap kali, siapa dia memerintah serupa dia je. Bahkan banyak kalangan kita pilihan raya ini tak penting mana, pilihan raya tak mustahak, pilihan raya tak usah caralah. Kita buat pilihan raya, orang lain naik. Orang lain itu siapa dia naik? Orang yang memerintah tidak dengan cara Islam,” katanya.
 
Hadi berkata berbeza dengan pengundi Cina, umat Islam tidak merasakan mengundi sebagai kewajipan yang penting.

“Hidup dalam leka, sedangkan orang bukan Islam mengundi, orang Cina kerja balak di Sarawak balik mengundi di Perak, balik mengundi orang Cina, dia 20% je. Dia duduk dalam hutan, balik mengundi. Kita tak penting mengundi ini, lak begitu," katanya lagi. - 10 Januari 2018.
 

Rombongan Anak Beranak Najib Ke Lawatan Kerja Arab Saudi Sebab Nak Kerjakan Umrah - PMO.

Kenyataan Media.

PENJELASAN PEJABAT PERDANA MENTERI MENGENAI LAWATAN KERJA YAB PM KE ARAB SAUDI 

PMO MALAYSIA :-

10 JANUARI 2018



Lawatan kerja YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Ia bagi membincangkan isu-isu dua hala yang telah dipersetujui kedua-dua negara semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada tahun lalu. 

Rombongan YAB Perdana Menteri turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sri Jamil Khir,  Datin Sri Rosmah Mansor, Tun Rahah Mohammad Noah, beberapa ahli keluarga, kenalan dan pegawai Perdana Menteri. 

Selain itu, adalah menjadi hasrat YAB Perdana Menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja ini. Dato’ Sri Mohd Najib telah mengajak ahli keluarga beliau dan beberapa kenalan dalam lawatan ini bagi bersama beliau dalam mengerjakan ibadah umrah.

Adik-adik YAB Perdana Menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan ini telah membuat perbelanjaan sendiri ke Tanah Suci. Hanya Tun Rahah yang turut bersama Dato’ Sri Mohd Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi.

Nama-nama mereka ini telah dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan YAB Perdana Menteri bagi memudahkan urusan pentadbiran dengan pihak Arab Saudi bagi program ibadah umrah. 

YAB Perdana Menteri dan ahli rombongan juga telah diberi taraf Tetamu Negara oleh Kerajaan Arab Saudi.

Pejabat Perdana Menteri.

Selasa, 9 Januari 2018

SPRM Serbu Pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (KOMTAR).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, menyerbu beberapa pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), yang mempunyai kaitan dengan projek pembinaan terowong dasar laut lapor Berita Harian Online.

Portal itu melaporkan, serbuan turut melibatkan beberapa syarikat berkaitan yang beroperasi di sekitar negeri ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata serbuan itu dibuat bagi membantu siasatan kes berkaitan projek mega, yang akan menghubungkan Persiaran Gurney, di sini ke Bagan Ajam di Seberang Perai Utara.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti dokumen yang dirampas dalam serbuan itu bagi memastikan siasatan lebih menyeluruh dapat dijalankan.
"Kita ambil dahulu semua dokumen berkaitan projek ini untuk meneruskan siasatan serta untuk kaji isu berbangkit mengenai projek terowong dasar laut.
"Serbuan ini dibuat berdasarkan bukti baharu berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut yang dikemukakan kepada SPRM," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, SPRM menyerbu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Tanah dan Galian serta Jabatan Penilaian di KOMTAR dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri di Jalan Sungai Pinang, di sini.
Selain itu, pejabat syarikat pemaju Ewin-Zenith Sdn Bhd, 555 Capital Sdn Bhd dan Konsortium Zenith di sekitar negeri ini.
Sabtu lalu, Parti Cinta Malaysia (PCM) membuat laporan kedua dan mengemukakan bukti baharu kepada SPRM berhubung projek terowong dasar laut dirangka kerajaan DAP Pulau Pinang.
Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer, yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.
Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaannya yang terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran membabitkan pertukaran tanah kerajaan negeri.
Pelaksanaannya juga dibantah dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Oktober tahun lalu, Kerajaan DAP Pulau Pinang mengakui gagal menyerahkan laporan kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut kepada Kementerian Kerja Raya, dengan alasan jangkaan pelaksanaan projek terbabit masih lambat, iaitu pada 2023. - 9 Januari 2017.

Walaupun Netizens Pro Pembangkang, Kerajaan Bergabung Kutuk Idea 'EPL', Nik Nazmi Pertahankan Pendirian.

MESKIPUN dikritik teruk, Ketua Pemuda Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad tetap mempertahankan idea hak penyiaran bola sepak luar negara Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana katanya ia bertujuan memberikan peluang anak muda menikmati pengisian televisyen yang berkualiti.


“Apa yang perlu dijelaskan di sini adalah tawaran hak menyiar EPL tersebut adalah memberi peluang anak muda menikmati pengisian televisyen yang berkualiti,” katanya.

Beliau turut berkata, pada masa ini hak menyiarkan EPL adalah milik eksklusif Astro yang tidak dinikmati oleh setiap rakyat Malaysia dan melibatkan pembayaran yuran yang tinggi.

“Adakah hak ini hanya boleh diberikan kepada orang kaya dan mampu? Kita lihat sahaja setiap hujung minggu restoran mamak dipenuhi orang ramai semata-mata untuk menonton perlawanan EPL. Ada juga yang ‘stream’ perlawanan ini secara haram di Internet.

“EPL mempunyai tarikan komersial yang tinggi dan RTM mampu meningkatkan pendapatan daripada pengiklanan,”
katanya lagi yang bersungguh mempertahankan tawaran Pemuda Harapan itu.



Terdahulu ketika menyampaikan ucapan di Konvensyen Pakatan Harapan sabtu lalu, Nik Nazmi dikecam netizens kerana berkata jika PH memenangi PRU ke 14 kelak, antara perkara yang akan dilakukan oleh Pemuda Pakatan Harapan ia membeli hak penyiaran EPL agar dapat ditonton oleh semua lapisan rakyat di Malaysia.

Idea itu bagaimanapun dikecam oleh rata-rata netizens yang beranggapan ia merupakan satu pembaziran jika membeli hak penyiaran Liga Perdana Inggeris atau lain-lain liga sukan.

Tidak hanya di media sosial, Nik Nazmi turut dikecam di Facebooknya sendiri.

Fahmi Kadir : "Ni idea bagi buah tanggung supaya orang lain smash".

Syed Nabil Syed Ahmad : "Mana nak cekau duit 1b nak bayar hak penyiaran tu? Apa manfaat tayang EPL buat rakyat terbanyak?".

Wan Yusri Wan Chik : "Korporat mana yang nak disumbat duit? Kroni siapa?".

Mohd Alif Aiman : "Bola sepak adalah hal terlalu rendah kalau nak dibandingkan soal masa depan negara. Bagus jugak idea tu, tapi duit beli siaran EPL boleh buat free education. Pro Astro pegang siaran EPL, kami sebagai student ada masa lepak sama-sama kat kedai mamak dan meningkatkan ekonomi kedai mamak. Bila buat siaran free, mungkin dah malas dah nak tengok sama-sama. Tak sama dan tak fun".

Mohd Azharul : "Wrestling pun ramai minat. Rancangan Korea patut jadi tumpuan sebab boleh dapat undi wanita muda. Hahaha".

Muhammad Azfar : "Gila ka? EPL tu hiburan. Nak hiburan bayar sendiri. Berani ka buat cukai tv macam kat UK nun ? Tu pun rasanya belom tentu cukup untuk bayar harga bidaan. Daripada buat gitu baik rombat RTM tv2 tu, fokus pada audiens muda, takat amik highlight, game UCL yang bagi slot untuk free to air TV tu boleh la dikira realistik lagi. macam zaman awal 2000an dulu".

Babynor Ali : "Sembang kencang je Nik Nazmi ni. Jadi adun Seri Setia 2 penggal pun jarang turun kawasan. Dah la kalah ketua cabang. Tu yang lari Setiawangsa". 

Mohd Haizal Yatiran : "Manifesto BN katanya manifesto gula-gula. Patutlah. Sebab manifesto pemuda pembangkang, manifesto bola-bola". 

Benz Ali : "Banyak lagi benda boleh disembang dalam konvensyen. Kos pakaian anak pergi sekolah, buku2 teks, sarapan, tambang ke sekolah. Tapi yang paling bangsat puak-puak ni, dia sembang pasal EPL. Punya cilaka".

Khairy Jamaluddin pula dalam satu respon segera kepada tawaran tersebut berkata, tidak masuk akal menawarkan siaran Liga Perdana Inggeris dan Sepanyol secara percuma kerana ia melibatkan kos yang tinggi.


“Mereka berjanji bahawa perlawanan bola sepak Liga Inggeris dan Sepanyol akan disiarkan secara langsung oleh RTM. 

Saya ada bertanya kepada rakan saya di stesen tv berapakah kosnya untuk menyiarkan perlawanan secara langsung, dan hak penyiaranan ini melalui proses bidaan… setiap tahun bidaan mencecah ratusan jutaringgit mungkin lebih daripada RM100 juta. 

Kalau diberikan kepada RTM, siapa yang akan bayar? Akhirnya menggunakan wang rakyat. Katakanlah nak bersiaran kena bayar RM200 juta, takkan nak belanja begitu sahaja?,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...